Jumaat lepas aku balik Karak sebab kenduri kahwin pektam kan. So aku gerak dari rumah dalam pukul 8 and singgah mengketedarah kat kedai yang aku kata sedap dalam entry dulu tu (klik SINI) . Setel makan sambil tengok bola Pahang vs Kedah yang mana Pahang membelasah Kedah 5-0 untuk ke final yang mendatangkan jiwa gelabah aku sebab terlampau excited,terus lah mengangkat badan yang kekenyangan untuk berangkat pulang. Ayat kau Fara,menyampah sangat. Haha. Macam biasa,beliau akan tengok jam and mula estimate time pukul berapa akan sampai. Memang hobi dia. Biarkan lah.
Jalan memang sangat lengang selepas dari tol Gombak. Just dekat Selayang yang macam banyak kenderaan tapi still smooth je jalan. Tak ada lah sangkut-sangkut. So beliau buka lagu then melalak sampai serak suara dengan iringan tarian aku. Lepas tu pandang orang kiri kanan kut-kut ternampak perbuatan tak semenggah aku tu. Sunan dah tidur lama since masuk LATAR lagi. Memang senang lah dengan dia.
Sampai kat Petronas Siti Nurhaliza *jangan tanya kenapa nama dia macam ni* yang kat highway sebelum tol Bentong,beliau buat pitstop dulu. Time tu dah pukul 10 pm ++ macam tu. Lama jugak berhenti sebab lenguh. Ye lah,beliau balik je kerja dalam pukul 7,aku terus kerah mandi and siap-siap untuk balik Karak. Sangat lah gelojoh bini sekor ni. Mujur beliau tak banyak bunyi. Okay je siap-siap and gerak.
Sampai kat petronas Karak dalam pukul 11.30 pm. Memang lengang gila kat situ. Kat jalan yang aku lalu pun tak ada kereta. Kat petronas tu lagi lah,kosong. Memang tak pernah lah aku nampak petronas tu kosong ya amat. Selalunya ada lah jugak pekerja dia kat luar tu barang seorang dua. Kebetulan beliau bawa agak slow masa lalu situ. Aku terpandang kerusi meja batu kat tepi tandas petronas tu. Then.......... aku ternampak seorang perempuan rambut panjang pakai kemeja putih lengan panjang kalau tak silap tengah duduk menunduk kat situ. Rambut dia dilepaskan sampai paras lutut *sumpah meremang lagi masa menulis ni*. Automatik aku cakap dekat beliau....
A : Anim rasa anim nampak sesuatu lah. Kat tandas petronas tu...
B : Apa dia??
A : ** cerita apa yang aku nampak**
Automatik kami pusing balik tak sampai 2 minit kami lalu jalan tu. Semata-mata nak tengok betul ke tak atau aku ni ngigau lebih. Haha. AKu cakap kat beliau,kalau dia ada lagi,maknanya dia manusia. Kalau tak ada,faham-faham lah. Ye lah,takkan sekelip mata dia blah kan. So,lalu lagi,memang hilang. Lama jugak kami tunggu kut-kut dia masuk toilet ke apa kan tapi tak keluar-keluar. Apa lagi,blah la. Kesian Sunan je kang.
Aku suruh beliau singgah kat pekan Karak depan mamak Hamza. Sebab orang kata,kalau ternampak and tertegur,singgah dulu mana-mana and jangan terus balik. Biar dia turun dulu and tak ikut kita.
Gitu..
No comments:
Post a Comment