An nyong ha seyo~~
Cinta ni kadang-kadang pelik kan? Maybe indah pada sesetengah manusia. Bagi aku,cinta tu misteri and sweet. Hahahaha...
Ni ade satu couple yang aku kenal. Oh,mereka dah bertunang setahun yang lalu. Yang perempuan kerja satu tempat dengan aku. Tapi berlainan department. Muda lagi orang nya. Muda setahun dari aku.
Yang lelaki aku dah kenal lama. Tak keterlaluan kalau aku cakap dia ex boyfriend aku. Yup,memang aku kenal sangat perangai lelaki tu. Disebabkan aku kenal sangat dengan perangai dia,aku jadi kesian dengan si perempuan.
Aku selalu fikir. Kenapa dia mesti nak habiskan seluruh hidup dia dengan lelaki yang macam tu? Tak bekerja and mengharapkan duit orang lain. Macam mana dia nak bagi perempuan ni makan??
Dari cerita budak-budak lama sini,perempuan ni pernah bercinta dengan salah seorang budak lelaki department dia masa dia dan lelaki ni ( sebelum bertunang ) terputus hubungan. Biar lah aku namakan budak lelaki department dia ni sebagai M.
Memang seorang budak yang baik. Perempuan ni pun sangat-sangat-sangat-sangat bahagia masa dia bercinta dengan M. Kira nya cinta habis lah ni. Last-last,si lelaki ni dapat tahu. Macam-macam ugutan yang mereka berdua terima. Demi keselamatan M,perempuan ni terpaksa putuskan hubungan mereka and terima pinangan si lelaki. Sangat sadis okay! Aku ingat dalam cerita Hindustan je ada kes macam ni.
Budak-budak lain cakap perempuan ni berubah habis selepas bertunang. Jadi sangat serabut dan banyak berdiam diri. M pun tak pernah terima orang lain dah selepas bekas kekasih dia tu. Dengar-dengar cerita mereka nak kahwin hujung tahun ni tapi tak sure lagi.
Aku pun terfikir lagi ( memang suke berfikir okay ). Mana si lelaki tu nak dapatkan duit hantaran 10k kalau tak bekerja?? Ish,memang tak lah kan.. So sekarang aku hanya mampu kesian kan perempuan tu. And aku agak bernasib baik sebab tak terfikir untuk teruskan hubungan kami dulu. God still love me...!!
Mesti si lelaki tu tak pernah dengan ayat macam ni," Perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki. Bukan untuk dibebankan tetapi untuk disayangi dan dikasihi." Eh,betul ke ayat aku ni? Asal boleh je lah kan?? Huhuhu.. *senyum kucing*
So,jangan selalu ingat orang yang dah bertunang and akan berkahwin atau orang yang bercinta tu mempunyai cinta yang indah dan sweet. Tengok je kawan aku ni. Demi cintanya terhadap M and tak mau M diapa-apakan,dia sanggup terima pinangan bekas boyfriend dia yang macam apa entah tu.
Kalau lah kita di tempat dia,apa yang boleh kita lakukan?? For her,love is not in the air..
#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~
1 comment:
lelaki tu ensem x? klu x ensem x berbaloi la..hikhikhik..saje je nk kasi ayat *sadis*
Post a Comment