Awesome Followers

31 May 2012

~~ Bila Saya Dapat Surat Besar Dan Berat (Reader's Digest)!!! ~~

An nyong ha seyo..!!!
Assalamualaikum..
Readers,bloggers,blogwalkers & followers ada sihat? Dah makan? Dah mandi? Dah gosok gigi? Too many Q's to A's. Sila jawab satu-satu ye. Kang tercekik air liur pulak.
Okay okay,tarik nafas,lepas.....
SAYA DAPAT SURAT YANG BESARRRR PUNYERRRR...!!!!
Nampak sangat jakunnye. Ahhaks! Maafkan saya.. Ye ye,saya dapat surat yang besar lagi berat. Kaler coklat lagi envelope die.
Masa turun dari bilik tadi,my abah berbunyi :
"De,tu ada surat."
Aku pandang dengan pandangan yang eh-itu-surat-kerajaan-ke *angkat kening juling the eyes*? Ye la,sekarang kecoh PTPTN dah keluarkan waran. Terseriau jugak lah rasa jiwa kut-kut dapat waran tu. Haa.. Otak ni mula lah berfikir jauh ke Alaska tu ha.
Tapi dalam kerisauan tu,terselit sikit cahaya pengharapan. Mana lah tahu dapat panggilan interview kerajaan ke *mata bersinar bila fikir pasal ni*
Lagipun,dah lama tak dapat surat yang macam ni. Mesti la macam eksaited mak Kiah sikit. Okay tak apa,biarkan dulu surat tu atas meja. Berjalan dengan cool ke toilet. Sangat cool tau!
Dengan perasaan yang beribu persoalan ni,keluar je dari toilet,terus grab surat tu. Belek-belek dulu sampul. Tak ada pun tertulis 'Urusan Kerajaan' atau 'Urusan Seri Paduka Baginda' *eceh,macam VIP je nak dapat surat cenggitu*.
So,koyak slow-slow penutup surat tu. Berkobar-kobar hati ni nak tahu apa yang ada kat dalam. Bila dah buka je and keluarkan segala macam isi *nampak sangat gelojoh Cik Farah ni*,aku macam........................ 'Eh,ape jadah ni? Apekah? Apekah??'
Lama jugak termenung hadap bendalah tu. Last-last capai kunci kereta,pecut ke rumah makcu (adik bongsu my abah ).
Pum pam pum pam bercerita,makcu buat decision :
" Join je lah De. Bukan pakai duit sesen pun. Duit pos je kalau ade. "
Aku pun macam,'oh okay,tak salah nak mencuba.' So,decision dah dibuat. Start kereta & bergerak pulang dengan perasaan yang bersemangat waja. Oh,sempat jugak dengan muka tak malu tanya Auntie Mamak tu pasal buah mangga dia yang bergayutan,yang mengundang selera!
Balik rumah,cerita pulak dekat my ibu.
"Esok kita pergi poskan. Mana tahu rezeki awak."
Aminnn.. Kata-kata seorang ibu itu ibarat doa. Lagi pun,tak salah mencuba kan. Esok,kita berkunjung ke pejabat pos lah pulak.
Nanti kalau ada sebarang maklum balas,Cik Farah hupdate & share hokkayy. Doa-doakan lah. Mana tahu mengena. Tuah chicken chop dekat kuah,kuah Cik Farah ni mana tau kan. Hahhaha...
Thanks sudi luangkan masa membaca. Sayang keketat!
#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

30 May 2012

~~ Menulis Itu Isi Jiwa ~~

An nyong ha seyo....!!!!

Assalamualaikum..

Sungguh puiutis tajuk entry hari ni kan. Memang terasa sangat di kayangan hari ni. Okay,stop the nonsense! Back to the story.........

So,hobi aku selama ni menulis. Menulis di sini bermaksud mencipta karya ye kawan². Memang berminat sesangat. Dah macam ketagih. Haha.. Actually,suka baca balik and senyum sendiri² *tutup muka dengan selimut. Maluuu...*

Aku start menulis karya masa tingkatan 1. Ingat lagi karya pertama aku,Seloka 1A. Alaa,yang pantun² pasal semua budak dalam kelas tu. Haa,yang tu la. Masa tu berminat nak hasilkan selepas baca majalah sekolah kakak aku. So,terilhamlah...

Bila ada ujian yang ada tajuk memerlukan aku menulis cerpen,rajin je jiwa ni pilih hak tu. Kadang² cikgu BM aku pun galakkan lagi. TAPI! Ada tapi nya okay. Bila ujian besar gedabak,aku akan berfikir secara rasional untuk menulis fakta dari auta. FAKTA!

Cerpen peribadi *eceh,peribadi sangat!* pertama yang aku hasilkan,VIA. Masa aku hasilkan cerpen ni,aku duduk asrama. Yelah,awak baru masuk kandang *masa tu form4*,segala bagai terkurung. Mati kutu lah awak ni. So,dengan penuh tekad & jayanya,graf cerpen ni terbentuk.

Orang lain berprep dengan segala macam buku,aku pulak dengan segala helai kertas. Segala helai? Okay,hentam je la. Memang kusyuk x hengat Mak Jemah la kan. Sampai aku rasa macam aku sorang je yang ada dekat SMTG tu. Perghhh...

Bila dah siap,senyum meleret sampai ke telinga. Pegang kertas² tu & renung dalam². Time tu baru la dapat tarik nafas & hembus nafas dengan lancar. Ayat nak mintak penampar je kan? Ahhaks!

Starting dari Via,aku mula dengan sangat rajin menghasilkan karya² yang lain. So,setakat ni dah ada dalam 25cerpen yang aku kumpul,buatan sendiri *kembang hidung sat*. Walaupun tak sebagus mana,rasa seronok sangat tengok baby² yang aku lahirkan ni. Serius!

Sekarang aku giat hasilkan novel sulung. Bukan berniat untuk publish tapi untuk bacaan anak² atau keturunan aku akan datang. Ecece... Sekali lagi aku hasilkan ayat yang mintak kaki. Eh,betul lah tu. Sebagai legasi untuk anak cucu. Mana tahu ada yang nak teruskan poerjuangan. Bhahahahaha....

Ramai yang suruh aku hantar segala baby² aku tu plus coming soon novel tu untuk dipublish *macam layak je kan*. Tapi,sungguh tak terasa lg nak buat. Niat aku menulis untuk kepuasan sendiri. Puas bila baca balik segala macam cerita yang aku karangkan. Heaven! Ye la,novel aku ni for sure tak setanding Akhadiat Akashah,Ramlee Awang Mursyid or Stephanie Meyer. Sungguh tak setanding! *padahal takut terima kenyataan novel direject!*

Wish me luck untuk habiskan novel yang tergendala lama tu. Idea tak berapa nak mari. Mana tak nya,sibuk berbadmintondik *badminton + gedik* every nights. Badan penat,jiwa pun lesu. Tapi mata maintain segar! Apa pun tak boleh........

InsyaAllah,kalau berkesempatan & novel tu dah siap,aku cuba buat episod bersiri dalam blog anak dara aku ni. Eh,macam la ada sangat orang nak baca cik Fara ni. *menyorok dalam almari rumah jiran sebelah*

Cukup lah kot setakat ni jari-jemari ni menari atas keypad phone. Next next next will hupdet yg lain. Maceh sudi baca. Sayang keketat!!!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

29 May 2012

~~ Bas Lama + Raub + Memories ~~

An nyong ha seyo!!!

Tadi masa belek² pics gallery dalam phone ni,terjumpa lah dengan picture bas pendek ni ha.. Serius ketot!

Pic ni aku ambil masa berkesempatan ikut my ibu & my abah balik Raub,kampung halaman my ibu. FYI,my abah orang Karak ni je.

Bila nampak je bas ni,mula la terasa gatal sebadan nak bergambar segala bagai. My ibu lah yang jadi photographer terjun hari tu. Kesian my ibu. BTW,thanks ibu!!!!

Dah sampai Raub ni,macam² kenangan yang terjah minda aku. Dulu masa kecik²,masa my abah tak ada kereta lagi,selalu naik bas dari perhentian ni balik rumah nenek. Memang beramai lah kan 1 bas. Tapi seronok!

Balik Raub time cuti sekolah memang best! Ramai kengkawan yang sekepala. Dari pagi sampai petang duk main tengah panas. Kalau tak diturut balik oleh arwah Pakngah,jangan harap lah jumpa jalan balik.

Masa aku masih kanak² yang sangat muda (ecewah ayat ),kira² dalam umur 3/4 tahun gitu,aku selalu homesick! Setiap kali balik Raub,mesti nak menangis. Rindu makteh!!! Yelah,aku membesar dengan dia. Yang kelakar,lagi kuat aku menangis rindu makteh bila dengar azan. Tak boleh blah perangai..

Bila raya,sehari sebelum tu dah sampai rumah nenek. Kemas² apa yang patut. Pakngah jadi pembekal mercun. Meriah rumah nenek malam raya tu. Kebiasaannya,tengah hari raya pertama tu dah bergerak balik Karak.

Setiap kali nak balik,nenek mesti duduk kat tangga. Sayup je dia pandang kereta kami berlalu pergi. Serius,sedih sangat time tu!

Sekarang,semua ni kenangan je dah. Rumah nenek dah ada orang sewa. Tapi InsyaAllah,next year ibu cakap nak full renovate rumah nenek and buat second house kami.

Sekarang,nenek pun dah tak ada. Pakngah pun. Atuk pun lama dah tak ada. Ada jugak kawan baik masa kecik dulu,dah pergi. Al-Fatihah untuk mereka semua..

Bila menjenguk Kg.Gali Tengah,Raub ni,1000 1 memori menjengah. Pelbagai! Semoga segala kenangan ni tak akan padam.. Aminnn......


#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

28 May 2012

~~ Kami Anak Abah ~~

An nyong ha seyo!!!

Gambar pilihan petang ni yang aku rasa nak disumbatkan ke dalam entry.

Selamat berIsnin!!!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Aeman-Ayah

Ketika berjauhan
Masihku rasa hangat kasihmu ayah
Betapaku rindukan redup wajahmu
Hadir menemaniku

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Chorus
Walau hatimu sering terluka
Tika diriku terlanjur kata
Tak pernah sekali kau tinggalkan
Diriku sendirian
Ketika ku dalam kedukaan
Kau mendakap penuh pengertian
Di saat diriku kehampaan
Kau setia mengajarku
Erti kekuatan

Terpancar kebanggaan
Dalam senyummu
Melihatku berjaya
Bilaku kegagalan
Tak kau biarkan
Aku terus kecewa

Dengan kata azimat
Engkau nyalakan semangat
Restu dan doa kau iringkan

Ulang Chorus

Terbayang ketenangan
Yang selalu kau pamerkan
Bagaikan tiada keresahan

Ulang Chorus

Tak dapatku bayangkan
Hidupku ayah
Tanpa engkau di sisi
Semua kasih sayang
Yang kau curahkan
Tersemat di hati

** sempena hari bapa yang akan datang! **
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~~ Kenangan Yang Manis Macam Gula! ~~

An nyong ha seyo!!!

Selagi tak tidur,memang bersepah la entry yg aku isi malam ni. Eh,malam ke? Okay,mornight more better!

Nak share collage pics yang my kakak pernah share. Kenangan mase ite tecik² omei je dlu. Okay,sumpah gediks!

Layan kan aje la. Peace!
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~~ We Are Kazans ~~

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

~~ Kasihan Si Ayah! ~~

An nyong ha seyo!!!

Hola readers,bloggers,followers,blogwalkers! Sihat? Feel great? Oh yeahhh...

So,hari bapa dah nak mai kan? Ape persediaan? Ke ade yang kate sambut
hari bapa ni haram jugak? Tetttt... Ahhaks!

Okok,stop all the nonsense. Memandangkan hari bapa just around the
corner,aku nak share sesuatu pasal bapa. Bukan pasal my abah,but
someone else punye abah. Haa,eksaited tak? Eksaited tak? Jom
teruskan.....

Aku ada kenal seorang pakcik ni. Biar aku namakan pakcik ni Pakcik M.
Umur dalam lingkungan 63. Tua setahun dari my abah. But of cos,my abah
lagi bergaya & kacaks!

Pakcik M ni ayah kepada 7 orang anak & atuk kepada 4 orang cucu.
Mesti readers tertanya-tanya macam mana aku boleh tahu latar belakang
pakcik M ni dengan tepat kan.

Aku kenal pakcik M ni since aku sekolah rendah lagi. Salah seorang
anak dia kawan aku. A close friend actually. So,aku banyak tahu latar
belakang family mereka. Membesar bersama-sama kut!

Nak tahu kenapa pakcik M ni sangat istimewa sampaikan dia termasuk
dalam entry aku? Haaa... Ni yang nak cerita. Okay,baru nak mula kan.
Maaf atas mukadimah yang terlalu lama. Hahahaha...

Pakcik M bekerja sebagai pengawal keselamatan. Dari dulu sampai
sekarang,itu je kerja yang aku tahu dia buat. Bertahun-tahun! And
berpindah randah tempat kerja.

Dulu agak jauh dia pergi bekerja. Pagi² pakcik M akan naik bas ke
tempat kerja and balik petang. Itu kalau shift pagi. So,bayangkan lah
kalau shift malam. Menapak lah dia sorang-sorang ke perhentian bas
depan rumah ni.

Sekarang,alhamdulillah dia kerja dekat area rumah je. Okay,tak la
dekat mana tapi masih dalam kawasan Karak ni lah. Tempat kerja kali
ni,memang memerlukan pakcik M bekerja time malam je. Again,die akan
menapak selama 15minit dari rumah untuk ke perhentian bas depan rumah
ni.

Yang buat aku sangat kesian & simpati,kenapa tak ada seorang pun anak
dia yang tolong hantarkan ke tempat kerja. Padahal,tak jauh mana pun.
Nak kata tak ada transport,2,3 biji kereta jugak yang ada depan rumah.
Kalau tak nak hantar ke tempat kerja pun,at least hantarkan lah ke
perhentian bas. Ini tak.... Mereka malu ke?

Paling menyedihkan & yang buat hati ni sebak,bila tengok keadaan dia
yang sedang mengawal. Ya Allah,sumpah kesian. Duduk sorang² depan
bangunan tu,dari malam sampai ke pagi. Tanpa berteman! Kakak aku jugak
tak terkecuali ada perasaan simpati yang menggunung.

Bayangkan,seorang pakcik yang berusia 60-an,berjaga
malam²,sorang²,atas kerusi plastik,tanpa sebarang senjata.
MasyaAllah,memang boleh menghadirkan rasa kasihan yang meluap-luap!
Sesiapa pun yang tengok,mesti rasa sedih. For sure...

Bila mengantuk,tersengguk-sengguk lah dia atas kerusi tu. Meja tak ada
untuk dia buat penahan kepala. Pernah sekali tu adik aku nampak dia
jatuh tersungkur sebab mengantuk yang teramat. Serius,sangat kesian!
And kalau sesuatu jadi kat pakcik M,misalnya dirompak & dibunuh
(Nauzubillah,minta dijauhkan),tak ke ralat anak² dia.

Pasal anak pulak,kenapa tak ada seorang pun yang halang ayah mereka
dari bekerja? Seronok ke tengok ayah duduk macam tu sorang²? Pernah
aku tanya kawan aku ni,merangkap anak pakcik M .

" Kenapa tak suruh ayah kau berhenti je?"

Alasan :

" Dia yang tak nak."

Hello,come on la. Kalau dihalang bersungguh-sungguh,pasti pakcik M tak
bekerja dah. Bukan nya mereka orang susah. Isteri pendidik. Anak²
bekerja gaji 3,4 ribu. Takkan tak ada seorang pun yang mampu tanggung
ayah. Tapi,wallahualam. Tu antara mereka sekeluarga.

Entry kali ni bukan bermaksud nak mengaibkan sesiapa. Just nak bagi
pengajaran kepada readers sekalian. Nak ingatkan,tempat ibu bapa yang
sudah menjangkau usia warga emas bukan di atas kerusi plastik buruk
depan bangunan sepanjang malam. Tempat mereka di rumah. Berehat di
samping anak² & cucu.

Hargai lah ayah kamu,ibu kamu. Jangan biarkan mereka berpenat lelah
pada usia yang terlalu usang demi sesuap nasi.

So,kalau ada yang terasa hati,maafkan saya! Niat di hati just nak bagi
iktibar. And,thanks kepada readers yang sudi meluangkan seminit dua
untuk membaca. Sayang ketat²!

Pesanan terakhir,sayangi ibu bapa anda. Kepada encik abah,KAMARUDIN
BIN MOHAMED,and puan ibu,NOOR AZIZAN BINTI HASAN,KAKDE SAYANG ABAH &
IBU!!!

SELAMAT HARI BAPA..!!!!!

#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

27 May 2012

~~ Saat Kritikal Di Pagi Hari ~~

An nyong ha seyo!!!

Takde airrr......!!!!!!

Pernah berada dalam situasi kecemasan macam yang aku alami hari ni
tak? Kecemasan ape? Mai baca..........

Bangun pagi² hari ni like a princess. Niat hati nak terus ke toilet.
Menambahkan saham niatnye. Perut memulas tak payah cakap lah. Memang
terhiris pedih. Tiba² ....

" Air takde tau. Kalau nak mandi,jimat² sikit."

Aku pandang ibu. Okay,aku masih cuba tak gelabah.

" Air tangki ade kan bu? Sakit perut ni.."

" Tangki pun dah kosong tu."

So,korang rasa ape reaksi aku? Ape lagi,capai kunci kereta,start
kereta,terus pergi rumah makcik aku yang berdekatan. Oh,kakak aku pun
turut serta. Panggilan pagi jugak lettewww..

Sampai je kat rumah makcik,soalan pertama yang keluar,"Air ade tak?"

Willy,anak sedara aku yang duduk berdepan dengan rumah makcik geleng²
kepala. Serius,sangat hampa. Perut ni pulak tak boleh di ajak
bekerjasama.

Last choice,rumah makcu. Nasib kami baik. Akhirnya! Keadaan dapat
diselamatkan. Tersenyum kelegaan yang meleret.

Haaa.. Ni lah situasi bila takde air. Biar takde elektrik dari takde
air tau tak. Semua benda tergendala. So,sila hargai air!

Mesti korang² rasa entry hari ni sangat nonsense + annoying +
diguisting kan. Maafkan saya! Saja nak share. Kut² korang pernah or
akan terlibat dalam situasi ni :)

Thanks sebab sudi baca! Love love love.....


#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

25 May 2012

~~ Hey,Itu Bas Ammu! ~~

An nyong ha seyo!!!

Hi,its me again.

Meluat?

Bosan?

Okay,sile abaikan entry ni....

Mana yang tak tergolong,aku nak share sesuatu.

Sesuatu yang aku ada masa zaman sekolah. Eh,bukan aku punya but
sesuatu yang aku pernah lalui.

For sure,95% pun ada & pernah lalui ni.

Ops,stop merepek! Now,back to story.

Bas Sekolah..............

Tadi masa balik dari Raub(Kampung Halaman),ternampak 1 bas sekolah
yang pernah aku naik 1 masa dulu.

So,terjadi perbualan ni dengan kakak :

" Eh,ade lg kan bas tu."

" Ha'ah,bas Ammu. Lama nyee..."

Perasaan kagum berlumba² nak terjah. Kenapa kami kagum??

Masa aku darjah 1,tahun 1996,bas tu lah yang ambil aku pergi & balik
sekolah. Bas tu agak kemetot. Comel² je. Tapiiiii..... Bas tu mampu
bawak ramai budak sekolah.

Haa,kagum tak? Kagum tak?

So,sekarang aku dah 23 pada tahun 2012. And.... Bas tu masih gah bawak
budak sekolah.

Ce kira berapa tahun dah tu?

Bertambah kagum tak??

Okay,memang entry petang ni macam tak ada makna tuk korang. Saja nak
share dengan korang betapa kagum aku dengan bas kett colour kuning tu.
Maafkan saya!

BTW,nak ucap thanks jugak kat bas ni. Banyak jasa kat aku,abang & kakak aku.

Terima Kasih Bas Ammu!!!!

24 May 2012

~~ Tak Boleh Tidur Itu Adalah Insomnia ~~

An nyong ha seyo!!!

Almost 2 a.m tapi aku still tak tidur. Mata masih besar bak johan!
So,sesiapa di sini yang masih berblog walking? Apa kata,kamu kamu
teruskan membaca apa yang aku nak coretkan pepagi yang celik ni. Lai
lai...

Semenjak dua tiga empat lima (okay,nak kasi cukup 5) ni,aku memang
sangat payah nak tidur dengan nyenyak,aman,lena. Eh,lena & nyenyak tu
sama je. Okay-okay,back to main story. Kadang-kadang,aku tak tidur
langsung sampai ke ceroh atau pun Subuh. Apa yang tak kena dengan aku
ni? Nak tahu? Kamu memang dasar keypochi. Sama macam mak noks!
Hahahaha...

Selidik punya selidik punya selidik,aku dijangkiti virus Insomnia. Apa
itu Insomnia? Tengok bawah........

Maksud Insomnia :

"Ia merupakan sejenis gangguan tidur di mana kualiti tidur seseorang
terjejas atau menghadapi masalah tidur."

Sama macam aku sekarang ni lah. Memang sangat payah untuk tidur.
Terkebil-kebil mata ni dalam gelap. Alone!

So,apa simptom-simptom Insomnia? :

* Sukar untuk mula tidur (dianggap sebagai permulaan insomnia)

* Mudah tidur, kemudian terjaga dan tidak boleh tidur semula (kronik insomnia)

* Mudah tidur, tetapi terjaga setiap satu jam dan tidak boleh tidur
(fragmented sleep)

Tahap insomnia :

* Ringan - Berlaku dalam tempoh beberapa hari, fungsi harian hanya
sedikit atau langsung tidak terjejas.

* Sederhana - Ia berlanjutan kurang dari sebulan, menjejaskan fungsi
harian, disertai rasa letih dan mudah tersinggung.

* Kronik - Masalah sukar tidur yang berlanjutan lebih sebulan, sekali
gus menjejaskan fungsi harian. Individu terbabit akan berasa gelisah,
mudah tersinggung, letih dan bimbang.

Jenis insomnia :

* Insomnia primer

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur tidak disebabkan oleh
masalah kesihatan.

* Insomnia sekunder

Seseorang yang menghadapi kesukaran tidur akibat masalah kesihatan
yang dihidapinya. Ia mungkin disebabkan oleh penyakit psikiatri atau
bukan psikiatri.

Insomnia juga terbahagi kepada :

* Insomnia akut :

Berlaku dalam jangka masa pendek. Tempohnya mungkin antara satu malam
hingga beberapa minggu. Ia biasanya disebabkan gangguan pada emosi
atau fizikal termasuklah:

a. Tekanan - bertukar atau kehilangan kerja, kematian orang yang
disayangi, berpindah

b. Sakit yang ringan

c. Persekitaran - bunyi bising, cahaya, cuaca terlalu panas atau sejuk,

d. Perubahan masa tidur - jet lag atau syif kerja.

* Insomnia kronik :

Berlanjutan sekurang-kurangnya tiga malam seminggu dalam tempoh
sebulan atau lebih. Ia berpunca daripada banyak sebab seperti
kemurungan, tekanan yang kronik, sakit dan sebagainya.

TIP :

* Mempelajari teknik merehatkan mental dan fizikal

* Tidur pada waktu yang sama pada setiap hari

* Elakkan tidur pada waktu tengah hari

* Melakukan senaman dengan kerap

* Bergantung kepada sesetengah individu, elakkan minuman yang
merangsangkan otak seperti kopi atau teh pada lewat petang atau malam

* Jangan merokok

* Belajar menangani tekanan

* Pastikan persekitaran bilik tidur selesa untuk tidur.

Kata pakar :

"Secara fisiologinya, insomnia tidak dikategorikan sebagai sejenis
penyakit. Boleh dikatakan, hampir setiap individu mengalami insomnia
sekurang-kurangnya sekali dalam fasa kehidupan mereka."

"Keadaan ini bagaimanapun, tidak mengundang sebarang masalah dan tidak
menjejaskan. Tetapi, ia perlu dirawat jika insomnia yang dihidapi
mengganggu rutin harian individu terbabit." Profesor dan Pakar
Perunding Kanan Neurologi dan Timbalan Dekan (Pengajian Siswazah dan
Penyelidikan), Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
(UKM), Prof. Dr. Raymond Azman Ali.

Sumber dari : www.utusan.com.my
(So,aku copy paste je)

Haa.. Dengan panjang berjela aku ceritakan pasal Insomnia ni. Ada
sesiapa yang senasib dengan aku kat sini? :)

Apa yang aku buat bila tak boleh tidur? :

* Main game sampai lenguh jari
* Dengar lagu sampai pekak telinga
* Nonton movie sampai lebam mata

Semua aku buat sorang-sorang. So pathetic! :(

Andai ada di antara kamu kamu yang alami perkara yang sama macam
ni,jangan cepat gelabah. Nasihat aku,tunggu aje lah sampai rasa
mengantuk tahap dewa. Huhuhu...

Okay lah,setakat ni je kut rapuan aku dinihari ni. Next entry,kita
cerita lain pulak. Terima kasih sebab sudi luangkan masa membaca. :)


#HugsLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

23 May 2012

~~ Sabar..Sabar..Sabar ~~

An nyong ha seyo!!!

Sudah agak menghampiri malam kan? And tangan ni sangat gatal untuk
mencoret sesuatu. Sesuatu apa? Oh,sesuatu yang ingin dikongsi kepada
all readers & bloggers & followers. Okay,kenapa tak letak (,) je kat
antara ayat tu? Eh,suka la kan. My entry. Okay,maafkan saya!

Pejam celik pejam celik,dh nak masuk setengah tahun bergelar tunangan
orang. Tapi,macam terlalu lama pulak. Eh,gatal nya ayat. Hahaha..
Kenapa lama? Maybe sebab terlalu banyak halangan atau lebih
tepat,dugaan.

Betul lah kata orang,tempoh bertunang banyak ujian & dugaan. Sabar &
tak sabar je kan untuk hadapi. Dugaan & ujian ni sebagai satu frasa
percubaan untuk satu pasangan supaya dapat hadapi dugaan & cubaan di
alam perkahwinan kelak. Ecece ayat.....

Aku & beliau tak terkecuali. Memang agak banyak yang kami hadapi.
Alhamdulillah,kami berjaya tepis dengan tenang. Eh,tenang ke? Okay,tak
berapa nak tenang lah kan. Oh ya,pernah kami hampir menemui jalan
buntu. Erti kata lain,hampir putus. Sangat mencabar time tu.

Dengan izin Allah,kami berjaya kembalikan kesucian ikatan kami ni.
Bertekak punya bertekak,last last aku yang menangis. Sangat senang
untuk mutiara jernih ni mengalir demi kerana ikatan ni. Sesungguhnya
Allah masih sayangkan kami and memang Dia takdirkan kami kekal
bersatu. Aminnn..

Okay,jom explore kenapa aku menangis. Bila kita bercinta atau setakat
bercouple,itu antara si lelaki & si perempuan. Hanya melibatkan dua
hati sekiranya apa-apa yang terjadi. Nak putus ke,nak apa ke,just
pasangan ni je yang rasa. Orang lain tak ambil peduli sangat pun.
Betul tak? And komitmen tu maybe tak terlalu ketara.

Berbeza bila dah bertunang. Komitmen ikatan ni bukan sekadar kepada
pasangan ni tadi tetapi melibatkan banyak pihak. Pihak yang
dimaksudkan,kaum keluarga. Dalam situasi aku (bukan nak bangga
diri),mak beliau sudah sangat sayangkan aku. Memang dia nak sangat aku
jadi menantu dia. And aku,of course sangat sayangkan mak beliau macam
aku sayangkan parents aku.begitu juga sebaliknya dengan beliau.

Sepanjang pertengkaran kami yang agak memakan hari tu,banyak yang aku
fikir. Terutama my abah & my ibu. Sesungguhnya mereka sangat berharap
ikatan ini menjadi. Dan mereka sangat excited! Terlalu banyak yang
mereka plan kan untuk majlis aku tahun hadapan. Rakan-rakan mereka pun
sudah ramai yang bertanya. Bila menjawab soalan-soalan dari para
sahabat,terpancar cahaya kegembiraan di wajah my abah & my ibu. Sangat
touching tau!

So,aku membayangkan apabila kami sudah tidak lagi bersama. Apa reaksi
kedua-dua belah pihak keluarga. Terutama my abah & my ibu. Kecewakah
mereka? Automatik air mata ini akan mengalir. Serius,sangat jujur aku
menangis time tu. Terlalu takut untuk mengecewakan kedua-dua insan
yang aku cintai tersebut. Sungguh!

And sebab musabab lain sudah pasti berkaitan dengan 'KAMI'. Yup,aku
mencintai beliau. Sangat-sangat! Okay,jangan gedik sangat. Maaf!
Haha.. So,rasa takut kehilangan tu membuak-buak. And sekali lagi air
mata ini mengalir. Jangan sangka aku ni penangis ye. Just dengan
ikatan ini yang mengundang titis-titis mutiara jernih ni. Oh,ada nada
mengada di situ.

Selepas puas berhempas pulas menyelamatkan ikatan
ni,alhamdulillah,Allah buka kan jalan kebahagiaan. So far,dah tak ada
pergaduhan yang memudaratkan. Sangat aman. Aman! Setakat gaduh-gaduh
manja plus gedik tu sering terjadi. Masing-masing memiliki ego yang
tinggi okay. Dan agak baran juga.

Pertengkaran hebat sebelum ni mengajar kami erti menghargai. Sedaya
upaya kami cuba mengelakkan sesuatu yang mungkin boleh menyebabkan
kami terjerumus dalam pergaduhan maha hebat. Tak mahu dah! Buang masa
& tenaga je kan. Dan aku cuba faham keadaan kerja beliau yang
tersangat busy! Kalau ikutkan hati yang cengeng ni,setiap kali beliau
kata 'No' untuk setiap permintaan,dah mula nak pertikaikan.

Bila dengar ada di antara para sahabat yang putus tunang,aku
lekas-lekas bersyukur. Simpati terhadap mereka namun berharap aku
tidak ditimpa dugaan sebegitu. Tak sanggup melihat hancurnya
kegembiraan my abah & my ibu. They are my everythings!

Ini hikmah yang aku and beliau dapat kerana bersabar.
Kawan-kawan,sabar itu tiada hadnya okay. Selagi boleh,bersabarlah.
InsyaAllah,kebahagiaan itu kita miliki.

Terima Kasih Allah!

Kepada yang keep support,thanks a lot! Keep pray for our happiness.
I'll do the same for all of u.

Okay,next entry,nanti aku fikir ape nak aku karutkan. Now,time to
ghaib! Terima kasih sebab sudi luangkan masa this time.


#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

~~ Bila Anda Rasa Anda Sudah Jadi Seorang Sahabat Yang Baik ~~

An nyong ha seyo!!

Now,kita try tulis entry guna mobile pula ok. Testing2.. Thanks a lot
to my sister,Reena Kamarudin yang tolong settingkan. Maceh kakak :)

Okay,enough pasal tu. Hari ni nak share something pasal sesuatu yang
boleh di anggap berharga bagi semua orang. SAHABAT! Yup,sahabat. For
sure,semua pun ada :)

Lately,banyak aku alami pengalaman & dengar pengalaman pasal seorang
insan bergelar sahabat ni. Baik ke buruk? Nk tahu,sila baca sampai
habis entry ni.

1st story :

Aku ada seorang BFF. Hasmanadya Ghazali nama dia. Ni kisah pasal dia &
her friend yang supposed be her BFF long time ago. Eh,lama sangat ke?
Okay,last year. Almost a year la mereka berkawan. Let me name
her,prof. Kenapa prof? Sebab ramai yang panggil kawan Nadya ni prof.

Prof ni sakit bertahun-tahun. Dalam tahun ni,dia berkesempatan buat
operation. Perut dia membesar. Kesian pun ada dengar cerita dari
Nadya. Tapi,selamanya ke nak kesian? Jom terus baca!

After operation,Nadya yang banyak jaga prof ni di rumah kt Nilai. Oh
ya,Nadya ni orang Terengganu. So dia datang dari sana untuk jaga prof.
Makan minum prof dia jaga. Adik-adik prof pun dia yang take care.
See,pengorbanan seorang sahabat yang sanggup korbankan masa bekerja
untuk seorang sahabat yang dia sayang.

Almost two weeks Nadya jaga prof,dia minta izin untuk balik.
Haa,cerita ni bermula di sini. Nadya ada mengadu dekat aku yang prof
ni dah jadi dingin dengan dia. Kenapa eh?

Alasan prof,tiada apa-apa. Macam tak logik la pulak kan? So,Nadya keep
search the point. Nah,last-last prof ni mengaku yang dia dah tawar
hati with Nadya. The most shocking is,dia kata Nadya fanatic dengan
dia. Urghhh.. Nonsense sungguh!

Sikit pun dia macam tak hargai apa yang Nadya pernah buat untuk dia.
Bayangkan betapa kecewa seorang sahabat bila seorang sahabat yang dia
sayang perlakukan dia macam tu. Down kan? Yup,itu yang Nadya rasa.
Tapi alhamdulillah,kami kami yang masih ada di sisi Nadya,selalu bagi
support kat dia. And she heal day by day :) Thanks Allah!

2nd story :

Story ni terjadi kat diri aku jugak. Bukan nak minta simpati ke apa
but just nak share dengan all readers & bloggers semua. Tak ada niat
pun okay :)

Kepada sesiapa yang follow blog aku ni,for sure mereka tahu aku ada
BFF. Yes,a BFF! Honestly,aku sayang dia macam sebahagian dari diri
aku.

Kami kenal dah lama. Almost 5 years. Memang banyak cerita yang kami
kongsi. Susah senang kami cuba harungi bersama. Alhamdulillah,kami
memang mampu hadapi. Itu janji kami selama ni.

Lately,dia mula berubah. Entah kat mana silap kami. Kami jadi sangat
renggang. Maybe start bulan March hari tu kut. Kenapa bulan March? Meh
baca lagi!

Aku masih ingat time tu. Dia mesej aku,minta tolong topupkan. Aku just
minta dia tunggu sampai esok je sebab esok dah gaji. Malam tu memang
aku kering sen. Faham-faham la keadaan kilang tu kan. Hahaaa..

After that night,sampai la ke hari dulu semalam (21 May ),dia keep
silent. Oh,ada la sekali dia mesej. Tp 2,3 mesej,dia kembali diam.
But! Petang tu dia ada mesej. Bertanya khabar sedikit sebanyak. And
guess what? She asked me for another topup! Apa aku jawab? No! Bukan
nak kedekut tapi memang aku tengah tak ada sen. Gaji lambat lagi. And
dia kembali senyap.

Agak kecewa & sedih dengan apa yang dia buat tapi aku tetap sayang dia
as my BFF. Oh maybe dia dah tak anggap aku macam tu after dia dah
kerja bagus and hidup dah senang. Yup,janji dia dulu,susah senang
sama-sama tu tak ke mana. Susah je sama-sama tapi bila senang,dia
sendiri. Aku ni ada rupa agen topup ke? Hahahaha...

Berdasarkan dua stories kat atas tu,apa yang kita dapat simpulkan?
Yup,sahabat yang just pandai ambil kesempatan di kala dia susah. Bila
dah senang,kita bagai tak wujud! So pathetic :( ..

So,nilai balik persahabatan korang. Tergolong ke tak dalam golongan
yang just mengaku sahabat bila dia susah? Hope korang bukan macam ni
or tak memiliki sahabat yang macam ni. Nak tahu kenapa? Baca quotes
bawah ni................

" Disakiti & dikecewakan oleh seorang sahabat lagi dalam lukanya dari
disakiti & dikecewakan oleh seorang insan bergelar kekasih."

So,renung-renungkan la. Jangan jadi tempat pemijak kepala or tempat
pelepas kesusahan. :)

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~

20 May 2012

~~ Kesengsaraan Ini Macam Tiada Penghujung ~~

Annyong ha seyo....!!!

Agak lama tak menulis entry. Kekeringan ideas plus terlalu busy menyenamkan diri bersama kaum keluarga. Berbadminton every day!

Kerja? Tak usah ditanya lah. Kami yang bekerja di CHH Pacific Paper ni dah berada pada tahap bankrap. kalau lah boleh diisytiharkan,berapa ramai kakitangan kami yang muflis.

Almost 3 months kami digantung tak bertali oleh majikan kami. Dari sebulan ke sebulan suruh masuk kerja tapi bila sampai masa nakmasuk,tunda lagi ke bulan depan. Tak ke jiwa nama nya tu?

pasal gaji tak payah cakap lah. Janji nak bagi seminggu sekalitapi sampai minggu ni,dah 3 minggu tak bergaji. Duit poket dah mengering. Memang teringat nak cari kerja lain but sayang sangat dengan kilang tu. Urghhhhh....

Mujur my abah and my ibu tak berapa nak bising-bising. Mereka faham dengan situasi si anak dara mereka yang sorang ni. Luckily aku tinggal dengan mereka. Tak pening kepala nak bayar sewa rumah.

Aku just sangat kesian dengan rakan-rakan sekilang yang lain. Mana yang ada anak bini tu,yang ada tanggungan lain. Macam mana nak hadapi semua ni? Kalau mereka bekerja lain buat sementara waktu ni,okay lah. Mana yang tak tu? Jawab la sendiri...

Aku,tak terkecuali. Dah tahap papa ni. Anak-anak aku Sibebex and Sibebox ( Sibebox ni dah ganti dengan yang baru. Yang lama dah mati.) tu menagih simpati my abah and my ibu untuk belikan alfalfa or pallets. Kesian mereka :(

Nasib baik my beliau tak pernah berkira. Beliau lagi suka aku tak bekerja. Duduk rumah diam-diam. Agak jelly di situ kan? Hahahhahaa... So sweet!

Aku just berharap segala penderitaan kami di CHH Pacific Paper ni berakhir cepat. Janji 2July ni kilang berjalan seperti biasa,sepertiyang diberitahu. kalau delay lagi,memang kite bako je kilang tu ramai-ramai. Bhahahahaha......

#HugLove
~ Aku Darah Anak Malaysia ~