Assalamualaikum...
Tajuk yang ala-ala pantun kat atas tu macam sangat mengundang sebak di hati Cik Farah ni. Sebak ke? Yup,ade sedikit yang hadir. So,untuk peringatan,entry kali ni sangat emo tau! Sesiapa yang ade penyakit cepat nak muntah,sila abaikan. Ahaks!
Masa belek-belek rak buku besi aku tadi,ternampak tiket bas Transnasional KL-K.Terengganu. So,aku macam,'eh,ini tiket 2 tahun lepas ni. Ade lagi lah!'. Muke memang macam eksaited dapat Morris Minor kaler biru tu je.
Tetiba memori 2 tahun lepas menjenguk minda. Tetiba terasa sangat rindu segala yang ada kat Terengganu sana. Tetiba terasa sayu yang teramat sangat. Heh,kau pesal Farah semua nak tetiba?! Dah,enuf dengan tetiba tu. Simpan tepi.
Teringat pengalaman naik bas sorang-sorang. Ye,sorang-sorang hokkay. Bukan sorang-sorang tak bermakna. Sorang-sorang dalam perjalanan yang sangat jauh. 6 jam tu noks. Pestaim mak! Tahan hadas kecil selama 4 jam dari KL sampai Chendor. Memang ngeri bila teringat. Ahaks!
Perasaan tak payah cakap lah. Eksaited berlumba-lumba! Memang sepanjang perjalanan langsung tak tidur. Mata gagah bak johan terbuka. Tahan mengantuk sebab nak tengok view. Ohmai..
Pestaim berjalan-jalan area bundle market terbesar kat Terengganu. Cik Farah memang suka bebenor dengan bundle. Brand peberet,Ben Sherman. Merata lah cari tapi hampa.
Sehari suntuk hang out kat Kuala Terengganu,pi Pantai Batu Buruk sambil melantak Mekdi yang dibelanja,memang best! Sambil ditiup angin sepoi-sepoi tak berbahasa.
Teringat join gig on last day kat sana. Pestaim jumpa Azlan (masa tu still MUH) depan-depan. Omaigad! Dia memang menawan hati Cik Farah ni. Thanks to Ganurians yang offer join gig tu. Meaningful di hati. Ececece...
Yang paling mengundang sayu bila Terengganu menggamit,opcos family angkat yang ada kat Kampung Rhu Rendang,Marang,Terengganu. Mereka sangat melayan aku dengan baik. 100% perfect! Terharu....
Mama,abah,kaklong,kakngah,Faiz,adik Ayu.. Even sekejap jumpa,dorang memang layan aku superb. Tak rasa macam orang asing pun. Oh,last day kat sana,mama buatkan laksa. Aku ni memang macam tak berapa nak suka laksa sebab nampak macam bersepah *nampak tak betapa diva gediknye sy?*. Demi mama,aku telan jugak!
Teringat kenangan ni semua,buat aku berfikir *pandang jauh ke langit*. Hidup ni bukan setakat berlandaskan masa depan semata. Kenangan tu peneman.
BTW,thanks to Abam Ganu atau nama penuh Arifffuddin bin Ngah dan nama komersial Mat Yep yang kenalkan aku dengan family ni. Thanks for all great moments yang aku dapat *sobs sobs lap hingus guna napkin*
Entah bila lagi dapat ke sana berjumpa dorang. Raya tahun ni nak ajak MB & whole family ke sana lah kut. Nantikannn...
Thanks sudi luangkan masa terjah entry ni. Sayang korang keketat. *tutup buku,capai ChanChan*
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment