Awesome Followers

24 February 2017

INTERVIEW HARU BIRU

Hi korang!

Semalam aku cuti. Motif bagitahu? Hahaha. Best woih perasaan dapat cuti masa hari bekerja.

Sepatutnya semalam ada appointment Don kat Hosp. Sungai Buloh. Nak check darah dia untuk thalassemia ape jadah nak eja tu. Sebab masa aku mengandungkan dia, aku pembawa. Tapi disebabkan tak ada kenderaan, tak dapat nak pergi. Lain kali lah.

Kereta aku tu, dua-dua tak boleh pakai. Yang satu tu, lepas accident terus tersadai. Malas nak betulkan lagi kata beliau. Yang satu lagi, minggu lepas terbakar kat tube minyak. So tak boleh nak jalan. Start boleh. Takut yang iye nya. Beliau nak betulkan pun tak ada masa. Kerja makin menimbun (alhamdulillah). Ikut kan aku, aku hantar workshop je.

Kebetulan semalam aku ada interview kerja pukul 2.30 pm. So elok sangat lah aku cuti. Sementara nak tunggu interview, aku ajak anak buah beliau yang Tasha tu pergi beli barang untuk candy buffet wedding cousin beliau merangkap bff aku tu esok. Berdesup naik motor ke Kuala Selangor. Bab berjalan is nombor satu. Hahaha.

Dah almost 2pm, tiba-tiba decide tak nak pergi interview. But beliau paksa juga. Pinjam kereta bff beliau kejap. Tempat interview tu kat Burger King. Seingat aku BK just ada kat Sungai Buloh Kuala Selangor. Aku angkut lah Sunan, Tasha, Ayu and Mawar sekali. Sampai sana, dorang tak ada lagi so kami order makan.

3pm, dorang call aku. Tanya aku otw ke apa. Aku cakap lah dah sampai. Terkejut dorang. Dorang kata dorang ada kat BK tapi tak nampak aku. Aku tanya balik BK mana. Dorang kata BATANG BERJUNTAI!. Kau rasa? Masa bila BK ada kat sana entah. Dari Sg. Buloh tu nak ke BB dalam 25mnt ++ . Tapi aku cakap dalam 15mnt aku sampai.

Bergegas kami ni kemas makanan yang dah order tadi. Sumpah kelakar kelam kabut. Cair make up aku ye. Start enjin, pecut terus. Dalam hati dok ulang, its okay. Benda bagus selalu lambat. Kahkahkah. Sunan pula macam biasa membuas. Sambil drive sambil berleter lah aku ni.

Memang 15minit je ambil masa. Sendiri geleng kepala. Sampai sana terus hilang debar. Penat punya pasal agaknya. Sunan membentak nak ikut. Lantakkan. Mujur ada Ayu yang temankan. 

Pasal interview, malas nak cerita details. Macam biasa lah tanya itu ini. Luckily, dorang friendly gila. Sunan dok panjat merengek kat aku pun, dorang macam okay. Tapi dalam hati entah lah gamaknya. Hahaha. Settle semua, balik. Penat tak payah cakap hoih.

Sampai rumah, mandikan Sunan, bagi susu terus terbongkang dia tidur. Hujan lebat pula tu. Ambil Don pula. Bagi susu, sama lah terbongkang nye dia tidur. Lepas tu mati kutu layan tv tak ada siaran. Biasa lah, astro.

Last-last aku buat turkish delight secara senyap. Takut terbangun dua orang hero tu, hapah pun tak jadi. 

Eeiiii, tazabarrrr tunggu esok!

17 February 2017

DEMAM DAN SERAM YANG TAK ADA KAITAN

Hi korang.

Tengah demam plus selesema. Kepala berat nak tidur je tapi mohon menangis kesepian kerana kerja tengah banyak. Ni pun melencong sikit online and update blog yang suam ni.

Al-kisahnya, start dari Sunan lah pembawakan demam ni. Dia yang start selesema batuk bagai. Lepas tu rasa kesian gila, malam je meracau. Siang elok je dia jadi ultraman bagai. So kalau aku cakap kat orang yang Sunan tengah demam, sah dorang tak percaya. Dia tu demam ke tak demam ke, sama je lasaknya.

So pagi semalam masa dia bangun tidur, aku kiss mulut dia. Yes, bau air liur basi anak sangat nyaman okay. Cuba kau cium mulut orang dewasa yang ada air liur basi. Pengsan woih. Haha. Masa kiss tu aku niat doa, Tuhan pindahkan demam dia sikit ke aku. Aku main cuba je. Sebab kesian sangat. Makan pun tak lalu.

Entah lah.

Kuasa Tuhan kan. Doa seorang mak barangkali. Sampai office jadi seram sejuk. Kepala jadi berat and start sok sek sok sek. Semalam memang aku lemau gila. Balik rumah, siap makan malam bagai, pukul 10 dah tidur. Kalau tak, selagi tak tengah malam, dok lah tengok tv tu. Sunan pun aku paksa tidur. Menangis mamat tu kena paksa. Kah!

And hari ni sama je kejadian nya. Rasa nak tidur jeeee. Pening lalat. Jenis pening yang tak berapa kuat tu tapi kau rasa tak selesa kat kepala and mata. Faham ke idok? Mohon faham sendiri lah ye.

Semalam masa kat office, aku tak perasan pun yang aku tinggal sorang-sorang. Boss aku yang Kian Yoong tu keluar kejap. Si Ahso kerani tua tu pun entah ke mana. Kereta tak ada. 

Belakang office aku ni, ada office untuk big boss yang datang seminggu sekali tu je, store, meeting room, toilet boss and hall untuk duduk-duduk lepak (aku tak pernah duduk lepak pun). Kira bersambung je lah dengan ruang office aku ni. Yang pisahkan kitaorang just hallway tapi still berbumbung yang sama.

Tengah ralit buat kerja, aku dengar orang berjalan lalu lalang kat hallway belakang ni. Jenis macam seret kaki tapi laju-laju jalan dia. Aku tahu tak ada orang pun kat belakang tu so aku buat diam. Malas nak layan. Kebetulan Maghrib 15/02/2017, pintu belakang rumah aku yang kat dapur tu kena gegar/ketuk dek entah sapa-sapa. Bila aku buka, orang yilek. Angin je ada. Pagar elok je berikat kunci. Lantakkan sana. Rupanya sampai ke office dia usik.

Si Ahso ni pulak semalam buat kecoh pasal almari kat lab terbuka luas. Dia tanya aku ada tak aku masuk lab and buka kan almari tu. FYI, kunci lab tu dia je yang ada. So dia je ada access ke situ. Aku jawab lah tak ada. Dah jadi misteri kat situ. Hahahaha.

Okay lah, nak sambung buat creditor ni. Kian Yoong nak tengok 0.00 masa end of financial year nanti. So gigih aku jadi akauntan tak bertauliah ni and menyiasat segala bagai invoice and payment.

Bye korang.


11 February 2017

MIMPI

Dulu masa aku umur 12 tahun, aku dapat satu mimpi ni. And sejak dari malam tu, aku boleh dikatakan kerap dapat mimpi bukan yang sama tapi orang yang sama.

Okay, macam ni gambaran mimpi and orang dalam mimpi tu ;

Ada sorang lelaki dewasa, pakai kemeja lengan panjang warna pink and lengan kemeja tu dilipat sampai siku, berseluar slack hitam. Dia datang jumpa aku dengan proton Satria warna kelabu. First time dia datang jumpa aku, masa aku tengah leka main bawah pokok manggis kat rumah makteh.

Dia gelarkan diri dia Abang Shahrul. And konon aku ni adik dia. Hahaha. Agak lama dia teman aku main masa tu. And dia minta diri nak pergi and janji dengan aku akan datang selalu jumpa aku. Dia pergi naik ferry. Kahkahkah. Celah mana ada laut kat Sempa tu? Paling bangang is aku menangis teresak-esak tak bagi dia pergi. Bangun tidur pun still menangis lagi. Sampai basah bantal.

Percayalah.
Sampai aku besar dah kahwin and ada anak ni pun, abang tu akan datang dalam mimpi aku.

Selalunya dia akan datang masa aku tengah struggle nak hadap benda-benda penting macam exam or test yang tiba-tiba. Pesanan dia setiap kali is, "jangan gentar. Tuhan ada"
Always.

Masa abang aku meninggal, dia datang and pesan jangan sedih. Hoi, gila tak sedih bila darah daging kau sendiri dipanggil Illahi? 

Aku tak pernah bercerita dengan sesiapa even adik beradik aku. Confirm kena gelak and bahan sepanjang zaman. Sebab aku pun anggap mainan tidur je. 
Lantakkan sana.

Tapi malam tadi, sejak aku bersalinkan Sunan and itu jadi yang last dia muncul, dia datang balik. Still baju yang sama (tak ada duit gamaknya nak beli baju baru). Panjang pesanan dia. Sampai saat aku menulis ni, terngiang-ngiang setiap ayat yang dia katakan. Cukup lah kalau aku share-kan sedikit ;

"Jangan simpan marah. Jiwa tambah luka. Tuhan sentiasa ada. Biarkan."

Itu sahaja.


10 February 2017

#THROWBACK

Entah lah.
Sejak akhir-akhir ni banyak sangat memori datang bertimpa-timpa.
Kadang tengah makan pun kau boleh terfikir benda 5,6 tahun lepas.
Tengah termenung lagi lah. LOL.
Almaklumlah, tempat kerja adalah tempat yang sesuai untuk mengelamun dek kerana nan hado kerja yang nak dibuat.
Eh, ada je sebenarnya tapi disebabkan kilang nak tutup, semangat nak bekerja keras tu pun tertutup.
Boleh gitu? Kah!

Teringat waktu bujang dulu. 
Waktu kerja as insurance advisor under AmBank kat Kuantan.
Seminggu sekali pergi sana 2/3 hari.
Bukan lah ada yang best sangat pun kat sana.
Entah.
Just rasa macam berbunga hati bila ingat. Hahahaha.

Kerja kat MBSB.
Ugh.
Macam malas nak ingat.

Okay kita skip.

Teringat waktu repeat subject kat kolej dulu.
Berulang dari Karak - KL - Karak setiap hari.
Menyusur jalan dari Perhentian Pekeliling and tunggu bus no.10 (kalau tak silap) kat depan bangunan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan tu.
Maybe sebab suasana tu petang.
Rasa damai even hirup pikuk kota menerjah gegendang telinga.

Travelled sorang-sorang pergi Ganu.
Ah.
Ini yang paling aku rindu.
Menghabiskan masa dengan pemandangan.
And paling tak boleh blah menahan hadas kecil dari Hentian Putra sampai ke Jabor kalau tak silap.
Adoi lah.
.
.
.
Entah lah.

Maybe sebab kebanyakkan suasana yang aku teringat tu terjadi waktu petang.
Waktu sentimental bagi aku.
Sebab waktu petang juga pernah merenggut gembira seisi keluarga.

Sebab tu masa cuti, kalau boleh aku tak nak habiskan masa petang dalam rumah.
Segala macam atok nenek kenangan datang bertandang.
Which is sangat tak selesa bagi aku.
End up - - Menangis.