Awesome Followers

21 June 2012

~~ Entry Tak Berniat...~~

An nyong ha seyo...!!!

Assalamualaikum...

Dah lama aku nak conteng belog pasal mendalah ni. Benda apa? Ala,benda ni la. Haha.. Okok,sila bertabah hadapi perangai tak senonoh biadab cik Farah ni.

Siapa kat sini nonton cerita melayu kat TV3? Yang tengah rancak bersiaran sekarang ni. Slot hape hentah tak berapa nak sure. Yang setat pukul 4 hbs pukul 5 tu. Bukan pukul berapa datuk harimau k.

Kalau ikut time line kat Twitter,cerita ni macam trending jugak. Ramai yang ikut perkembangan. Aku & adik lelaki aku tak terkecuali. Pukul 4,dah tercogok depan tv. Semangat tu penting!

Aku & adik lelaki aku ada perspektif berbeza tentang jalan cerita. Honestly,dari hati,cerita ni sangat stereotype cerita melayu! Bukan nak mengutuk,tidak. Kenapa kami berfikiran begini??

Agaknya sudah jadi kebiasaan or tabiat,watak heroin mesti seorang yang lemah. Senang dibuli,kaki nangis tepi katil,kepala senang ditonyoh si-watak-antogonis,kena maki depan orang ramai. Bila dibuli,mereka akan diam. Biar diri dimarahi orang lain. Pffttt...

Bukan kami nak kata cerita melayu ni lemah. Kami kagum jugak sometimes tapi bagi kami,cukup-cukup lah buat cerita yang boleh datangkan pelbagai penyakit kepada penonton. Contoh penyakit,darah tinggi.

Dah tentu-2 bila ada scene yang tak berapa kena,kita menyumpah seranah si-watak-antogonis. Tangan tergawang-gawang menunjukkan rasa tak puas hati. Mulut menyumpah kata kesat. See,dosa pun menimbun.

Dalam rasa tak puas hati bila nonton cerita-2 melayu yang cenggini,kami salute para pelakon. Watak tu hidup kenkadang. Tahniah!

Entry kali ni tak berniat pun nak mengutuk. Aku just meluahkan apa yang dah lama terbuku di hati ( macam penting je apa yang kau rasa Farah!). But serius,cukup-2 lah *lagu sudah cukup sudah berkumandang*

So,maaf kalau ada yang tersinggung. Aku sokong cerita melayu tapi sekadar meluahkan pandangan.

Tak salah kan kalau heroin tu kental jiwa?
Tak salah kan kalau heroin tu ganas bak Cyna (wrestler)?
Tak salah kan kalau heroin kita ni kejam sikit macam Mean Girls tu?

Apa pandangan korang??

** p/s : jangan tanya apa kaitan lotong tersadai tu jadi penghias entry. Anggap je beliau seakan memahami kebosanan ni. Sekian...

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments: