An nyong ha seyo!!!
Tadi masa belek² pics gallery dalam phone ni,terjumpa lah dengan picture bas pendek ni ha.. Serius ketot!
Pic ni aku ambil masa berkesempatan ikut my ibu & my abah balik Raub,kampung halaman my ibu. FYI,my abah orang Karak ni je.
Bila nampak je bas ni,mula la terasa gatal sebadan nak bergambar segala bagai. My ibu lah yang jadi photographer terjun hari tu. Kesian my ibu. BTW,thanks ibu!!!!
Dah sampai Raub ni,macam² kenangan yang terjah minda aku. Dulu masa kecik²,masa my abah tak ada kereta lagi,selalu naik bas dari perhentian ni balik rumah nenek. Memang beramai lah kan 1 bas. Tapi seronok!
Balik Raub time cuti sekolah memang best! Ramai kengkawan yang sekepala. Dari pagi sampai petang duk main tengah panas. Kalau tak diturut balik oleh arwah Pakngah,jangan harap lah jumpa jalan balik.
Masa aku masih kanak² yang sangat muda (ecewah ayat ),kira² dalam umur 3/4 tahun gitu,aku selalu homesick! Setiap kali balik Raub,mesti nak menangis. Rindu makteh!!! Yelah,aku membesar dengan dia. Yang kelakar,lagi kuat aku menangis rindu makteh bila dengar azan. Tak boleh blah perangai..
Bila raya,sehari sebelum tu dah sampai rumah nenek. Kemas² apa yang patut. Pakngah jadi pembekal mercun. Meriah rumah nenek malam raya tu. Kebiasaannya,tengah hari raya pertama tu dah bergerak balik Karak.
Setiap kali nak balik,nenek mesti duduk kat tangga. Sayup je dia pandang kereta kami berlalu pergi. Serius,sedih sangat time tu!
Sekarang,semua ni kenangan je dah. Rumah nenek dah ada orang sewa. Tapi InsyaAllah,next year ibu cakap nak full renovate rumah nenek and buat second house kami.
Sekarang,nenek pun dah tak ada. Pakngah pun. Atuk pun lama dah tak ada. Ada jugak kawan baik masa kecik dulu,dah pergi. Al-Fatihah untuk mereka semua..
Bila menjenguk Kg.Gali Tengah,Raub ni,1000 1 memori menjengah. Pelbagai! Semoga segala kenangan ni tak akan padam.. Aminnn......
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
No comments:
Post a Comment