Awesome Followers

10 October 2014

Perihal Klinik Yang Tak Sudah-Sudah

Dua hari lepas nurse call bagitahu ada appointment dengan doktor untuk result ujian pap smear aku bulan lepas. Ok lah Jumaat pagi. Aku pun tak ada lah merungut sangat. Sebab iyelah,risau kan bila nurse kata ada jangkitan sikit. Tapi cara dia bagitahu aku tu macam aku kena kanser serviks tahap 4. Menggelabah dia. Aku pun join lah tergelabah bagai. Gile nak relaks kalau dia dah bereaksi macam tu. Dari hari Rabu lagi aku dah rasa berdebar. Tak senang otak aku memikir. Tapi sekarang tak ada dah gatal-gatal teruk macam masa mula-mula aku makan pil perancang tu. Dah kira elok 100%. Sebab aku dah tukar pencuci missV aku. Before ni pakai yang Sumber Ayu bentuk cecair tu. Sekarang pakai yang buih mewah. Okay sesangat. I loikeeeee...

Appointment pukul 8. Kira pukul 7.30 terus keluar rumah,hantar Sunan ke kedai mak sebab Ayu cuti,mintak tolong jagakan sekejap then pergi klinik desa dulu ambil buku baru terus pecut ke klinik Kuala Selangor. Gitu. So lepas Subuh aku tak tidur dah. 6.50 am dah siap pakai baju bedak mekap lelawa okay even lipstick and bedak Miyami je pun. Tetap aku rasa aku lawa. Haha. Dah siap tu,tugas kejutkan Sunan pulak kengkonon. Ghopenya tak payah. Terbuntang dah bijik mata dia,terkebil-kebil dalam gelap. Senang kerja mak ko nak. Aku tak payah kejutkan beliau sebab beliau memang tak tidur dari malam. Naim ada tidur kat rumah so dorang berslumber party kengkonon dalam bilik belakang. Lantakkan korang asalkan tak ganggu aku anak beranak. Dah setel siapkan Sunan,berangkat lah keluar rumah. Puuuunnnn lah terbabas 5 minit sebab time tu lah beliau sibuk nak tolong check kereta. Phewwww.. Bertabah betul jiwa.

Sampai klinik,lengang. Ada lah 1,2 kakak yang bawak anak. Kira aku yang ke-3 sampai lah. Terus letak buku atas kaunter sementara tunggu nurse-nurse meeting. Dah siap meeting,datang sorang nurse ambil buku aku then bagi no.giliran. No.1001 okay. Heaven gila rasa. Bajet macam cepat lah aku dapat balik ni. Menunggu lah aku dengan sabar. 


Almost 1/2 hour aku tunggu,baru lah buku aku tu diangkut ke bilik doktor. Perghhhh... Berasap rasa bontot. Then terdengar nurse tu cakap  dengan kengkawan dia yang doktor tengah busy uruskan mangsa kemalangan. Pulak dahhhh... Macam kat klinik tu ada sorang je doktor walaupun hakikatnya memang cenggitu pagi tadi. Mujur aku ni jenis penyabar even dah macam-macam style aku duduk. Bersila lah,bersimpuh lah,lunjur kaki lah,bersilang kaki lah. Nasib baik tak kepala ke bawah kaki ke atas je tadi. Pasang jugak telinga dengar pasal eksiden tu. Sorang lelaki meninggal. Ada baby kata dorang tapi cedera. Kesiannyaaaaa...

Dalam pukul 9.10 macam tu,doktor panggil masuk. Terus doktor tu mintak maaf. Hilang terus rasa lenguh aku duduk tadi. Hover! Hahaha.. Doktor tu pun terangkan sikit-sikit pasal jangkitan tu tapi sebenarnya tak ada lah teruk sampai boleh effect rahim aku. Nurse tu je melebih-lebih. Mujur aku tak menangis meraung masa dia call bagitahu aku. Mujur aku jenis cool dalam cuak. Ada? Pun boleh.

Minggu depan kena jumpa klinik lagi. Sebab bawak Sunan check up pulak.
Klinik aje lah kerja aku ni.

No comments: