Awesome Followers

30 November 2011

~~ eh,dia pandang aku ke? ~~



An nyong ha seyo...!!!


Situasi 1 :
" Eh,dia pandang aku ke ni? " Sambil toleh-toleh kiri,kanan and belakang. Tangan mula lah menggaru kepala and membetulkan apa yang patut.


Situasi 2 :                                           
" Woi,ape pandang-pandang? Tak ade kerja ke??" Eh,apa maki-maki ni? Hahaha.. Pemandangan biasa bila ada orang yang tak dikenali tengah usha kita lama-lama.


Tapi,confirm ke orang tu tengah pandang kita? Jom tengok list ni..


1. Maybe betul dia tengah pandang kamu. Maybe ada baju kamu terkoyak kot. Cuba check balik diam-diam.


2. Dia kawan kamu la tu. Tapi mungkin dah lama tak jumpa,tak berapa nak cam. So,ambil masa sikit lah kan.


3. Mata dia tak berapa nak centre kot. Nampak macam tengah pandang kamu tapi sebenarnya tengah pandang tempat lain. Haaa...


4. Kalau kamu sorang-sorang tapi orang tu tetap pandang kamu,cuba pastikan sekali lagi yang kamu memang berseorangan. Mana lah tahu ada 'benda' lain yang berdiri dengan kamu and dia tengah pandang 'benda' tu. Eeeeee...


5. Kalau kamu sorang-sorang (masih lagi dalam konteks berseorangan okay) and ada orang asyik sangat pandang kamu,baik kamu blah je dari tempat tu. Kot-kot lah dia usha dengan niat jahat ke..


6. Kalau kamu dalam kategori perempuan cun (kalau perempuan la),confirm dia pandang sebab terpikat. And dalam kepala otak dia tengah fikir cara macam mana nak mulakan ayat untuk mengayat. Begitu jugak sebaliknya untuk kaum lelaki.


7. And kalau kamu seorang yang tak berapa nak cun @ hensem,mesti orang tu tengah pandang and mengutuk kamu dalam diam. Ish,bapak jahat gilee..


8. Eh,dia pandang orang belakang kamu lah. Tolong jangan nak perasan okay. Lagi malu kalau dia melambai and kita balas balik. Padahal dia lambai orang yang dekat belakang. Dah tahu kamu tak kenal dia,buat apa rajin sangat nak layan. Kan dah dapat malu.


9. Memang dia pandang kamu tetapi sebenarnya dia tidak memandang kamu. Tak faham? Dalam erti kata lain,dia tengah termenung lah tu. Nampak je macam tengah mengusha tapi otak berfikir kat tempat lain.


10. Pernah tak jadi macam ni. Kamu berada dalam kereta yang sedang bergerak and kamu asyik perasan yang semua orang dekat tepi jalan tu tengah pandang kamu. Sebab apa eh? Sebab kamu pun tengah pandang dia masa tu. Hahaha..


* Kalau kamu rasa orang asyik mengusha kamu,kamu perasan tak yang kamu pun sedang mengusha mereka dengan cemerlang. Kalau tak,macam mana kamu tahu yang kamu sedang dipandang. Kan?? Fikir-fikirkan okay... Peace!!


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

29 November 2011

~~ kisah hati yang pelik ~~



An nyong ha seyo...!!!


Tajuk kat atas tu macam pelik jugak kan? Hahaha... Ni cerita tentang hati. Seorang lelaki yang kechiwa selepas pertunangan terputus. Eh,lelaki pun boleh kecewa ke? Of coz darling.. Lelaki punya frustrated lagi dasyat dari perempuan tau. Hahaha...


Si lelaki ni bertunang hampir dua tahun. Hurmm.. Lama jugak lah kan dia bertunang. Kumpul duit banyak-banyak dulu katanya. Banyak dah ke?? Huhuuhu... Nak dijadikan cerita sedih,tiba-tiba si perempuan ni nak putuskan pertunangan. Sebab musabab nye tak ada pulak dia nak publish. Tau-tau je dah putus. Kesian kan?? 


Lelaki tadi pun mula lah jadi serabut tak hengat. Dok merapu tak tentu hala dekat tempat kerja. Sampaikan tak ada orang nak dekat dengan dia. Bosan tengok muka dia yang jiwa kacau tu.


Lately,lelaki tu kenal dengan seorang perempuan baru ni. Oh,mereka berkawan baik walaupun kenal tak sampai sebulan. Lama jugak lah si lelaki ni cuba usha perempuan ni. Sampai kena maki lah dengan rakan sekerja. Hahahahha...


Entah macam mana,lelaki ni luahkan perasaan sayang kat si perempuan ni and tak sanggup kehilangan si perempuan. Nak tahu apa perempuan ni buat? Dia mampu gelak je. Kelakar dengan sikap melulu lelaki tu.
Nak tak nak,si lelaki ni pun join gelak sekali sebab tak nak rase malu. Padahal dalam hati bengang nak mampus. 


Pelik kan macam mane seorang lelaki boleh jatuh sayang and tak nak kehilangan seorang perempuan tu dalam mase yang singkat padahal baru beberapa bulan dia putus tunang. Sebab,orang lelaki ni tak boleh sunyi. Tu lah ayat si lelaki ni tadi.


Entah macam mana,bekas tunang si lelaki tu merayu untuk bersama-sama balik. And seperti yang di jangka,lelaki tu terima dengan hati yang terbuka. Perasaan baru dia kat perempuan yang baru tu hilang macam tu je. 


Kenape eh?? Sebab si lelaki tu just nak teman sewaktu dia kecewa. Tapi dia sedikit pun tak kisah kalau hati perempuan baru tadi terluka. And dalam diam,perempuan baru tu jugak simpan perasaan sayang dekat si lelaki tapi dia matikan niat tu sebab dia tahu si lelaki akan lebih bahagia dengan bekas tunangnya tu. 


Pelik kan hati ni..?? 


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ Episod seram 1 : tandas tu ade flush otomatik ke? ~~




Lokasi : Tandas
Department : R&D QC
Hari : Sabtu
Jam : 0830/8.30 am
Pelakon : Rini ( QC admin ), me , Tong ( Marketing Executive )

Rini ni baru je tukar department. Sebelum ni dia under finishing tapi Kak Shida ( engineer QC ) tarik dia masuk tempat kami menggantikan tempat aku.
Pagi tu dia masuk toilet. Tengah dia betul-betulkan tudung,flush dalam salah satu toilet tu kena tarik.. Burrr,,air bunyi. Dia pun blah la dari situ sebab memang tak ada orang lain kat situ selain dia.
Masuk-masuk ofis je dia terkam aku. Dengan muka pucat lesi nye. Nak gelak pun ada.
“ Wei,toilet tu flush dia otomatik eh?”
“ Hah?” Aku buat muka blur. Tak faham soalan sebenarnye.
“ Tadi mase aku dalam toilet… ( dia cerita ape yang jadi td )”
“ Ish,mane ade otomatik. Kena tarik sendiri lah.” Tong pun mengiyakan je. Aku pun angguk2 tanda setuju.
Aku pandang muka Rini,dia pandang muka aku. Okay,dia dah kena kacau dengan ‘benda’ tu. Kesian Rini. Lepas daripada tu,aku jadi mangsa teman pergi toilet selama beberapa hari. Hahahahha.. Kire welcoming greeting tuk Rini lah time tu daripada ‘mereka’. Sengal…


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ okay,,minggu makan je ~~



An nyong ha seyo...!!!

Minggu lepas minggu untuk makan. Why?? Sebab dua hari berturut-turut ada kenduri kahwin. Sabtu and ahad. Perut dah jadi buncit dah ni. Ops,bukan buncit lain okay..


Okay,first kenduri dekat Karak. Ala,dekat je dengan rumah. Balik kerja terus pergi. Dengan baju and seluar yang agak selekeh. Hahahaha.. Credit to my sister yang tarik aku pergi situ. Pengantin perempuan aku kenal dari aku sekolah rendah lagi. Dia bestfriend kakak aku. Kak Hawa nama dia. Orang jati Karak. Hubby dia orang Melaka. Tema colour mereka hijau and putih. Sangat-sangat cantik. Lately aku tengok ramai jugak yang kahwin pakai colour hijau. 


So,time aku nanti,no hijau allow okay... Tettt... Ni semua pictures masa wedding dia hari tu.

Sabtu,26/11/2011...
mesti korang ingat ni pelamin kan..??
okay,ni pelamin yang betul..
ni pengantin die..
geli no hati...
sweet kan??
okay,mereka pun bergedik bersama...
Second wedding dekat Bentong. Bestfriend kakak aku jugak. Ish,aku ni menumpang wedding kawan-kawan kakak aku je kan? Kakak aku entah bila lah lagi. Okay,name pengantin perempuan ni Rosidah. Tapi member-member and family panggil Uteh je. Memang orang dia gila-gila. Masa tengah bersanding pun boleh lagi dia mengomel kat laki dia. Hahaha.. Memang sweet.. Tema colour dia gold. Ala-ala king and queen pun ada. Ni pictures wedding dia orang..
Ahad,27/11/2011...
 
ala-ala taman gitu..

cantikkan meja makan beradab..Erk,makan bersebelah aku rasa..
serius gile muke nak potong kek. Macam nk potong orang je..

okay,mereka masih bergedik bersama-sama..

Dah setel makan dekat kenduri,masih teringin menambah lemak di badan. Hahahaha.. Berkunjung ke secret recipe memang pilihan yang bijak kan? Hahahaha.. Great moments we had there..




#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~


26 November 2011

~~ Eh,aku bukan girlfriend @ boyfriend kau lah..!!! ~~


An nyong ha seyo...!!


Pernah tak berada dalam situasi di mana ada seseorang yang kamu anggap sebagai kawan tetapi dia anggap kamu lebih sebagai kawan? Mesti pernah kan.. Tak kira lah kamu lelaki atau perempuan. Confirm pernah lalui punya. 


Mesti rimas kan? Yelah,semua hal kita dia nak ambil tahu. Mesej dengan siapa,datang kerja dengan siapa,makan dengan siapa. Kalau dia call tapi engaged,nak marah-marah tanya kita bergayut dengan siapa. Hello,suka hati kita lah nak bergayut dengan siapa pun kan? Grrrr....


Paling tak boleh blah kalau dia panggil kita buah hati mereka depan orang ramai. Konon nak bagitahu semua orang yang kita ni kawan dengan dia. Padahal kawan baik je pun. Sabar je lah... Bila ada orang lain berjalan dengan kita,mula lah nak mengamuk tak tentu fasal. Jeles tanda sayang lah konon. Sedangkan kita tak cakap apa-apa pun.


Dia berkawan dengan kita sebab nak dekat dengan kita then nak jadikan kita kekasih hati. Ish,macam tak ikhlas je persahabatan tu. Kalau betul-betul nak jadikan kita kekasih,terus terang je lah kan? Bila dah lama berkawan,mesti dah syok kawan. Tak terfikir nak lebih dari tu. Tapi bagi dia mungkin tak. 


Bila dia dah luahkan isi hati dia and kita cakap yang kita hanya selesa berkawan,mula lah nanti merajuk. Then terus nak putuskan persahabatan. Matang ke orang macam tu?


Kadang-kadang kita jadi serba salah dalam hal-hal macam ni. Boleh jadi pening kepala pun ada bila fikir jenis kawan macam ni. Betul tak? So apa jalan penyelesaian untuk tangani masalah ni? 


#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~

25 November 2011

~~ cinta mereka... unik atau kejam eh? ~~





An nyong ha seyo~~


Cinta ni kadang-kadang pelik kan? Maybe indah pada sesetengah manusia. Bagi aku,cinta tu misteri and sweet. Hahahaha...


Ni ade satu couple yang aku kenal. Oh,mereka dah bertunang setahun yang lalu. Yang perempuan kerja satu tempat dengan aku. Tapi berlainan department. Muda lagi orang nya. Muda setahun dari aku.


Yang lelaki aku dah kenal lama. Tak keterlaluan kalau aku cakap dia ex boyfriend aku. Yup,memang aku kenal sangat perangai lelaki tu. Disebabkan aku kenal sangat dengan perangai dia,aku jadi kesian dengan si perempuan. 


Aku selalu fikir. Kenapa dia mesti nak habiskan seluruh hidup dia dengan lelaki yang macam tu? Tak bekerja and mengharapkan duit orang lain. Macam mana dia nak bagi perempuan ni makan??


Dari cerita budak-budak lama sini,perempuan ni pernah bercinta dengan salah seorang budak lelaki department dia masa dia dan lelaki ni ( sebelum bertunang ) terputus hubungan. Biar lah aku namakan budak lelaki department dia ni sebagai M. 


Memang seorang budak yang baik. Perempuan ni pun sangat-sangat-sangat-sangat bahagia masa dia bercinta dengan M. Kira nya cinta habis lah ni. Last-last,si lelaki ni dapat tahu. Macam-macam ugutan yang mereka berdua terima. Demi keselamatan M,perempuan ni terpaksa putuskan hubungan mereka and terima pinangan si lelaki. Sangat sadis okay! Aku ingat dalam cerita Hindustan je ada kes macam ni. 


Budak-budak lain cakap perempuan ni berubah habis selepas bertunang. Jadi sangat serabut dan banyak berdiam diri. M pun tak pernah terima orang lain dah selepas bekas kekasih dia tu.  Dengar-dengar cerita mereka nak kahwin hujung tahun ni tapi tak sure lagi. 


Aku pun terfikir lagi ( memang suke berfikir okay ). Mana si lelaki tu nak dapatkan duit hantaran 10k kalau tak bekerja?? Ish,memang tak lah kan.. So sekarang aku hanya mampu kesian kan perempuan tu. And aku agak bernasib baik sebab tak terfikir untuk teruskan hubungan kami dulu. God still love me...!! 


Mesti si lelaki tu tak pernah dengan ayat macam ni," Perempuan dijadikan daripada rusuk lelaki. Bukan untuk dibebankan tetapi untuk disayangi dan dikasihi." Eh,betul ke ayat aku ni? Asal boleh je lah kan?? Huhuhu.. *senyum kucing*


So,jangan selalu ingat orang yang dah bertunang and akan berkahwin atau orang yang bercinta tu mempunyai cinta yang indah dan sweet. Tengok je kawan aku ni. Demi cintanya terhadap M and tak mau M diapa-apakan,dia sanggup terima pinangan bekas boyfriend dia yang macam apa entah tu. 


Kalau lah kita di tempat dia,apa yang boleh kita lakukan?? For her,love is not in the air..


#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

24 November 2011

~~ kita sahabat sampai bila-bila okay ~~

An nyong ha seyo~~


Nak cari kawan memang senang. Mane-mane pun boleh dapat kawan. Tapi sahabat?? Uff,memang payah. Bagi aku,sahabat ni someone yang betul-betul boleh faham kite. Someone yang ade dengan kite susah atau senang. Jangan time senang je die bertempel dengan kite. Time susah,nak jumpe bayang-bayang pun susah.


Dulu aku kurang percaya dengan istilah sahabat sejati. Maybe sebab aku pernah kena game dengan seorang yang bergelar 'rakan jiwa'. Game ape? Tak perlu lah kot aku bagitau. Tapi apa-apa pun aku dah maafkan die lame dulu. 


Oh,teringat pulak dengan rakan sabahan aku mase aku form 4. Hahaha.. Last-last die blah macam tu je. Agak terkejut dan trauma rase. And aku tak percaya dengan sahabat sejati maybe sebab aku masih kanak-kanak ribena. Budak-budak,mane nak fikir semua tu. Janji kawan je..


Orang kate nak cari sahabat sejati ni macam nak cari sebilah jaru emas dalam jerami kering (ceh,bermadah pulak). Tapi aku jumpe 5 jarum emas dalam jerami tu. Bertuah kan aku?? Hahahaha...


Ingat senang ke nak jumpe sahabat macam dia orang ni? Kepale same gile je dengan aku. Orang jugak cakap perlukan mase yang lame untuk kenal hatibudi and ambil mase untuk rapat. Really?? 


Aku tak perlukan mase 10tahun untuk serasi dengan die orang ni. Keikhlasan yang penting.


Kenal die orang banyak mengajar aku erti kesetiaan. Pergaduhan tu perkara biase lah kan. Even payah gile nak jumpe sekarang,hubungan tetap maintain. Thanks guys for all great moments we share together.


ana..!!!


kidir,me,kaklang


zana


aki



#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

22 November 2011

~~ maruah kita hak kita ~~

An nyong ha seyo and selamat pagi...!!!


Pagi semangat hari ni. Hahahahahaha... Agak mengantuk tapi gagahkan hati untuk pergi keje. Kalau Harimau Muda boleh,aku pun boleh. Yearghhh....!!!


Malam tadi memang gold moment Malaysia. Pingat emas Sukan Sea kita punyaaa... Penantian yang menyeksakan selama 120minit berakhir dengan penalti. Bad penyelamat terakhir. TQ Bad...


Ramai jugak yang salah kan Fakri Saarani tapi dia jugak berjasa layakkan Malaysia ke final. So,TQ fakri atas jasa anda. Biarlah orang nak cakap ape pun. Marah tu sekejap je. Huhuhu...


Halangan terhadap jurulatih kebangsaan,Ong Kim Swee dari turun meraikan pasukan kite layak ke final berbalas dengan kemenangan ni. Bukan setakat dapat duduk tepi padang,siap julang pingat emas lagi. Hahahaha... Beliau memang mengotakan janji. TQ Kim Swee..

Asrarudin penyuntik semangat kite saat-saat akhir separuh masa pertama. Mase aku rase sangat-sangat down,dia jaringkan gol. Ape lagi,menjerit sakan lah kiteorang. Siap sujud syukur lagi. Hahaha...


Masa tambahan 30 minit tu buat jantung aku tak tenang. Boleh gila aku rase. Macam nak terkeluar pun ade. Air mate macam tak sabar-sabar nak keluar. Mase penalti tu,bile Bad jaringkan gol terkahir,menangis terus aku. Hahaha.. Menangis happy kottt...


Oh,Khairul Fahmi @ apek?? Die memang keeper of the year. Banyak kali die selamatkan bola dari masuk gawang kite. TQ Fahmi...!!


Apa-apa pun,Malaysia main dengan sangat bagus. Pemain-pemain kite,Muslim,Fadhli,Nazmi,Thamil,Guru,Yong,Kecik,Izzaq,Fahmi,Bad,Asra,Fakri,Zubir,Mahali,Fandi,Shahrul,Amer,Shukur and Irfan,korang memang terbaik. 


Terima Kasih sangat-sangat....

~~harimau muda malaysia


muka-muka hero.. Auummmm...
 #HugsLove

~~ aku darah anak malaysia ~~

21 November 2011

~~kerja lelaki perempuan pun boleh~~

An nyong ha seyo~~


Fuhh,dah pukul 5 pm. Seharian buat kerja luar office. Badan pun ade bau semacam tapi nasib baik pakai nivea. Hahahahaha... Penat tak payah nak cakap lah. Memang rase nak pitam dah ni.


Ni kerja orang lelaki. Sebelum ni QC assistant kilang aku ni Aki. Last-last dia resigned sebab dapat kerja baru. Tak pasal-pasal aku naik pangkat buat kerja dia. Masa tengok die buat kerja ni memang tak duduk diam la. Sekarang aku pulak yang sambung penat lelah die. TQ sahabat :)


Mase aku dapat tempat ni,aku sikit ragu-ragu tentang kebolehan aku. Maklumlah,ni kerja orang lelaki. Aku perempuan pertama dalam sejarah kilang ni yang jadi QC assistant. Memang mencabar minda. 


Macam-macam yang aku fikirkan. Ade ke yang akan tolong aku kalau aku blur nanti? Tu soalan yang selalu aku fikir. Nasib baik ade. TQ Syidan,Shah,Slay,Epul,Rahmat. And kerani aku pun banyak assist aku tok kenal orang dalam kilang ni. TQ rini....!!!


Makin lame aku kerja sini aku makin seronok. Rase tak nak blah dah even orang cakap bagai-bagai tentang production kilang. Ah,lantak la kan. Janji kilang bayar gaji. Hahahahaha...


Kerja ni memerlukan tenaga yang banyak. Aku kena ke hulu ke hilir check paper,angkat pallet kayu yg berat (walaupun macam nak putus nafas dah),kena meredah panas cari pallet kat pulper. Haaa,,ingat senang ke nak buat?


Siape kate perempuan tak boleh buat kerja orang lelaki? Huhuhu...








#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ bola lagi ini malam~~

An nyong ha seyo~~


good morning.... Pagi ni bangun dengan semangat membara walaupun mengantuk tahap dewa. Dekat ofis ni hati tak tenang je hari ni. Kepala asyik teringat astro 801(arena). 


Malam ni final bolasepak sukan sea..!!! Malaysia vs Indonesia.. Memang mencabar jiwa. Tak mahu Malaysia kalah malam ni. Kena menang walau apa pun. Maruah kite tu. Hahahahaha.. 


Untuk menaikkan semangat rakyat kite,ambil lirik lagu Gemuruh Suara ni. Jom nyanyi ramai-ramai...


Lirik Lagu Gemuruh Suara


Kalau engkau jatuh,
Jangan engkau lemah,
Kerana hidup mengajar kita,
Jangan cepat mengalah.


Bina yakin diri,
Mampu kita lakukan,
Tiada yang mustahil,
Segalanya Boleh!


Kita bergandingan,
Meraikan Malaysia!


Gemuruh suara,
Jadi bangsa Berjaya,
Gemuruh perkasa,
Bawah satu bendera,
Nama kita bina,
Diseluruh benua rasa bangga,
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia..
Genggam amanat wira,
Julang panji Malaysia!


#HugsLove

~~ aku darah anak malaysia ~~

18 November 2011

~~menganyam di waktu petang~~

An nyong ha se yo~~


Seharian penat buat kerja org lelaki,tadi Rini (admin QC) ajar aku anyam tikar guna kertas reject kilang. Hahahaha... Memang menjadi la. Dh siap satu,Kak shida (QC engineer) nak jugak. Mentang-mentang Mr.Youn tak ade dekat ofis. Kalau ade pakcik Kore tu memang tak dapat le nak bersantai cmni. Ni pic tikar aku. Hahahaha.. Terbaikk...

#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

~~ bola oh bola~~

An nyong ha se yo...!!!


Selamat pagi dunia. Hahahaha.. Malam tadi perlawanan bolasepak Sukan Sea. Malaysia vs Indonesia. Perlawanan tumpuan kan? Aku siap berdoa supaya balik kerja tak penat. Punya la nak fokus dengan match tu. Sabar je lah~~


Match malam tadi memang perlawanan tumpuan . Boleh dikatakan musuh tradisi la kalau bab bola ni. Nak pulak aku. Memang berbulu lah kalau Indo tu menang. So,Malaysia kena menang! And doa kita semua tercapai. Amin..


Sepatutnya kita boleh sumbat banyak gol malam tadi. Banyak sangat peluang tapi seru tak sampai. Memang Tuhan nak bagi 1 gol je kot malam tadi. Hahaha.. Janji kita ada gol and menang..


Semi-final ni Malaysia vs Myanmar. Hope Malaysia menang and dapat pergi final. Biar dapat julang emas macam sukan sea 2 tahun lepas. Go Malaysia..!!!
~~skuad bawah 23 negara~~
#HugsLove
~~ aku darah anak malaysia ~~

17 November 2011

~~ meriah..sederhana..one theme colour..colourful.. ~~

An nyong ha seyo..!!


Baru-baru ni pergi kenduri kahwin kakak sedara dekat Tersang,Raub Pahang. Sehari berkampung dekat sana. Memang meriah.. Seronok tengok saudara-mara ramai. Yang jadi tak seronok,Mieya Ezzara menangis sejak melangkah masuk dalam rumah tu. Haishhh...


Bile dah sampai time wedding,memang riuh.. Bila tengok dia kahwin,dalam kepala ni mula lah fikir nak kahwin plak. Macam-macam tema dalam otak ni.
Last-last,pilihan terakhir nak buat garden theme masa kahwin nanti. Banyak bunga,luar rumah.. Gempak..


Kat sini nak share sikit pic wedding dia.. Hehe.. Selamat pengantin baru de..





#HugsLove

~~ aku darah anak malaysia ~~