Awesome Followers

29 November 2011

~~ kisah hati yang pelik ~~



An nyong ha seyo...!!!


Tajuk kat atas tu macam pelik jugak kan? Hahaha... Ni cerita tentang hati. Seorang lelaki yang kechiwa selepas pertunangan terputus. Eh,lelaki pun boleh kecewa ke? Of coz darling.. Lelaki punya frustrated lagi dasyat dari perempuan tau. Hahaha...


Si lelaki ni bertunang hampir dua tahun. Hurmm.. Lama jugak lah kan dia bertunang. Kumpul duit banyak-banyak dulu katanya. Banyak dah ke?? Huhuuhu... Nak dijadikan cerita sedih,tiba-tiba si perempuan ni nak putuskan pertunangan. Sebab musabab nye tak ada pulak dia nak publish. Tau-tau je dah putus. Kesian kan?? 


Lelaki tadi pun mula lah jadi serabut tak hengat. Dok merapu tak tentu hala dekat tempat kerja. Sampaikan tak ada orang nak dekat dengan dia. Bosan tengok muka dia yang jiwa kacau tu.


Lately,lelaki tu kenal dengan seorang perempuan baru ni. Oh,mereka berkawan baik walaupun kenal tak sampai sebulan. Lama jugak lah si lelaki ni cuba usha perempuan ni. Sampai kena maki lah dengan rakan sekerja. Hahahahha...


Entah macam mana,lelaki ni luahkan perasaan sayang kat si perempuan ni and tak sanggup kehilangan si perempuan. Nak tahu apa perempuan ni buat? Dia mampu gelak je. Kelakar dengan sikap melulu lelaki tu.
Nak tak nak,si lelaki ni pun join gelak sekali sebab tak nak rase malu. Padahal dalam hati bengang nak mampus. 


Pelik kan macam mane seorang lelaki boleh jatuh sayang and tak nak kehilangan seorang perempuan tu dalam mase yang singkat padahal baru beberapa bulan dia putus tunang. Sebab,orang lelaki ni tak boleh sunyi. Tu lah ayat si lelaki ni tadi.


Entah macam mana,bekas tunang si lelaki tu merayu untuk bersama-sama balik. And seperti yang di jangka,lelaki tu terima dengan hati yang terbuka. Perasaan baru dia kat perempuan yang baru tu hilang macam tu je. 


Kenape eh?? Sebab si lelaki tu just nak teman sewaktu dia kecewa. Tapi dia sedikit pun tak kisah kalau hati perempuan baru tadi terluka. And dalam diam,perempuan baru tu jugak simpan perasaan sayang dekat si lelaki tapi dia matikan niat tu sebab dia tahu si lelaki akan lebih bahagia dengan bekas tunangnya tu. 


Pelik kan hati ni..?? 


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

No comments: