Awesome Followers

14 June 2013

Dia Adalah Mertua Yang Best!

Selalu dalam cerita-cerita melayu,orang akan momokkan kita dengan betapa kejamnya mak mertua. Macam dalam cerita Kasim Selamat tu.

Tak berharta.
Benci.

Tak berpelajaran.
Benci.

Tak bekerja.
Benci.

Semua kalau boleh nak kasi cerita,mak mertua suka membenci. Mengkejami. Memilih kasih. Typical pemikiran. Selalunya yang merasa begini,akan rasa neraka gila hidup bermertua. Sadis.

Entry ni bukan nak memuji mak mertua aku amd family mertua ke hapa. Oh tidak. Saja nak share. Nak buang mentaliti sesetengah insan yang bakal berkahwin bahawasanya mempunyai keluarga mertua adalah sangat musibat.

Sepanjang aku duduk dengan mertua,tak pernah sekalipun mak bermasam muka dengan aku. Setiap kali pandang aku,dia akan senyum. Menampakkan lesung pipit yang diwariskan kepada beliau.

Kalau aku basuh baju yang ada sekali baju dia and adik ipar aku,dia akan kata...

"Kenapa basuh baju mak dengan Adil? Banyak tu. Susah-susah Anim je."

Kalau aku masak...

"Mak tak kisah pun kalau Anim tak masak. Mak boleh bawak lauk dari kedai. Kadang-kadang dekat rumah ni bukan ada yang nak makan. Kalau anim nak masak,masak sikit je."

Kalau anak-anak sedara beliau yang mak jaga buat bising time tengah hari...

"Jangan bising. Mokde nak rehat. Kesian mokde penat. Biarkan mokde tidur sekejap. Jangan kacau."

Kalau mak keluar shopping ke apa,confirm dia akan belikan aku kain pasang or tudung. Sangat rajin membeli. Terkadang tak berbuat pun ada.

Kalau aku ada kat Karak,and keluarga mertua aku keluar makan,mak akan call. Bagitahu nak keluar makan and wish for me to be with them. Selalu sangat.

Ini lah mak. Tak pernah meninggi suara. Tak pernah bermasam muka. Tak pernah memilih kasih. Tak pernah buat aku rasa terpinggir.

Aku bersyukur tak pernah terlibat dengan momokan mertua jahat. Adanya mak yang macam ni,kehidupan bermertua sangat heaven. Serius.

Cari lah pasangan yang keluarganya tak memilih.
Tak banyak songeh.
Tak berkira.

Nescaya anda bahagia.

2 comments:

Mariyam Nabella Ishak said...

Untung ad mertua yg memahami mcm tu..xmelaga2kan anak menantu..mertua akk??hurmmm..biar allah je la yg menilai.... :)

Farah Kamarudin said...

xpe kak. InsyaAllah dia berubah nanti. mungkin ni bahagian fara. huhu.