*sila baca tajuk mengikut rentak. haha*
Lately aku suka sangat macam mengimbas ke belakang. Ada je dalam paleotak ni. Rasa macam eh,baru semalam habis upsr. Ok,sesuatu sangat. Port paling best nak bermenung is dapur. Kenapa dapur? Mohon jangan ditanya. Tetengah malam pun jadi kalau datang penyakit termenung dan berangan tu. Ce bayangkan kalau ada benda jenguk kat tingkap? Haaaaa.... Kompem aku tak masak dah lepas ni. Eh!
Nak pulak bila tengok muka anak. Rasa macam gila tak percaya aku dah ada anak. Kekadang bila tengah main-main dengan dia,bila dah puas,aku pandang muka dia lama-lama then cakap,"Betul ke anak mama ni?" Saiko gile mak ko ni Sunan. Dia pun menggelak je lah. Tapi serius,memang tak percaya. Rasa macam baru je plan nak tempah pelamin. Pffftttttt...
Teringat masa mula-mula turun tanda nak bersalin hari tu. Still steady naik motor ke hulu ke hilir sebab langsung tak rasa sakit. Just air dah keluar macam paip bocor. Then kemas-kemas apa yang patut,berdesup ke spital. Sampai Hospital Sg.Buloh,tunggu giliran nak ultrasound baby. Semua yang ada kat situ dah sampai masa nak bersalin. Semua tak kenal. Tapi ai kan peramah. Ai tegur je semua. Hahaha. Muka memang tak reti malu daaa.
Terbayang masa kena tolak ke operation room. Merasa lah terbang sambil baring. Boleh? Hahaha. Then dalam masa 30 minit,dengar dah suara Sunan. Waaa..rindu ok. Rindu. Setiap moments tu tak mampu nak cerita dengan baik. Semuanya macam kena simpan kemas-kemas dalam otak sampai aku jumpa plot yang sesuai untuk aku ceritakan dengan sempurna. Gitu.
"Ni lah dia budak yang suka tendang-tendang mama ni." ayat beliau |
Kekadang termenung and berangan tempat-tempat yang aku dengan beliau pergi masa awal-awal nikah. Punya banyak tempat,Gua Musang paling aku rindu. Kau mampu?? Sampai beliau pun pelik kenapa nak sangat ke Gua Musang. Dari sebelum bersalin lagi aku dah teringin sangat nak ke sana. Tak jugak dapat pi. So kena plan bebaik dengan beliau ajak pi sana. Suka ok suasana dia. Bila malam tu,sunyi je. Ai kan pencinta alam. Hahahaha. Lagi satu,Cameron Highland. Pun pujuk beliau untuk pi jugak. Beliau kata,ok lah. Boleh la... Tapi bila lah yang ok laa,boleh laaa tu nak datang??
Aku rasa setakat ni yang macam mintak penampar punya berangan rasa best tu bila aku nakkkkk sangat pergi Kuantan pepagi buta macam aku pi ujian Penolong Akauntan yang failed dulu tu. #$@!*&^% . Aku pun tak reti nak explain macam mana dia punya feeling dapat duduk dalam kereta pepagi sambil kereta bergerak and kau melalak nyanyi-nyanyi.
Mohon lah jangan benci aku dek kerana ini. Hahaha.
No comments:
Post a Comment