31 July 2012
~~ Kawan Yang Back Stabber : Masihkan Seorang Kawan? ~~
*termenung pandang langit tepi tingkap bilik*
Tarik nafas.... Lepas.....
Betul-betulkan duduk...
Lately,aku banyak dapat member yang aku-pun-tak-faham-nak-describe-macam-mana. Hah engkau,panjang berjela gelaran.
Ekceli,ada sikit rasa sebak bertandang. Eceh,sebak sangatttt! *hembus hingus lap guna kain batik ibu*
Dulu ada member yang bila-aku-senang-aku-ada-kawan-ke. Means,time susah je dia sedar yang dia ada kawan. Time dah senang,kawan macam halimunan je bagi dia.
Tapi cuba tunggu time susah,merangkap melutut tersengih mengaku sahabat. Eh,aku tak minta kau susah pun. Jangan risau.
Sekarang,kawan yang suka main tikam belakang. Depan aku,perangai macam perempuan pilihan syurga. Belakang aku,kutuk aku bagai-bagai.
Apa yang aku ada,jadi bahan cemuhan. Apa,tak layak aku dapat apa yang aku ada sekarang ni? Heh,kau je kut yang boleh. Ambil la pingat ni *hulur piala emas*.
Kekadang macam malas sangat nak berkawan dah. Tapi,tak kan disebabkan sekor dua makhluk cenggini aku nak ban semua ye dak? Aku tak sekejam itu. Wah,kata-kata semangat gittew.
Ok lah,malas nak membebel panjang. For you,ye you yang I maksudkan,masih layakkah you bergelar kawan? Sila fikir sendiri. Eh,I you pulak. Bajet omputih sangat rasa. Chewahhh...
Sayang korang keketat.
Okbai!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
28 July 2012
~~ Kegagalan Kedua Yang Mengajar Erti Pasrah ~~
Tengok tajuk entry.
Tengok gambar yang jd penghias.
Temanya........... ( Isi sendiri jangan lebih dari 5 patah perkataan )
Kegagalan kedua?
Ni kegagalan kedua selepas pernah gagal final paper untuk Investment masa dekat kolej. Bukan setakat final paper,final semester pulak tu. Tapi,watlek je. Boleh repeat kan. *oh,sangat riak dahku hini*
GAGAL.......
Pagi tadi,bangun je tidur,capai BB,on browser. Terus tet tet tet (efek menaip) laman web portal rasmi SPA. Masukkan IC,hantar. Perasaan? Jantung macam nak terkeluar!
Tak sampai 2 minit,dapat result. Wah,mudah gittew. Kan senang masa SPM dulu pun buat cenggini. X payah ke sekolah pi ambil. Hahamboih,cekadak lebih pulak!
Resultnye......
Ni lah dia. Senyum sorang-sorang bila baca. Ye lah,dah sorang-sorang je dalam bilik time tu. Nak senyum berduet tak tahu hala. Rasa cam tak sopan pulak. Ahaks!
Bila gagal exam ni,terus terfikir. Ada lagi ke peluang lain nak dapat gomen job? Selama 2 tahun isi borang SPA,SPA 2 Pahang,baru 1 ni yang lekat. Hasilnya................. T_T"
Tapi,aku belajar untuk pasrah. Ye,REDHA. Mungkin bukan ini rezeki aku sekarang. Kena cari gali lagi. Kut-kut tersangkut kat awan ke. Tertimbus kat dalam tanah,kena tindih dengan akar ke. Siapa tahu kan?
Rezeki Allah swt tu di mana-mana. Aku yakin! *see,nampak kan betapa kepasrahannya ayat dahku?* Eh,betul la tu. Usaha lebih lagi. Bak kata makcu,jadikan Solat Sunat Dhuha tu amalan harian. Okay,tak tahu motip kat sini. Tapi betul la tu.
Jadi,aku akan gigih lagi cari gomen job. My abah sangat berharap aku dapat gomen job. Senang masa depan kata my abah. Ye,aku usahakan! *angkat tangan tetinggi*
So,bagi sesiapa yang pernah terjoin jadi orang yang gagal,jangan putus asa. Biar putus cinta,putus tali,putus rambut. JANGAN PUTUS ASA! Kalau putus asa,tak ke mana la. Oh,amalkan juga Solat Sunat Dhuha. 2 rakaat je,tak lama. Wah,ceramah gittew.
*capai borang jawatan kosong Majlis Perbandaran Temerloh yang kakak print out kan*
Dah,dah.. Aku nak isi borang ni. Minggu depan nak hantar. Kemain awal aku isi. Oh,satu lagi. Aku kena gigih siapkan manuskrip novel yang terbengkalai. WAJIB!
Doakan Cik Farah ye.
Sayang korang keketat!
Okbai...
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
25 July 2012
~~ Selamat Datang Ramadhan : Memori Ramadhan ~~
SELAMAT DATANG RAMADHAN!
Tak terlambat rasa nya nak wish salam Ramadhan. Walaupun dah masuk 4 Ramadhan. Ala,baru 4. Belum 14 kan? Ahaks!
Bila Ramadhan datang,memori lama pun menjengah. Banyak! Tak terhitung kadang-kadang. Jahat,baik,nakal,seronok. Semua ada.
So,entry kali ni,aku nak list kan memori Ramadhan yang pernah aku alami dulu. Eh,penting ke memori awak tu? Eh,sukati la. Baca je la. Tak nak baca sila skip. *nyombong plak. Rasa diva SANGATTTTT!* LOL!
1) Start belajar puasa umur 3 tahun. Tak payah cakap lah nafsu makan tu. Budak,apa awak tahu kan. Tak sampai tengah hari,perut lapar meragam gegila. Solution -------» Tunggu azan Zuhur. Start je azan,cepat-2 makan & minum. Habis je azan,terus stop. Sambung balik puasa. Dasat kan?
2) Masa tarawikh,suka sangat kalau ada member-2. Kenapa? Senang nak gossip ke? Oh tidak. Kejahatan! Suka pijak telekung member masa sujud. Lepas tu cepat-2 bangun. Member tu terkial-kial la nak bangun sebab telekung kena pijak. Sorryyyy.......
3) Bila ada moreh dekat surau,ketar je kepala lutut nak keluar awal. Kadang-2 paling awal keluar saf. Takut sangat makanan habis. Kenapa takut?? Haa... Jangan tak tahu. Kat kampung aku ni,ada anak-beranak (2 org - mak&anak) yang suka tapau makanan siap-2 untuk bawak balik. Masa bila diaorang solat pun aku tak tahu.
4) Balik tarawikh jalan kaki. Dalam gelap,hanya ditemani lampu suluh. Terkedek-kedek la jalan dengan makteh & lain-2. Best gila! Ye la,masa dulu tak pandai lagi bawak motor/kereta. Awak kecik lagi. Kalau dah pandai,kompem merempit ke surau.
5) Perkara bangang time puasa :
- Tahan kentut gegila masa nak solat. Tahu makhruh tapi tahap kemalasan tu sangat tinggi. Mengatasi segala-2nya.
- Duk meludah air liur setiap saat minit jam hari. Takut batal sebab telan. Dah nama air. Jahil nya awak! Hahaha...
6) Masa duduk asrama,petang-2 pi beli sambal goreng atau ikan keli goreng untuk makan berbuka kat dewan makan. Hari-2! Sebab........ Makanan kat dewan makan sangat mengecewakan. See.. See.. Nampak sangat tak reti bersyukur!
7) Selalu rasa macam dah bangun sahur. Ibu tanya,konfiden jawab dah. Watlek je. Padahal......... Bila azan baru sedar awak ni tak sahur lagi. Gelabah bak hang tapi apa boleh buat. Redha aje la...
8) Kalau dah lapar tahap dewa sangat,mula cari alasan nak jalan-2 hilang boring. Selalu berduet dengan kakak tersayang la. Pi kedai,beli roti gardenier coklat tu plus air soya. Then merayau pusing kampung (kat tempat tak ada orang ekceli),makan dengan gembira tanpa rasa bersalah. Jahil gila!
9) Selalunya,okay,setiap tahun,sehari sebelum raya,kompem aku & adik beradik tak puasa. Penat kemas rumah jadi alasan. Waaaa.... Kejamnya! Tapi tu dulu. DULU! Sekarang insyaAllah tak buat. Ingat,TAK BUAT DAH.
10) Memori Ramadhan paling sakit ---» Abang,the one & only big brother yang kami ada,pergi tinggalkan kami. Ramadhan 2009 memang agak pahit untuk dikenang. Sangat-sangat pahit. Sampai bila-bila pun kami akan ingat. Al-fatihah..
Done!
So far,ni lah memori Ramadhan yang aku ingat. Memori itu best dikenang. Sebagai pengajaran,bukan musuh. Eh,ape aku merepek ni? Okok,aku stop dulu.
Pesanan terakhir ------» SELAMAT MENJALANI IBADAH PUASA DENGAN SEMPURNA. SALAM RAMADHAN!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
22 July 2012
~~ Percutian Yang Tergesa-gesa : Pangkor! ~~
Seperti yang dijanjikan,Cik Farah nak hupdate pasal percutian yang Cik Farah bagitahu hari tu. Percutian yang sangat tergesa-gesa hokkay! Kenapakah??
Pukul 8.45 malam,Pak Itam Alok datang rumah. Suruh kemas baju apa yang patut. Aku macam,'Hah? Hah?' . Ghopenya,aku disuruh jadi wakil dia ke Pangkor,teman anak dara dia yang si Ayu tu. Bas akan bertolak dari peretanian Karak pukul 10 malam. Bayangkan keadaan aku time tu??
Aku pun bertungkus lumus lah kemas segala bagai pakaian yang nak dipakai selama 3 hari 2 malam kat sana. Mujur ada baju yang dah tersedia.Bayangkan kalau aku tak sempat nak basuh baju hari tu? Apa aku nak hangkut ke sana?? Phewwww......
So,dalam pukul 9.30 malam camtuaku keluar rumah. Tolong pulak si Ayu kemas barang. Kan.. Kan.. Sangat unprepared! Gelabah bak hang. Kesian kami.........
Bas bertolak dalam pukul 10. Sepanjang jalan aku diam je layan perasaan plus rasa mengantuk yang teramat. Tapi.................. Macam biasa,mata tak teringin pun nak lelap.
Okaylah,cakap banyak tak guna. Jom usha gambar yang aku and Ayu snap sepanjang berada di perantauan tu. Chewaahhhhhh............ Dah-dah,jom!
** Susunan gambar agak tak teratur. Malas susun!**
menunggu di Pusat Latihan Pertanian Lekir. Mengantuk kan aku?? |
Usha ladang mangga chok-anan. ni nama dia solar light trap. |
usha orang buat biskut roti yang ada gula tu. ala,yang keras-keras tu. bila digigit bunyi krakkk... |
posing bajut duta kilang roti. dulik hape. aku punya kamera. ye idak? LOL |
potong-potong roti. menarik minat! |
tadaaa............ selamat datang to Pangkor. Eksaited!!! |
first barang aku beli bila sampai Pangkor. Baju Cemieya!! |
din tekedin din din... satu untuk Asya. Satu untuk Ayu. Satu untuk bla bla bla... |
orang buat bot. 1 bot ambil masa 7 bulan. 1 bot yang kosong = rm600,000. kalau berisi?? |
ikan kekek mak iloi iloi.. ikan gelama mak ilai ilai.. |
menuju taman impian. gigih hati berjalan! |
ada arapaima yang BESARRRRRR PUNYERRRRRR dalam ni. fuyyoooooooo!!!!! |
monyet penyambut tetamu. sangat garang! |
ni hero kami. Penunggu setia chalet kami ni. |
batu bentuk penyu kate ko! |
batu kepala buaya |
batu kepala paus |
batu hape hentah... |
19 July 2012
~~ Let Us Pray For Angah - Jom Berdoa Untuk Angah ~~
Entry petang ni nak share penderitaan seorang adik ni yang orang panggil Angah. Dia baru berumur 5 tahun. Muda lagi kan? Semoga Angah terus kuat!
Angah menderita leukimia dan cancer pada duburnya. Doktor tak bagi sebarang harapan untuk keluarga Angah. Bayangkan penderitaan yang terpaksa Angah ni tanggung. Kesian Angah......
Jom,beramai-ramai kita doakan Angah. Semoga Ramadhan yang bakal datang ni membuka harapan untuk Angah kembali pulih. Perjalanan Angah masih panjang.
Sesiapa yang berkemampuan,dermalah untuk Angah. Semoga sumbangan & derma anda tu ikhlas. Mendapat pulangan yang tinggi dari Allah swt. InsyaAllah..
So,let us pray for Angah!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
18 July 2012
~~ Seulas Cakap Rabu ~~
Tak nak cakap banyak.
Cik Farah baru balik bercuti.
Best! Enjoy!
So,kepenatan masih menyelubungi.
Next entry aku tulis secara detail percutian tersebut.
Ecewahhhh.....
Sayang korang keketat.
Okbai!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
14 July 2012
~~ Saudara-Mara Ramai Tapi....... ~~
Tajuk entry kali ni memang mengundang betul kan? Haaa.... Ni lah tujuan utama aku menconteng hari ni. Mencari asal-usul. Eh,asal-usul tu tahu tapi sangat ramai yang tak kenal. Bukan menyombong berlagak riak bongkak takbur,tapi tak pernah dapat peluang.*mukacurious.jpg*
Lately,banyak sangat dapat jemputan dari saudara-mara belah my abah. So,nak tak nak kena ikut jugak. Kalau tak,nanti masa kahwin tak ada saudara-mara nak datang majlis aku. Itu yang selalu my abah & my ibu kaunselingkan kat anak-anak dara mereka yang vogue da vass ni. Okay,tadah pipi untuk disepak.
So,each time dah balik dari kenduri,aku lah selalunya,rajin nau bertanya itu ini.
Eh abah,tu sedara belah mana?
Anak sape tu bah?
Apa kaitan dengan abah?
My abah akan jawab dengan semangat yang jitu and bersungguh-sungguh. Nampak tak effort my abah tu untuk buka mata anak-anak dia ni kenal saudara-mara?
Jom start dari yang atas. Ops,tak atas sangat lah. Kita ambil dari moyang aku. Kalau nak di ambil dari great-great-grandfather,jenuh pulak nak senaraikan. Lagipun my abah pun tak sure saudara-mara yang bermula dari moyang dia,Ismail.
Nama moyang aku,atuk my abah,Dun bin Ismail. Asal dari Karak ni lah. So,memang aku anak jati Karak. Siapa kata Karak berpuaka,bak datang dulu.
Disebabkan beliau orang yang berpengaruh plus imam yang bertauliah,beliau digelar Imam Dun. Mula-mula aku ingat nama beliau memang sejak lahir Imam Dun. Tak ke bingai otak aku ni? Haha...
Moyang aku ada 6 orang anak kalau tak silap. 3 lelaki,3 perempuan. Atuk aku,Mohamed salah seorang. Nama lain yang aku tahu,Makhanun (seorang cikgu). Yang perempuan,ade seorang tu aku panggil Wan Teh. Okay,tu je yang aku tahu sebenarnye. See,nampak tak betapa endah tak endah nye aku and adik-beradik lain?
Dalam keluarga Mohamed,ada 8 orang anak yang masih hidup. Kalau plus yang dah meninggal (5 orang),ada lah dalam 13 orang. My abah one of them. Yang tinggal,4 lelaki & 4 perempuan.
Oh,my abah & pakcu aku masing-masing ada kembar. Tapi dorang meninggal masa kecil. So,aku & adik-beradik lain selalu main teka-teka siapa yang ikut germ my abah nanti,dapat kembar. Agak-agak siapa?
Cucu Mohamed ni,iaitu kami,ada 10 orang je. 5 lelaki & 5 perempuan. Paling tua,abang Azreen. Tapi,bila abang dah 'pergi',tinggal 9 je lagi. Kakngah jadi paling tua. Sikit je kan kelompok kami.
Kadang-kadang jeles dengan orang lain atau saudara-mara lain yang ramai kelompok tu. Nak pulak MB. Ramai sangat saudara-mara. Best!
Kalau belah my ibu,toksah cakap lah. My ibu ada 2 beradik je. Dia & pakngah. Pakngah masa hidup tak berkahwin so tak ada zuriat. Kami je lah 5 beradik balik kampung selalu. Anggap je lah kami ni saudara-mara lain. Sangat sengal di situ.
Aku buat entry panjang berjela ni bukan berniat mendatangkan kebosanan maksimum kat readers. Bukan jugak mendatangkan migrain atau buasir. Tak pun. Niat just nak spreadkan atau sebarkan page fb tu.
Sesiapa rasa mereka dari pokok yang sama,sila lah like. Mana tahu kan. Ada rezeki dalam tanah ni jugak kita terjumpa. Boleh buat gathering ramai-ramai. Tak salah pun rapatkan silaturrahim yang banyak berpisah. Bak kata my abah,kalau ikutkan 1 Malaysia ada tercampak waris kita. Haa,jom kumpulkan!
Sayang korang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
13 July 2012
~~ Selamat Datang Ramadhan ~~
Seminggu lagi!
Seminggu lagi!
Itu sorakan dalam hati ni. Ye,seminggu lagi Ramadhan nak datang. Sangat macam eksaited lelebih tahun ni. Serius ni,tak hipokrit. Betul!
So,selamat datang Ramadhan. Bulan mulia untuk umat Islam. Bulan di mana pintu neraka di tutup serapat-rapatnye. Pintu syurga terbuka luas. Paling penting,hantu setan iblis jin segala bagai terikat. Weehuuu!!!! *nampak tak betapa rasa takut itu menghuni diri?*
Tahun ni last sambut Ramadhan as a single lady. So,nak pulun habis-2. Eh,sebelum ni tak pulun ke? Haa... That's the point. Memang tak la kan. Nafsu setan dalam diri ni memang tak boleh diajak berunding.
Azam Ramadhan tahun ni :
Nak pi tarawikh tanpa miss sehari kalau xde aral.
Nak puasa penuh tanpa poteng tak ada sebab.
Nak berbuka dengan kuantiti makanan yang sangat sedikit.
Ni cabaran untuk diri sendiri tahun ni. Aku cabar diri aku sendiri. Jyeahhh!!!
Okay,sangat poyo mintak kaki je di situ. Sila-2 *tadah muka kambing*
MB dah sibuk ajak berpuasa kat kampung Kuantan. Jawapan aku,InsyaAllah. Masih berkira-kira nak pi ke idak. Kalau boleh tahun ni nak whole month with family.
Bila puasa dah dekat :
* Iklan Yusoof Tayyub dah keudara hari-hari. Kurma la opcos.
* Iklan megasale segala bagai dah bersepah. Paling obvious,Kamdar. Terbaik!
* Singer,Courts,IKEA dah buat jualan murah gegila. Promosi itu penting.
* Kedai jahit akan tampal notes depan pintu kedai ; "Maaf,tempahan jahit sudah ditutup."
* Adik aku dah setat download semua lagu raya yang ada. Itu sangat tidak beretika! Hahahaa...
See,baru Ramadhan je ni. Iklan raya dah ramai berkumandang. Lagu raya dah menerjah telinga. Edvance nye. Rasa ketagih raya tu berpusu-pusu di jiwa ni ha. Ahaks!
So,adakah anda semua berkongsi ke-eksaited-an cik Farah ni?
Okbai!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
7 July 2012
~~ Typo Itu Cute! ~~
Sapa pernah typo kat sini? Sila angkat ibu jari kaki! Ahaks...
Apa itu typo??
Alaaa... Yang kengkadang salah taip tu. Secara tak sengaja! Bukan sebab tak pandai mengeja hokkay. Ops!
Aku selalu jugak typo. Sangat! Memanjang typo kalau nak menaip. Yang tak boleh blah,menulis guna pensel/pen boleh terjebak. Nampak tak betapa kronik nye penyakit typo aku?
Kenapa typo??
Jari tak berbedung ke?
Mata ni juling angsa ke?
Deria menulis tu terencat ke?
Mengikut kajian haku,tak ada penyebab pong! Kengkadang tak perasan pun. Bila dah siap taip & post (bg yang main pesebuk/burung biru),baru perasaan tersalah tulis. Lain nak tulis lain yang keluar.
Kadang-kadang semangat tu tinggi. Jitu berwawasan nak mengepost. Eksaited berlebihan kate ko! Hahahaha... Aku lettew. Ce tengok dalam semua entry aku ni. Kompem bertypo bersepah. Malas nak ejas balik. See,pemalas nye Cik Farah.
So,tak payah nak menggelakkan orang ramai yang typo berkilo-kilo tu. Tengok balik semua entry/post korang kt belog/pesebuk/burung biru/laman sosial lain. Kompem ade punyalah! *lepas ni ramai lah yang buat checking. Kompem!*
Motipnye -------------» TYPO ITU SANGAT CUTE!
Okbai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
6 July 2012
~~ Secebis Kata Jumaat : Entry ke-100 ! ~~
Assalamualaikum wbt...
Ehem,ehem,ehem............
Entry ke-100...!!!!!!!!!!!
*tepuk tangan untuk diri sendiri*
Ala,baru 100 je kut! *kata-kata yang annoy dengan aku*
Yela,100 tu kira pencapaian aku lah kan. Aku kan 'rajin sangattttttt' hupdate belog.
Okok,aku stop annoy kan all the people *jeling-jeling comel* . Tapi...............
" Yeay,enytry ke-100!!!!!!!!! "
Okbai!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
4 July 2012
~~ Salam Nisfu Syaaban ~~
From now on,no more An Nyong Ha Seyo even itu trademark. Kita bertukar sikit hokkay......
So,Salam Nisfu Sya'ban........
Kalau ada salah silap Cik Farah,harap maaf. Mana yang tersinggung hati terguris perasaan tu,ampun! Jangan ingat time raya je nak mintak ampun segala bagai.
Sempena malam istimewa bagi umat islam ni,aku nak share lah kan. Kredit tu Wikipedia okay. InsyaAllah,ilmu itu kita kongsi. Kan ke best!
Apa itu Nisfu Sya'ban?
Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh Malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Pengertian am Nisfu Syaaban dalam bahasa Arab bererti setengah. Nisfu Syaaban bererti setengah bulan Syaaban. Malam Nisfu Syaaban adalah malam ke-15 Syaaban iaitu siangnya 14 haribulan Syaaban.
Hari Nisfu Syaaban adalah hari dimana buku catatan amalan orang-orang Muslimin selama setahun diangkat ke langit dan diganti dengan buku catatan yang baru. Catatan pertama yang akan dicatatkan dibuku yang baru akan bermula sebaik sahaja masuk waktu Maghrib (waktu senja), (15 Syaaban bermula pada 14 haribulan Syaaban sebaik sahaja masuk waktu Solat Maghrib)
Makanya,setakat ini sahaja yang mampu di share. Yang sedikit ni mudah-mudahan jadi pedoman bersama.
Jom sama-sama corakkan buku baru kita cantik-cantik. Yang lama jadikan teladan. Bukan sekadar tutup,tapi renungkan.
Semoga hati kita tetap di jalan Allah swt.
Semoga amalan kita bertambah.
Semoga keberkatan Allah swt untuk kita sentiasa ada.
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
2 July 2012
~~ Segalanya Berakhir Sudah.... ~~
Assalamualaikum...
So,acano sebulan tengok bola?
Keadaan mata okay?
Rabun tak?
Merah tak?
Ada airbag tak?
Telinga okay?
Mulut?
Ye la kan. Mata bersengkang sampai pagi. Kalau boleh nak tahan guna lidi. Telinga pulak dengar jeritan orang ramai mana yang tengok reramai kat kedai. Mulut,dah tentu-2 lah penat menjerit sakan. Betul tak?
Sedia maklum,Sepanyol atau Spain juara Piala EURO 2012. Tahniah! *bajet dorang bace je kan*
Italy?? Tempat ke-2 pun dah okay. Dari tak ada langsung kan.
Aku & kakak aku penyokong Italy. Dari pandangan peribadi aku,agak terkilan Italy tak menang. 4-0 kena belasah,agak menyedihkan. Tapi yelah,bukan rezeki.
Ekceli,selain Italy,kami penokong tegar England. So,bila ada cup cenggini,England & Italy dalam hati. Biar lah underdog pun.
Biar lah orang lain kutuk pun.
Biar lah orang kate dorg pisang ke.
Eh,dulik la kan.
Sekurang-kurangnya dorang main tengah padang tu.
Kau hadooo?
Dengan rasmi tamat EURO,sila normalkan kembali jadual hidup anda ye.
Tidur awal.....
Bangun awal.....
Pergi kerja awal.....
Pergi sekolah tak mengantuk.....
Pergi kolej on time.....
Assignment siap.....
Kerja sekolah siap.....
Sila-sila..
So,tinggalkan bola tu seketika. Tunggu lagi 2 tahun untuk World Cup pulak. Boleh asah mata dulu. Ahaks!
Apa-apa pun,goodluck bagi pasukan bola negara kita,Harimau Muda & Harimau Malaya untuk segala kejohanan. Yang terdekat,AFC kan? So,goodluck! Tak lupa atlit negara untuk Olimpik London ni. *lagu Gemuruh Suara berkumandang*
Makanya,hidup sukan untuk negara!
Sayang korang keketat...
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
1 July 2012
~~ Bila Kami Bergether-Gether Depan Galaxy Tab Baru Kidir ~~
Aku sajikan entry malam ni dengan aksi tak semenggah kami masa hang out bikin havoc Jumaat lepas. See,batak kan kami depan Galaxy Tab baru Kidir ni. Yela,awak tak ada benda cenggini. Muka pun jadi cantik cun sexy ayu segala bagai. *tutup muka dengan selendang*
Malas nak tulis entry pepanjang. Mood & jiwa ke Tasik Serene Emerald. Idea pun merajuk ke puncak Kashmir. Dah kenapa aku ni melalut? Okay,maafkan saya!
Layan kan aje lah...
Sayang korang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone
~~ Petang Yang Misteri Tak Berapa Nak Misteri ~~
Assalamualaikum....
Sekian lama tak hupdate,tetiba hentry pagi ni bermisteri bagai. Misteri ke?? Anda nilai la sendiri.....
Khamis,28 Jun lepas......
Aku & adik perempuan ikut my abah hantar my ibu pi berurut. Tempat makcik Jawa tu tempat jin bersamba. Kenapa aku cakap cenggini??
Sebab.................
Rumah dia (ekceli bukan real rumah la kan tapi asalkan berbumbung,kira rumah la tu kan) sangat terletak kat ceruk alam. Penghujung bukit adang sawit + getah. Jauh nye humang aihhh.. Kematu segala!
Sebelah rumah makcik ni,ada rumah banglo tinggal terbiar. Ikut cerita suami makcik ni,rumah tu milik mandur estet. Omputih katanye.
Bila anak dia meninggal,dia bawak whole family pindah KL. Eh,ye ke KL? Ke UK? Okay,tak berapa nak pay attention time tu. So,rumah tu terbiar buruk camni je la.
Kat entry ni aku letak semua pic yang aku snap. Beranikan diri masuk explore rumah ni ha. Dalam hati bagai-bagai dah ayat keluar. Terasa seram sikit!
Makcik Jawa tu cerita,dalam 2 bulan lepas dia ternampak pocong. Aku and adik aku macam......errr,biar betik! Tak takut ke??
Masa nak balik,kereta tak boleh hidup. Agak cuak jugak la. Ye la,dah la jauh dari orang. Acano nak mintak tolong ye dak? Tetiba ibu cakap ;
" Tu la awak orang. Sape suruh ambil gambar? Kan dah kena kacau."
Ape lagi,kena bidas lah dengan abah. Aku and adik aku tolong gelak je. Tapi maybe la kut. Sebab lepas abah sebut Allahuakbar and aku start enjin,terus hidup.
Agak-agak korang,apa yang tak kena? Renungkan misteri yang tak berapa nak misteri ni. Sayang korang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone