Awesome Followers

17 September 2013

Bertuah Okay!

sekarang kalau jam dah sampai pukul 9 malam,jangan harap aku dapat nak jejak kaki ke dapur goreng telur ke,masak air ke,cuci pinggan ke ape. nak panaskan lauk untuk beliau pun tidak. sebab beliau akan halau aku duduk depan baring-baring tengok tv. kena berehat. awww...

bukan lah aku nak manja lebih ke ape kan. dah memang laki aku sangat prihatin. beliau takut aku letih melampau yang boleh jejaskan kandungan aku. memang sekarang aku cepat sangat letih and mengah. okay alasan pompuan malas. hahahaha..

pernah sehari tu aku duduk baring je.
beliau lah yang cuci karpet.
jemur karpet.
mop dapur.
basuh pinggan.
serius,terharu sangat. alhamdulillah.

bila malam,pinggan ada yang tak berbasuh,beliau yang basuhkan. lepas tu susun pinggan yang ada dalam penapis pinggan ke rak pinggan. 
kelentung kelentang lah bunyi dapur tu.
ada jugak aku jenguk-jenguk.
berwibawa je tengok perlakuan beliau.
*sila jangan jeles*

even beliau letih balik kerja,still layan jugak kerja rumah yang ada.
memang beliau layan aku bak princess gojes okay.
oh laaaaa...

No comments: