Awesome Followers

25 March 2016

NENEK

Masa aku kecik, memang pantang lah kalau ibu suruh balik Raub (kampung ibu). Semacam ada bala menghempap kepala okay. TAK SUKA! Entah apa yang tak suka sangat tu entahlah. Padahal ramai je kawan kat sana sedangkan kat Karak ni sepupu dua orang tu je lah (Leha & Ain) yang jadi kawan nye pun.  Kalau hari pertama sampai tu, mula lah aku rebel atas tangga batu merah depan pintu rumah nenek tu. Lepas tu bila azan je confirm menangis melalak teringat makteh and pakcu. Ye lah, aku membesar dengan dorang kan. Tapi yang aku tak faham kenapa time azan aku kena melalak. Mesti orang ingat aku kerasukan time tu. Hahahhahaha.

Tapi hari pertama je lah rebel nya tu. Masuk hari kedua, member kampung dah jenguk rumah nenek, terus sawan tak ingat dunia. Lepas sarapan bawa ke tengah hari dok main kat tanah. Lepas makan sambung balik main sampai petang.  Duduk rumah nenek macam kau duduk asrama tau dari segi pemakanan. Sarapan pagi, minum pagi, makan tengah hari, minum petang and makan malam. Lepas tu kang malam nanti sambil tengok tv makan lagi. Lengkap! Mana lah cucu-cucu dia ni tak gemuk bagai juara? Paling win nasi goreng bodoh nenek. Aku panggil nasi goreng bodoh sebab nampak simple sangat tapi rasa kemain sedap. Nenek memang suka jamu orang makan. Kadang-kadang member kampung situ yang juga cucu sedara dia datang makan kat rumah. Seronok makan ramai-ramai. Sebab kitaorang tak ada sepupu lain. 

Ibu ada dua orang adik-beradik je, dia and arwah pakngah. Kitaorang ada 5 beradik je. Pakngah pulak tak kahwin so tak ada anak. Time raya memang muka kami berlima je lah kat rumah nenek tu. Gile sendu. Tengok orang lain kemain meriah dengan sanak saudara. Kadang-kadang kitaorang suka-suka berlakon jadi sepupu sepapat. Gila saiko. Tapi dalam tengah hari tu ada lah anak saudara nenek ni datang dengan anak-anak dia. Nenek dengan mak pakteh ni adik beradik. Rumah dorang kat belakang rumah nenek tapi rumah tu dah semak samun. Tak boleh pakai lagi. So bila raya, rumah nenek jadi port dorang adik-beradik. Tapi tu lah. Tak suka dengan anak lelaki dia yang sorang tu. Entah apa nama dia. Kalau kita tengah tengok tv, suka-suka dia je main alih siaran. Nasib baik tetamu. Kalau tak aku dah hempuk dah. Entah macam mana lah rupa dorang sekarang ni. Since nenek meninggal, memang lost contact langsung.

Hobi nenek duduk tepi tingkap. Nenek akan pastikan setiap petang lepas pukul 6.30 dah tak ada sesiapa pun kat laman rumah. Pintu tingkap semua kunci rapat. Semua kena siap mandi sebelum maghrib. Tapi memang kitaorang tak pernah mandi malam pun. Bilik air nenek mengamalkan sistem open air. Atap kat atas memang separuh tak ada ye. Kau gila nak mandi malam-malam? Buatnya ada ponti terbang ngintai kau mandi? Hahaha. Nak kencing pun sebelum pukul 10. Kalau semua orang dah tidur then tetiba kau nak terkencing, sila padamkan niat kau. Tahan je lah sampai pagi. Tak ada sesiapa nak temankan kau ye. Semua tidur mati. Nak berak lagi lah. Jamban luar rumah. Kalau terpaksa sangat, kejutkan pakngah suruh teman.

Masa aku dah sekolah menengah, nenek start sakit. Masa tu aku tingkatan 5. Nenek dah nyanyuk sikit. Pernah sekali tu dia membebel pasal pembaziran. Dia suruh tutup peti ais kalau tak guna. Mati-mati kami cakap dah tutup peti ais tu nek. Tetap lah dia kata belum sebab dia nampak still terpasang. Rupa-rupanya dia cakap pasal kipas dapur. Nak gelak pun ada. Lepas tu dia macam dah tak larat sangat. Ibu decide nak bawak balik nenek duduk kat Karak lepas discuss dengan pakngah. Nenek duduk sebilik dengan aku and Syira. Still hobi termenung tepi tingkap tu jadi kegemaran. So kami sediakan kerusi satu untuk dia duduk. And hobi kitaorang cari kutu nenek. 

Nenek ni seorang yang pembersih tau. Masa muda ratu kebaya lagi. Nak gelak pun ada masa kawan-kawan nenek bercerita. Diaorang kata nenek paling cun dalam kampung tu dulu. Lepas dengar cerita tu, terus kami adik-beradik pandang badan masing-masing. Kenapa tak ada tokoh ramping ratu kebaya pun kami ni? Hahahaha. Badan macam batang pokok jati, ada hati nak jadi batang pinang. Boleh pergi menangis sana. Okay back to the story. Masa nenek sakit, kepala dia ada banyak kutu. Maybe sebab banyak baring. Entah lah. So memang ralit lah cari kutu nenek. 

Aku habis SPM, nenek meninggal. So kebumi kat kampung abah. Jauh dari kubur atok Hassan, suami nenek. Tak apa lah kata pakngah. Buat apa nak bawak jenazah jalan jauh lagi untuk dikebumikan. Kesian nenek kata pakngah. Aku, kakngah, Syira and ibu yang sendiri mandikan nenek. Orang luar ada sorang je, Makteh Ani. Memang orang penting pengurusan jenazah perempuan. Pertama kali aku mandikan jenazah time tu. Tengok muka nenek tenang je. Air mata memang tak keluar sangat time tu. Tak tahu kenapa. Maybe sebab kitaorang dah jaga nenek lama. Tak ada rasa terkilan sangat. Dia dah selamat.

Sekarang paling rindu suasana nak raya kat rumah nenek. Petang raya tu pakngah dah standby mercun and bunga api berkotak-kotak. Malam lepas pakngah balik bertakbir, terus berperang mercun. Padahal mercun katak je pun. Hahahaha. Tunggu pengumuman raya kat depan tv nenek paling seronok. Confirm je esok raya, bergegar papan rumah nenek. Melompat macam orang gila. Lepas tu tolong nenek lap balang-balang raya, masukkan kuih raya bagai. Ibu and nenek sibuk buat ketupat and rendang and kuah kacang. Lepas siap ziarah semua masa raya pertama, petang tu balik Karak. Nenek confirm akan duduk kat tangga batu and tengok kitaorang gerak balik and lambai-lambai. Setiap kali kitaorang nak balik semula ke Karak lah rutin nenek kat tangga batu tu and lambai kitaorang sampai hilang dari pandangan. Ohmai, rindunyaaaaaa...

Selasa malam Rabu lepas, aku mimpi nenek. Sejak nenek meninggal, aku jarang sangat dapat mimpi pasal nenek. Tapi pasal abang aku, kerap sangat. Kalau aku mimpi nenek pun, sekejap-sekejap je. Tapi malam tu aku mimpi lama.

Kami sekeluarga balik Raub. And aku manusia paling happy dapat jumpa nenek. Sampai je depan rumah nenek, aku terus meluru peluk cium nenek. Terasa sangat aku cium dua-dua pipi nenek. Lembut, wangi. Macam selalu. Nenek masak tomyam. So semua pun bergegas ke dapur nak makan. Nenek siap suruh aku makan banyak-banyak untuk cicit dia dalam perut ni. Allahu. Macam real. Rabu tu satu hari aku kemurungan. Balik kerja, malam lepas makan, baring kat sofa and mula menangis. Rindu sangat-sangat.

Dulu masa ada nenek aku tak berapa nak hargai nenek. Disuruh balik Raub merengus. Padan muka. 
Hahahahahaha *lap air mata*

18 March 2016

POTTY TRAIN

Sunan dah almost dua tahun. Bulan depan genap lah. So kami laki bini terfikir nak potty train dia awal sikit. Tak payah nak tunggu betul-betul dua tahun baru buat. Lagipun adik dia keluar nanti dah boleh jimat diaper. Sunan pun dah pandai cakap kalau berak ke atau mandi. Tapi sebut kencing tu tak lah pandai. Ahad lepas kami start train dia time siang.

Hari pertama tu tukar seluar je dah dekat sepuluh helai. Its okay. Awal-awal memang macam tu. Dia tak reti cakap nak kencing. Potty train ni kena banyak sabar kata orang. Tapi masa nak tidur siang tu dia ambil pampers and unjuk kat aku suruh pakaikan. Rupanya nak tidur. Baiklah. And kami laki bini keep repeated kalau nak kencing lari pi toilet. 

Isnin aku dah start kerja. BS yang sambung train Sunan. Bersyukur sangat aku dapat BS yang memahami macam ni. Petang tu masa balik kerja dia kata Sunan dah boleh kurangkan penggunaan seluar. Happy dengar. So sign dia kalau nak tahu Sunan nak kencing ke apa, tengok dia pegang tak anu dia. Hahahaha. Macam kelakar pun ada.

Semalam masa aku tengah tengok tv petang, Sunan berlari pi dapur masa tengah main kat depan. Aku usha lah. Tengok seluar dia dah tersadai kat lantai and dia mencangkung kencing dalam toilet. Tapi ada sedikit basah lah kat seluar dia tu. Takpe lah nak. Awak dah usaha. Gembira hati.

So masih panjang lagi perjalanan potty train Sunan ni. Semoga terus istiqamah lah hendaknya. Nanti aku buat entry lagi kalau Sunan dah 100% potty train.

14 March 2016

BFF SANGAT!

Laki aku ni ada sorang bff, Roger nama dia yang sama kerja dengan beliau dulu. Tapi dulu kiranya Roger ni boss beliau lah. Rapatnya mengalahkan adik beradik. Masa kahwin kami dulu, sanggup dia datang dari Sweden tu semata-mata kenduri ni. Roger duduk kat Sweden lepas projek tunnel dia tu habis tapi still kerja dalam company yang sama.

2 minggu lepas, Ahad, birthday beliau. Tengah hari tu Roger buat surprised datang rumah bawa cake bagai as a gift lah. Mula lah beliau tersendu sendirian. Kelakar pulak rasanya time tu. Roger datang dengan isteri dia Mei Mei and anak dorang Oscar. Tapi laki aku panggil Romei. Selamba beliau je main tukar nama anak orang. Tapi sudahnya kami semua panggil Oscar tu Romei. Ya Allah kalau tengok anak dorang. Rasa nak panggang-panggang je. Gebu kemain. So Roger plan nak makan satay the other week. Okaylah, mari lah turutkan sahaja kehendak dia. Bukan selalu dia datang sini pun. Kalau ada pun, Mei Mei je sebab rumah family dia dekat Pasir Penambang tu ha. 

So Jumaat lepas kitaorang dinner kat Satay Hut Tanjung Karang. Romei tak ikut sebab dah tidur. Aku first time makan situ. Laki aku dengan Roger memang selalu sangat lah masa dulu. Memang terkejut okay tengok satay besar dia. Aku makan dua cucuk pun dah tak boleh pergi lagi. Besarrrrrrr! Harga pun RM1.60. Kalau aku makan laki bini plus Sunan je, kompem tak boleh order lebih dari 5 cucuk. Menangis nak habiskan tau.



Gambar sumber google je. Segan nak snap gambar masa makan sebab tak ada sorang pun antara kami yang pegang phone masa makan tu. Hahaha. Bukan habit dorang. Lagipun aku memang bukan jenis suka ambil gambar makanan. Tak ada motif. Eh tetiba sangat.

Aku order satay je. Roger order nasi goreng pattaya and laki aku tak nak makan nasi sebab kat rumah dah makan. Dah si Roger ajak laki aku kongsi nasi dia. Like a old time kata dia. Dulu masa kerja kat site Langat, dorang berdua ni pernah makan sepuluh keping roti canai, bahagi dua dalam satu masa. Sorang lima keping. Bela saka ke apa? Rokok pun nak share. Laki aku hisap gudang garam je. Boleh si Roger ni tukar rokok yang dah separuh laki aku hisap tu dengan dia punya rokok. Tak faham aku. 

Ni hari ni Roger ajak laki aku teman dia pi company dia kat Shah Alam tu sebab nak hantar report. Lantak kau lah sana. Aku tak heran pun kalau beliau dengan Roger. Tapi tu lah. Masing-masing berborak macam itik dengan ayam. Yang sorang ni orang Sweden pelat English. Yang sorang ni  Melayu lidah kebas speaking. Hahahah!

11 March 2016

Lesunya.......

Pregnant kali ni memang mencabar sikit. Even still sama macam pregnantkan Sunan dulu ; tak muntah, tak loya tak alahan semua, tapi penat dia melampau-lampau. Padahal aku tak buat kerja berat apa pun. Duduk kat ofis pun just DUDUK. Kurang sangat bergerak sana-sini. Tapi letih dia macam kau berlari turun naik bukit.

Masa awal-awal dulu paling dahsyat. Aku hari-hari sakit kepala. Bukan sakit kepala biasa-biasa tu. Sakit kepala yang boleh buat kau rasa tak nak buka mata langsung. Bila pejam kejap mata tu, rasa berdenyut melampau-lampau sampai mengalir air mata. 

Bila balik kerja aku dah total 100% collapse. Tak pernah lah aku balik boleh pi dapur terus ke apa. Sampai depan pintu terus landing atas sofa baring kejap sementara bs tak hantar Sunan lagi. Kadang-kadang tudung pun tak sempat buka. Dah lah duduk dengan mil. Malu tu aku campak tepi sebab sakit penat tu punya pasal. Oh ya, aku duduk dengan mil sementara tunggu masuk rumah baru awal bulan 4 ni nanti. So plan nak berpantang sendiri je. Senang.

Sabtu aku half day kerja. Balik tu terus tukar baju and tidur. Kalau dulu ada lah juga terlintas dalam kepala nak keluar berjalan lepas balik kerja. Sekarang no no no ye. Terbayang bantal dah time tu. Ahad memang aku pulun rest. Sunan pun aku paksa tidur siang tu juga. Kalau tak memang payah dia nak tidur kalau dengan aku. 

Setiap kali check up mesti kena bebel sebab HB tak cantik. Second check up kat klinik Kuala Selangor, dua kali aku kena ambil darah. Kali pertama sebagai prosedur biasa check up. Kali kedua bila dah jumpa doktor and dia cakap tak cantik so kena ambil sekali lagi untuk ujian. Ok lah ok lah. Ambil darah, balik. Tunggu sebulan lagi untuk result.

Semalam nurse call bagitau pasal keputusan ujian darah tu. Sangat-sangat tak memuaskan. Aku tak berapa nak hadam dia cakap apa tapi yang pasti kena jumpa doktor lagi Selasa depan and ambil darah lagi untuk analisis. Hadap kan aje lah. 

Sebenarnya masa mengandungkan Sunan dulu pun HB aku sangat teruk bila hujung-hujung tu. Tapi biasalah kandungan makin membesar. Sepatutnya kena refer hospital juga tapi tak sempat appointment, Sunan dah keluar. So ingatkan dah setel lah tapi membawa ke pregnant kedua ni ha.

Patut lah aku rasa letih lesu melampau-lampau. Kadang-kadang tu nak bercakap pun tak larat. Rasa nak tidur je manjang. Hurmmmm... Semoga sembuh lah cepat.

4 March 2016

BERSIARAN WEI!!!

Warghhhh.. Lamanya tak mem-blog. Malas plus kekangan internet yang menjadi-jadi. Ye lah, pinjam pc ofis je ni ha. 

Sekarang dah kerja tempat baru sebagai account assistant cum hr assistant. Eh, macamlah orang nak ambil tahu kerja kau. Hahaha. Lantakkan, nak cerita juga. So far okay lah. Tapi sebulan dua ni pening mengadap income tax and audit. Semua kena buat sendiri. Awak mana pernah buat semua tu. Terkial-kial lah nak siapkan maklumat. Mujur boss rajin menolong. Kalau tak memang ke laut lah file audit aku. So aku rasa lepas ni nak apply kerja yang tak ada kena mengena dengan akaun. Nak jadi saintis pula. Vehrangan tahap dewa!

Anak?
Sunan dah membesar dengan jayanya. Mulut becok tahap aku kadang-kadang malas layan. Dah start suka tengok kartun upin ipin and boboiboy. Oklah dari tak suka tengok langsung. Kalau tak kang resah juga aku anak tak suka kartun. Aku tengok anak orang lain gigih je hadap tv layan kartun bagai-bagai. Tapi tu lah. Seminit dua je lah Sunan ni mampu duduk diam tengok. Selebihnya dia gusti aku. Pasrah lah. Ni nak dapat adik ni bulan 8 nanti. Habis di gustinya adik tu nanti. 

Nanti-nati lah sambung entry lain. Dah tak tahu nak update apa.

Salam.