Awesome Followers

7 March 2018

LAMA TAK BERSIARAN

Hai and Assalamualaikum korang.

Lamanya aku tak update blog. Ada cerita tapi malas nak menaip. Bila tengah rajin nak menaip, cerita pula gone with the wind. Biasa lah. Writer block memang selalu terjadi. Aicehhhh... Macam lah penulis novel tersohor. Padahal penulis blog sendu hidup segan mati tak mahu je ni. Kah!

So, apa cerita korang? Aku macam biasa lah. Menyibukkan diri dengan lambakan kerja. But u know what. Aku rasa macam enjoy pula buat semua kerja yang banyak. Aku rasa macam aku hanyut je dalam kerja tu. Ye lah, rasa macam ada dalam dunia sendiri. Tak perlu fikir hal lain. Okay lah, smule juga ada dalam fikiran. Sebab sambil buat kerja, aku melalak. Hilang boring gittew.

Actually nak cerita pasal keajaiban yang terjadi pada diri dahku ini. Eh, tak ada lah ajaib bebenor. Tapi bagi aku yang alami ni, rasa macam -- WAH, KENAPA LAH AKU DI UJI BEGINI? Hahahaha. Kemain dramatik sangat kau Fara.

Okay, begini ceritanya.

Last year aku dapat satu bantuan kewangan ni. Tapi bukan aku yang sendiri suka-suka nak applied tau. Ada sorang amil kat Kuala Selangor  ni yang baik hati nak tolong aku. And atas desakan orang ramai, aku pun isi sajork. Tapi this year aku dah tak dapat bantuan tu. Nama aku di-terminated sebab memang dari mula lagi aku tak layak. Just atas pertolongan orang tu and atas izin Allah, aku dapat. 

So disebabkan aku dah di-terminated, amil tu suruh aku isi sekali lagi. Rayuan lah kiranya. Aku berat hati sangat sebenarnya tapi macam biasa atas desakan, aku isi juga. But setiap kali aku nak bagi balik form tu kat amil tu, ada je benda jadi halangan. Macam contoh -- Aku dah jumpa dia tapi form pula tertinggal. Form 24/7 dalam bag aku, dia pula aku tak jumpa-jumpa. Bila whatsapp nak jumpa, last minute tak jadi. Gittew. Lastly, form tu hilang ghaib tanpa dikesan. Padahal aku simpan elok kot. Entah ke mana pi dia. 

End up, aku redhakan. Lantakkan sana. Sebab aku tahu bukan rezeki aku nak dapat lagi bantuan tu. Ye lah, memang bukan hak aku kan. Ada lagi yang memerlukan selain aku. Bukan nak sombong ke apa tapi memang betul. Ramai lagi yang merempat kais pagi makan malam kat luar sana. So aku anggap itu rezeki dorang.

Selepas dari kejadian redha-meredhai tu, ada dua benda yang ajaib jadi kat aku.

1st -- 

Boss terus decided untuk aku fully take over his mum Insurance company starting this month. And dia naikkan allowance aku lagi RM300.00. And I was like -- Nganga je lah. Padahal dalam hati excited plus berdebar and takut. Sebab ada tanggungjawab baru aku kena bawa. And masih bertatih lagi ni. Doakan aku gaissss.

2nd --

Selasa (dua hari lepas), aku pi bank nak cash kan chq. So macam biasa aku logged in MBB2U dulu sebab nak tengok nombor account. Biasa lah, faktor usia, lupa memanjang. Tapi yang buat aku terperanjat, account balance aku ada RM95.22. Sebelum ni aku ada RM5.22 je ye kawan-kawan. Ye aku tahu sadis amount banyak tu. Hahahaha. So dari mana datangnya lagi RM90 tu?? Puas aku scrolled down all transaction but lastly aku biarkan je. Lantak kan sana. Ada lah tu duit terselit bak kata akak kaunter bank tu. See, dengan lurus pembarisnya aku pi tanya akak kaunter tu pasal transaction aku tu okay. 

So kat situ aku dapat buat kesimpulan. Allah gantikan dengan benda yang lebih besar daripada apa yang aku lepaskan and redhakan. Because He will not gives us what we want but what we need. Cehhhh.. Speaking London pula.

Okay lah, petir berdentam dentum kilat sabung menyabung hujan mencurah-curah sudah. Tidur sedap ni. Anak-anak pun dah hanyut dibuai mimpi. 

Till we meet again not so soonnnnnn.

No comments: