Awesome Followers

21 April 2015

Sunan Turns 1 !!!

HAPPY BIRTHDAY SUNAN !!!

Bajet anak kau mampu baca je kan blog kau ni. Haha. Takpe,takpe.. Beso nanti boleh dah. 

19 April 2015 --
Sunan genap setahun dah. Ya Allah.. how time flies. Cepat sangat. Macam baru dua tiga hari lepas aku kena sorong ke dalam operation room *ayat cliche mak mak sangat*. Kihkihkih. 

Makin membesar, makin banyak akal dan perubahan dia. Dah boleh berjalan laju. Dah boleh cakap sikit-sikit. Mama..papa..tidur.. Paling tak boleh blah, semalam masa dia main hantu-hantu dengan kakak sedara dia, dia boleh cakap pompuan tu gedik sangat. Tapi dalam pelat dia lah. Lebih kurang macam "Edik angat" gitu. Ayu lah yang cakap. Hahaha. Matik lah nak. Kecik-kecik mulut dah laser ni. Kau tu jantan tau. Badan sado jiwa bunga dah kenapa??

Macam biasalah.. Ikut tradisi Kazans, raya baru celebrate sekali harung. Sekalikan birthday anak-anak -- Mieya, Mika, Sunan. Senang. Save budget pun ye. Lagi pun time raya lah dapat berkumpul ramai-ramai. Kalau buat hari-hari biasa ni, ada lah anak beranak tak dapat datang. Tak best. Anak cucu Aki Mamat memang suka buat makan-makan gelak tawa hua hua. 

Sunan --

Semoga jadi anak yang soleh. Anak yang menyenangkan papa mama and semua orang. Anak yang tahu susah sebelum senang. Anak yang mendengar kata. Anak yang membetulkan mama papa kalau mama papa terpesong jalan. Anak yang boleh jadi tiket mama papa ke syurga juga. 

Sunan --

Saya dah cakap berkali-kali. 
Saya akan tetap pimpin awak sampai mati.

Awak tetap laksamana hati kami.

Muah cikedddd!



Truly,
MAMA.

16 April 2015

Lasak Sangat!

Sunan sekarang dah dapat kaki kata orang tua-tua. Dah laju berjalan. Kadang-kadang macam berlari. Terkedek-kedek nak imbang badan tak bagi jatuh. Lawak okay. Senget-senget badan bila nak jatuh tapi dia imbang pakai kaki. Jadi bahan gelak aku laki bini je dia ni. Haha. Sorry Sunannn..

Sebelum berjalan pun dia memang lasak. Seminit tak reti duduk dia. Ni dah boleh berjalan, lagi lah. Hari tu masa bawa balik Karak (minggu lepas), dia dah panjat 4 anak tangga rumah ibu. Semua tu ajaran Mika. Menjadi tau kalau budak-budak ni berkumpul and buat pakatan senyap cenggini. Sunan panjat, Mika tolong support dalam diam kat bawah. Nampak mummy Reena Kamarudin turun tangga, semua tergamam. Mika dah lari dulu. Tinggal Sunan terkontang-kanting atas tangga. Hahaha. Mika ni memang tau. Geli perut aku gelak.

Semalam balik kerja bawa dia main taman. Malam sebelum tu dah janji dengan dia nak spend time sama-sama sebab siang tu aku busy sangat. Sampai malam. Meeting sampai 12.30 malam. Ambil dia dari rumah mak, dia dah tidur. So ingat nak bawa tengok lotong tapi malas nak drive. Dia punya suka dapat main tu, memang terpancar di wajah okay. Ke hulu ke hilir, jatuh, bangun, panjat, hogah sana sini. 

Dah bosan tu aku bawa balik. Main depan rumah pula. Dia tak suka berdukung. Nak lepas je. Sebelah rumah aku ni Wan Enchom. Memang setiap petang aku duduk kat buai depan rumah dia tu borak-borak. Aku kan dah tak ada nenek. Saja tumpang kasih orang tua. Haha. Aku biar kan aje Sunan main lepas. Nak main pasir ke, batu ke, tanah ke, main je. Bukan boleh halang. Kang menjerit. Asalkan tak masuk mulut, dah. Otak dia tengah nak develop. Masa ni lah dia nak explore. Biar motor skill dia kuat. Kotor boleh mandi cuci. 

Dah bosan main kotor, dia kejar cats pula. Rumah aku ni ada sekor kucing. Ejim nama dia. Memang jadi mangsa wrestling Sunan. Bila dia nampak Ejim dalam rumput tinggi, dia pun nak join main dalam tu. Sudahnya aku bawa dia pusing taman tu. Berjalan lah kau nak. Letih kang tahu lah kau duduk tengah-tengah jalan minta dukung. Memang ye. Dah letih tu dia duduk tak berkutik minta dukung. 

Balik rumah terus mandi and bagi susu. Tak sampai 10 minit dah terbongkang lelap. Letih tahap max dah tu. Bagus juga macam ni. Lagipun nanti papa dia call tanya bawa Sunan jalan-jalan tak. Kalau cakap tak bawa, dia bebel ke kita. Sabarrrrrr je lah.

budak lasak. padahal dah mandi dah ni. balik rumah rendam sekali lagi.

13 April 2015

Alahaiiii...

Beliau dah seminggu outstation ke Petronas Kuantan. Seminggu ni juga lah Sunan macam hilang selera makan. Dua tiga suap, lepas tu dia lari kedek-kedek main. Kalau ada papa, selagi tak habis nasi, selagi tu dia nganga. Kalau dah habis pun nganga lagi. Sedih sangat tengok keadaan dia. Tapi badan still maintain okay. Rasa macam makin mengembang lagi ada lah. Mungkin lah dia makan angin je so kekal montel. Haha.

Beliau memang hari-hari call before masuk site. Dalam tu tak boleh on phone dah. Beliau masuk pukul 7pm and keluar 7 am esoknya. Bila beliau call, Sunan mula terkinja-kinja. Kan kita boleh set caller image. Bila beliau call, ada lah gambar beliau tengah hug Sunan. Gambar tu lah yang Sunan kiss bertubi-tubi sambil borak dengan papa dia. Kita pula yang mengalir air mata. Sebelum ni pun memang beliau outstation tapi Sunan kecil lagi. Kalau rindu tu menangis and bagi baju bau papa pun dah ok dah dia. Ni bila dah besar, dah faham yang papa memang tak ada dekat-dekat dia, bagi baju pun dia tak heran. Tu yang makan tak berapa laju tu. Tidur pun atas bantal papa okay. Tak nak dah tidur tepi aku sangat. Ok fioneee..

Tapi yang pasti, sekarang dia TAK BOLEH LANGSUNG HILANG AKU! Nak pergi dapur pun tak boleh. Ape tah lagi aku nak membuang. Kang mula dengar dia meraung jerit-jerit sampai sedu-sedu tak ada suara. Parah tau! Kalau dulu boleh juga bagi mainan untuk ralit kan dia. Sekarang tak boleh dah ye. Dia tak heran. Dia akan tetap menangis hantuk-hantuk. Hari tu lagi lah.. Dia tarik meja kopi yang aku buat penghadang tu sampai jatuh and hempap kaki dia. Mujur meja tu ringan je. Kalau berat mau patah kaki dia. Menjawab dengan beliau nanti. Bila aku datang dekat dia, cepat-cepat dia peluk kuat-kuat and gesel-gesel muka kat bahu aku. Lepas tu gigit-gigit lengan baju. Aku ingat kenapa lah kan. Rupanya gusi dia berdarah. Banyak! Panik gila aku. Nasib baik tak patah gigi. Kes ni aku tak cerita lagi kat beliau. Kena ambil semangat bumi dulu baru berani. Kihkihkih.

Sekarang Sunan dah duduk rumah baby sitter. Dia dah membesar. Kesian sangat bila bawa dia datang ofis. Asyik duduk dalam stroller je. Tak bebas mana nak bergerak. Kalau aku lepas pun, bukan nya bersih sangat ofis ni. Serba salah tau. So aku start cari bs since last two week. Last-last MIL suruh hantar je kat akak yang duduk selang sebuah rumah dari rumah MIL. Senang kalau mak aku balik kerja, boleh tengok-tengok kan. Kalau hantar rumah entah siapa-siapa kang, kesian pula dia. Macam tersisih. Rumah kak Ida ni memang dah biasa sangat dengan Sunan. Memang petang-petang kalau aku and beliau datang rumah mak, anak-anak dia berlari-lari datang nak main dengan Sunan. So okay lah kan. Sebab ni lah aku rasa Sunan memang nak melekat je dengan aku. Sebab seharian kena tinggal, dia serik dah kalau aku tinggal dia even seminit pun. Lahaiii.. Sedih tau.

Semalam throwback gambar-gambar Sunan masa mula lahir sampai dah besar ni dengan dia. Tunjuk-tunjuk kan kat dia even dia tak berapa faham. Rindunyaaaaa... Rindu nak bau baby. Rindu nak dengar dia menangis macam baby tu. Sekarang kalau dia menangis... bergegar rumah. Sampai rumah hujung taman boleh dengar okay. Mesti dia orang ingat aku kaki dera anak. Padahal Sunan memang sensitif tanpa aku. Huwaaaa....



selfie sikittttt

9 April 2015

Dating with Sunan : Fast & Furious 7

Kisahnya Selasa lepas tapi baru hari ni dapat chance nak cerita. Semalam busy amat siapkan kerja ofis. Balik pula uruskan Sunan. Dia demam semalam. Rindu papa lah tu. Beliau outstation ke Kuantan since Isnin malamm hari tu. So agaknya dah dua hari dia tak bau papa, tu yang demam.

Selasa tu decide nak tengok wayang. Mula-mula Isnin lagi nak pi. Dah otw nak pi beli tiket pukul 9.30 pm alang-alang keluar makan. Tiba-tiba dapat call suruh beliau naik Kuantan jam tu juga. Fioneee.. Ai okay je. Tak macam dulu dah. Kalau dulu, pantang beliau kena outstation, mesti nak jebik nangis. Sekarang dah kuat okay. Siap suruh pergi cepat-cepat. Kongajo sangat bini Amit ni. Hahaha.

So dalam pukul 6 pm aku keluar rumah dah. Sepupu beliau, Manja, ikut sekali. Memang sekarang ni dia je lah member aku kat Kg. Kuantan ni. Sedih betul hidup. Haha. Sampai je, beli tiket and tunggu. Aku memang bawa biskut untuk Sunan since dari rumah lagi. Manja pun beli air and popcorn. Sunan ni kena ada makanan baru dia behave. Kalau tak, dia boleh jadi raksasa.

Sejam pertama dia sangat behave tau. Masuk jam ke dua, dia dah jadi monster. Jerit nangis-nangis. Pujuk -- senyap kejap dalam 15 minit. Then buat lagi. Last-last aku bawa dia keluar. Main lari-lari depan hall. Lepas tu masuk and duduk kat tempat pejalan kaki tu. Dalam 10 minit juga. Then bawa semula ke seat. Dia okay dalam 10 minit lepas tu merengek lagi. Last-last aku bersila kat bawah and dia main sepahkan popcorn. Sampai habis aku bersila bawah tu. Seronok pula rasa. Macam kat rumah tau. Kepala je nampak. Kihkihkih.

Review filem :

OHSEM GILA!!!!

Aku memang die hard fan FF. Memang kalau tak dapat tengok boleh rasa nak terajang orang. Haha. Suka tengok kereta laju-laju dalam tu tapi membebel bising-bising bila beliau start tekan minyak 80km/j. LOL. Aku dah agak dah FF6 & FF7 ni memang berkaitan dengan Tokyo Drift. Sebab Sung Kang mati dalam Tokyo Drift and FF6. Kiranya turutan filem ni start dari FF6 ---> Tokyo Drift ---> FF7. Gittew. Eh, pepandai je aku. Hahaha.

Part last paling sedih. Aku menangis merembes diam-diam tau. Malu orang tengok. Nanti mula ada yang cakap ; " Orang Palestin beribu-ribu mati tak nangis pun. Retis kapir mati menangis beriya." Percaya lah -- aku juga banyak menangis untuk saudara di sana. Tapi ye lah, kita manusia. Kalau dah suka and sayang sesuatu, mesti rasa sebak kalau kehilangan. Sama je situasi dia. Selalu tengok Paul Walker dalam FF tapi tiba-tiba dia mati. Sedih wooo.. Aku selalu buka youtube and tengok dia crash semua tu. Saiko sangat.

So pergi lah tengok filem ni. Best cakap lu. Tyrese paling win okay. Hahahahaha!

Beliau balik nanti kena repeat tengok ni.


6 April 2015

44 hari. Al- Fatihah.

Hoi! Lama gila tak update blog. Tak tahu apa nak tulis sebenarnya. Malas pun ada jugak ni. Haha. Last entry bulan January okay. Ni dah April. Sangat lah nampak kemalasan di situ. Padahal banyak je benda nak cerita tapi bila dah depan laptop,terus blank. Kihkihkih.

Semalam aku bertandang rumah bff dekat-dekat dengan rumah aku juga. Baru semalam dapat chance nak jumpa dia sejak suami dia meninggal. Masa papa (nama arwah is pejal. Kami member-member baik panggil papa je.) meninggal,aku kat Selangor. Tak sempat balik pun. Yang sempat ada dengan kaklang (nama panggilan dia) just Kadir and bini dia. Aku and Zana duduk jauh. Berkirim air mata dalam fon je.

So semalam dapat lah aku dengar cerita dari mulut dia secara live. Sebelum ni dalam wechat je. So pepaham lah kalau chatting ni. Sekerat-sekerat je dapat hadam pun. Masa dia cerita tu dia nampak tenang sangat. Aku yang dah nak merembes air mata tapi aku tahan. Aku kan jiwa rapuh kekadang. Hahaha. Ye lah, banyak kali dia ulang yang dia kuat. Sekuat mana pun perempuan, mesti ada yang sungging sedih. Banyak kali aku pesan, menangis je kalau rindu. Sebab aku tak berapa setuju istilah arwah akan sedih bila tengok kita sedih. Kan mati pisahkan hubungan kita dua dunia. Yang dibawa just amalan, ibadah and doa. Kan?

Dia cerita papa meninggal dalam perjalanan ke hospital. Padahal hari sebelum tu and malam tu dia sangat sihat wal'afiyat. Langsung tak ada tanda sakit. Sebenarnya, kaklang, papa and anak dorang, Damia (which is sebaya Sunan. Kau bayangkan sedih tak sedih)  baru balik dari Johor sebab papa orang Johor. Sebelum balik Pahang tu dorang singgah Melaka dulu. So memang kurang rehat lah si papa ni.

Adik beradik kaklang ni ramai tau. Kalau semua balik memang penuh rumah sebab rumah tak besar mana. So yang mana jantan-jantan tu pacak khemah depan rumah and tidur situ. Mula-mula papa nak join sama tapi tiba-tiba dia masuk dalam rumah and baring sebelah kaklang and peluk. Dia cakap kat kaklang nak tidur sebelah sebab dia penat sangat. Dia nak tidur 'lama'. Kaklang ni tak ada lah syak apa-apa so dia suruh lah laki dia ni tidur je sebab penat ya amat. Sebelum lelap papa cakap kat mak mertua dia yang dia nak tidur dah. Then dia lelap.

Dalam pukul 3 am macam tu, papa sesak nafas. Terus dorang bawa pi klinik kesihatan Karak. Biasanya memang ada HA/MA yang on call and nama + nombor telefon memang tertampal depan klinik. Bila ada kes kecemasan memang WAJIB ada kat area klinik untuk ambil tanggungjawab rawat pesakit no matter pukul berapa pun time tu. So kaklang call lah tapi tak berjawab. Pergi rumah pun tak ada yang bangun sahut. Bila tanya guard klinik, dia pun tak tahu mana semua yang ada dalam tu pi. Boleh? Aku pulak yang hangin dengar okay. Haramjadah sungguh.

So dorang decide bawak pi hospital Bentong which is 20minit perjalanan. Dah lah papa tu sesak nafas sekat-sekat, nak tak nak kena jugak bawak. Last choice kata orang. Baru separuh perjalanan, adik kaklang yang drive kereta tu kejut-kejutkan papa tapi dah tak ada respon. Kaklang duduk belakang sebab tengah susukan Damia. Terus longlai lutut. Ya Allah, masa dia cerita ni memang aku sebak ya amat. Dah lah tengah bf Damia, suami pulak meninggal masa tu. Allah...

Dalam dua minggu jugak Damia meragam rindukan papa dia. Ye lah, sangat rapat. Pagi-pagi sebelum papa pergi kerja, memang dia yang mandikan Damia. Kalau petang pulak, bila habis Upin Ipin 5.30 pm tu, terus Damia meluru ke pintu sebab time tu papa dia balik. Bila papa meninggal, kaklang balik rumah mak pak dia. Pun Damia akan buat benda yang sama bila habis Upin Ipin. Boleh kau rasa apa yang kaklang tanggung?

Semalam masa pi, beliau lah yang melayan banyak si Damia. Di ribakan, di cium bagai. Si Sunan pandang jerit-jerit. Bila beliau pangku Damia, dia datang and tolak budak tu sampai jatuh. Tahu cemburu pulak dia. Dah lah papa Damia ni tak bagi langsung orang sakitkan Damia. Datang anak aku terus dicepuk budak tu. Si Damia sengih je. Ish,rindu pulak. Masa balik tu banyak kali dia cakap kesian Damia..kesian Damia.. Aku diam je. Tahan air mata sebenarnya. Damia tu sebijik papa. Kalau senyum, mata mesti tersepet. Hahaha. Aku memang sekali dua je jumpa papa. Tapi bila jumpa memang macam kenal bertahun okay. Siap bahan membahan.

Dulu kan aku ada 3 orang kawan baik, Zana, kaklang and Kadir. Ni masing-masing dah berkeluarga, memang tak jumpa nau nau lah kan. Masing-masing ada anak dah. Percayalah --- Aku tak pernah lagi jumpa anak Zana si Minmin tu even dia dah setahun. Time dia balik Karak, aku tak ada. Time aku tak balik, dia balik. Anak Kadir pun belum jumpa lagi. Tunggu lah nanti masa raya. Nak gather-gather tengok gelagat bebudak ni jumpa geng. Ye lah, 4 kepala semua. 2 lelaki 2 perempuan. Semoga membesar dengan rapat lah hendaknya macam mak pak dorang. Jangan pi karoke sama-sama lepas tu vehrangan nak jadi artis sudah. Aku pang kang. Hahaha.