Dekat facebook,aku ada join group pasal anak-anak. Iyelah,dah mak-mak ni,kena lah kan. Boleh share pengalaman and tengok je apa yang orang share pasal perkembangan anak-anak. Sedikit sebanyak boleh lah bantu kot-kot ada yang tergeliat sana sini. Aku kan mak muda. Eh,muda sangat ke? Boleh la dari takde. Asalkan laki aku kata aku gojes,muda lagi lah tu. Ohmaigaddd.. Sila muntah.
Paling dasat setakat ni yang aku baca dalam group tu is vaccine vs no vaccine untuk anak-anak. Ada jugalah mak-mak yang bertekak dalam tu nak tunjuk kepala siapa punya fahaman lagi betul. Entah lah.. Kalau asyik nak bertekak pasal tu,sampai ke sudah tak habis. Semalam masa pergi klinik hantar Sunan,aku ada jugak tanyakan kat nurse tu. Betul ke kalau ambil vaccine ni anak-anak boleh dapat masalah berat? And nurse tu bagi balik soalan kat aku. Awak vaccine tak masa kecil? Awak ada penyakit serius tak sekarang? Haaaaa... terus sengih. Honestly,aku mak yang sokong vaccine. Sebab aku berpegang pada falsafah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Kang jangan anak sakit,terhegeh-hegeh pi klinik or hospital mintak ubat. Kena jugak cucuk kalau terpaksa. Kan? Okay,kang ramai lah mak-mak yang bash aku. Di sini aku tegaskan,LAIN ORANG LAIN PANDANGAN. SILA LAH IKUT KATA HATI MEMASING. Gitu.
Second is pasal carrier. Sekarang zaman dah maju ni,semua benda nak maju juga. Semua benda nak mudah. Ye lah,siapa yang taknak kan. Termasuk lah cara kendong baby. Bagi aku and beliau,sangat lah rasa dukung Sunan sendiri tu jauh lebih baik dari aku letak dia dalam carrier and kendong ke hulu ke hilir. Sebab beliau cakap,selagi kudrat kuat,selagi mampu,dia tetap akan dukung Sunan. Biar selenguh mana pun. Aku pun ada pemikiran yang sama macam beliau. Ye lah,masa ni je pun anak nak didukung. Boleh peluk erat. Selagi ada peluang ni. Esok lusa dia dah besar,dah boleh jalan sendiri,buatnya dia tak mahu dah kena dukung or peluk even seminit. Kalau aku,menangis dah tu. Aku kan saiko. Kenot..kenot.. Bagi aku dukung tu lagi kuatkan bonding kami anak beranak. Kalau jalan ke mall pun memang aku jarang lah pakai stroller. Eh,memang setakat ni tak pakai pun. Dukung is the best way kata nurse.
Aku dengan Sunan suka menyanyi. Sangat suka. Nursery rhyme paling dia suka is Old Mcdonald Had a Farm. Kalau dia tengah bising-bising tak tentu hala tu,aku nyanyikan je lagu tu or Itsy Bitsy Spider or Bingo. Diam lah dia. Tapi mak sedara aku selalu cakap aku ni utamakan anak pandai belajar bahasa inggeris. Eh,ofcos lah. Kalau tak pandai macam mana nak bawak mak ko ni makan angin satu Eropah? Acane? Ce cakap? Haaaa.. English kau kena tahu even seco'et. Bukan nak mengagungkan tapi untuk kesenangan. Even aku ni kira sangat menitikberatkan bahasa kebangsaan. Oh tolong lah percaya. Hahaha.. Tapi bagi aku,lagu-lagu tu just for fun sebab time aku nyanyi tu,aku boleh buat suara-suara pelik and comel *ohpehlisss*. Seronok tengok Sunan gelak-gelak sengih-sengih. Tapi ada lah jugak aku nyanyikan lagu tradisional ke dia macam ulek mayang and lagu-lagu Roslan Madun. Okay lah tu dari takde.
Bab makan,aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT ambil berat. See,sampai capslock and bold lagi nak menunjukkan betapa aku concern pasal ni. Kalau aku boleh pakaikan bibs yang ada tulis "JANGAN SUAP SAYA MAKANAN SELAIN DARIPADA YANG MAMA SAYA SEDIAKAN",aku pakaikan kat Sunan. Aku rasa semua mak pun akan sangat menggila dalam soal pemakanan anak. Sunan baru nak masuk 6 bulan. So 19/10 ni baru dengan rasmi aku bagi dia makanan yang sesuai. Aku still simpan dalam paleotak ni yang usus baby kecil lagi. Before 6 bulan,sangat tak sesuai nak suap dia dengan nestum ke,nasi lembik ke,buah ke,ape ke. Kalau korang suap anak korang benda-benda macam ni before umur dia orang 6 bulan,lantakkan. Itu anak korang. Ini anak orang. Haaa.. Nampak perbezaan dia di situ? Hahaha.. Budak,kalau tengok orang makan memang dia akan nganga je. Tapi laki aku,bila Sunan dok nganga tengok kita orang makan,mula macam ringan je tangan nak cuit sikit bagi Sunan rasa. Kesian kata dia. Time tu mula lah aku jadi rimau. Memain dengan aku. Aku garang dalam mendidik anak okay. Pfftttttt...
Cara aku dengan beliau dalam membesarkan Sunan adalah sama. Sama-sama suka lasakkan Sunan. Tapi laki aku ni terlebih advance. Dia tak sabar nak campak Sunan ke sungai tu untuk berenang. Bertabah je aku dengar. Sebab masa dia dalam umur 6,7 tahun macam tu,dia dah pakat-pakat berenang kat tali air kampung ni. Masa dia kecik,dia suka ikut arwah ayah dia ke sungai. So abah akan ikat kaki beliau dengan tali (sebelah kaki) and lagi satu bahagian akan dipegang dek abah. Untuk ajar beliau berenang lah kiranya. Kenot lah aku nak biarkan dia buat Sunan macam tu. Sungai tu dah la ada buaya. Eeiii,simpangggg.. Kalau nak ajar berenang pun,biar kat kolam renang. So aku ingat bila Sunan dah 7 bulan nanti,nak ajar dah dia berenang. Sebab Sunan memang kaki air. Masa 1-3 bulan je dia meraung kalau kena mandi. Sekarang kalau pagi-pagi lambat mandikan dia,dia mula bising merengek. Pembersih sangat kononnya.
Bila Sunan dah besar nanti,aku takkan halang dia nak bersukan. Abah pun cakap macam tu. Kalau petang-petang dia pergi main bola,biarkan. Biar baju kotor ke,koyak ke,tak apa. Asalkan dia seronok. Okayyyy... yang kotor tu boleh la. Kalau dah tahap koyak,memang menangis lah mak kau ni depan pintu menyambut kepulangan mu setiap petang. Kau main bole ke berperang nak oi. Gitu. Abah kata,panggil dia balik bila nak masuk maghrib. Selagi tak betul-betul nak senja,biarkan dulu. Tak pun pesan awal-awal kat dia supaya balik bila dah nak senja. Memang aku vehrangan nak anak aku pandai main bola. Malu woi kalau orang jantan kaki bangku. Hahaha.. Kata abah,kalau dia nak bersukan,biar dalam dua acara je. Bola sepak atau badminton. Sebab dalam dua bidang ni je sangat cerah masa depan. Tapi kalau Sunan suka main konda-kondi je acane??
Yang pasti,setakat ni,aku dengan laki aku memang suka buli Sunan.
Maafkan mama and papa mu anak.
Redhakan ajelah.........................
No comments:
Post a Comment