Awesome Followers

1 June 2012

~~ Gegurls Day Out ~~

An nyong ha seyo...!!!
Assalamualaikum...
Hamboih makngah,meriah plus ceria si Ribena picture kami berempat kan. Senyum sampai ke telinga. ayu kan kami? Haha... *menyorok belakang almari baju. Malu!*
Okay-okay,mai nak story mory pasal hari ni. Eh,istimewa sangat ke hari ni sampai nak masuk dalam entry segala bagai? Eh,sukati mak lah kan. *buat muke 'eh-ini-entry-aku-so-aku-nak-tulis-bebanyak-pun-aku-punya-suka-lah-'*. Maafkan saya.... ;)
Hari ni,1 June 2012,selepas setengah tahun tak bergether-gether,kami buat keputusan nak melepak. Terima kasih kepada Cik Zana (yang pakai selendang corak rimau tu). Nampak tak betapa dia macam lebih glamour dari kami? Bhahaha..
Pepagi lagi Zana dah text ajak keluar. Alang-alang dia nak pasang tint or filem hitam kat cermin depan kereta,dia ajak keluar terus. Aku and Kaklang (yang pakai jacket hitam tu) setujukan aje. Nak jumpa si Laila sekali (yang pakai baju kurung tu).
Sepanjang perjalanan ke Bentong,riuh rendah kereta. Masing-masing berlumba-lumba nak bercerita. Maklumlah,masing-masing ada bakat nak jadi storyteller. Yang pelik nya cerita tak pernah nak habis tu. Ada je yang bersangkut-paut. Macam mak-mak je.
Sampai je ke tempat tint tu,aku,Zana & Kaklang merayap ke kedai Home Decor bersebelahan sementara nak tunggu siap kereta si Zana ni. Bila dah masuk Home Decor tu,mula lah otak ni merayap jauh. Lepas tu senyum sorang-sorang. Hape lagi kalau tak mikir masa depan. Nampak kan betapa merenyam nye aku ni nak berumah sendiri *senyum-senyum malu sambil teringat encik beliau* Choiii...
Siap je kereta,pecut ke tempat kerja Laila. Lagi lah gamat kereta tu ha. Okay,maklumlah dah setengah tahun tak berjumpa beborak. Angkut Laila pi lunch sebab Laila tengah rest. Bila sampai ke tempat makan,dah pilih-pilih apa yang nak ditelan,gossip mula berkumandang. Eh,normal lah kan gegurls. Gossip itu penyedap rasa tau!
Korang tahu tak.......
Eh,dia kan......
Laa,bila nye?.........
Tak tahu pun............
Bla..bla...bla..........
*perbualan kami agak ekstrem hokkay*
Tapi kami lebih tertumpu kepada gossip berkaitan si Laila ni. Kesian Laila. Ikatan pertunangan dia retak menanti pecah je. Halarh,tukar sikit je dah gelabah korang ni. Hahaha..
Laila pun macam payah sangat nak luahkan. Ternampak mata dia yang berkaca. Nampak je dia senyum and gelak-gelak tapi hati dia,dia & Allah je yang tahu. Semoga Laila terus tabah hadapi ujian ni. Aminnn...
After all the chitchats pum pam pum pam,kami hantar Laila balik tempat kerja. Sempat lagi merayap the whole kedai kain tempat Laila kerja tu. Saja cuci mata usha kain untuk family haku sebagai tema wedding next year. See,satu lagi kegelojohan yang amat ketara ni *lempang muka lelaju Valentino Rossi*
Masa OTW balik,masing-masing dah jam mulut. Penat bercakap takde henti,mati kutu segala bagai. So,cakap sikit-sikit then gelak yang lebih tak hengat doniya! Memang tabiat kami bersama ni. Maafkan kami..
By the way,have fun sangat-sangat. Kami plan nak ke Pangkor after raya. Rasa-rasa jadi tak? Nantikannn....
That's all for today. Cik Farah dah janji lepas ni nak buat '1Entry 1Hari'. Kalau mampu lah menahan jiwa yang gelojoh mengeshare ni ha ('',)
Terima kasih sudi luangkan masa membaca. Sayang korang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone















No comments: