Awesome Followers

31 May 2012

~~ Bila Saya Dapat Surat Besar Dan Berat (Reader's Digest)!!! ~~

An nyong ha seyo..!!!
Assalamualaikum..
Readers,bloggers,blogwalkers & followers ada sihat? Dah makan? Dah mandi? Dah gosok gigi? Too many Q's to A's. Sila jawab satu-satu ye. Kang tercekik air liur pulak.
Okay okay,tarik nafas,lepas.....
SAYA DAPAT SURAT YANG BESARRRR PUNYERRRR...!!!!
Nampak sangat jakunnye. Ahhaks! Maafkan saya.. Ye ye,saya dapat surat yang besar lagi berat. Kaler coklat lagi envelope die.
Masa turun dari bilik tadi,my abah berbunyi :
"De,tu ada surat."
Aku pandang dengan pandangan yang eh-itu-surat-kerajaan-ke *angkat kening juling the eyes*? Ye la,sekarang kecoh PTPTN dah keluarkan waran. Terseriau jugak lah rasa jiwa kut-kut dapat waran tu. Haa.. Otak ni mula lah berfikir jauh ke Alaska tu ha.
Tapi dalam kerisauan tu,terselit sikit cahaya pengharapan. Mana lah tahu dapat panggilan interview kerajaan ke *mata bersinar bila fikir pasal ni*
Lagipun,dah lama tak dapat surat yang macam ni. Mesti la macam eksaited mak Kiah sikit. Okay tak apa,biarkan dulu surat tu atas meja. Berjalan dengan cool ke toilet. Sangat cool tau!
Dengan perasaan yang beribu persoalan ni,keluar je dari toilet,terus grab surat tu. Belek-belek dulu sampul. Tak ada pun tertulis 'Urusan Kerajaan' atau 'Urusan Seri Paduka Baginda' *eceh,macam VIP je nak dapat surat cenggitu*.
So,koyak slow-slow penutup surat tu. Berkobar-kobar hati ni nak tahu apa yang ada kat dalam. Bila dah buka je and keluarkan segala macam isi *nampak sangat gelojoh Cik Farah ni*,aku macam........................ 'Eh,ape jadah ni? Apekah? Apekah??'
Lama jugak termenung hadap bendalah tu. Last-last capai kunci kereta,pecut ke rumah makcu (adik bongsu my abah ).
Pum pam pum pam bercerita,makcu buat decision :
" Join je lah De. Bukan pakai duit sesen pun. Duit pos je kalau ade. "
Aku pun macam,'oh okay,tak salah nak mencuba.' So,decision dah dibuat. Start kereta & bergerak pulang dengan perasaan yang bersemangat waja. Oh,sempat jugak dengan muka tak malu tanya Auntie Mamak tu pasal buah mangga dia yang bergayutan,yang mengundang selera!
Balik rumah,cerita pulak dekat my ibu.
"Esok kita pergi poskan. Mana tahu rezeki awak."
Aminnn.. Kata-kata seorang ibu itu ibarat doa. Lagi pun,tak salah mencuba kan. Esok,kita berkunjung ke pejabat pos lah pulak.
Nanti kalau ada sebarang maklum balas,Cik Farah hupdate & share hokkayy. Doa-doakan lah. Mana tahu mengena. Tuah chicken chop dekat kuah,kuah Cik Farah ni mana tau kan. Hahhaha...
Thanks sudi luangkan masa membaca. Sayang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

4 comments:

Reena Kamarudin said...

aku paling hot kalau org tak cerita betol2. surat apakah itu????

Farah Kamarudin said...

Kan besaq gedabak bak hiang Reader's Digest tu. Bhahha..

Reena Kamarudin said...

Ofkoz from RD. Surat yg menang2 duet tu ke?

Farah Kamarudin said...

ho lahhh