Awesome Followers

26 July 2014

Makin Parah!

Post before ni aku ada cerita pasal kemuafakatan Sunan dengan papa kan. Hari ni aku nak adudomba lagi pasal mereka. Huwaaa.. Mama is jeles okay. Ye lah,siapa tak jeles kalau anak tidur wajib peluk baju papa yang aa bau dia tu?? Siapa tak jeles?? Cakap dengan aku sekarang.

It's all started 3 days ago. Papa lah yang perasan. Dia nak buaikan Sunan tapi Sunan asyik lah merengek dalam buai. Tapi mata terpejam. Memang nak tidur sangat dah. Actually kalau tidur kat bawah,aku mesti letak muka aku betul-betul kat muka dia then baru dia berlayar tenang. Itu kalau tidur kat bawah. Selalunya kalau dalam buai,enjut dodoi-dodoi dah boleh tidur. Sekarang tidak lagi.

So,papa ambil baju dia and letakkan kat muka Sunan. Terus senyap and tak berkutik okay. Lena je dia tidur. And papa ambil lah balik baju tu. Ye lah,takut lemas ke apa nanti. Otomatik mata dia terbukak and meraung. Papa letak balik,senyap. Gitu lah kekdahnya. Menggeleng kepala dibuatnya.

Sekarang Sunan siap peluk lagi baju papa kalau tidur. Kuat bukan main dia pegang.
Ok Sunan,ok. Mama red-doooooo.


21 July 2014

Sentap!

Kalau anak lelaki,selalunya lebih rapat dengan mak kan time kecik-kecik? Ke bukan? Ke memang lebih rapat dengan bapak? Ke pun bukan? Hahahaha.
Anak aku,Sunan tu,lebihhhhhhh la rapat dengan papa. Aku ni dia tak pandang pun. Melainkan lah nak tidur malam and nak menyusu. Haaa,time tu mula lah terpandang-pandang mama yang gile gojes ni. Kalau tidak.... Mama ni ibarat melukut di tepi gantang je lah. Geng dengan papa je.

Time nangis,jangan lah aku nak dukung. Lagi kuat dia meraung siap terkujat-kujat tu. Ce kalau papa dia yang ambil. Terus senyap! Lepas tu pandang je aku dengan ekor mata and mula bergelak tawa dengan papa. E'eh,sentap aku k. Kang mula lah papa buat ayat;
"Siapa buat Sunan? Siapa buat? Mama ye?"
Tak ke hangin? Cisss..

Tapi kengkadang,bagus jugak anak more rapat dengan bapak. Senang aku nak bergerak. Nak kemas rumah. Nak masak. Nak buat itu ini. Papa ada untuk jagakan. Time malam pun,aku siap boleh lelap dulu sejam dua. Sunan and papa layan tv dua beranak. 
Gile heaven okay!

Hahahhahahahaa.

#soltanhatiku #laksamanahati



10 July 2014

Bukan Tak Peduli


Tadi terbaca pasal BUKAN TAK PEDULI ni kat feeds FB. Akak aku yang shared. Aku tolong baca. Bukan susah pun kan. Eh tetiba sangat. Ok lah,ok lah. 
Hari ni,penuh dekat feeds pasal Palestine. Pasal kekejaman Yahudi. Pasal kesengsaraan rakyat Palestine. Allah.. Penuh. Semua orang nak post. Lantakkan lah. Fb memasing. Nak post banyak mana pun,silakan lah. Aku pun takde lah rasa terganggu pun walau banyak manapun nama orang yang sama dok post pasal ni. Isu tengah panas. Ke ada yang rasa menyampah? Meh aku sepak lelaju.

Aku ambil pendekatan untuk tengok dan baca je. Amboi,sastera sangat ayat. Haha. Aku tak suka nak post sangat benda-benda macam ni. Sebab bagi aku,tak post pun,aku boleh je berdoa tadah tangan. Kang kalau post,takut tersalah. Mula lah ada yang ambil kesempatan ajak bergaduh. Malas! Malas! Cukup-cukuplah Palestine je bergolak. Jangan kang Fb pun bergoncangan. Ye lah,sesetengah orang ni kan gila fanatic dengan pandangan memasing. Pandangan orang lain semua tak betul. Gitu.

Tapi orang kita ni,kalau kita tak post kat FB,mula lah kata kita ni tak peduli. Buat tak cakna dengan hal saudara seIslam sana tu. Keyboard warrior ni ramai tau. Kelakar jugak bila baca. Kalau FB boleh baca ekspresi muka orang yang tengah taip tu,maksud aku,scan muka dorang,perghhhh... Bayangkan lah. Macam lah kalau kita tak post kat FB tu,kurangnya doa untuk rakyat Palestine. Macam lah kalau kita tak post tu,menambahkan bilangan para syahid dan syuhadah kat sana. Macam lah kalau kita tak post berhashtag #prayforpalestine ,doa kita takkan dilihat dan sampai. 
Allah tu tahu. 
Allah tu nampak. 
Allah tu dengar.

Hey... Kita tak post,tak semestinya tak peduli tau. Wallahi,bagi aku,dah tak ternangis tengok penderitaan saudara-saudara kat sana. Macam dah kering air mata. Bukan keras hati aku sampai tertutup rasa tu. Tak pun. Cuma rasa tangis ni berganti dengan marah and redha. Marah dengan kerakusan Yahudi meragut nyawa para syahid dan syahadah. Redha dengan pengakhiran hidup mereka. Aku mampu sedih dan senyum dalam masa yang sama bila tengok gambar-gambar dan video tentang Palestine. Syurga menanti mereka. Sudah pasti sedangkan kita tak tahu hala lagi. 
Allah..

Maaf.. 
Entry hari ni macam serius sikit. Sebab bila terbayang ibu-ibu yang diragut nyawanya meninggalkan anak yang kecil terkontang-kanting dalam hiruk-pikuk perang,aku terbayang Sunan. Kalau aku tak ada macam mana lah nanti anak aku kan. 
Allah.....

Sunan,tunggu mama balik nanti k. *tetiba sangat*

*Notakaki : Aku post kat sini pun boleh kan. Keep praying!

8 July 2014

Allah Telah Menjemputmu. Berehatlah...


Tajuk iols kemain sendu. 
Semalam selepas berbuka, beliau ke rumah mak. Balik tu terus mintak fon aku. Bukak galeri gambar. Kemain kusyuk dia usha tapi aku tak tengok la dia usha apa. Tetiba je air mata mengalir. Terus lah aku macam eh kenapa? eh kenapa?

" Sitam dah mati nim.."

Perghhh.. Berkesan di hati ayat dia. Aku ingatkan ape lah yang disendukan sampai cenggitu sekali. Tapi ye lah,aku faham. Sitam tu macam adik bongsu beliau dah. Kemain sayang kan kucing tu. Kalau pergi rumah mak,Sitam lah yang beliau cari dulu. Dipanggil-dipanggil. Sitam pulak macam paham benor. Cepat je datang melepak sekali. Kalau dengar orang bercerita,nombor 1. Mana tak sedih melangit.

Aku pun pernah ada kucing kesayangan yang mati. Sampai tak nak pergi kelas,sampai rasa nak heret ex-bf aku balik Karak terus time tu. Siap meraung-raung dalam kereta depan pejabat pos. Aku syak mesti orang kat luar yang dok usha kereta tu fikir aku bergaduh bertumbuk dengan ex aku. Hahahaha.

Serius,Kitty tu kemain macam adik beradik dah. Tidur pun kena sekatil. Kalau tak bawak dia naik bilik,kang mula lah dia ketuk2 pintu bilik and mengiau sampai orang rumah bangun. Paling best geletek perut dia. Gelebih wei perut mamat tu. Dia memang layan lah kalau kena gitu. Petang,aku dapat tahu Kitty mati. Kena langgar dengan budak kolej katanya. Langgar lari. Hish,rasa macam nak pi buat report polis je time tu. Kongajo sangat. Boleh? Hahaha. Kakak aku call sambil nangis-nangis. Aku bila dia nangis gitu,join nangis lah. Tak tunggu intro dah. Terus berjuraian bak air hujan di malam hari tadi. 

Paling terkesan masa Mimo mati. Betul-betul depan mata aku dia kena langgar. Kat tengah jalan tu jugak aku meraung. Mimo tu memang kesayangan selepas Kitty and Uma. Ibu siap tak geli dah dengan darah kat kepala Mimo. Aku pun buat tak nampak je dah mata dia yang keluar tu. Cium-cium bagai before cucikan darah yang melekat kat badan dia. Esoknya abah tanam kat pangkal pokok durian dia. Tetiba dia nyatakan hasrat kalau durian tu berbuah banyak nanti,nak jual,kasi nama Durian Mimo. Sebab Musang King kan ada. Bhahahaha.

Cerita pasal Uma,ni kucing first yang family aku bela. Kebetulan dia dah hampir nazak sebab kena belasah dengan orang india belakang rumah. Kaki dah patah,mata dah buta. Kami kutip dia,bagi makan bagai. Alhamdulillah,sihat day by day. Tapi tu lah,dia tak boleh jalan. Kena mengengsot je. Macam suster ngengsot tu. Suara pun takde,bisu. Kalau dia nak makan,memang kitaorang tahu-tahu je time tu. Tapi Uma ni mati sakit tua. Tak ada lah terkilan sangat sebab masa nazak tu kat depan mata. Meraung tu wajib lah kan. 

Berbalik kepada Sitam tadi. Sitam ni dah macam cucu mak. Siap bahasakan diri tu nenek dengan mamat tu. Kitaorang pun mak bahasakan pangkat. Contoh kalau aku dengan beliau,pokde and mokde,lepas tu paksu,maklong,maklang,pakngah. Ha,macam tu. Dah macam manusia betul. Makan pun cerewet ye. Ikan lain tak nak. Nak ikan kembung je. Kalau kau letak ikan gelama siakap ikan duri ke,memang dia hembus-hembus jeling je.

Ahad lepas,bontot dia berdarah. Kalau berak or kencing,berdarah banyak. Meleleh-leleh lah keluar. Beliau mandikan dia sebab memang dah comot kemain. Dia diam je tak berkutik. Selalunya dia mengelisor. Kucing,mana suka mandi ye dak. Kalau ada pun tak banyak. Lepas beliau mandikan tu,aku tak dengar cerita pasal Sitam dah. Sampai lah semalam. Sitam terjatuh dalam parit depan rumah mak tu. Jiran yang nampak and ambil. Masa berbuka semalam,Padil langsung tak makan. Asyik cerita pasal Sitam. Malam pun tak tidur kata mak. Sebab Sitam wajib tidur dengan dia. Parahh gila sendu adik ipar aku tu. Paling tak tahan,dia tak bagi mak beli ikan kembung and goreng ikan tu dalam rumah.

Boleh??



2 July 2014

Jom Guna Jari Jemari Untuk Rebut Duit!

Kemain tajuk.. Mata duitan sangat.


Serius ni. Mai lah join contest tulis cerpen anjuran AADK sempena hari Antidadah Kebangsaan ni.
Mai la..Mai la..
Korang masuk je web wecareweserve (klik SINI) ni.
Sila lah follow arahan dia ye. Senang je tau.
Mana tau karya korang terpilih sebagai 3 karya terbaik. Boleh dapat hadiah duit.
Tarikh tutup 27 Julai ni.
Aku dah join!!!!

*
*
*


Tadi masa scroll down macam onggile kat fb,terjumpa ni kat group IIC. Aku kan memang bercita-cita nak further study. So ternampak pulak peluang ni. Terus laju pm yang mengepos ni.
Harapan abah nak aku and kakak aku further jugak study sampai paling tinggi kalau boleh.
Balik nanti nak discuss dulu dengan beliau. Ape-ape pun,laki diutamakan.
Even dia suka aku further study,kena lah jugak discuss kan.
Kang kalau tetiba aku pi belajar,takde lah dia terpinga-pinga terkejut sakan. Masa bila pulak bini aku ni isi borang apply segala bagai kan. Gitu.

Ok lah,itu je nak share. Eh,pasal cerpen tu,JOIN LAH! JOIN LAH! *penegasan sangat*