Awesome Followers

29 November 2016

SEKALI LAGI -- SEJARAH BERULANG

Hai korang --

Ingat tak dulu aku pernah cerita pasal kilang lama aku yang dah tutup sebab bankrupt tu? Yang kat Bentong Pahang tu? Oh, alhamdulillah, pampasan dah dapat minggu lepas. Even tak banyak mana, okaylah dapat buat belanja. Terus iols sambar oven sebiji. Hihihi. Okay, okay, sambung balik.

Sekarang aku still kerja kilang tapi kilang sawit. Almost setahun. 1/12/2016 ni genaplah. Tapinya....

KILANG NI PUN NAK TUTUP JUGA!!!

Hahaha.

Aku tak tahu lah aku ni manjai ke apa. CPP dulu tu pun, aku masuk almost setahun, tutup. KKPOMB ni pulak jadi benda yang sama. Tapi tak bankrupt, just nak tutup. Tak tahu lah gelak ke nak apa. Hahaha.

Khamis ni dah start bagi notis and termination letter kat semua pekerja, kecuali aku. Dan semua pun akan dapat pampasan, kecuali aku. 

Kenapa?

Haaa, kat sini lah aku start rasa serba salah dengan semua members yang ada kat kilang ni. Minggu lepas boss aku yang muda ni panggil aku privately meeting, just aku dengan dia. Dia ada bagitahu perlu untuk maintain account company dalam 5/6 bulan lepas kilang tutup. And the person yang dorang dah decide is aku. AKU. Then lepas tu dia offer untuk replace tempat mak dia uruskan insurance company yang mak dia jalankan kat Bangsar tu. 

Mak dia dah tua. Dah tak larat sangat. So kena cari orang gantikan untuk buat runner aktifkan insurance, handle account company and gaji bagai. Disebabkan aku pernah kerja insurance, dia offer untuk aku sambung uruskan hal-hal itu semua. Gantikan mak dia. Tapi once a week je lah aku kena naik sana. Selebihnya aku uruskan dari sini sajork (Kuala Selangor). 

Boss aku ni tak mampu sebab too  much company lagi dia nak handle. Kilang sawit je ada 2 lagi nak kena jaga. Self service laundry lagi. Dekat area Kuala Selangor ni je pun ada 4 biji. Kuala Selangor, Tanjong Karang, Batang Berjuntai and Jeram, Sungai Buloh. Belum yang kat KL lagi. So sangat banyak beban dia.

Semalam, sekali lagi dia panggil aku privately. Discuss pasal termination letter, bila nak bagi, macam mana pampasan dorang bayar etc. Then tiba-tiba dia cakap dia dah decide nak ajak aku jadi business partner dia tapi job aku just handle account je. Kalau ada mana-mana company dia yang lain ada kerja berkaitan account, terus pass kat aku. Mak aih. Tahukah beliau bahawa aku stil confuse antara debit and credit? Hahahaha.

6 bulan, aku just maintain kerja kat office. Jawab call, payment bagai etc. But, most of the time, aku kena datang office SORANG-SORANG! Ye lah, dah semua kena berhenti kerja. Scary kalau fikir benda ni. But the best part is, aku boleh bawa Sunan. Yeayyyy!!! Harus ada orang teman aku kat sini. Kang kalau aku sorang, buatnya aku tengah menaip kat computer aku, dia dok sibuk menaip kat computer kosong sana. Terkincit mak nak.

Lepas 6 bulan, kalau semua smooth, aku boleh sambung kerja kat rumah. Hoorayyyy!!! Ada masa-masa tertentu je aku kena datang office atau kena jadi runner kat KL nu hah. Terbayang juga keseronokan dapat flexible job ni. Huhuhu.

Tapi tu lah.

Kesian sangat dengan pekerja lain. Mana yang duduk quarters ni, yang tak ada rumah lain, menggagau nak cari rumah. Satu hal pula. Terkenang kan member-member office ni pula, sedih menggunung hoi. Lepas ni sunyi sepi lah suasana. Pasang lagu Big Bang pun boleh menangis nanti. Huwaaa.. Tak terbayang weh.

Teringat dulu macam mana perit bila kilang tiba-tiba stop operation. 

Sekarang merasa lagi.

RIP.

11 November 2016

ALAHAI SUNAN

Jarang dah cerita pasal anak. Asyik cerita pasal entiti je kan. Hahaha. Nak main smule pun battery dah kong. Kita tulis entry lah. 

Sunan dah 2 tahun 7 bulan. Dah besar. Dah boleh kerja. Eh. Hahaha. Gurau gurau. Since ada adik, dia dah boleh sangat diharap buat itu buat ini. Sekejap kang, "Abang, tolong ambilkan pampers Don." Sekejap lagi kang, "Abang, tolong ambil tuala Don." Bla bla bla. Kadang-kadang naik fed up mamat tu. 

Bila sampai malas dia, jangan kau suruh dia bergerak seinci pun. Memang nan hado lah. Cara aku kalau nak suruh dia tolong dalam keadaan malas is panggil dia abang buaya. Contohnya macam "Abang buaya, tolong ambilkan botol susu adik buaya tu." Haaa, gitu. Laju lah dia pi ambil dalam keadaan meniarap macam buaya. Hahaha. Kenapa panggil dia buaya? Sebab dalam banyak-banyak binatang dalam dunia, dia paling suka buaya. Sampai cakap sayang buaya. Kau rasa?

Mengamuk nombor satu. Kau lambat suap dia makan pun boleh jada gaduh okay. Lambat buat susu, lambat tukar channel tv, tak riba kan dia masa dia nak menyusu bila sampai angin dia nak beriba. Huisshh, urut dada mak kau ni nak. Pernah dia mengamuk sebab meehun yang dia nak makan tak dapat masuk dalam mulut sebab nak sangat pakai chopstick. Aku kengkonon makan pakai chopstick, dia pun nak. Tapi tak reti. Then meraung. Hahaha. Malas layan. Last-last aku juga kena suapkan pakai bendalah tu. Banyak juga makan dia.

Since ada adik ni, manja dia melampaui batasan Gunung Everest. Huuuu, sangat manja. Dulu tidur tak suka peluk. Sekarang dia sendiri akan peluk badan kita. Ada masa dia nak menyusu sambil kita yang pegangkan botol dia. Ada masa dia nak beriba sepanjang tengok tv. Naik lenguh peha mak ni ha. Tak pe lah nak, mama redhoooo.

Sunan sangat ganas okay. Dalam manja pun dia boleh jadi raksasa sekelip mata. Dia suka suruh kita lilitkan napkin kat kedua-dua pergelangan tangan. Lepas tu dia masukkan tangan dalam bantal kecil yang bersarung kengkonon captain America punya perisai. Haaa, terus lah dia membuas. Kalau tak ada papa, mama jadi mangsa. Kalau mama busy kat dapur, Don lah yang kena. Si Don ni pula jenis sengih gelak je memanjang. Kalau dia meraung menjerit tu maknanya Sunan dah beralih watak menjadi buaya atau zombie. Pipi Don jadi mangsa.

Pernah sekali tu dia gigit pipi Don sampai Don ni menangis non stop almost sejam. Dia diam sekejap lepas tu sambung sendu. Punya sentap kena gigit masa tu. Nak tahu apa alasan Sunan? Geram sangat. Pipi gemuk kata dia. Hahaha. Kadang-kadang pipi aku pun jadi mangsa. Nak bagitahu yang pipi aku gemuk ke macam mana tu? 

Dulu kan aku ada cerita yang Sunan tak suka layan tv. Haa, sekarang rasakan. Jangan kau harap nak tengok channel lain kalau dah terbuka siaran 550 atau 611. Kalau cerita time tu tak menarik minat dia, fine. Kalau dia macam suka, sila padamkan angan-angan nak tengok cerita lain. Kalau kartun, aku okay je. Dah mak nye kepala kartun juga. Tapi bila sampai bab ultraman, mama surrender. Dulu minat ultraman Taro je. Sekarang ni banyak sangat dah ultraman nye. Ginga lah, Cosmos lah, itu lah, ini lah. Ai tak kuasa.

Kata orang, bila dah ada anak kedua, anak pertama selalu dipinggirkan. Aku rasa tak okay. Anak kedua lagi terpinggir. Mana tak nya, Sunan dapat 99% perhatian. Hahaha. Kesian Don. Kalau time kita nak manjakan Don, dia mula datang mengendeng nak itu nak ini. Kalau tak dilayan, dia tantrum. Haaa, masa ni mama boleh jadi raksasa bayang. Hahaha. Pernah sekali tu, kami nak pi kedai naik motor. Macam biasa aku pangku don, dia duduk kat bakul depan. Eh, tetiba dia mengamuk nak duduk tengah-tengah antara papa and mama. Dah Don nak campak mana? Solusi nya, kami tinggalkan Don kat mak. Sorry Don. Nanti dah besar Don duduk dalam bakul. 

Sebenarnya Sunan ni hati dia lembut. Dia mudah cepat sayang. Mengamuk bagai tu sebab dia nak kan perhatian. Dia rasa macam dia dah tak diperlukan sejak ada adik. Eh, no no ye. Mama papa layan sama rata. Papa tu lagi lah. Dulu ada juga beliau marah Sunan kalau Sunan mengamuk buat perangai bagai. Sekarang nan hado ye. Beliau cuma panggil nama Sunan dengan lemah gemalai je. Lepas tu peluk cium. Mula-mula aku hangin juga sebab anak buat perangai, beliau tak nak marah. Lama-lama aku faham. Emosi dia akan lagi terusik kalau kena marah. Baik lah.

Nakal ke, ganas ke, terlampau manja ke, Sunan is kawan aku paling rapat. Kalah beliau. Aku suka bercerita dengan dia. Cerita apa yang aku buat sepanjang hari kat office. Suka tanya pendapat dia pasal penampilan aku. Sebab dia selalu akan cakap mama cantik. Hahahahahaha. Budak-budak tak menipu okay. Nanti-nanti dia akan cakap,"Abang pun comel." Haaa, habislah puji diri sendiri. 

Semoga membesar menjadi anak yang soleh ye Sunan. Awak kawan baik mama paling ohsem sebab selalu puji mama. Kihkihkih.
Muuaaahhh!!!



Adik beradik aku kata muka aku yang ni sebijik Sunan. Aku yang blah kanan tu ofcos. Hahaha.

4 November 2016

TO WHOM IT MAY CONCERN

Assalamualaikum..

Dato' Sri --

Terima kasih untuk semua kenaikan yang berlaku pantas sekelip mata ibarat tsunami yang membadai pantai. Kami sebagai rakyat marhaen amat berbesar hati dengan penambahan belanja yang bakal kami keluarkan demi kelangsungan hidup harian. Tak cukup tapak tangan, padang matsirat terasa ingin kami tadahkan.

Dato' sri --

Kami rakyat marhaen memang rata-rata bergaji 5 ribu ke atas. Masing-masing mempunyai 3 atau 4 buah kereta yang menjalar ter-parking di hadapan rumah. Masing-masing mampu membeli 'cash' rumah kediaman tanpa perlu membayar pinjaman perumahan yang tinggi setiap bulan. Anak-anak muda sudah mampu mendapatkan rumah sendiri dengan harga rumah yang tinggi tersebut. Kami bersyukur.

Dato' sri --

Apa lah sangat dengan makan ayam, daging, ikan segar sehari-hari. Ikan masin dan nasi kosong sudah cukup mengisi perut lapar kami yang meminta untuk diisi. Mungkin ada yang tinggal di kampung lagi selera menjamah pucuk-pucuk kampung sehari-hari. Bagi yang bekerja sebagai penoreh getah, harga getah yang sangat rendah mampu menampung kehidupan mereka. Kami masih bersyukur.

Dato' sri --

Sekiranya masih ada peluang untuk kenaikan, kami berbesar hati menyeru Dato' Sri supaya jangan berlengah untuk rebut peluang tersebut. Kami rakyat marhaen masih mampu tersenyum dan bergelak ketawa untuk segala kenaikan yang berlaku. Jangan risau -- kami rakyat tidak susah kerana jalan raya masih lagi sesak dengan kenderaan kami dan airport turut dipenuhkan dengan kami rakyat marhaen untuk menunaikan umrah.

Saya mohon agar dato' sri tidak terkesan hati dengan kata-kata syukur dari kami rakyat marhaen yang kais pagi belum tentu petang nanti dapat makan. Kami cuma ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada dato' sri kerana memberi peluang kepada kami merasa kesempitan hidup seperti mana nenek moyang kami sewaktu penjajahan terdahulu.

Cuma satu ingin kami ingatkan.

Rakyat terdahulu dijajah kuasa asing.

Takutlah sekiranya dato' sri terlupa.

Yang tulus ikhlas,
RAKYAT YANG 'KAYA'