Awesome Followers

27 October 2014

Terjumpa 'DIA'

Jumaat lepas aku balik Karak sebab kenduri kahwin pektam kan. So aku gerak dari rumah dalam pukul 8 and singgah mengketedarah kat kedai yang aku kata sedap dalam entry dulu tu (klik SINI) . Setel makan sambil tengok bola Pahang vs Kedah yang mana Pahang membelasah Kedah 5-0 untuk ke final yang mendatangkan jiwa gelabah aku sebab terlampau excited,terus lah mengangkat badan yang kekenyangan untuk berangkat pulang. Ayat kau Fara,menyampah sangat. Haha. Macam biasa,beliau akan tengok jam and mula estimate time pukul berapa akan sampai. Memang hobi dia. Biarkan lah.

Jalan memang sangat lengang selepas dari tol Gombak. Just dekat Selayang yang macam banyak kenderaan tapi still smooth je jalan. Tak ada lah sangkut-sangkut. So beliau buka lagu then melalak sampai serak suara dengan iringan tarian aku. Lepas tu pandang orang kiri kanan kut-kut ternampak perbuatan tak semenggah aku tu. Sunan dah tidur lama since masuk LATAR lagi. Memang senang lah dengan dia.

Sampai kat Petronas Siti Nurhaliza *jangan tanya kenapa nama dia macam ni* yang kat highway sebelum tol Bentong,beliau buat pitstop dulu. Time tu dah pukul 10 pm ++ macam tu. Lama jugak berhenti sebab lenguh. Ye lah,beliau balik je kerja dalam pukul 7,aku terus kerah mandi and siap-siap untuk balik Karak. Sangat lah gelojoh bini sekor ni. Mujur beliau tak banyak bunyi. Okay je siap-siap and gerak.

Sampai kat petronas Karak dalam pukul 11.30 pm. Memang lengang gila kat situ. Kat jalan yang aku lalu pun tak ada kereta. Kat petronas tu lagi lah,kosong. Memang tak pernah lah aku nampak petronas tu kosong ya amat. Selalunya ada lah jugak pekerja dia kat luar tu barang seorang dua. Kebetulan beliau bawa agak slow masa lalu situ. Aku terpandang kerusi meja batu kat tepi tandas petronas tu. Then.......... aku ternampak seorang perempuan rambut panjang pakai kemeja putih lengan panjang kalau tak silap tengah duduk menunduk kat situ. Rambut dia dilepaskan sampai paras lutut *sumpah meremang lagi masa menulis ni*. Automatik aku cakap dekat beliau....

A : Anim rasa anim nampak sesuatu lah. Kat tandas petronas tu...
B : Apa dia??
A : ** cerita apa yang aku nampak**

Automatik kami pusing balik tak sampai 2 minit kami lalu jalan tu. Semata-mata nak tengok betul ke tak atau aku ni ngigau lebih. Haha. AKu cakap kat beliau,kalau dia ada lagi,maknanya dia manusia. Kalau tak ada,faham-faham lah. Ye lah,takkan sekelip mata dia blah kan. So,lalu lagi,memang hilang. Lama jugak kami tunggu kut-kut dia masuk toilet ke apa kan tapi tak keluar-keluar. Apa lagi,blah la. Kesian Sunan je kang.

Aku suruh beliau singgah kat pekan Karak depan mamak Hamza. Sebab orang kata,kalau ternampak and tertegur,singgah dulu mana-mana and jangan terus balik. Biar dia turun dulu and tak ikut kita. 
Gitu..

Selamat Pengantin Re-new


Sabtu, 25 Oct. 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H yang lepas, Pektam Alok (adik abah) selamat diijabkabulkan dengan Mektam Nor. Ni dikira perkahwinan ke-3 pektam. Sebab tu ucapan aku macam tu. Hahaha. Perkahwinan pertama,tak kekal lama sebab mektam dipanggil Tuhan lebih awal. Dikurniakan satu-satunya anak perempuan,Ayu. Perkahwinan ke-2,bercerai hidup. Jodoh tak lama. Apa nak buat. Kali ni ke-3. Moga kekal sampai sorgaaaa.... Pektam ni sebijik sebijon ngikut arwah atok Mamat yang jugak lah bernikah 3. Okay lah tu,ada pewaris. Hahahahaha.

Aku gerak balik Karak,Jumaat malam Sabtu. Jalan tak jem langsung sampaikan aku dengan beliau boleh joget-joget dalam kereta and melalak. Sunan of course membuta. Keluar je ke LATAR,terus lelap. Senang jaga kau ni nak. Mama gumbira. Tapi sampai rumah ibu dalam pukul 12am jugak atas sebab-sebab yang gile meremang bulu roma kalau aku ingat balik. Aku cerita kat entri lain nanti. Phewww.. Terbayang lagi sampai sekarang.

Pektam akad nikah dalam pukul 12 pm. Pagi tu ibu dah gegar bilik awal kemain padahal pukul 11am baru bergerak ramai-ramai ke rumah pengantin perempuan. Sabar je lah. Tema family warna kuning. Ibu and kakngah dah belikan siap-siap baju aku. So ada lah kuning tu. Tapi Sunan dengan papa pakai baju warna lain. Kita anggap je lah warna kuning ye. Sunan ada je romper kuning tapi idok lah sesuai dengan mejelis gitu. Papa memang tak ada baju warna kuning. Takkan nak pakai baju safety atlas copco kan. Berkilat striking je kang. Silau mata pengantin.

Eh,malas lah nak cerita panjang-panjang. Tengok lah gambar-gambar ini semua yang ai hidangkan. Just satu je nak bangga. Sunan langsung tak meragam merengek. Heaven!!!
Dah sampai pun kena selfie jugak. Tapi aku tak sempat sebab follow belakang kereta Pakcu Kia then sesat. Dia konfiden je jalan tanpa rasa bersalah. Hahaha!

sebelum berangkat harus lah selfie sekilo dulu.

gambar trio mak-mak dara and anak dara is wajib.
tunggu akad nikah. siap pakai mic lagi. kalah aku dulu. 

lafaz taklik pula selepas akad nikah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah...

Tak banyak pic dalam fon aku ni. Itu pun atas ehsan sepupu aku si Adam yang tolong whatsapp kan. Kalau tak,memang idok le hado. Ai kan busy dengan rumah dan tangga. Hahahahaha...
Kebetulan rumah abang mektam baru aku ni berhadapan dengan rumah bestfriend time kecik-kecik dulu so pergi lah buat lawatan. Masa aku sampai,Farahana tak ada sebab hantar orang pergi marhaban. So aku tunggu kejap and borak-borak dengan mak dia. Dah besar adik-adik dia. Last aku jumpa farahana masa aku habis darjah 6. Sekarang aku dah 25 tahun. Tak ke laaaaamaaaaaa sangat tu??

Farahana sampai je terus suasana diri aku jadi kecoh. Even dah lama gila tak jumpa,tak ada lah nak rasa segan ke hapa. Iye lah,even dalam facebook pun tak bertegur sangat. Apakah ketahian ini wahai fara?? 

Lepas kenduri tu kami terus pecut ke Kuantan. Ibu,abah,kakngah,Syira and Mika 1 kereta. Aku bawak Pakyai,adik Faiz and Ina. Entri tu nanti-nanti lah ye. Tunggu lah esok lusa *bajet sangat lah orang baca belog kau*.

SELAMAT PENGANTIN BARU PEKTAM!!!!

24 October 2014

Selamat Ulangtahun Abang!

Semalam birthday abang yang ke-32. Senang je nak ingat birthday dia sebab esoknya (hari ini) birthday Sultan Pahang,which means sama birthday dengan arwah pakngah jugak. Eh,happy birthday pakngah yang satu-satunya. Pakngah ni adik ibu,the one and only. Tapi umur tak lama. Pun dipanggil Tuhan,setahun selepas nenek pergi. Ibu dah tak ada sapa-sapa kecuali kitaorang. Gitu.

Tak banyak nak dicoretkan untuk abang. Dah tercoret di hati sekian lama. Takkan terpadam sampai mati. Biar terpahat kukuh. Biarkan. Jangan usik lagi. Nanti berjejeh air mata. Dia dah damai pun kat 'sana'.

Sampai bila-bila pun,dia tetap abang paling kelakar tahap bergelak sakan pecah perut.
Al-fatihah....

HAPPY BIRTHDAY ABANG!!!


23 October 2014

Kazans Day Out - Part 2

Pagi Ahad tu mula-mula tak plan nak pi mana pun sebab masing-masing still penat and nak kumpul tenaga untuk balik. Then tiba-tiba abah kata bosan duduk rumah,better keluar. Ok laaa,abah dah pandai request. Bergegas lah masing-masing mandi and bersiap. Bukan senang abah nak offer ok. Paling excited of course aku. Bab berjalan ni memang aku laju je. Gile tak bosan duduk rumah time weekend. Dah lah minggu sudahnya,Sabtu Ahad terperap kat rumah sebab beliau kena kerja. Minggu ni kita pulun habis lah kan. 

Aku dengan beliau plan last minute untuk ke Taman Alam. Si Mieya sibuk nak tengok monyet. Dari malam tu lagi dia bising nak tengok. Takkan memalam buta nak bawak pi Bukit Malawati kan. Gila? Haha. So bawak lah semua ke Taman Ikan Air Tawar,Taman Alam. Abah kan suka ikan. Dah sampai situ,menggila lah dia dengan menantu nya tu tengok ikan yang ada. Dah tu asyik lah cakap,"Kenapa lah awak tak pernah bawak abah datang sini? Ni asyik tengok monyet je.." . Idok lah kami pun terfikir abah wei. Itu pun beliau ajak tengok burung kat Taman Alam,ibu tak nak. Tak larat dah nak jalan sebab nak tinjau burung tu kena masuk ke dalam lagi. So lenkali lah cerita dia.

Aku,ibu and kakngah just duduk kat pondok tepi tu the selpi and bergambo sampai lebam. Itu je lah yang kami pandai. Nak komen pasal ikan,kang melalut. Ikan keli kata sembilang. Ikan paus kata puyu. Ok tipu.

lagi gambar bajet retis. Make up by Reena Kamarudin

the budak yang hyper

Dah puas tengok ikan,cari kedai ABC pulak. Kebetulan panas terik,tekak haus. So mari ke Tanjong Karang sebab ada Cendol Durian Borhan. Sampai je usha menu dulu. ABC yilek. Semua cendol. Tekak aku memang tak boleh terima cendol sebab bagi aku,santan tu untuk masak,bukan buat minum. Gitu. Bingai punya otak. Haha. Sekali aku order cendol pulut. Bila dah makan tu,terus rasa nak lagi tapi malu nak mintak. Pelahap sangat gayanya. Pulut tu yang buat sedap. Tengok lah esok lusa ajak beliau lagi makan kat situ. Beliau order cendol biasa and chicken chop. Serius talk,chicken chop dia memang thorrrrrr-baikkkkk... Sedap weiiii... Black pepper dia memang sedap-sedap rasa gitu. Tak pekat sangat. Alamak,menjejeh rasa ailio ni bila teringat. Nakkkkkkk!!!!

Siap memenuhkan tangki perut,terus lah kita balik untuk berehat. Ibu abah kata nak balik pukul 5 nanti. Aku pun terus diselubungi sendu. Haha. Beliau pulak tak bagi abah balik. Beliau memang cenggitu. Kalau abah datang sini,beliau tak bagi balik awal. Kalau kami balik sana,beliau tak nak balik sini awal. Sanggup ponteng kerja asalkan dapat berlama-lama. Kesian abah kata dia. Aku pulak yang kena heret paksa beliau balik. Ni abah sapa sebenarnya ni. Aku ke dia? Hahaha. Tapi abah kena balik jugak Adik yang lelaki tu tinggal sorang-sorang kat rumah. Kang kering pulak kat rumah tak makan. Dia malas masak. Tau-tau makanan dah depan hidung. Anak bujang kate ko.

Lepas ibu abah balik,terus sunyi rumah. Terus mati kutu. Aku pandang Sunan,Sunan pandang aku. Aku pandang beliau,beliau pandang aku. Dah tu,jom lah ke rumah mak kasi tenang jiwa. Gitu kekdahnya...

Kazans Day Out - part 1

Jumaat lepas ibu abah kata nak datang. Tapi last minute cancel sebab kakak and adik perempuan aku pun nak join juga. Sebab plan nya,ibu abah datang Jumaat and Sabtu tu boleh pi melawat dua orang tu kat Putrajaya. Tapi dah disebabkan dia orang nak datang jugak,baik lah. Menurut perintah. So ibu kata dia datang Sabtu pagi tu. Ok laaa,ok laaaa.. Ada masa lah nak kemas rumah yang serupa kena belalai air. Aiceh,mementang tengah fenomena hot. Nak juga dimention.

Sabtu tu ibu gerak lambat. Dalam pukul 9.30 macam tu. So kita ada masa nak mengketadarah dulu. Siap-siap ajak beliau keluar. Tekak teringin nak makan nasi lemak tapi nak makan nasi lemak yang paling sedap. Boleh? Beliau pulak asyik tak tahu kat mana. Nyudahnya makan kat kedai mak Sairul je. Sairul ni rakan sekerja kami. Masa kami sampai tu,nasi lemak dah nak habis. Cukup untuk aku sorang je. So beliau kena lah mengalah kalau tak nak tengok aku gigit meja. Hover sangat.

Balik rumah lepas makan,terus gegas buat kerja rumah. Beliau sapu sawang labah-labah yang dah macam negara aku tengok. Punya lah menandakan kami ni sangat lah busy sampai tak ada masa nak cuci semua tu. Pffttt.. Padahal malas nak mendongak atas. Hahaha.. So gigih lah beliau cuci segala yang ada. Aku just sapu sampah and tengok tv. Sapu sikit,tengok tv banyak. Gitu. Ai kan manja. Bhahahahaha. Mop lantai pun beliau yang buat. Memang mithali sangat lah beliau time tu. Sejuk hatiiii... Haha. Padahal memang banyak kali lah beliau tolong mengemas and masak kat rumah tu.

Ibu sampai dalam pukul 12. Time tu kerja rumah dah setel so bergolek dengan Sunan sambil tengok cerita Barbies. Dengar je bunyi kereta abah,terus bingkas bangun. Orang pertama kat depan pintu is Mia si Mak Enon. Haha. Tapi bukan aku yang dia terjah macam dulu-dulu. Sunan! Ok,ok.. Ai red-doooo.. So semua plan nak pi pantai dalam pukul 4. Masak-masak untuk lunch then semua pun terbongkang tidur dulu. Semua nak kumpul tenaga balik kengkonon. Aku je dok layan Ghajini sesorang. Eh,sedap tau cerita tu. Aamir Khan berlakon. Ganas sangat muka dia. Awww...

Beliau kata mak nak ikut. Ok,kita bawak mak. Plan pukul 4,tersasar pukul 5.30. Itu biasa bagi the Kazans. Lagipun kalau keluar awal-awal,panas pulak kan *sedapkan hati* . Pukul 5.30,ambil mak then terus pecut ke Pantai Remis. Macam biasalah,weekends,memang ramai orang so kami yang tak berapa nak suka crowded ni,ambil port jauh sikit dari orang. Kang nak selpi-selpi,malu pulok orang dok tengok. Haha. Ai kan wanita tulen ayu sejati. Kang kalau orang tengok,terus merah padam jadi anjelina joli pulak posing. Eh. 


gambar yang bajet retis perlu la hado. haha!


Lepas dah puas hadap laut yang dalam hati asyik lah takut kut-kut ter-tsunami sebab angin kuat lah jugak,moh la kita bergerak ke Giant Kuala Selangor. Abah ibu memang akan tak pernah miss nak tolong belikan barang dapur aku even aku tak bagi pun. Mati-mati nak jugak belikan even just se tin susu. Mujur beras dia tak belikan sebab aku tegas mengatakan yang kami laki bini memang lah sangat tak makan kat rumah. Means,jarang masak nasi. Kekadang satu pot je sehari,itu pun tak habis. Beras 5 kg boleh tahan sebulan lebih uols. So,dah sampai Giant,adik aku yang Syira tu mula rambang mata tengok roti-roti and kek bagai yang ada dijual kat kiosk dalam tu. So ibu belikan lah untuk kudap-kudap malam tu kengkononnya. Sudahnya,tak habis sebab tak berapa nak kena tekak. 

Balik dari Giant,terus singgah makan kat kedai Serasi Tomyam,area Cendol Bakar kat Assam Jawa. Serius makanan dia sedap kena tekak weols. Mak mertua aku kan bukak kedai makan. Bab rasa-rasa makanan ni memang dia superb lah. So kalau dia kata makanan tu sedap,sedap betul lah tu. Sila lah cuba makan kat kedai ni. Puas hati digerentikan. Murah pun tersangat lah murah. Hey,memang puas hati sesangat lah.

Malam tu plan nak karoke terus ke laut sebab aku dengan Sunan dah terbongkang dulu dalam bilik. Kita layan karoke dalam mimpi je lah ye...

16 October 2014

reunion planning


Last week aku ada post dekat group bebudak sekolah aku yang sebaya pasal nak buat reunion. Ye lah,nak jumpa memasing kemain payah. Padahal se-Karak je. Of course lah kebanyakkan kerja luar tapi tak kan lah tak balik langsung kan. Kalau balik pun takkan lah engkorang expect semua nak jerit war-warkan yang korang balik. Tapi kalau ikut perangai senget laki aku,ye dia buat. Sampai je dekat JPJ Karak tu,dia bukak tingkap luas-luas and jerit punya kuat,"KARAK,FARA IS BACK!" . Hahahaha. Nak marah pun tak jadi. Macam lah bini dia ni ahli parlimen Karak. Kakak kawasan jauh sekali. 

So,start semalam aku dah gigih usha-usha tempat dengan bantuan wak gugel. Just buat kertas cadangan dulu before bincang dengan members lain secara depan-depan. Kiranya aku dengan rasmi melantik diri aku sendiri *ohmai,gila kuasa sangat* sebagai tukang jalankan event. Aku memang suka lah memeningkan kepala otak aku ni dengan benda-benda tak pekdah gini. Saja cari penyakit. 

Ada lah 2,3 tempat yang aku dah set untuk bagi dia orang pilih kendian nanti. Laki aku lagi senang. Suruh je buat kat kelip-kelip kampung Kuantan ni. Eeeiii..kosser aku. Dah la duduk sini. Nak jalan-jalan pun kat sini. Kenot..kenot.. Tapi bila usha-usha tempat tu macam Fraser Hill contohnya sebab memang suka sangat waktu malam dia,mula lah terdetik dalam hati. Macam rugi kalau pergi tempat romantik macam ni ramai-ramai. Teringin nak pergi dengan beliau and Sunan nanti. Gitu. Sebab tempat tu kalau malam *tengok gambar je* , nampak macam Sleeping Hollow pun ada. Macam cerita Harry Potter tu. Waaa... Aku sangat suka Inggeris-thing ni. 

Semoga berhasil lah aku menjayakan program yang entah bila akan berlangsung ni.

15 October 2014

Mak-mak in my way

Dekat facebook,aku ada join group pasal anak-anak.  Iyelah,dah mak-mak ni,kena lah kan. Boleh share pengalaman and tengok je apa yang orang share pasal perkembangan anak-anak. Sedikit sebanyak boleh lah bantu kot-kot ada yang tergeliat sana sini. Aku kan mak muda. Eh,muda sangat ke? Boleh la dari takde. Asalkan laki aku kata aku gojes,muda lagi lah tu. Ohmaigaddd.. Sila muntah.

Paling dasat setakat ni yang aku baca dalam group tu is vaccine vs no vaccine untuk anak-anak. Ada jugalah mak-mak yang bertekak dalam tu nak tunjuk kepala siapa punya fahaman lagi betul. Entah lah.. Kalau asyik nak bertekak pasal tu,sampai ke sudah tak habis. Semalam masa pergi klinik hantar Sunan,aku ada jugak tanyakan kat nurse tu. Betul ke kalau ambil vaccine ni anak-anak boleh dapat masalah berat? And nurse tu bagi balik soalan kat aku. Awak vaccine tak masa kecil? Awak ada penyakit serius tak sekarang? Haaaaa... terus sengih. Honestly,aku mak yang sokong vaccine. Sebab aku berpegang pada falsafah,mencegah lebih baik daripada mengubati. Kang jangan anak sakit,terhegeh-hegeh pi klinik or hospital mintak ubat. Kena jugak cucuk kalau terpaksa. Kan? Okay,kang ramai lah mak-mak yang bash aku. Di sini aku tegaskan,LAIN ORANG LAIN PANDANGAN. SILA LAH IKUT KATA HATI MEMASING. Gitu.

Second is pasal carrier. Sekarang zaman dah maju ni,semua benda nak maju juga. Semua benda nak mudah. Ye lah,siapa yang taknak kan. Termasuk lah cara kendong baby. Bagi aku and beliau,sangat lah rasa dukung Sunan sendiri tu jauh lebih baik dari aku letak dia dalam carrier and kendong ke hulu ke hilir. Sebab beliau cakap,selagi kudrat kuat,selagi mampu,dia tetap akan dukung Sunan. Biar selenguh mana pun. Aku pun ada pemikiran yang sama macam beliau. Ye lah,masa ni je pun anak nak didukung. Boleh peluk erat. Selagi ada peluang ni. Esok lusa dia dah besar,dah boleh jalan sendiri,buatnya dia tak mahu dah kena dukung or peluk even seminit. Kalau aku,menangis dah tu. Aku kan saiko. Kenot..kenot.. Bagi aku dukung tu lagi kuatkan bonding kami anak beranak. Kalau jalan ke mall pun memang aku jarang lah pakai stroller. Eh,memang setakat ni tak pakai pun. Dukung is the best way kata nurse. 

Aku dengan Sunan suka menyanyi. Sangat suka. Nursery rhyme paling dia suka is Old Mcdonald Had a Farm. Kalau dia tengah bising-bising tak tentu hala tu,aku nyanyikan je lagu tu or Itsy Bitsy Spider or Bingo. Diam lah dia. Tapi mak sedara aku selalu cakap aku ni utamakan anak pandai belajar bahasa inggeris. Eh,ofcos lah. Kalau tak pandai macam mana nak bawak mak ko ni makan angin satu Eropah? Acane? Ce cakap? Haaaa.. English kau kena tahu even seco'et. Bukan nak mengagungkan tapi untuk kesenangan. Even aku ni kira sangat menitikberatkan bahasa kebangsaan. Oh tolong lah percaya. Hahaha.. Tapi bagi aku,lagu-lagu tu just for fun sebab time aku nyanyi tu,aku boleh buat suara-suara pelik and comel *ohpehlisss*. Seronok tengok Sunan gelak-gelak sengih-sengih. Tapi ada lah jugak aku nyanyikan lagu tradisional ke dia macam ulek mayang and lagu-lagu Roslan Madun. Okay lah tu dari takde.

Bab makan,aku SANGAT SANGAT SANGAT SANGAT ambil berat. See,sampai capslock and bold lagi nak menunjukkan betapa aku concern pasal ni. Kalau aku boleh pakaikan bibs yang ada tulis "JANGAN SUAP SAYA MAKANAN SELAIN DARIPADA YANG MAMA SAYA SEDIAKAN",aku pakaikan kat Sunan. Aku rasa semua mak pun akan sangat menggila dalam soal pemakanan anak. Sunan baru nak masuk 6 bulan. So 19/10 ni baru dengan rasmi aku bagi dia makanan yang sesuai. Aku still simpan dalam paleotak ni yang usus baby kecil lagi. Before 6 bulan,sangat tak sesuai nak suap dia dengan nestum ke,nasi lembik ke,buah ke,ape ke. Kalau korang suap anak korang benda-benda macam ni before umur dia orang 6 bulan,lantakkan. Itu anak korang. Ini anak orang. Haaa.. Nampak perbezaan dia di situ? Hahaha.. Budak,kalau tengok orang makan memang dia akan nganga je. Tapi laki aku,bila Sunan dok nganga tengok kita orang makan,mula macam ringan je tangan nak cuit sikit bagi Sunan rasa. Kesian kata dia. Time tu mula lah aku jadi rimau. Memain dengan aku. Aku garang dalam mendidik anak okay. Pfftttttt...

Cara aku dengan beliau dalam membesarkan Sunan adalah sama. Sama-sama suka lasakkan Sunan. Tapi laki aku ni terlebih advance. Dia tak sabar nak campak Sunan ke sungai tu untuk berenang. Bertabah je aku dengar. Sebab masa dia dalam umur 6,7 tahun macam tu,dia dah pakat-pakat berenang kat tali air kampung ni. Masa dia kecik,dia suka ikut arwah ayah dia ke sungai. So abah akan ikat kaki beliau dengan tali (sebelah kaki) and lagi satu bahagian akan dipegang dek abah. Untuk ajar beliau berenang lah kiranya. Kenot lah aku nak biarkan dia buat Sunan macam tu. Sungai tu dah la ada buaya. Eeiii,simpangggg.. Kalau nak ajar berenang pun,biar kat kolam renang. So aku ingat bila Sunan dah 7 bulan nanti,nak ajar dah dia berenang. Sebab Sunan memang kaki air. Masa 1-3 bulan je dia meraung kalau kena mandi. Sekarang kalau pagi-pagi lambat mandikan dia,dia mula bising merengek. Pembersih sangat kononnya. 

Bila Sunan dah besar nanti,aku takkan halang dia nak bersukan. Abah pun cakap macam tu. Kalau petang-petang dia pergi main bola,biarkan. Biar baju kotor ke,koyak ke,tak apa. Asalkan dia seronok. Okayyyy... yang kotor tu boleh la. Kalau dah tahap koyak,memang menangis lah mak kau ni depan pintu menyambut kepulangan mu setiap petang. Kau main bole ke berperang nak oi. Gitu. Abah kata,panggil dia balik bila nak masuk maghrib. Selagi tak betul-betul nak senja,biarkan dulu. Tak pun pesan awal-awal kat dia supaya balik bila dah nak senja. Memang aku vehrangan nak anak aku pandai main bola. Malu woi kalau orang jantan kaki bangku. Hahaha.. Kata abah,kalau dia nak bersukan,biar dalam dua acara je. Bola sepak atau badminton. Sebab dalam dua bidang ni je sangat cerah masa depan. Tapi kalau Sunan suka main konda-kondi je acane??

Yang pasti,setakat ni,aku dengan laki aku memang suka buli Sunan. 
Maafkan mama and papa mu anak. 
Redhakan ajelah.........................


14 October 2014

Sentimental Mama

Sejak ada anak,jiwa ai is sangat tisu. Sikit sikit nangis. Sikit sikit sentap. Sikit sikit makan dalam. Semua nak sikit sikit. Menyampah pulak rasa. Sampai kekadang laki aku geleng kepala je dengan aksi tak semenggah aku ni. Hengko bayangkan kalau anak tu taknak sikit dengan aku pun boleh buat merajuk mintak kena kaki. Tak faham aku dengan tahap saiko aku ni. Dengan anak pun nak merajuk. Baby pulak tu. Kalau anak dah gedabak besar panjang,mampu diterima akal lagi. Bertabahlah Sunan nanti ye.

Paling tak boleh blah kalau aku tengah nyanyi lagu Arjuna Beta atau Dengar ke Sunan. Ada part-part yang buat aku sebak and terus nangis sambil cium-cium Sunan sampai rimas budak tu dengan air mata aku. Macam mak cerita hindustan pulak gayanya. Adeh la. 

" Ngeri..tak terbayang mata..
bonda takkan ada sentiasa..
nanti moga kau tak lupa..
bonda memujukmu anakanda..............."

Part ni lah. Yang ni. Confirm berjejeh air mata keluar. Terasa sangat ke lubuk hati ai yang bersih ni. Pfftttt.. Ye lah,dok terbayang kalau aku tak ada nanti,macam mana dengan Sunan. Ah sudah,ke situ pulak lalutnya. Haaa..tak ke mental gini?

Sunan dah almost 6 months. Dah boleh pegang botol sendiri kau (anak orang lain 3 bulan dah boleh pegang sendiri). Gila berlagak mak kau ni. Kalau aku nak tolong pegangkan,dia macam tepis-tepis. Ok fine,mama turutkan lah katamu itu. Then lepas dah puan menyusu,dia main campak atau golekkan je botol tu ke mana-mana. Sabar je lah. Ni sikit lagi dah boleh jalan aku nak suruh dia lepas minum terus cuci sendiri. Dalam rumah ni tak ada bibik. Ngerti kamu??

Pesen baru dia kalau nak tidur,tutup muka dengan kain. Memang dari awal-awal dulu dah perati yang dia ni gila kain. Kau bagi la patung ke hape ke,tak nak. Dia nak kain. Buat main,buat tidur,buat golek-golek. KAIN! Kekadang dia suka kasi lemas dulu 2,3 saat then tarik lelaju *aku pantau kalau dia start main kain*. Kang mula tercungap-cungap and terus gelak sendiri. Pasrah aje aku ni. Pernah sampai beliau campak kain tu jejauh and tidur tanpa selimut pun. Tak mau dia lelap. Nak jugak kain kat tepi pipi and mata. So kalau nak tidur malam,biar dia lena betul-betul dengan kain tu baru tarik and letak tepi.


Sunan is someone yang attention seeker. Serius cakap. Kalau tak ada orang dengan dia,dia akan buat macam-macam cara supaya orang datang duduk dengan dia. Dia akan jolok tekak dengan jari sampai rasa nak muntah tu and buat bunyi kuat-kuat. Dia jerit macam nangis tu sampai aku yang kat dapur terkocoh-kocoh lah lari dapatkan dia. Bila sampai je,dia terus diam and sengih. Oh em geeee sangat. Paling tak boleh blah,dia akan meniarap paksa which is memang dia tak akan buat kalau aku atau beliau ada dengan dia. Bila dia meniarap tu kang,dia akan menjerit sakan mintak tolong dibalikkan. Hai la anak. Kalau datang perangai macam ni,memang tak boleh buat kerja. Mohon besar nanti tak jadi attention seeker lah ye hendaknya. Biar papa je. Eh!


Mak mertua aku cakap,Sunan ni kira senang dijaga. Alhamdulillah.. Memang banyak senang sebenarnya dari susah jaga dia. Ye lah,dia faham mama dia ni bekerja. Balik tentu penat. Kat ofis nak jaga dia. Kat rumah pun ye. Tapi apa pun,bersyukur sangat diberi hadiah syurga sewangi Sunan *nangis*.



10 October 2014

Perihal Klinik Yang Tak Sudah-Sudah

Dua hari lepas nurse call bagitahu ada appointment dengan doktor untuk result ujian pap smear aku bulan lepas. Ok lah Jumaat pagi. Aku pun tak ada lah merungut sangat. Sebab iyelah,risau kan bila nurse kata ada jangkitan sikit. Tapi cara dia bagitahu aku tu macam aku kena kanser serviks tahap 4. Menggelabah dia. Aku pun join lah tergelabah bagai. Gile nak relaks kalau dia dah bereaksi macam tu. Dari hari Rabu lagi aku dah rasa berdebar. Tak senang otak aku memikir. Tapi sekarang tak ada dah gatal-gatal teruk macam masa mula-mula aku makan pil perancang tu. Dah kira elok 100%. Sebab aku dah tukar pencuci missV aku. Before ni pakai yang Sumber Ayu bentuk cecair tu. Sekarang pakai yang buih mewah. Okay sesangat. I loikeeeee...

Appointment pukul 8. Kira pukul 7.30 terus keluar rumah,hantar Sunan ke kedai mak sebab Ayu cuti,mintak tolong jagakan sekejap then pergi klinik desa dulu ambil buku baru terus pecut ke klinik Kuala Selangor. Gitu. So lepas Subuh aku tak tidur dah. 6.50 am dah siap pakai baju bedak mekap lelawa okay even lipstick and bedak Miyami je pun. Tetap aku rasa aku lawa. Haha. Dah siap tu,tugas kejutkan Sunan pulak kengkonon. Ghopenya tak payah. Terbuntang dah bijik mata dia,terkebil-kebil dalam gelap. Senang kerja mak ko nak. Aku tak payah kejutkan beliau sebab beliau memang tak tidur dari malam. Naim ada tidur kat rumah so dorang berslumber party kengkonon dalam bilik belakang. Lantakkan korang asalkan tak ganggu aku anak beranak. Dah setel siapkan Sunan,berangkat lah keluar rumah. Puuuunnnn lah terbabas 5 minit sebab time tu lah beliau sibuk nak tolong check kereta. Phewwww.. Bertabah betul jiwa.

Sampai klinik,lengang. Ada lah 1,2 kakak yang bawak anak. Kira aku yang ke-3 sampai lah. Terus letak buku atas kaunter sementara tunggu nurse-nurse meeting. Dah siap meeting,datang sorang nurse ambil buku aku then bagi no.giliran. No.1001 okay. Heaven gila rasa. Bajet macam cepat lah aku dapat balik ni. Menunggu lah aku dengan sabar. 


Almost 1/2 hour aku tunggu,baru lah buku aku tu diangkut ke bilik doktor. Perghhhh... Berasap rasa bontot. Then terdengar nurse tu cakap  dengan kengkawan dia yang doktor tengah busy uruskan mangsa kemalangan. Pulak dahhhh... Macam kat klinik tu ada sorang je doktor walaupun hakikatnya memang cenggitu pagi tadi. Mujur aku ni jenis penyabar even dah macam-macam style aku duduk. Bersila lah,bersimpuh lah,lunjur kaki lah,bersilang kaki lah. Nasib baik tak kepala ke bawah kaki ke atas je tadi. Pasang jugak telinga dengar pasal eksiden tu. Sorang lelaki meninggal. Ada baby kata dorang tapi cedera. Kesiannyaaaaa...

Dalam pukul 9.10 macam tu,doktor panggil masuk. Terus doktor tu mintak maaf. Hilang terus rasa lenguh aku duduk tadi. Hover! Hahaha.. Doktor tu pun terangkan sikit-sikit pasal jangkitan tu tapi sebenarnya tak ada lah teruk sampai boleh effect rahim aku. Nurse tu je melebih-lebih. Mujur aku tak menangis meraung masa dia call bagitahu aku. Mujur aku jenis cool dalam cuak. Ada? Pun boleh.

Minggu depan kena jumpa klinik lagi. Sebab bawak Sunan check up pulak.
Klinik aje lah kerja aku ni.

9 October 2014

Musim Demam di Aidiladha..

Tajuk drama sangat ni. Iye,iye.. Musim demam. Masa raya haji hari tu,aku balik Karak. Mika dah tersoksek soksek. Hingus meleleh je mamat tu. Aku mudah kesian kalau budak selesema ni. Nampak comot pun ye. Tapi nak buat macam mane kan. Dah demam. 

Sunan pun minggu lepas,hari Jumaat dah jumpa doktor. Sebab dia batuk and ada selesema sikit. Kalau malam pulak,ada bunyi macam berkahak dalam nafas dia. Dan tetiba ada nanah/bisul kat dada and belakang kepala dia. Tu yang cepat-cepat angkut ke klinik tu. Risau jugak kan. Tapi suhu badan dia normal je. Tak demam pun. Paru-paru pun bersih. Alhamdulillah. Satu hal,dah legaaaaa.... Tapi ubat bertimbun jugak lah doktor tu bagi. Orang bagi,kita ambil je.

Setel urusan klinik semua tu,service kereta and siap-siap nak gerak balik ke Karak. Lepas maghrib macam tu,gerak keluar dari rumah. Tapi singgah dulu kat rumah Mat and Panjang (technician Mourex jugak) sebab nak jumpa Panjang. Dia dah nak berhenti sebab isteri dia dah nak bersalin and suruh dia balik kampung je duduk dekat dengan isteri. Panjang ni pun menurut perintah. Siapa tak sayang anak bini weii.. Lepas beliau salam-salam peluk cium bagai,jom lah kita berhambus cepat-cepat. Beliau tu bukan boleh percaya sangat. Kang kalau lama-lama hadap si Panjang tu,mau dia menangis. Jiwa puding sangat uols.

Trafik sepanjang LATAR nak ke pusat bandar (padahal hala ke Selayang and Batu Caves je) sangat tak serabut. Kereta banyak tapi tak tersengguk-sengguk lah. Boleh lah kiranya nak pecut sampai terbang. Kereta banyak and trafik perlahan menghala ke laluan nak ke Perak lalu Kuala Selangor tu je. Sampai tol Gombak pun jalan tak sesak. Okay je boleh gerak sambil nyanyi. Sunan tak payah cakap lah. Baru keluar dari Kampung Kuantan,dia dah membuta. Pantang naik kereta dia ni. Tapiiiiiiiiiii.... Depan sikit dari gerai jual lemang kat highway tu,dia start dah jem. Jem yang jalan sikit kau berhenti..jalan sikit kau brake. Eeeiii.. sangat tak berkenan okay. Ye lah,ada ke yang suka jem. Beliau pulak pantang nampak laluan kecemasan tu clear. Laju je ikut jalan tu. Aku pun mula lah membebel sampai beliau fedup tapi tak berkesan pun bebelan aku tu. Ibarat mencurah air di daun keladi. Gitu. Bukan apa. Budak-budak bawak motor kan ramai malam tu. Bagi la chance dia orang guna laluan tu dengan selamat. Kang buatnya dia orang tengah laju,ada kereta kat depan tak sempat nak brake. Kan dah jadi kejadian kat situ. Ai is takut okay. 

Dah sampai kat Bukit Tinggi,ada dua tiga lori kat depan yang ghopenya buat jem tu. Lepas dari lori tu,clear terus jalan. Tapi lori tu kat laluan kiri je. Laluan kanan kira clear lah. Dah jem tu kenapa? Tak faham aku. Ke engkorang pun tak faham apa yang aku cuba sampaikan?? Hahahaha... Sampai kat Lentang,jem balik tapi tak seteruk tadi. Boleh laaaa dari tak gerak langsung. Ai is rimas okay. Rasa nak cepat sampai ke pangkuan ayah bonda itu meluap-luap. Hehehe.. Dalam pukul 10.30 gitu aku sampai depan rumah. Heaven oi! Heaven! Sampai-sampai je,abah suruh makan dulu. Serius lapar sebab membebel tanpa henti sepanjang jalan. Beliau pulak siap je makan terus keluar dengan Naim. Naim ni sepupu aku tapi rakan sekerja and bff beliau. Satu kampung dengan aku. Dulu kalau dia kena kerja kat Shah Alam,kat rumah aku lah dia beradu. Almost sebulan jugak lah aku hadap muka dia ni. Sebab kalau dia nak berulang ke Shah Alam dari Langat tu macam tak munasabah je hari-hari. 

Raya haji just biasa-biasa je. Sehari sebelum tu memang jadi kebiasaan family aku pergi Jerantut cari daging cincang and daging biasa. Suka bak hang kalau dapat ke Jerantut masa dolu-dolu. Kini just so-so je. Hahahaha.. Alang-alang dah sampai sana,nak lah beli baju Mieya and Mika. Mieya ni asyik nak pojen je kejenye. Belikan je lah. Ai kan mak sedara yang best *sila muntah*. Then makan dekat kedai Nasi Ayam Malaya. Apa yang Malaya sangat pun idok lah ku pasti tapi semua menu kat sinun ada Malaya kat hujung dia. Agaknya owner dia peminat tegar Harimau Malaya,Elephant Army and Ultras Malaya gamaknya. Sebab banyak lah badges seumpama itu dalam kedai. Owner pun macam bebudak muda. Semua belia remaja gitu *macam lah aku ni tua benor*. So sesiapa yang puuunnnn lah gila bola,boleh lah datang kedai tu. Motif sangat suruh datang makan semata-mata minat yang sama.

Pagi raya tu pergi kubur abang. Wajib lah ni. Borak-borak kejap dengan abang then joint ibu,kakngah,Syira,Mieya and Mika ke rumah makteh. Lepak-lepak borak-borak then blah. Mieya pulak sakit perut muntah-muntah banyak kali. Lembik dah minah tu. Malam tu nak buat bbq kat rumah makteh. So beli lah barang-barang yang perlu. Balik beli barang tu,abah ibu kakngah pi hantar Mieya ke hospital. Mujur tak kena tahan ward. Risau jugak kalau budak cirit birit and muntah-muntah ni. Aku dengan beliau dah standby kat rumah makteh. Syira,Nina and Tehah dah cukup untuk jadi bibik hari tu. Aku just bergolek teman Sunan sebab dia pantang hilang aku kalau dia rasa tak sihat badan ni. Untunggggg aku ada anak kecik okay. Tahap kemalasan aku ni kekadang dah tahap mintak penampar guna kaki kalau dia datang menghuni diri. Adoiiii...

Sepatutnya aku balik keesokkan harinya tapi beliau kata nak balik pagi-pagi hari selasa tu sebab takut jem. Selasa tu kiranya sampai Kuala Selangor terus masuk kerja lah. So malam tu ibu abah ajak makan kat luar. Balik je dari Temerloh,beliau mengadu sakit tekak and kepala. Masuk tidur awal dengan harapan esok boleh bangun awal. Tapi bila aku kejut paginya tu,beliau gila liat nak bangun. Rasa badan dah panas sangat. Suara pun serak-serak manja gitu. Sah demam! Aku biarkan je beliau tidur and kejut balik pukul 9 sebab nak pi klinik. Dapat lah beliau mc. Aku pun dapat lah jugak sebab bawak Sunan jumpa doktor sekali. Dia pun dah dedor-dedor badan. Dua-dua pun nak kena paksa makan ubat. Yang Sunan ni kemain payah nak makan. Menyembur-nyembur sambil nangis. Aku yang menangis sama sudahnya. 

Ni aku dah start terbersin je ni. Dah sampai masa lah ni giliran aku.
Tak apa........................
Sakit kan penghapus dosa. Tak gitu??

3 October 2014

Perihal Mimpi

Dulu masa aku derejah lima,aku mimpi seorang brader ni yang assume dia tu abang aku. Kalau dia datang,dia naik satria kelabu,kemeja biru and seluar slack. Lengan kemeja tu dia lipat sampai siku. Badan ala-ala Zul Ariffin tu. Sado sangat. Kalau dia datang,mesti opening tu dia bersandar kat bonet kereta sambil kaki bersilang and tangan dalam poket seluar. Oh,dia pakai spek hitam. Boleh imagine how kacak he is? Aku time tu kekanak ribena lagi,mana nak pandang kacak ke tak. Padahalllll... Time tu lah kau dah start menggatal kan. Macam tak ngorat abang sekolah menengah tingkatan 4 sebelah sekolah kau yang bajet hensem cool tu. Huh!

Dia tak banyak cakap pun kalau dia datang. Dia just cakap nak bawak aku tapi belum masa. Lepas tu dia kata nak blah. Yang tak menahan bila dia blah tu,mesti dia naik kapal. Aku pun duk la ngantor dia kat tepi pelabuhan dengan linangan air mata. Bila bangun tidur pun still air mata mengalir. Kekadang tersedu-sedu nangis. Bingai nye laaaaaa.. Malu gile perangai gini. 

Time tu,seminggu 2,3 kali dia muncul dalam mimpi. Sampai aku form 3. Memang tak pernah miss lah dia datang. Tapi masa tingkatan 4,dia dah kurang sangat datang. Seminggu sekali je. Pun dalam keadaan yang sama. Tak pernah berubah pun jalan cerita tu. Seram ok. Sesuatu sangat cara dia tu. Tapi lama-kelamaan,dia datang time aku hadapi saat-saat penting je. Masa tingkatan 5 nak SPM,dia datang wish good luck. Masa aku nak final exam kat kolej pun datang wish good luck. Masa aku nak bertunang,nak kahwin,nak bersalin pun,dia datang said congrats. Sampai sekarang,ada dia jenguk aku. Ai is seriau sangat. Sampai sekarang jugak aku tak jumpa solution. Mahlessss.. Mainan mimpi yang vangang je aku rasa.

Lately,aku rajin mimpi yang bukan-bukan. Paling kerap mimpi budak and ular. Awal-awal dulu mimpi budak. Hari-hari mimpi benda sama even jalan cerita lain-lain. Mimpi aku jaga anak orang lah. Mimpi Sunan ada kembar tapi kembar tu tersorok masa aku bersalinkan Sunan so tak sempat keluarkan dia sampai doktor scan sekali lagi baru tahu dia ada. Gitu. Tak ke takut tu? Pernah mimpi budak,which is baby ramai-ramai datang peluk aku and ajak agah-agah. Baby,comel je kan. Aku agah kan aje lah.

Then aku start mimpi ular. Mimpi ular masuk rumah. Mimpi ular tedung berdiri tegak depan aku tapi tak patuk. Dia pandang je perati gerak geri aku. Geli hoi. Aku tak sukaaaaa ular. Tak berbulu. Geli sisik dia. Katak pun aku tak suka. Puuuunnn  lah aku mimpikan dia. Buaya pun. Aku mimpi bot yang aku naik dengan beliau and Sunan kena libas dengan ekor dia. Tapi kami sempat lari dari dia. Waaaaa.... Kenapa? Kenapa? Paling menggelikan sampai aku bangun pun aku still rasa nak  muntah is aku mimpi Sunan makan ular sawa. Kau mampu?? Puas aku tarik ekor ular tu tapi tak mahu jugak keluar. Last-last beliau azan baru dapat tarik. Huk huk.. Apekah yang sedang melanda dahku ini??

Dua hari lepas aku mimpi ulek mayang. Aku menari suka-suka sambil ikut rentak dia. Yang kelakar ada Isei and Amar Titan yang join aku. Hahahaha. Then ada karnival kat sekolah mana entah. Aku datang nak tengok. Kebetulan ada seorang perempuan ni nak menari lagu ulek mayang. Tetiba dia turun dari pentas and datang kat aku. Terus dia tepuk pinggang aku dengan kuat and tarik tangan aku ajak menari sama. Aku kata lah tak nak sebab aku pun suka-suka je. Terus dia kata aku kena habiskan pantang yang aku buat. Apekah?? Sampai bangun pun aku still rasa sengal pinggang sebab kena tepuk tu. And aku macam dah tak boleh dengar lagu ulek mayang. Rasa nak nangis. Hati rasa sayu ya amat. 

Minggu lepas,dalam pukul 2 pagi camtu aku terbangun sebab aku dengar ada orang menangis. Bangun-bangun je tengok beliau tengah peluk Sunan sambil nangis. Aku pun pelik lah and terus tanya kenapa. Risau pun ada. Ye lah,tetiba je kan. Terus dia jawab yang dia mimpi Sunan meninggal. Mengurut dada aku. Kenapa lah dengan kami ni?? 
Haissshhhh...

1 October 2014

Terkenang semasa dulu

*sila baca tajuk mengikut rentak. haha*

Lately aku suka sangat macam mengimbas ke belakang. Ada je dalam paleotak ni. Rasa macam eh,baru semalam habis upsr. Ok,sesuatu sangat. Port paling best nak bermenung is dapur. Kenapa dapur? Mohon jangan ditanya. Tetengah malam pun jadi kalau datang penyakit termenung dan berangan tu. Ce bayangkan kalau ada benda jenguk kat tingkap? Haaaaa.... Kompem aku tak masak dah lepas ni. Eh!

Nak pulak bila tengok muka anak. Rasa macam gila tak percaya aku dah ada anak. Kekadang bila tengah main-main dengan dia,bila dah puas,aku pandang muka dia lama-lama then cakap,"Betul ke anak mama ni?" Saiko gile mak ko ni Sunan. Dia pun menggelak je lah. Tapi serius,memang tak percaya. Rasa macam baru je plan nak tempah pelamin. Pffftttttt...

Teringat masa mula-mula turun tanda nak bersalin hari tu. Still steady naik motor ke hulu ke hilir sebab langsung tak rasa sakit. Just air dah keluar macam paip bocor. Then kemas-kemas apa yang patut,berdesup ke spital. Sampai Hospital Sg.Buloh,tunggu giliran nak ultrasound baby. Semua yang ada kat situ dah sampai masa nak bersalin. Semua tak kenal. Tapi ai kan peramah. Ai tegur je semua. Hahaha. Muka memang tak reti malu daaa.

Terbayang masa kena tolak ke operation room. Merasa lah terbang sambil baring. Boleh? Hahaha. Then dalam masa 30 minit,dengar dah suara Sunan. Waaa..rindu ok. Rindu. Setiap moments tu tak mampu nak cerita dengan baik. Semuanya macam kena simpan kemas-kemas dalam otak sampai aku jumpa plot yang sesuai untuk aku ceritakan dengan sempurna. Gitu. 

"Ni lah dia budak yang suka tendang-tendang mama ni." ayat beliau

Kekadang termenung and berangan tempat-tempat yang aku dengan beliau pergi masa awal-awal nikah. Punya banyak tempat,Gua Musang paling aku rindu. Kau mampu?? Sampai beliau pun pelik kenapa nak sangat ke Gua Musang. Dari sebelum bersalin lagi aku dah teringin sangat nak ke sana. Tak jugak dapat pi. So kena plan bebaik dengan beliau ajak pi sana. Suka ok suasana dia. Bila malam tu,sunyi je. Ai kan pencinta alam. Hahahaha. Lagi satu,Cameron Highland. Pun pujuk beliau untuk pi jugak. Beliau kata,ok lah. Boleh la... Tapi bila lah yang ok laa,boleh laaa tu nak datang??

Aku rasa setakat ni yang macam mintak penampar punya berangan rasa best tu bila aku nakkkkk sangat pergi Kuantan pepagi buta macam aku pi ujian Penolong Akauntan yang failed dulu tu. #$@!*&^% . Aku pun tak reti nak explain macam mana dia punya feeling dapat duduk dalam kereta pepagi sambil kereta bergerak and kau melalak nyanyi-nyanyi. 

Mohon lah jangan benci aku dek kerana ini. Hahaha.