Minggu lepas Sunan demam. Agak panas jugak temp. dia. Kebetulan aku pun dah start selesema Isnin lepas. Mana demam tak jengah. Ahad balik Karak sebab Isnin ada interview Majlis Daerah Raub. Tolong doakan dapat ye sebab abah memang berharap sangat aku dapat kerja gov. Bulan lepas (26hb) dah pergi ujian menaip. Ingat tak lepas dah sebab macam banyak sangat ketar. Haha. Aku pun buat derk je pasal ujian tu. Alih-alih dapat surat interview. Hikhikhik.
Ok,sambung balik. Ahad tu balik dalam tengah hari. Macam rush-rush jugak sebab sepatutnya balik Sabtu tapi beliau ada hal. So kena balik Ahad jugak. Ibu abah dah pesan berjuta kali. Balik juga katanya. Kalau petang pun tak ada lagi,nak datang sini angkut aku. Nampak tak kesungguhan di situ? Beliau just hantar je then petang tu balik sekali dengan kakak and adik aku. So malam tu terus ajak ibu abah jenjalan menghilangkan kesunyian hati. Bhahahah. Poyo gila di situ.
Pagi tu dah bangun pukul 5 lebih. Tak ada lah nervous ke hapa sebab macam dah biasa kot. Tak ada lah berpeluh bagai ke. Biasa je. Masa dah sampai pun still okay je jantung. Tak berdegup kencang ke hape. Biasa je. Just google apa yang patut pasal MDR tu je. Buat ulangkaji sikit kate ko. Kang tak lah tergagap nak menjawab.
Bila dah sampai turn aku,memang dia baaaaaanyaaakkkk tanya pasal MDR ok. Mujur aku mampu jawab dengan tenang. Mana yang tak dapat tu,aku say sorry je. Abah dah pesan awal-awal supaya cakap macam tu. Nasib baik aku bukan jenis bebal. Lupa semua. Kalau buatnya aku dok tersengih aje. Haha.
Balik dari interview,dalam pukul 4 macam tu gerak balik Kuala Selangor. Beliau outstation ke KLIA. Buat kerja kat sana. Ibu abah tidur semalaman before balik esoknya. Selasa tu lah aku dengan Sunan start demam. Sunan lah paling kesian. Panas sangat badan dia. Pasang surut lah jugak. Merengek je kerja dia. Selama ni kalau demam pun still boleh bergelak tawa and selera makan pun macam raksasa. ni demam,semua pun tak nak. Nak berkepit je. Masak pun aku angkut dia okay.
Beliau balik hari Selasa malam. Rabu tu beliau pulak dapat sakit pinggang sebab angkat barang berat. Aku dapat tahu pun petang sangat dah. So terpaksa lah ke klinik swasta. Itu pun kena paksa okay. Kalau tak,tak nak nye. Macam abah jugak. Liat klinik. Sabaarrrrrrr aje lah.
Sunan pulak dah start naik bintik-bintik merah masa Jumaat lepas. Demam panas dah surut,naik campak pulak. Patutlah. Nak kena campak rupanya. Kesian dia asyik menangis sebab miang gatal bagai. Orang kata tak boleh mandikan. So tak lah aku mandi. Tapi sedih lah tengok dia tak selesa. Aku lap lap je. Dia macam lega sikit and dah boleh main-main even asyik terhek hek.
Sabtu lepas ke rumah angah,abang beliau, sebab ada kenduri Ahad tu. So datang hantar mak and tolong sikit-sikit. Hajat nak tidur sana sebab ayong and family tidur sana jugak tapi disebabkan Sunan tak sedap badan,tak jadi lah. Before balik dari rumah angah,aku call nurse yang selalu check Sunan tu. Tanya boleh mandi ke tak. Dia kata boleh je. Terus balik rumah and mandikan dia. Terus segar okay and siap boleh bergelak ketawa tak hengat donia. Esok bangun pagi dah surut bintik-bintik dia. Alhamdulillah.
Ahad tu sepupu Sunan si Amin buat cukur jambul and aqiqah. Tetiba pulak angah suruh Sunan join sekali. Aku macam malas sebab Sunan dah buat pun masa dalam hari dulu. Even tak buat kenduri,Sunan bercukur dengan nenek sedara dia and siap dingajikan and dizikirkan sekali. So,siap! Aku pentingkan sunat dulu. Aqiqah tunggu tahun depan kut. Plan nak buat sekali birthday dia dengan Mika and Mieya.
Sunan memang jenis tak suka orang pegang kepala dia. Semalam masa orang nak gunting rambut,dia boleh mengelinjang and menjerit tak nak. Kepala tergeleng-geleng. Sampai ada makcik-makcik yang takut nak potong. Mana yang paksa tu,suruh pegang jugak kepala. Menjerit kuat dia. Dah semua dok gelakkan dia. Haha. Adoi lah anak. And dia just pakai tshirt and pants jeans pendek je okay. Pernah baby buat cukur jambul pakai cenggitu? Haha. Sebab baju melayu dia Amin pakai. Majlis dia kan.
Eh,campak Sunan dah baik. Tinggal kat tangan and kaki je sikit lagi. Weeee...
Okay lah.
Nak sambung kemaskini BR1M bebudak workshop ni.
Byeeee!
No comments:
Post a Comment