Tajuk iols kemain sendu.
Semalam selepas berbuka, beliau ke rumah mak. Balik tu terus mintak fon aku. Bukak galeri gambar. Kemain kusyuk dia usha tapi aku tak tengok la dia usha apa. Tetiba je air mata mengalir. Terus lah aku macam eh kenapa? eh kenapa?
" Sitam dah mati nim.."
Perghhh.. Berkesan di hati ayat dia. Aku ingatkan ape lah yang disendukan sampai cenggitu sekali. Tapi ye lah,aku faham. Sitam tu macam adik bongsu beliau dah. Kemain sayang kan kucing tu. Kalau pergi rumah mak,Sitam lah yang beliau cari dulu. Dipanggil-dipanggil. Sitam pulak macam paham benor. Cepat je datang melepak sekali. Kalau dengar orang bercerita,nombor 1. Mana tak sedih melangit.
Aku pun pernah ada kucing kesayangan yang mati. Sampai tak nak pergi kelas,sampai rasa nak heret ex-bf aku balik Karak terus time tu. Siap meraung-raung dalam kereta depan pejabat pos. Aku syak mesti orang kat luar yang dok usha kereta tu fikir aku bergaduh bertumbuk dengan ex aku. Hahahaha.
Serius,Kitty tu kemain macam adik beradik dah. Tidur pun kena sekatil. Kalau tak bawak dia naik bilik,kang mula lah dia ketuk2 pintu bilik and mengiau sampai orang rumah bangun. Paling best geletek perut dia. Gelebih wei perut mamat tu. Dia memang layan lah kalau kena gitu. Petang,aku dapat tahu Kitty mati. Kena langgar dengan budak kolej katanya. Langgar lari. Hish,rasa macam nak pi buat report polis je time tu. Kongajo sangat. Boleh? Hahaha. Kakak aku call sambil nangis-nangis. Aku bila dia nangis gitu,join nangis lah. Tak tunggu intro dah. Terus berjuraian bak air hujan di malam hari tadi.
Paling terkesan masa Mimo mati. Betul-betul depan mata aku dia kena langgar. Kat tengah jalan tu jugak aku meraung. Mimo tu memang kesayangan selepas Kitty and Uma. Ibu siap tak geli dah dengan darah kat kepala Mimo. Aku pun buat tak nampak je dah mata dia yang keluar tu. Cium-cium bagai before cucikan darah yang melekat kat badan dia. Esoknya abah tanam kat pangkal pokok durian dia. Tetiba dia nyatakan hasrat kalau durian tu berbuah banyak nanti,nak jual,kasi nama Durian Mimo. Sebab Musang King kan ada. Bhahahaha.
Cerita pasal Uma,ni kucing first yang family aku bela. Kebetulan dia dah hampir nazak sebab kena belasah dengan orang india belakang rumah. Kaki dah patah,mata dah buta. Kami kutip dia,bagi makan bagai. Alhamdulillah,sihat day by day. Tapi tu lah,dia tak boleh jalan. Kena mengengsot je. Macam suster ngengsot tu. Suara pun takde,bisu. Kalau dia nak makan,memang kitaorang tahu-tahu je time tu. Tapi Uma ni mati sakit tua. Tak ada lah terkilan sangat sebab masa nazak tu kat depan mata. Meraung tu wajib lah kan.
Berbalik kepada Sitam tadi. Sitam ni dah macam cucu mak. Siap bahasakan diri tu nenek dengan mamat tu. Kitaorang pun mak bahasakan pangkat. Contoh kalau aku dengan beliau,pokde and mokde,lepas tu paksu,maklong,maklang,pakngah. Ha,macam tu. Dah macam manusia betul. Makan pun cerewet ye. Ikan lain tak nak. Nak ikan kembung je. Kalau kau letak ikan gelama siakap ikan duri ke,memang dia hembus-hembus jeling je.
Ahad lepas,bontot dia berdarah. Kalau berak or kencing,berdarah banyak. Meleleh-leleh lah keluar. Beliau mandikan dia sebab memang dah comot kemain. Dia diam je tak berkutik. Selalunya dia mengelisor. Kucing,mana suka mandi ye dak. Kalau ada pun tak banyak. Lepas beliau mandikan tu,aku tak dengar cerita pasal Sitam dah. Sampai lah semalam. Sitam terjatuh dalam parit depan rumah mak tu. Jiran yang nampak and ambil. Masa berbuka semalam,Padil langsung tak makan. Asyik cerita pasal Sitam. Malam pun tak tidur kata mak. Sebab Sitam wajib tidur dengan dia. Parahh gila sendu adik ipar aku tu. Paling tak tahan,dia tak bagi mak beli ikan kembung and goreng ikan tu dalam rumah.
Boleh??
No comments:
Post a Comment