Awesome Followers

23 May 2012

~~ Sabar..Sabar..Sabar ~~

An nyong ha seyo!!!

Sudah agak menghampiri malam kan? And tangan ni sangat gatal untuk
mencoret sesuatu. Sesuatu apa? Oh,sesuatu yang ingin dikongsi kepada
all readers & bloggers & followers. Okay,kenapa tak letak (,) je kat
antara ayat tu? Eh,suka la kan. My entry. Okay,maafkan saya!

Pejam celik pejam celik,dh nak masuk setengah tahun bergelar tunangan
orang. Tapi,macam terlalu lama pulak. Eh,gatal nya ayat. Hahaha..
Kenapa lama? Maybe sebab terlalu banyak halangan atau lebih
tepat,dugaan.

Betul lah kata orang,tempoh bertunang banyak ujian & dugaan. Sabar &
tak sabar je kan untuk hadapi. Dugaan & ujian ni sebagai satu frasa
percubaan untuk satu pasangan supaya dapat hadapi dugaan & cubaan di
alam perkahwinan kelak. Ecece ayat.....

Aku & beliau tak terkecuali. Memang agak banyak yang kami hadapi.
Alhamdulillah,kami berjaya tepis dengan tenang. Eh,tenang ke? Okay,tak
berapa nak tenang lah kan. Oh ya,pernah kami hampir menemui jalan
buntu. Erti kata lain,hampir putus. Sangat mencabar time tu.

Dengan izin Allah,kami berjaya kembalikan kesucian ikatan kami ni.
Bertekak punya bertekak,last last aku yang menangis. Sangat senang
untuk mutiara jernih ni mengalir demi kerana ikatan ni. Sesungguhnya
Allah masih sayangkan kami and memang Dia takdirkan kami kekal
bersatu. Aminnn..

Okay,jom explore kenapa aku menangis. Bila kita bercinta atau setakat
bercouple,itu antara si lelaki & si perempuan. Hanya melibatkan dua
hati sekiranya apa-apa yang terjadi. Nak putus ke,nak apa ke,just
pasangan ni je yang rasa. Orang lain tak ambil peduli sangat pun.
Betul tak? And komitmen tu maybe tak terlalu ketara.

Berbeza bila dah bertunang. Komitmen ikatan ni bukan sekadar kepada
pasangan ni tadi tetapi melibatkan banyak pihak. Pihak yang
dimaksudkan,kaum keluarga. Dalam situasi aku (bukan nak bangga
diri),mak beliau sudah sangat sayangkan aku. Memang dia nak sangat aku
jadi menantu dia. And aku,of course sangat sayangkan mak beliau macam
aku sayangkan parents aku.begitu juga sebaliknya dengan beliau.

Sepanjang pertengkaran kami yang agak memakan hari tu,banyak yang aku
fikir. Terutama my abah & my ibu. Sesungguhnya mereka sangat berharap
ikatan ini menjadi. Dan mereka sangat excited! Terlalu banyak yang
mereka plan kan untuk majlis aku tahun hadapan. Rakan-rakan mereka pun
sudah ramai yang bertanya. Bila menjawab soalan-soalan dari para
sahabat,terpancar cahaya kegembiraan di wajah my abah & my ibu. Sangat
touching tau!

So,aku membayangkan apabila kami sudah tidak lagi bersama. Apa reaksi
kedua-dua belah pihak keluarga. Terutama my abah & my ibu. Kecewakah
mereka? Automatik air mata ini akan mengalir. Serius,sangat jujur aku
menangis time tu. Terlalu takut untuk mengecewakan kedua-dua insan
yang aku cintai tersebut. Sungguh!

And sebab musabab lain sudah pasti berkaitan dengan 'KAMI'. Yup,aku
mencintai beliau. Sangat-sangat! Okay,jangan gedik sangat. Maaf!
Haha.. So,rasa takut kehilangan tu membuak-buak. And sekali lagi air
mata ini mengalir. Jangan sangka aku ni penangis ye. Just dengan
ikatan ini yang mengundang titis-titis mutiara jernih ni. Oh,ada nada
mengada di situ.

Selepas puas berhempas pulas menyelamatkan ikatan
ni,alhamdulillah,Allah buka kan jalan kebahagiaan. So far,dah tak ada
pergaduhan yang memudaratkan. Sangat aman. Aman! Setakat gaduh-gaduh
manja plus gedik tu sering terjadi. Masing-masing memiliki ego yang
tinggi okay. Dan agak baran juga.

Pertengkaran hebat sebelum ni mengajar kami erti menghargai. Sedaya
upaya kami cuba mengelakkan sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan
kami terjerumus dalam pergaduhan maha hebat. Tak mahu dah! Buang masa
& tenaga je kan. Dan aku cuba faham keadaan kerja beliau yang
tersangat busy! Kalau ikutkan hati yang cengeng ni,setiap kali beliau
kata 'No' untuk setiap permintaan,dah mula nak pertikaikan.

Bila dengar ada di antara para sahabat yang putus tunang,aku
lekas-lekas bersyukur. Simpati terhadap mereka namun berharap aku
tidak ditimpa dugaan sebegitu. Tak sanggup melihat hancurnya
kegembiraan my abah & my ibu. They are my everythings!

Ini hikmah yang aku and beliau dapat kerana bersabar.
Kawan-kawan,sabar itu tiada hadnya okay. Selagi boleh,bersabarlah.
InsyaAllah,kebahagiaan itu kita miliki.

Terima Kasih Allah!

Kepada yang keep support,thanks a lot! Keep pray for our happiness.
I'll do the same for all of u.

Okay,next entry,nanti aku fikir ape nak aku karutkan. Now,time to
ghaib! Terima kasih sebab sudi luangkan masa this time.


#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

No comments: