Sabtu, 25 Oct. 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H yang lepas, Pektam Alok (adik abah) selamat diijabkabulkan dengan Mektam Nor. Ni dikira perkahwinan ke-3 pektam. Sebab tu ucapan aku macam tu. Hahaha. Perkahwinan pertama,tak kekal lama sebab mektam dipanggil Tuhan lebih awal. Dikurniakan satu-satunya anak perempuan,Ayu. Perkahwinan ke-2,bercerai hidup. Jodoh tak lama. Apa nak buat. Kali ni ke-3. Moga kekal sampai sorgaaaa.... Pektam ni sebijik sebijon ngikut arwah atok Mamat yang jugak lah bernikah 3. Okay lah tu,ada pewaris. Hahahahaha.
Aku gerak balik Karak,Jumaat malam Sabtu. Jalan tak jem langsung sampaikan aku dengan beliau boleh joget-joget dalam kereta and melalak. Sunan of course membuta. Keluar je ke LATAR,terus lelap. Senang jaga kau ni nak. Mama gumbira. Tapi sampai rumah ibu dalam pukul 12am jugak atas sebab-sebab yang gile meremang bulu roma kalau aku ingat balik. Aku cerita kat entri lain nanti. Phewww.. Terbayang lagi sampai sekarang.
Pektam akad nikah dalam pukul 12 pm. Pagi tu ibu dah gegar bilik awal kemain padahal pukul 11am baru bergerak ramai-ramai ke rumah pengantin perempuan. Sabar je lah. Tema family warna kuning. Ibu and kakngah dah belikan siap-siap baju aku. So ada lah kuning tu. Tapi Sunan dengan papa pakai baju warna lain. Kita anggap je lah warna kuning ye. Sunan ada je romper kuning tapi idok lah sesuai dengan mejelis gitu. Papa memang tak ada baju warna kuning. Takkan nak pakai baju safety atlas copco kan. Berkilat striking je kang. Silau mata pengantin.
Eh,malas lah nak cerita panjang-panjang. Tengok lah gambar-gambar ini semua yang ai hidangkan. Just satu je nak bangga. Sunan langsung tak meragam merengek. Heaven!!!
Dah sampai pun kena selfie jugak. Tapi aku tak sempat sebab follow belakang kereta Pakcu Kia then sesat. Dia konfiden je jalan tanpa rasa bersalah. Hahaha! |
sebelum berangkat harus lah selfie sekilo dulu. |
gambar trio mak-mak dara and anak dara is wajib. |
tunggu akad nikah. siap pakai mic lagi. kalah aku dulu. |
lafaz taklik pula selepas akad nikah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah... |
Tak banyak pic dalam fon aku ni. Itu pun atas ehsan sepupu aku si Adam yang tolong whatsapp kan. Kalau tak,memang idok le hado. Ai kan busy dengan rumah dan tangga. Hahahahaha...
Kebetulan rumah abang mektam baru aku ni berhadapan dengan rumah bestfriend time kecik-kecik dulu so pergi lah buat lawatan. Masa aku sampai,Farahana tak ada sebab hantar orang pergi marhaban. So aku tunggu kejap and borak-borak dengan mak dia. Dah besar adik-adik dia. Last aku jumpa farahana masa aku habis darjah 6. Sekarang aku dah 25 tahun. Tak ke laaaaamaaaaaa sangat tu??
Farahana sampai je terus suasana diri aku jadi kecoh. Even dah lama gila tak jumpa,tak ada lah nak rasa segan ke hapa. Iye lah,even dalam facebook pun tak bertegur sangat. Apakah ketahian ini wahai fara??
Lepas kenduri tu kami terus pecut ke Kuantan. Ibu,abah,kakngah,Syira and Mika 1 kereta. Aku bawak Pakyai,adik Faiz and Ina. Entri tu nanti-nanti lah ye. Tunggu lah esok lusa *bajet sangat lah orang baca belog kau*.
SELAMAT PENGANTIN BARU PEKTAM!!!!
No comments:
Post a Comment