Awesome Followers

7 February 2012

~~ Tragedi Petang Hari ~~



An nyong ha seyo..!!!


Kalau tengok picture kat atas tu confirm kengkorang dah tau entry aku hari ni pasal ape kan? Yup,pasal kes letupan baru-baru ni..


Sabtu,dalam pukul 3 petang family aku dikejutkan dengan berita letupan yang melibatkan ayah sedara aku. Letupan ape? Letupan bot dekat sungai yang menyebabkan pakcik aku hilang and abang sedara aku kritikal dekat hospital.


Sebaik abah aku dapat berita tu,cepat-cepat dia ke sungai kejadian dengan pak itam aku. So kami kat rumah just tunggu berita selanjutnya kat rumah. And hope pakcik aku yang aku panggil Pokde Nal tu selamat dijumpai.


Bile abah balik je,bertubi-tubi soalan kami bagi. Penat abah nak jawab. Kesian abah.. Muka dia menggambarkan kesedihan yang amat sangat.


" Tak jumpa lagi pokde nye."


Sepatah abah menjawab. Pokde Nal bukan setakat sepupu abah. Dia sahabat baik abah. Membesar sama-sama. Kerja pun sama-sama. Main bola pun sama-sama. Nak pulak sekampung and satu sekolah dulu. kami just terdiam and terus berdoa.


Ahad pagi,aku and kakngah ikut ibu and abah ke sungai. Konon-konon nak sama-sama menunggu lah kan. Agak lama lah jugak kami berteleku tepi sungai tu. Aku pandang isteri pokde Nal. Sugul and lemah sesangat. Kesian mokde Zana. 


Aku tengok anak-anak pokde aku sorang-sorang. Nampak tenang.. Tapi anak yang bongsu,Shida,mata dia masih merah. maybe tangisan still teman dia. Maklumlah,dia anak paling manja dengan abah dia. Taknak masuk asrama pun sebab taknak berpisah dengan parents dia.


Ramai bomba and penyelamat yang turun dalam sungai untuk mencari. Of course lah kena menyelam kan. Oh,pakcu aku pun turut sama even dia bukan bomba. 


Tengah hari tu abah ajak balik dulu then petang tu datang lagi. Abah langsung tak jamah nasi. Tak ade selera  nak makan kate nye.


Ni pic yang aku sempat snap masa pagi tu..





Petang tu kami datang lagi. Mayat still tak dijumpai. Tapi kami semua masih mengharapkan berita yang baik untuk kami dengar.


Haa.. Ni pic yang aku snap petang tu..





Pagi Isnin mayat pokde aku dijumpai. Orang Indonesia yang jumpa terapung bawah jambatan. Keadaan mayat aku tak boleh nak gambarkan. Mesti korang-korang boleh imagine sendiri kan. 


Al-Fatihah...


#HugsLove
~ aku darah anak malaysia ~ 

No comments: