Awesome Followers

23 October 2014

Kazans Day Out - part 1

Jumaat lepas ibu abah kata nak datang. Tapi last minute cancel sebab kakak and adik perempuan aku pun nak join juga. Sebab plan nya,ibu abah datang Jumaat and Sabtu tu boleh pi melawat dua orang tu kat Putrajaya. Tapi dah disebabkan dia orang nak datang jugak,baik lah. Menurut perintah. So ibu kata dia datang Sabtu pagi tu. Ok laaa,ok laaaa.. Ada masa lah nak kemas rumah yang serupa kena belalai air. Aiceh,mementang tengah fenomena hot. Nak juga dimention.

Sabtu tu ibu gerak lambat. Dalam pukul 9.30 macam tu. So kita ada masa nak mengketadarah dulu. Siap-siap ajak beliau keluar. Tekak teringin nak makan nasi lemak tapi nak makan nasi lemak yang paling sedap. Boleh? Beliau pulak asyik tak tahu kat mana. Nyudahnya makan kat kedai mak Sairul je. Sairul ni rakan sekerja kami. Masa kami sampai tu,nasi lemak dah nak habis. Cukup untuk aku sorang je. So beliau kena lah mengalah kalau tak nak tengok aku gigit meja. Hover sangat.

Balik rumah lepas makan,terus gegas buat kerja rumah. Beliau sapu sawang labah-labah yang dah macam negara aku tengok. Punya lah menandakan kami ni sangat lah busy sampai tak ada masa nak cuci semua tu. Pffttt.. Padahal malas nak mendongak atas. Hahaha.. So gigih lah beliau cuci segala yang ada. Aku just sapu sampah and tengok tv. Sapu sikit,tengok tv banyak. Gitu. Ai kan manja. Bhahahahaha. Mop lantai pun beliau yang buat. Memang mithali sangat lah beliau time tu. Sejuk hatiiii... Haha. Padahal memang banyak kali lah beliau tolong mengemas and masak kat rumah tu.

Ibu sampai dalam pukul 12. Time tu kerja rumah dah setel so bergolek dengan Sunan sambil tengok cerita Barbies. Dengar je bunyi kereta abah,terus bingkas bangun. Orang pertama kat depan pintu is Mia si Mak Enon. Haha. Tapi bukan aku yang dia terjah macam dulu-dulu. Sunan! Ok,ok.. Ai red-doooo.. So semua plan nak pi pantai dalam pukul 4. Masak-masak untuk lunch then semua pun terbongkang tidur dulu. Semua nak kumpul tenaga balik kengkonon. Aku je dok layan Ghajini sesorang. Eh,sedap tau cerita tu. Aamir Khan berlakon. Ganas sangat muka dia. Awww...

Beliau kata mak nak ikut. Ok,kita bawak mak. Plan pukul 4,tersasar pukul 5.30. Itu biasa bagi the Kazans. Lagipun kalau keluar awal-awal,panas pulak kan *sedapkan hati* . Pukul 5.30,ambil mak then terus pecut ke Pantai Remis. Macam biasalah,weekends,memang ramai orang so kami yang tak berapa nak suka crowded ni,ambil port jauh sikit dari orang. Kang nak selpi-selpi,malu pulok orang dok tengok. Haha. Ai kan wanita tulen ayu sejati. Kang kalau orang tengok,terus merah padam jadi anjelina joli pulak posing. Eh. 


gambar yang bajet retis perlu la hado. haha!


Lepas dah puas hadap laut yang dalam hati asyik lah takut kut-kut ter-tsunami sebab angin kuat lah jugak,moh la kita bergerak ke Giant Kuala Selangor. Abah ibu memang akan tak pernah miss nak tolong belikan barang dapur aku even aku tak bagi pun. Mati-mati nak jugak belikan even just se tin susu. Mujur beras dia tak belikan sebab aku tegas mengatakan yang kami laki bini memang lah sangat tak makan kat rumah. Means,jarang masak nasi. Kekadang satu pot je sehari,itu pun tak habis. Beras 5 kg boleh tahan sebulan lebih uols. So,dah sampai Giant,adik aku yang Syira tu mula rambang mata tengok roti-roti and kek bagai yang ada dijual kat kiosk dalam tu. So ibu belikan lah untuk kudap-kudap malam tu kengkononnya. Sudahnya,tak habis sebab tak berapa nak kena tekak. 

Balik dari Giant,terus singgah makan kat kedai Serasi Tomyam,area Cendol Bakar kat Assam Jawa. Serius makanan dia sedap kena tekak weols. Mak mertua aku kan bukak kedai makan. Bab rasa-rasa makanan ni memang dia superb lah. So kalau dia kata makanan tu sedap,sedap betul lah tu. Sila lah cuba makan kat kedai ni. Puas hati digerentikan. Murah pun tersangat lah murah. Hey,memang puas hati sesangat lah.

Malam tu plan nak karoke terus ke laut sebab aku dengan Sunan dah terbongkang dulu dalam bilik. Kita layan karoke dalam mimpi je lah ye...

No comments: