Assalamualaikum...
Sedang aku leka bermain game Jewel Quest di komputer petang tadi,konsentrasi aku terganggu dek perbualan anak saudara aku,Willy dengan adik saudara aku,Siti. Maklumat tambahan,mereka sebaya,9 tahun.
Kenapa aku terganggu?
Apa isi kandungan perbualan kedua-dua cikenit ni?
Menarik sangat ke sampai nak kena pay attention lelebih?
Perbualan tu lebih kurang camni :
" Siti,kau suka Syukri ye? Nizam bagitahu. Syukri pun cakap dia suka kau. Dia kata kau cantik.... "
" Ye ke? Memang suka sikit."
Siti macam malu-malu.
Aku pulak pandang dorang dengan pandangan hei-korang-sedar-tak-korang-ni-budak-lagi?
Willy diam.
Siti terus keluar.
Jauh aku memikir.......
Tengok,budak-budak yang masih berada di darjah 3,boleh berkata-kata macam ni. Darjah 3 okay. Bukan tingkatan 3! Mereka matang sebelum usia. Sedih...
Dulu masa kita kecik-2,ambil dalam konteks aku,tak pernah terfikir nak rasa suka dekat budak lelaki. Bukan masa aku darjah 3. Darjah 6 tu lain cerita la. Hormon dah mari. Oopsss... *tutup muka dengan besen*
Masa ni,aku,kawan-2 or bebudak lain sibuk main kejar-2.
Sibuk main nyorok-2.
Sibuk main lompat getah.
Sibuk main batu seremban.
Sibuk main lompat lubang tikus.
Sibuk main panjat-2.
Tak terfikir pun nak main jeling-2 gatal dengan bebudak lelaki.
Tak terdetik pun nak merenyam dengan all the boys.
Tak terlintas pun nak say I like u.
Budak-2 zaman sekarang matang sebelum usia.
Kenapakah???
Apa punca???
Sebab-musabab???
Adakah faktor media massa?
Adakah faktor rancangan di TV?
Adakah faktor cerekarama/samarinda/zehra/sinetron/telenovela?
Adakah pengaruh Nada Cinta?
Sebagai ibu bapa yang bijak pandai.
Sebagai masyarakat yang pintar.
Sebagai kakak abang yang genius.
Mari pantau adik-2 kita yang bersekolah rendah lebih tegas.
Mereka masih kecil. Sangat-2 kecil!
Cukup lah kita pernah dengar murid sekolah darjah 6 melahirkan baby.
Cukuplah kita lihat adegan budak lelaki & perempuan yang berdua-duaan di tepi bangunan terbiar.
Pantau! Pantau! Pantau!
Taknak mengeluh bila terlambat.
Taknak menyesal bila dah jadi.
Taknak! Taknak! Taknak!
** Maaf agak beremosi **
OkBai......
#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment