Awesome Followers

27 October 2014

Terjumpa 'DIA'

Jumaat lepas aku balik Karak sebab kenduri kahwin pektam kan. So aku gerak dari rumah dalam pukul 8 and singgah mengketedarah kat kedai yang aku kata sedap dalam entry dulu tu (klik SINI) . Setel makan sambil tengok bola Pahang vs Kedah yang mana Pahang membelasah Kedah 5-0 untuk ke final yang mendatangkan jiwa gelabah aku sebab terlampau excited,terus lah mengangkat badan yang kekenyangan untuk berangkat pulang. Ayat kau Fara,menyampah sangat. Haha. Macam biasa,beliau akan tengok jam and mula estimate time pukul berapa akan sampai. Memang hobi dia. Biarkan lah.

Jalan memang sangat lengang selepas dari tol Gombak. Just dekat Selayang yang macam banyak kenderaan tapi still smooth je jalan. Tak ada lah sangkut-sangkut. So beliau buka lagu then melalak sampai serak suara dengan iringan tarian aku. Lepas tu pandang orang kiri kanan kut-kut ternampak perbuatan tak semenggah aku tu. Sunan dah tidur lama since masuk LATAR lagi. Memang senang lah dengan dia.

Sampai kat Petronas Siti Nurhaliza *jangan tanya kenapa nama dia macam ni* yang kat highway sebelum tol Bentong,beliau buat pitstop dulu. Time tu dah pukul 10 pm ++ macam tu. Lama jugak berhenti sebab lenguh. Ye lah,beliau balik je kerja dalam pukul 7,aku terus kerah mandi and siap-siap untuk balik Karak. Sangat lah gelojoh bini sekor ni. Mujur beliau tak banyak bunyi. Okay je siap-siap and gerak.

Sampai kat petronas Karak dalam pukul 11.30 pm. Memang lengang gila kat situ. Kat jalan yang aku lalu pun tak ada kereta. Kat petronas tu lagi lah,kosong. Memang tak pernah lah aku nampak petronas tu kosong ya amat. Selalunya ada lah jugak pekerja dia kat luar tu barang seorang dua. Kebetulan beliau bawa agak slow masa lalu situ. Aku terpandang kerusi meja batu kat tepi tandas petronas tu. Then.......... aku ternampak seorang perempuan rambut panjang pakai kemeja putih lengan panjang kalau tak silap tengah duduk menunduk kat situ. Rambut dia dilepaskan sampai paras lutut *sumpah meremang lagi masa menulis ni*. Automatik aku cakap dekat beliau....

A : Anim rasa anim nampak sesuatu lah. Kat tandas petronas tu...
B : Apa dia??
A : ** cerita apa yang aku nampak**

Automatik kami pusing balik tak sampai 2 minit kami lalu jalan tu. Semata-mata nak tengok betul ke tak atau aku ni ngigau lebih. Haha. AKu cakap kat beliau,kalau dia ada lagi,maknanya dia manusia. Kalau tak ada,faham-faham lah. Ye lah,takkan sekelip mata dia blah kan. So,lalu lagi,memang hilang. Lama jugak kami tunggu kut-kut dia masuk toilet ke apa kan tapi tak keluar-keluar. Apa lagi,blah la. Kesian Sunan je kang.

Aku suruh beliau singgah kat pekan Karak depan mamak Hamza. Sebab orang kata,kalau ternampak and tertegur,singgah dulu mana-mana and jangan terus balik. Biar dia turun dulu and tak ikut kita. 
Gitu..

Selamat Pengantin Re-new


Sabtu, 25 Oct. 2014 bersamaan 1 Muharram 1436H yang lepas, Pektam Alok (adik abah) selamat diijabkabulkan dengan Mektam Nor. Ni dikira perkahwinan ke-3 pektam. Sebab tu ucapan aku macam tu. Hahaha. Perkahwinan pertama,tak kekal lama sebab mektam dipanggil Tuhan lebih awal. Dikurniakan satu-satunya anak perempuan,Ayu. Perkahwinan ke-2,bercerai hidup. Jodoh tak lama. Apa nak buat. Kali ni ke-3. Moga kekal sampai sorgaaaa.... Pektam ni sebijik sebijon ngikut arwah atok Mamat yang jugak lah bernikah 3. Okay lah tu,ada pewaris. Hahahahaha.

Aku gerak balik Karak,Jumaat malam Sabtu. Jalan tak jem langsung sampaikan aku dengan beliau boleh joget-joget dalam kereta and melalak. Sunan of course membuta. Keluar je ke LATAR,terus lelap. Senang jaga kau ni nak. Mama gumbira. Tapi sampai rumah ibu dalam pukul 12am jugak atas sebab-sebab yang gile meremang bulu roma kalau aku ingat balik. Aku cerita kat entri lain nanti. Phewww.. Terbayang lagi sampai sekarang.

Pektam akad nikah dalam pukul 12 pm. Pagi tu ibu dah gegar bilik awal kemain padahal pukul 11am baru bergerak ramai-ramai ke rumah pengantin perempuan. Sabar je lah. Tema family warna kuning. Ibu and kakngah dah belikan siap-siap baju aku. So ada lah kuning tu. Tapi Sunan dengan papa pakai baju warna lain. Kita anggap je lah warna kuning ye. Sunan ada je romper kuning tapi idok lah sesuai dengan mejelis gitu. Papa memang tak ada baju warna kuning. Takkan nak pakai baju safety atlas copco kan. Berkilat striking je kang. Silau mata pengantin.

Eh,malas lah nak cerita panjang-panjang. Tengok lah gambar-gambar ini semua yang ai hidangkan. Just satu je nak bangga. Sunan langsung tak meragam merengek. Heaven!!!
Dah sampai pun kena selfie jugak. Tapi aku tak sempat sebab follow belakang kereta Pakcu Kia then sesat. Dia konfiden je jalan tanpa rasa bersalah. Hahaha!

sebelum berangkat harus lah selfie sekilo dulu.

gambar trio mak-mak dara and anak dara is wajib.
tunggu akad nikah. siap pakai mic lagi. kalah aku dulu. 

lafaz taklik pula selepas akad nikah dengan sekali lafaz. Alhamdulillah...

Tak banyak pic dalam fon aku ni. Itu pun atas ehsan sepupu aku si Adam yang tolong whatsapp kan. Kalau tak,memang idok le hado. Ai kan busy dengan rumah dan tangga. Hahahahaha...
Kebetulan rumah abang mektam baru aku ni berhadapan dengan rumah bestfriend time kecik-kecik dulu so pergi lah buat lawatan. Masa aku sampai,Farahana tak ada sebab hantar orang pergi marhaban. So aku tunggu kejap and borak-borak dengan mak dia. Dah besar adik-adik dia. Last aku jumpa farahana masa aku habis darjah 6. Sekarang aku dah 25 tahun. Tak ke laaaaamaaaaaa sangat tu??

Farahana sampai je terus suasana diri aku jadi kecoh. Even dah lama gila tak jumpa,tak ada lah nak rasa segan ke hapa. Iye lah,even dalam facebook pun tak bertegur sangat. Apakah ketahian ini wahai fara?? 

Lepas kenduri tu kami terus pecut ke Kuantan. Ibu,abah,kakngah,Syira and Mika 1 kereta. Aku bawak Pakyai,adik Faiz and Ina. Entri tu nanti-nanti lah ye. Tunggu lah esok lusa *bajet sangat lah orang baca belog kau*.

SELAMAT PENGANTIN BARU PEKTAM!!!!

24 October 2014

Selamat Ulangtahun Abang!

Semalam birthday abang yang ke-32. Senang je nak ingat birthday dia sebab esoknya (hari ini) birthday Sultan Pahang,which means sama birthday dengan arwah pakngah jugak. Eh,happy birthday pakngah yang satu-satunya. Pakngah ni adik ibu,the one and only. Tapi umur tak lama. Pun dipanggil Tuhan,setahun selepas nenek pergi. Ibu dah tak ada sapa-sapa kecuali kitaorang. Gitu.

Tak banyak nak dicoretkan untuk abang. Dah tercoret di hati sekian lama. Takkan terpadam sampai mati. Biar terpahat kukuh. Biarkan. Jangan usik lagi. Nanti berjejeh air mata. Dia dah damai pun kat 'sana'.

Sampai bila-bila pun,dia tetap abang paling kelakar tahap bergelak sakan pecah perut.
Al-fatihah....

HAPPY BIRTHDAY ABANG!!!


23 October 2014

Kazans Day Out - Part 2

Pagi Ahad tu mula-mula tak plan nak pi mana pun sebab masing-masing still penat and nak kumpul tenaga untuk balik. Then tiba-tiba abah kata bosan duduk rumah,better keluar. Ok laaa,abah dah pandai request. Bergegas lah masing-masing mandi and bersiap. Bukan senang abah nak offer ok. Paling excited of course aku. Bab berjalan ni memang aku laju je. Gile tak bosan duduk rumah time weekend. Dah lah minggu sudahnya,Sabtu Ahad terperap kat rumah sebab beliau kena kerja. Minggu ni kita pulun habis lah kan. 

Aku dengan beliau plan last minute untuk ke Taman Alam. Si Mieya sibuk nak tengok monyet. Dari malam tu lagi dia bising nak tengok. Takkan memalam buta nak bawak pi Bukit Malawati kan. Gila? Haha. So bawak lah semua ke Taman Ikan Air Tawar,Taman Alam. Abah kan suka ikan. Dah sampai situ,menggila lah dia dengan menantu nya tu tengok ikan yang ada. Dah tu asyik lah cakap,"Kenapa lah awak tak pernah bawak abah datang sini? Ni asyik tengok monyet je.." . Idok lah kami pun terfikir abah wei. Itu pun beliau ajak tengok burung kat Taman Alam,ibu tak nak. Tak larat dah nak jalan sebab nak tinjau burung tu kena masuk ke dalam lagi. So lenkali lah cerita dia.

Aku,ibu and kakngah just duduk kat pondok tepi tu the selpi and bergambo sampai lebam. Itu je lah yang kami pandai. Nak komen pasal ikan,kang melalut. Ikan keli kata sembilang. Ikan paus kata puyu. Ok tipu.

lagi gambar bajet retis. Make up by Reena Kamarudin

the budak yang hyper

Dah puas tengok ikan,cari kedai ABC pulak. Kebetulan panas terik,tekak haus. So mari ke Tanjong Karang sebab ada Cendol Durian Borhan. Sampai je usha menu dulu. ABC yilek. Semua cendol. Tekak aku memang tak boleh terima cendol sebab bagi aku,santan tu untuk masak,bukan buat minum. Gitu. Bingai punya otak. Haha. Sekali aku order cendol pulut. Bila dah makan tu,terus rasa nak lagi tapi malu nak mintak. Pelahap sangat gayanya. Pulut tu yang buat sedap. Tengok lah esok lusa ajak beliau lagi makan kat situ. Beliau order cendol biasa and chicken chop. Serius talk,chicken chop dia memang thorrrrrr-baikkkkk... Sedap weiiii... Black pepper dia memang sedap-sedap rasa gitu. Tak pekat sangat. Alamak,menjejeh rasa ailio ni bila teringat. Nakkkkkkk!!!!

Siap memenuhkan tangki perut,terus lah kita balik untuk berehat. Ibu abah kata nak balik pukul 5 nanti. Aku pun terus diselubungi sendu. Haha. Beliau pulak tak bagi abah balik. Beliau memang cenggitu. Kalau abah datang sini,beliau tak bagi balik awal. Kalau kami balik sana,beliau tak nak balik sini awal. Sanggup ponteng kerja asalkan dapat berlama-lama. Kesian abah kata dia. Aku pulak yang kena heret paksa beliau balik. Ni abah sapa sebenarnya ni. Aku ke dia? Hahaha. Tapi abah kena balik jugak Adik yang lelaki tu tinggal sorang-sorang kat rumah. Kang kering pulak kat rumah tak makan. Dia malas masak. Tau-tau makanan dah depan hidung. Anak bujang kate ko.

Lepas ibu abah balik,terus sunyi rumah. Terus mati kutu. Aku pandang Sunan,Sunan pandang aku. Aku pandang beliau,beliau pandang aku. Dah tu,jom lah ke rumah mak kasi tenang jiwa. Gitu kekdahnya...

Kazans Day Out - part 1

Jumaat lepas ibu abah kata nak datang. Tapi last minute cancel sebab kakak and adik perempuan aku pun nak join juga. Sebab plan nya,ibu abah datang Jumaat and Sabtu tu boleh pi melawat dua orang tu kat Putrajaya. Tapi dah disebabkan dia orang nak datang jugak,baik lah. Menurut perintah. So ibu kata dia datang Sabtu pagi tu. Ok laaa,ok laaaa.. Ada masa lah nak kemas rumah yang serupa kena belalai air. Aiceh,mementang tengah fenomena hot. Nak juga dimention.

Sabtu tu ibu gerak lambat. Dalam pukul 9.30 macam tu. So kita ada masa nak mengketadarah dulu. Siap-siap ajak beliau keluar. Tekak teringin nak makan nasi lemak tapi nak makan nasi lemak yang paling sedap. Boleh? Beliau pulak asyik tak tahu kat mana. Nyudahnya makan kat kedai mak Sairul je. Sairul ni rakan sekerja kami. Masa kami sampai tu,nasi lemak dah nak habis. Cukup untuk aku sorang je. So beliau kena lah mengalah kalau tak nak tengok aku gigit meja. Hover sangat.

Balik rumah lepas makan,terus gegas buat kerja rumah. Beliau sapu sawang labah-labah yang dah macam negara aku tengok. Punya lah menandakan kami ni sangat lah busy sampai tak ada masa nak cuci semua tu. Pffttt.. Padahal malas nak mendongak atas. Hahaha.. So gigih lah beliau cuci segala yang ada. Aku just sapu sampah and tengok tv. Sapu sikit,tengok tv banyak. Gitu. Ai kan manja. Bhahahahaha. Mop lantai pun beliau yang buat. Memang mithali sangat lah beliau time tu. Sejuk hatiiii... Haha. Padahal memang banyak kali lah beliau tolong mengemas and masak kat rumah tu.

Ibu sampai dalam pukul 12. Time tu kerja rumah dah setel so bergolek dengan Sunan sambil tengok cerita Barbies. Dengar je bunyi kereta abah,terus bingkas bangun. Orang pertama kat depan pintu is Mia si Mak Enon. Haha. Tapi bukan aku yang dia terjah macam dulu-dulu. Sunan! Ok,ok.. Ai red-doooo.. So semua plan nak pi pantai dalam pukul 4. Masak-masak untuk lunch then semua pun terbongkang tidur dulu. Semua nak kumpul tenaga balik kengkonon. Aku je dok layan Ghajini sesorang. Eh,sedap tau cerita tu. Aamir Khan berlakon. Ganas sangat muka dia. Awww...

Beliau kata mak nak ikut. Ok,kita bawak mak. Plan pukul 4,tersasar pukul 5.30. Itu biasa bagi the Kazans. Lagipun kalau keluar awal-awal,panas pulak kan *sedapkan hati* . Pukul 5.30,ambil mak then terus pecut ke Pantai Remis. Macam biasalah,weekends,memang ramai orang so kami yang tak berapa nak suka crowded ni,ambil port jauh sikit dari orang. Kang nak selpi-selpi,malu pulok orang dok tengok. Haha. Ai kan wanita tulen ayu sejati. Kang kalau orang tengok,terus merah padam jadi anjelina joli pulak posing. Eh. 


gambar yang bajet retis perlu la hado. haha!


Lepas dah puas hadap laut yang dalam hati asyik lah takut kut-kut ter-tsunami sebab angin kuat lah jugak,moh la kita bergerak ke Giant Kuala Selangor. Abah ibu memang akan tak pernah miss nak tolong belikan barang dapur aku even aku tak bagi pun. Mati-mati nak jugak belikan even just se tin susu. Mujur beras dia tak belikan sebab aku tegas mengatakan yang kami laki bini memang lah sangat tak makan kat rumah. Means,jarang masak nasi. Kekadang satu pot je sehari,itu pun tak habis. Beras 5 kg boleh tahan sebulan lebih uols. So,dah sampai Giant,adik aku yang Syira tu mula rambang mata tengok roti-roti and kek bagai yang ada dijual kat kiosk dalam tu. So ibu belikan lah untuk kudap-kudap malam tu kengkononnya. Sudahnya,tak habis sebab tak berapa nak kena tekak. 

Balik dari Giant,terus singgah makan kat kedai Serasi Tomyam,area Cendol Bakar kat Assam Jawa. Serius makanan dia sedap kena tekak weols. Mak mertua aku kan bukak kedai makan. Bab rasa-rasa makanan ni memang dia superb lah. So kalau dia kata makanan tu sedap,sedap betul lah tu. Sila lah cuba makan kat kedai ni. Puas hati digerentikan. Murah pun tersangat lah murah. Hey,memang puas hati sesangat lah.

Malam tu plan nak karoke terus ke laut sebab aku dengan Sunan dah terbongkang dulu dalam bilik. Kita layan karoke dalam mimpi je lah ye...