Dulu masa aku derejah lima,aku mimpi seorang brader ni yang assume dia tu abang aku. Kalau dia datang,dia naik satria kelabu,kemeja biru and seluar slack. Lengan kemeja tu dia lipat sampai siku. Badan ala-ala Zul Ariffin tu. Sado sangat. Kalau dia datang,mesti opening tu dia bersandar kat bonet kereta sambil kaki bersilang and tangan dalam poket seluar. Oh,dia pakai spek hitam. Boleh imagine how kacak he is? Aku time tu kekanak ribena lagi,mana nak pandang kacak ke tak. Padahalllll... Time tu lah kau dah start menggatal kan. Macam tak ngorat abang sekolah menengah tingkatan 4 sebelah sekolah kau yang bajet hensem cool tu. Huh!
Dia tak banyak cakap pun kalau dia datang. Dia just cakap nak bawak aku tapi belum masa. Lepas tu dia kata nak blah. Yang tak menahan bila dia blah tu,mesti dia naik kapal. Aku pun duk la ngantor dia kat tepi pelabuhan dengan linangan air mata. Bila bangun tidur pun still air mata mengalir. Kekadang tersedu-sedu nangis. Bingai nye laaaaaa.. Malu gile perangai gini.
Time tu,seminggu 2,3 kali dia muncul dalam mimpi. Sampai aku form 3. Memang tak pernah miss lah dia datang. Tapi masa tingkatan 4,dia dah kurang sangat datang. Seminggu sekali je. Pun dalam keadaan yang sama. Tak pernah berubah pun jalan cerita tu. Seram ok. Sesuatu sangat cara dia tu. Tapi lama-kelamaan,dia datang time aku hadapi saat-saat penting je. Masa tingkatan 5 nak SPM,dia datang wish good luck. Masa aku nak final exam kat kolej pun datang wish good luck. Masa aku nak bertunang,nak kahwin,nak bersalin pun,dia datang said congrats. Sampai sekarang,ada dia jenguk aku. Ai is seriau sangat. Sampai sekarang jugak aku tak jumpa solution. Mahlessss.. Mainan mimpi yang vangang je aku rasa.
Lately,aku rajin mimpi yang bukan-bukan. Paling kerap mimpi budak and ular. Awal-awal dulu mimpi budak. Hari-hari mimpi benda sama even jalan cerita lain-lain. Mimpi aku jaga anak orang lah. Mimpi Sunan ada kembar tapi kembar tu tersorok masa aku bersalinkan Sunan so tak sempat keluarkan dia sampai doktor scan sekali lagi baru tahu dia ada. Gitu. Tak ke takut tu? Pernah mimpi budak,which is baby ramai-ramai datang peluk aku and ajak agah-agah. Baby,comel je kan. Aku agah kan aje lah.
Then aku start mimpi ular. Mimpi ular masuk rumah. Mimpi ular tedung berdiri tegak depan aku tapi tak patuk. Dia pandang je perati gerak geri aku. Geli hoi. Aku tak sukaaaaa ular. Tak berbulu. Geli sisik dia. Katak pun aku tak suka. Puuuunnn lah aku mimpikan dia. Buaya pun. Aku mimpi bot yang aku naik dengan beliau and Sunan kena libas dengan ekor dia. Tapi kami sempat lari dari dia. Waaaaa.... Kenapa? Kenapa? Paling menggelikan sampai aku bangun pun aku still rasa nak muntah is aku mimpi Sunan makan ular sawa. Kau mampu?? Puas aku tarik ekor ular tu tapi tak mahu jugak keluar. Last-last beliau azan baru dapat tarik. Huk huk.. Apekah yang sedang melanda dahku ini??
Dua hari lepas aku mimpi ulek mayang. Aku menari suka-suka sambil ikut rentak dia. Yang kelakar ada Isei and Amar Titan yang join aku. Hahahaha. Then ada karnival kat sekolah mana entah. Aku datang nak tengok. Kebetulan ada seorang perempuan ni nak menari lagu ulek mayang. Tetiba dia turun dari pentas and datang kat aku. Terus dia tepuk pinggang aku dengan kuat and tarik tangan aku ajak menari sama. Aku kata lah tak nak sebab aku pun suka-suka je. Terus dia kata aku kena habiskan pantang yang aku buat. Apekah?? Sampai bangun pun aku still rasa sengal pinggang sebab kena tepuk tu. And aku macam dah tak boleh dengar lagu ulek mayang. Rasa nak nangis. Hati rasa sayu ya amat.
Minggu lepas,dalam pukul 2 pagi camtu aku terbangun sebab aku dengar ada orang menangis. Bangun-bangun je tengok beliau tengah peluk Sunan sambil nangis. Aku pun pelik lah and terus tanya kenapa. Risau pun ada. Ye lah,tetiba je kan. Terus dia jawab yang dia mimpi Sunan meninggal. Mengurut dada aku. Kenapa lah dengan kami ni??
Haissshhhh...
No comments:
Post a Comment