Tajuk drama sangat ni. Iye,iye.. Musim demam. Masa raya haji hari tu,aku balik Karak. Mika dah tersoksek soksek. Hingus meleleh je mamat tu. Aku mudah kesian kalau budak selesema ni. Nampak comot pun ye. Tapi nak buat macam mane kan. Dah demam.
Sunan pun minggu lepas,hari Jumaat dah jumpa doktor. Sebab dia batuk and ada selesema sikit. Kalau malam pulak,ada bunyi macam berkahak dalam nafas dia. Dan tetiba ada nanah/bisul kat dada and belakang kepala dia. Tu yang cepat-cepat angkut ke klinik tu. Risau jugak kan. Tapi suhu badan dia normal je. Tak demam pun. Paru-paru pun bersih. Alhamdulillah. Satu hal,dah legaaaaa.... Tapi ubat bertimbun jugak lah doktor tu bagi. Orang bagi,kita ambil je.
Setel urusan klinik semua tu,service kereta and siap-siap nak gerak balik ke Karak. Lepas maghrib macam tu,gerak keluar dari rumah. Tapi singgah dulu kat rumah Mat and Panjang (technician Mourex jugak) sebab nak jumpa Panjang. Dia dah nak berhenti sebab isteri dia dah nak bersalin and suruh dia balik kampung je duduk dekat dengan isteri. Panjang ni pun menurut perintah. Siapa tak sayang anak bini weii.. Lepas beliau salam-salam peluk cium bagai,jom lah kita berhambus cepat-cepat. Beliau tu bukan boleh percaya sangat. Kang kalau lama-lama hadap si Panjang tu,mau dia menangis. Jiwa puding sangat uols.
Trafik sepanjang LATAR nak ke pusat bandar (padahal hala ke Selayang and Batu Caves je) sangat tak serabut. Kereta banyak tapi tak tersengguk-sengguk lah. Boleh lah kiranya nak pecut sampai terbang. Kereta banyak and trafik perlahan menghala ke laluan nak ke Perak lalu Kuala Selangor tu je. Sampai tol Gombak pun jalan tak sesak. Okay je boleh gerak sambil nyanyi. Sunan tak payah cakap lah. Baru keluar dari Kampung Kuantan,dia dah membuta. Pantang naik kereta dia ni. Tapiiiiiiiiiii.... Depan sikit dari gerai jual lemang kat highway tu,dia start dah jem. Jem yang jalan sikit kau berhenti..jalan sikit kau brake. Eeeiii.. sangat tak berkenan okay. Ye lah,ada ke yang suka jem. Beliau pulak pantang nampak laluan kecemasan tu clear. Laju je ikut jalan tu. Aku pun mula lah membebel sampai beliau fedup tapi tak berkesan pun bebelan aku tu. Ibarat mencurah air di daun keladi. Gitu. Bukan apa. Budak-budak bawak motor kan ramai malam tu. Bagi la chance dia orang guna laluan tu dengan selamat. Kang buatnya dia orang tengah laju,ada kereta kat depan tak sempat nak brake. Kan dah jadi kejadian kat situ. Ai is takut okay.
Dah sampai kat Bukit Tinggi,ada dua tiga lori kat depan yang ghopenya buat jem tu. Lepas dari lori tu,clear terus jalan. Tapi lori tu kat laluan kiri je. Laluan kanan kira clear lah. Dah jem tu kenapa? Tak faham aku. Ke engkorang pun tak faham apa yang aku cuba sampaikan?? Hahahaha... Sampai kat Lentang,jem balik tapi tak seteruk tadi. Boleh laaaa dari tak gerak langsung. Ai is rimas okay. Rasa nak cepat sampai ke pangkuan ayah bonda itu meluap-luap. Hehehe.. Dalam pukul 10.30 gitu aku sampai depan rumah. Heaven oi! Heaven! Sampai-sampai je,abah suruh makan dulu. Serius lapar sebab membebel tanpa henti sepanjang jalan. Beliau pulak siap je makan terus keluar dengan Naim. Naim ni sepupu aku tapi rakan sekerja and bff beliau. Satu kampung dengan aku. Dulu kalau dia kena kerja kat Shah Alam,kat rumah aku lah dia beradu. Almost sebulan jugak lah aku hadap muka dia ni. Sebab kalau dia nak berulang ke Shah Alam dari Langat tu macam tak munasabah je hari-hari.
Raya haji just biasa-biasa je. Sehari sebelum tu memang jadi kebiasaan family aku pergi Jerantut cari daging cincang and daging biasa. Suka bak hang kalau dapat ke Jerantut masa dolu-dolu. Kini just so-so je. Hahahaha.. Alang-alang dah sampai sana,nak lah beli baju Mieya and Mika. Mieya ni asyik nak pojen je kejenye. Belikan je lah. Ai kan mak sedara yang best *sila muntah*. Then makan dekat kedai Nasi Ayam Malaya. Apa yang Malaya sangat pun idok lah ku pasti tapi semua menu kat sinun ada Malaya kat hujung dia. Agaknya owner dia peminat tegar Harimau Malaya,Elephant Army and Ultras Malaya gamaknya. Sebab banyak lah badges seumpama itu dalam kedai. Owner pun macam bebudak muda. Semua belia remaja gitu *macam lah aku ni tua benor*. So sesiapa yang puuunnnn lah gila bola,boleh lah datang kedai tu. Motif sangat suruh datang makan semata-mata minat yang sama.
Pagi raya tu pergi kubur abang. Wajib lah ni. Borak-borak kejap dengan abang then joint ibu,kakngah,Syira,Mieya and Mika ke rumah makteh. Lepak-lepak borak-borak then blah. Mieya pulak sakit perut muntah-muntah banyak kali. Lembik dah minah tu. Malam tu nak buat bbq kat rumah makteh. So beli lah barang-barang yang perlu. Balik beli barang tu,abah ibu kakngah pi hantar Mieya ke hospital. Mujur tak kena tahan ward. Risau jugak kalau budak cirit birit and muntah-muntah ni. Aku dengan beliau dah standby kat rumah makteh. Syira,Nina and Tehah dah cukup untuk jadi bibik hari tu. Aku just bergolek teman Sunan sebab dia pantang hilang aku kalau dia rasa tak sihat badan ni. Untunggggg aku ada anak kecik okay. Tahap kemalasan aku ni kekadang dah tahap mintak penampar guna kaki kalau dia datang menghuni diri. Adoiiii...
Sepatutnya aku balik keesokkan harinya tapi beliau kata nak balik pagi-pagi hari selasa tu sebab takut jem. Selasa tu kiranya sampai Kuala Selangor terus masuk kerja lah. So malam tu ibu abah ajak makan kat luar. Balik je dari Temerloh,beliau mengadu sakit tekak and kepala. Masuk tidur awal dengan harapan esok boleh bangun awal. Tapi bila aku kejut paginya tu,beliau gila liat nak bangun. Rasa badan dah panas sangat. Suara pun serak-serak manja gitu. Sah demam! Aku biarkan je beliau tidur and kejut balik pukul 9 sebab nak pi klinik. Dapat lah beliau mc. Aku pun dapat lah jugak sebab bawak Sunan jumpa doktor sekali. Dia pun dah dedor-dedor badan. Dua-dua pun nak kena paksa makan ubat. Yang Sunan ni kemain payah nak makan. Menyembur-nyembur sambil nangis. Aku yang menangis sama sudahnya.
Ni aku dah start terbersin je ni. Dah sampai masa lah ni giliran aku.
Tak apa........................
Sakit kan penghapus dosa. Tak gitu??
No comments:
Post a Comment