Awesome Followers

30 May 2012

~~ Menulis Itu Isi Jiwa ~~

An nyong ha seyo....!!!!

Assalamualaikum..

Sungguh puiutis tajuk entry hari ni kan. Memang terasa sangat di kayangan hari ni. Okay,stop the nonsense! Back to the story.........

So,hobi aku selama ni menulis. Menulis di sini bermaksud mencipta karya ye kawan². Memang berminat sesangat. Dah macam ketagih. Haha.. Actually,suka baca balik and senyum sendiri² *tutup muka dengan selimut. Maluuu...*

Aku start menulis karya masa tingkatan 1. Ingat lagi karya pertama aku,Seloka 1A. Alaa,yang pantun² pasal semua budak dalam kelas tu. Haa,yang tu la. Masa tu berminat nak hasilkan selepas baca majalah sekolah kakak aku. So,terilhamlah...

Bila ada ujian yang ada tajuk memerlukan aku menulis cerpen,rajin je jiwa ni pilih hak tu. Kadang² cikgu BM aku pun galakkan lagi. TAPI! Ada tapi nya okay. Bila ujian besar gedabak,aku akan berfikir secara rasional untuk menulis fakta dari auta. FAKTA!

Cerpen peribadi *eceh,peribadi sangat!* pertama yang aku hasilkan,VIA. Masa aku hasilkan cerpen ni,aku duduk asrama. Yelah,awak baru masuk kandang *masa tu form4*,segala bagai terkurung. Mati kutu lah awak ni. So,dengan penuh tekad & jayanya,graf cerpen ni terbentuk.

Orang lain berprep dengan segala macam buku,aku pulak dengan segala helai kertas. Segala helai? Okay,hentam je la. Memang kusyuk x hengat Mak Jemah la kan. Sampai aku rasa macam aku sorang je yang ada dekat SMTG tu. Perghhh...

Bila dah siap,senyum meleret sampai ke telinga. Pegang kertas² tu & renung dalam². Time tu baru la dapat tarik nafas & hembus nafas dengan lancar. Ayat nak mintak penampar je kan? Ahhaks!

Starting dari Via,aku mula dengan sangat rajin menghasilkan karya² yang lain. So,setakat ni dah ada dalam 25cerpen yang aku kumpul,buatan sendiri *kembang hidung sat*. Walaupun tak sebagus mana,rasa seronok sangat tengok baby² yang aku lahirkan ni. Serius!

Sekarang aku giat hasilkan novel sulung. Bukan berniat untuk publish tapi untuk bacaan anak² atau keturunan aku akan datang. Ecece... Sekali lagi aku hasilkan ayat yang mintak kaki. Eh,betul lah tu. Sebagai legasi untuk anak cucu. Mana tahu ada yang nak teruskan poerjuangan. Bhahahahaha....

Ramai yang suruh aku hantar segala baby² aku tu plus coming soon novel tu untuk dipublish *macam layak je kan*. Tapi,sungguh tak terasa lg nak buat. Niat aku menulis untuk kepuasan sendiri. Puas bila baca balik segala macam cerita yang aku karangkan. Heaven! Ye la,novel aku ni for sure tak setanding Akhadiat Akashah,Ramlee Awang Mursyid or Stephanie Meyer. Sungguh tak setanding! *padahal takut terima kenyataan novel direject!*

Wish me luck untuk habiskan novel yang tergendala lama tu. Idea tak berapa nak mari. Mana tak nya,sibuk berbadmintondik *badminton + gedik* every nights. Badan penat,jiwa pun lesu. Tapi mata maintain segar! Apa pun tak boleh........

InsyaAllah,kalau berkesempatan & novel tu dah siap,aku cuba buat episod bersiri dalam blog anak dara aku ni. Eh,macam la ada sangat orang nak baca cik Fara ni. *menyorok dalam almari rumah jiran sebelah*

Cukup lah kot setakat ni jari-jemari ni menari atas keypad phone. Next next next will hupdet yg lain. Maceh sudi baca. Sayang keketat!!!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

2 comments:

Suara Kalbu said...

Salam,

Semoga berjaya siapkan novel yang diusahakan tu. Bila dah siap, cuba la hantar kat mana-mana syarikat penerbitan. Untung sabut timbul, manalah tahu kan novel tu diterima dan Farah pun akan terima hasil royalti daripada penat lelah mengarang. Kalau tak diusahakan kita tak tahu kan ?

Sayang kalau bakat dibiarkan tak digilap. Akak cadangkan tak perlu lah buat siri di dalam blog. Bukan apa, pendapat akak saja ni. Sebab dunia internet tanpa sempadan ni, isu plagiat/copy karya orang lain senang berleluasa. Manalah tahu kan ada orang copy karya Farah lepas tu ditakdirkan pulak dia boleh buat duit dengan hasil ciplak tu. Nanti Farah juga yang makan hati.

Sekadar pendapat dari akak. Good luck ya

Farah Kamarudin said...

Salam..

Aminn.. Hope dpt siapkan. X sbr nk tgk balik! Haha..
InsyaAllah,kalau berkesempatan,fara cbe. Tp bkn skrg kut. Segan lagi ni..
Okok,pandangan akak diterima. Maceh...