Awesome Followers

29 October 2013

Hari-Hari Yang Risau!

sedia maklum,suami iols SELALU kerja luar kawasan.
means,luar dari kawasan Kuala Selangor ni.
terkadang Shah Alam.
terkadang Port Klang.
terkadang Ulu Langat.
terkadang Karak.
terkadang Gua Musang.
terkadang Melaka.
okay,terlalu banyak terkadang. phewwww!
tapi memang SANGAT JARANG ADA DEKAT-DEKAT SINI.

jadi,bila beliau pergi kerja,hati aku akan berdebar sepanjang masa.
kalau beliau berdua,aku fine fine aje. berteman.
ni hak bila beliau sorang-sorang.
nak-nak pulak datang angin beliau nak naik motor.
bertambah dengan hujan bagai. licin kan.
kemain jantung aku tahap nak berstapler. RISAU!
selagi beliau tak mesej cakap dah sampai,tak senang duduk.

time beliau balik kerja pun aku akan otomatik jadi macam tu.
dalam hati menghitung pelbagai kemungkinan kalau beliau macam agak lewat dari masa yang sepatutnya.
bukan suka-suka nak pikir -ve ke hape kan,SEMULAJADI.
dah lah beliau selalu gerak time nak malam. gelap.
beliau bawak berhemah pun *iyekan aje*,belum tentu orang lain akan berhemah jugak.

so,hari-hari memang jadi cabaran buat hati.
silap-silap haribulan aku dapat sakit jantung.
asyik nak risau je.



28 October 2013

Alahai!

orang paling excited pasal kemengandungan aku ni kalau ikut rasa aku,makteh aku.
adik perempuan abah aku.
gila excited!
siap plan memacam untuk cucu sulong dia ni.
ye la,even ada Zarra and Mika,kiranya aku ni dianggap anak kandung dia dah.
so anak aku ni nanti cucu sulong dia lah.

ibu aku kata,makteh aku nak buat macam-macam.
lenggang perut or erti kata lain,doa selamat.
or bahasa omputihnye baby shower.
aku macam,ok fioneeee. meriah gittew.

ada lagi satu majlis yang dia kata nak buat.
aku tak ingat plak majlis apenye.
tapi dia jugak lah nak sponsor.
iols ikutkan aje.

pak itam aku,adik abah aku,lagi lah.
dia tahu je aku pregnant,dia buat makan-makan.
siap keluar belanja banyak.
anak gadis kesayangan gittew. ouch.
ok perasan.

tapi serious..
semuanya dilimpahi dengan kesyukuran.
terima kasih!!!

23 October 2013

KECOH!!!

semalam dengan hari ni adalah hari kecoh kami berdua.
kemain lagi kan.

semalam dalam pukul 9 lebih gitu,aku nak masuk toilet.
hampir tergelincir nak jatuh tapi sempat paut pada pintu.
kalau lah aku jatuh,tak tau nak khabar la kan.
beliau punya bebel.
bla..bla..bla..
and aku serembehkan muka tanpa bunyi tapi bermaksud.....
"lantai tu yang salah."
sendiri cuai,nak salahkan lantai yang tak berdosa.
fioneee...

dalam pukul 3.30 pagi macam tu,aku bangun nak ke toilet.
beliau belum tidur lagi. sibuk ngadap game.
dalam mamai-mamai,aku ternampak la ada satu benda kecik atas lantai tapi bermata.
ape lagi,berlari tak cukup lantai gayanye.
"katak!!!!!"
aku rasa orang sebelah-sebelah boleh dengar.
beliau terus macam,
kau dah kenapa jerit-jerit?
but still beliau tolong halaukan katak tu.
siap suruh beliau teman ke toilet.
and katak tu beliau kurung dalam bilik belakang sebab katak tu lari masuk bilik tu.

pagi tadi,aku kemain malas nak kerja.
lepas tu konon mengadu dapatlah kesian dengan beliau.
jawapan beliau adalah.............
"taknak kerja,lepas ni tak payah kerja langsung. asyik datang tak datang je"
dush! tepat ke muka. dengan muka toye,bangun lah jugak.
dah siap,tegaskan kat beliau supaya buang katak tu sebelum pergi kerja.
nak jugak tunjuk protes.
huh!

20 October 2013

Aku Yang Tertabah

Kadang-kadang hidup ni,jalan ni,terlalu berat kan.
Terkadang rasa tak tertanggung. Rasa nak jerit.
Tak dapat makan pun boleh menangis.
Itu peel aku.
Tapi bukan sengaja aku mintak. Reflect.

Bila aku rasa lost,aku pandang perut aku.
Bukan sebab dia berlemak lebih ke apa okay. Even itu kenyataan sangat.
Aku pandang,aku tau ada senyawa yang tumpang di sini.
Yang selalu berharap aku kuat untuk dia.
Bukan untuk orang lain.

Kadang-kadang rasa macam nak pack semua baju and lari balik ke pangkuan ibu abah.
Sebab kat situ je aku rasa diri aku selamat.
Bukan kerana aku rasa tak selamat dengan suami. Sangat selamat.
Cuma instinct seorang anak yang merasa sakit.
Di depan dia orang aku rasa semua yang terbeban jatuh. Hilang.
Hanya menatap wajah.

Berada jauh,selalu seorang,banyak mengajar erti kuat.
Tambahan adanya yang sangat perlukan aku untuk cekal.
Andai aku diberi pilihan,rasa nak lena lama. Gittew.

7 October 2013

Gila Malas!

lately semua benda aku jadi malas. like seriously,kau dah kenapa Farah??
nak basuh pinggan pun kekadang nak kena fikir 18 juta kali. padahal benda remeh je.
so kena lah longgok dulu kat sink kumpul kekuatan nak basuh.
dulu aku tak macam ni pun okay. lepas makan WAJIB aku akan basuh secara automatik.
tak pernah nak miss basuh even sudu je pun.

baju...
lagi lah bertimbun dalam bakul kotor. ya Allah,kemain menyampah aku tengok baju-baju tu.
ye lah,rumah awak mana ada mesin basuh lagi.
paling koman pun aku akan rendam je baju tu dulu lepas tu kalau beliau balik,beliau akan offer diri nak basuhkan. bersyukur ada suami yang memahami.
lagipun aku memang tak boleh bau sabun basuh tu. busuk kemain. *alasan!*

paling aku rajin sekarang adalah....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

TENGOK TV!!!!!!

pukul 5 pm - 6 pm : Love Is Going (cerita cina)
pukul 7 pm - 8 pm : Curse of The Royal Harem (cerita cina)
CERITA WAJIB TONTON HARI-HARI!

entah kenapa aku jadi minat cerita bersiri cina ni. cerita melayu memang tak terjengah dek mata la kan. sorry to say lah. mungkin pembawakan. iye kan aje. 

memang orang mengandung ni pemalas ke hape??
hahahahahhahaha!!!!