Sekarang ni aku jarang mimpi. Eh,memang tak ada lah mimpi rasanya. Tidur aku kosong. Bangun pagi otak fresh. Tak fikir apa. Serius.
Tapi malam tadi aku mimpi. Yang buat aku dok fikir sampai ke jamban berkerut dahi memikir maksud dia.
Betapa dahsyat nya situasi dalam mimpi tu *tambah sound effect*.
Aku mimpi ditadahkan dengan keadaan manusia yang dibangunkan selepas ditiupnya sangkakala. Bukan yang betul. Macam aku dibagi tengok thriller sebuah cerita yang akan jadi nanti. Macam kau tengok filem. Mesti akan ada thriller dulu kan before keluar filem kat pawagam. Macam tu lah.
Ada seorang lelaki -- berpewatakan biasa.
Bawa aku round satu kawasan. Luas. Tak ada pokok. Tanah lapang sahaja.
Ada dua kubur yang aku nampak.
Sebenarnya -- yang aku dikasi tunjuk.
Dua jasad. Berkapan. Ditanam.
Yang mana salah seorang tu muka dia mirip pemimpin dunia. Aku kenal.
Yes. Aku disaksikan dengan upacara pengkebumian.
Selepas dikebumikan,dalam masa beberapa minit,tanah bergoncang.
Jasad-jasad tu terkeluar dari kubur.
Yang mirip pemimpin dunia tu jasadnya berdarah.
Kalau fikir logik,mana ada darah dah sebab orang dah mati kan.
Kapan yang menutup mirip pemimpin dunia tu terbuka. Koyak rabak dalam erti kata yang tepat.
Muka dia macam menanggung beban.
Jasad yang satu lagi tu putih bersih. Even dia orang biasa-biasa. Tak disanjung dunia.
Aku tak sempat tanya apa dosa dan pahala setiap satunya.
Aku dibagi tengok sampai situ. Tak lebih.
Lepas tengok semua tu,aku berjalan balik. Yang mana balik aku tu tak bertuju. Tak tahu mana nak pergi.
Dalam hati memberontak untuk hapuskan semua dosa. Yang aku tak tahu cara.
Aku mengomel macam onggile.
Tiba-tiba satu suara menegur sekaligus membagi jawapan yang aku kehendakkan.
"BUAT SOLAT SUNAT TAUBAT. TAUBAT NASUHA."
Aku diam.
Berhenti berjalan.
Menangis.