Awesome Followers

30 June 2014

Isnin Yang Haruk. Selamat ber-Ramadhan!

Selamat berpuasa! Diberi kesempatan setahun lagi sambut Ramadhan. Andddddd,sama macam tahun lepas,aku sambut puasa and berbuka sorang-sorang lagi tahun ni untuk Ramadhan pertama. Kemain sedih la hai. Sunan je temankan aku tapi dia pun tidur so aku berbuka bertemankan Soccerkids final. Siap menangis lagi untuk suapan pertama. Kau mampu makan sambil menangis time berbuka? Haha. Beliau ke Kedah,4 hari. Ada projek kat sana. Hukhuk.

Malam tadi aku tidur awal. Sejak beliau tak ada,memang aku masuk tidur lepas isyak. Setel je solat,terus berguling tidur. Tak koser nak tunggu lama-lama lagi hadap tv. Kalau ada beliau,tak dapat lah nak begini. Ada je akal dia kang ajak borak la,ajak tengok tv,kacau Sunan la. Kang kalau Sunan terbangun,yang jadi mangsa tidurkan balik is aku. Bukan sekejap-sekejap dapat tidurkan dia ok. Makan jam. Layan berborak dulu,layan nangis-nangis dulu. Baru dia tidur dengan jayanya.

Dalam pukul 12 am tengah malam tadi,Sunan terbangun. Dia tak menangis tapi duk mengelisor je. Terkais-kais segala yang ada. Muka la,telinga la,hidung la,mata la. Dengan rambut-rambut aku sekali dia sapu. Aku pun nyusukan lah dia. Sunan ni bukan pandai nyusu seploh minit or limablas minit ke hapa. Dekat sejam jugak ok. Lenguh lah tulang belakang sebab duduk bersandar je. Aku tak berani nak bagi nyusu baring macam mak-mak lain. Lagipun kesian kat dia. Pernah cuba sekali dulu. Dia macam blur je. Aku tak sampai hati. Hahahahahha.

Dah puas dia nyusu,ingatkan dia nak sambung tidur balik ke hape. Tidak weh,tidak. Mata dia still terbukak luas dengan cemerlang. Kalau aku letak kat tilam kang,dia merengek. Terpaksa pegang/pangku sekejap. Sekejap tak sekejap la. Sampai pukul 2 lebih jugak la kan. Last-last aku baringkan dia,and aku peluk dia kuat-kuat sambil baring tu. Lena lah dalam 5 minit macam tu. Dah dia bangun balik. Layankan lagi sampai pukul 3.30 am. Baru dia betul-betul lena. Aku pun terfikir nak tidur balik tapi better bangun masak nasi untuk sahur. Then panaskan lauk-lauk berbuka semalam sebab banyak lagi. 

Setel semua,aku baring-baring kejap sebab masa awal lagi. Padahal boleh sangat bersahur terus kan. Haha. Tapi aku berpegang pada 'biar melewatkan sahur' tu. Gitu. Sedar tak sedar dah pukul 5.15. Bergegas bangun mandi segala. Kejutkan Ayu ajak sahur sama. Ayu yang temankan aku sepanjang beliau outstation. Tunggu sampai subuh and solat terus. Konon lepas solat nak la lelapkan mata kejap. Dah si Sunan ni bangun balik. Haaa,kali ni dia menangis kuat bak hang.  Last-last,aku susukan dia and terus mandikan lepas siap nyusu. Pi kerja terus lagi senang. Awal masuk pun takpe sebab aku macam rasa dia bosan duduk rumah. Boleh? Haha. 

Sampai tempat kerja pun Sunan still berjaga dengan jayanya. Meragam gegila tak nak tidur,tak nak duduk dalam stroller sebab stroller tak bergerak,tak nak duduk kat baby carrier yang boleh enjut-enjut tu. Semua tak nak. Dah bagi susu pun masih la berperangai sebegitu. Aku pulak yang rasa nak menangis. Dengan mata bengkak mengantuk kalau letak kepala atas bantal terus lena ni. Kira gaji budak-budak pun main tuit tuit dengan biras aku ni. Sekejap sekejap kang,"jap bang..jap bang.." Mujur dia faham. 

Aku rasa macam nak berbuka dengan tidur je kang. Tapi beliau balik pulak. Huwaaaaaa.....

26 June 2014

Mitos Dan Farah Terpisah Tiada..Bangsa Polips??

Siapa suka mitos? Siapa suka? Siapa suka?? Mari lah berkawan dengan dahku. Hahahaha. Serius wei,serius. Zaman kanak-kanak aku tak kan berlalu pergi dengan sewenang-wenangnya. Tetap melingkari sekelumit minda dewasa aku ni. Ayat aku..kemain bombastik. 

Kalau bukak youtube,apa yang korang cari? Jawab lah sendiri. Macam aku,asyiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiikkkk lah cari benda-benda yang mistik or mitos ni. Macam dah tak ada kerja gamaknya. Punya lah banyak video best-best seantero dunia ni. Dok jugak lah cari yang mengarut yang boleh undang cemuhan orang ramai. Hahahhahah. Lantakkan.

Paling dahsyat yang aku search is pasal naga and duyung. Hengko dah kenapa Farah?? Terlebih asuh dengan kartun lah ni. Dari kecik bawak ke besar,dari bujang bawak ke dah jadi mak,asyik lah tengok kartun. Aku pun tak faham dengan personaliti aku sendiri. Boleh? Bila dah bukak video naga and duyung tu,yang jadi mangsa paksaan layankan aje is my beliau. Kang bila beliau kata fake,mula lah aku macam,iye ke? Iye ke? Padahallllll... Dah terang-terang benda tu nampak bebenor photoshop or edit. Even tahu pun,buat-buat teruja kendian berangan. Pang!

Tapi yang aku memang gile tak percaya pasal cerita naga ditembak mati kat Perak tu. Hello,pejadah naga tu tak terbang kan and senang-senang kena tembak. Nak pulak yang keluarkan berita tu dari suratkhabar yang 'tu' tu. Lepas tu aku search. Siap search lagi kau. Punya lah vangang perangai. Ghopenya naga replika je. Kat negara China tu ha. Nasib baik aku tak terus percaya. Kalau tak,memang kena bahan sampai raya lah dek laki aku.

And yang gile viral pasal duyung kat laut kat Israel tu. Puuuuuunnnn lah aku tak yakin. Nama pun Israel. Kaki belit. Tapi video tu jugak lah yang aku rajin tengok. Waaaa... apa punya perangai aku ni?? Gila obses. Nak pulak kalau ada adik jantan aku tu. Memang menjadi wei,menjadi. Ye lah,selalu kita tengok kartun little mermaid tu kan. Ni tetiba boleh tengok yang agak real ni,macam terkesima. Gitu.

Eh,eh,banyak lagi lah yang aku suka usha kat youtube. UFO lah,unicorn lah,loch ness lah. Padahal itu semua omputih je yang dapat rakam. Entah iye entah tak. Sekarang kan dah maju. Macam-macam boleh buat. Zaman teknologi kate ko. Tapi kalau ada orang melayu yang rakam,mungkin laaaaaaaa aku percaya. Eh,macam orang melayu ni tak pandai edit segala bagai. Tapi lagi kan,orang melayu kan kebanyakkan Islam. Takkan nak menipu benda-benda gini kan. Ke tipu jugak. Harap-harap tak lah ye sebab kami-kami yang otak begini cepat teruja tanpa dapat dibendung. *tetiba sangat*

Tapi buat masa ni,paling top kat kepala aku is bangsa Polips. Sesiapa yang pernah baca novel abang RAM pasal laksamana Sunan tu,mesti familiar pasal nama ni. Dalam cerita tu digambarkan bangsa Polips ni tampan and cantik. Macam Luna yang dok lah jaga and ikut Saifuddin@Sunan dalam novel RAM yang Sunan Nanggroe Sang Kembara tu. Tapi serius talk,kompilasi Sunan tu buat aku suka search semua benda yang abang RAM cerita. Manggala la,Tanah Rencong la,bla,bla,bla *selingan*

Aku kan pantang disajikan benda-benda pelik ni. Cepat je lah nak berdating dengan encik gugel. Search segala bagai. Sebab kat youtube takde pasal ni. Tahu apa yang aku jumpa?? Hei,memang macam bukan mitos lah wei. BUKAN. Polips ni sebenarnya suku kaum daripada bangsa al-Hin. Makhluk yang wujud sebelum manusia dan jin. Haaa,macam tu lah yang aku baca. Nak tahu lebih lanjut,boleh jenguk KAT SINI . Ada dia cerita pasal interaksi ustaz Darul Manzil *kalau tak silap* dengan salah seorang daripada kaum tu. Nama dia Mizari. Eh,baca lah. Baca lah.

Alam Allah ni luas. Tak semua tercapai dek akal kita. Macam lautan. Ada ke yang pernah sampai betul-betul ke dasar yang kemain dalam macam lautan Hindi tu? Jadi kita tak tahu apa yang ada kat dalam tu kan. Allah je yang tahu semua rahsia alam Dia. Tetiba terkhutbah pulak.

Nak tengok-tengok semua benda yang aku cerita ni boleh. Nak percaya tu,terpulang lah pada akal masing-masing. Sekadar suka-suka macam aku,teruskan lah. Lepas tu berangan. Pffttt!

23 June 2014

Bla..Bla..Bla..

Hari ni kemain aku semangat bangun pagi. Pukul 6 dah bangun okay. Selalunya Subuh dah hujung-hujung baru terpisat-pisat bijik mata. Kemain syaitonnn. Tapi hari ni memang aku meletakkan pingat,piala,emas segala bagai kat leher lah. Kagum dengan diri sendiri ni. Lepas ni moga tak culas la ye bangun sahur. Dah nak puasa kan. Selamat berpuasa! *tetiba sangat*

Bulan puasa ni macam nak berjualan. Macam ye,macam. Sebab semalam buat lagi pudding caramel. Wah,menjadi sangat. Cantik gile tak lembik mintak kena baling ke longkang. Yang sebelum ni pun ada buat. MashaAllah,nak makan pun rasa segan. Gila buruk ghopenya. Tapi rasa tetap ohsem okay. Memang kalau makan terbedip-bedip mata menahan kesedapan. Gitu.

So,macam nak jual pudding. Tapi kau jangan lah nak berlagak sangat bajet pudding tu satu benda je kau nak jual then boleh menjana pendapatan kau. Memang mintak maki sangat lah kan. Aku mula lah berkira-kira nak jual lauk-pauk. Tapi angan-angan tu terpaksa diketepikan dek kerana aku bekerja. Dan aku masukkan sekali chocolate crepe. Yang pudding and chocolate crepe tu boleh buat malam then petang hantar tumpang ke kedai orang. Tak pun,bukak tempahan. Ha kau,kemain bercita-cita tinggi. Kang bila tak jadi makanan tu,bersila sambil menangis depan tong sampah kat dapur. Tapi ye lah,aku kata MACAM NAK BERJUALAN. Hahahahaha.

Hujung bulan ni jugak terasa nak beli mesin jahit. Sebab aku suka design baju. Agak banyak design aku yang bersepah-sepah kat almari rumah. Kadang-kadang aku naik muak tengok,aku buat alas periuk. Kau mampu? Hahahaha. Tapi serius ye,tahun lepas baju raya aku design sendiri sendiri. Aku bagi orang lain jahit sebab tak ada mesin jahit kan. And masa aku pakai baju tu ke kenduri kahwin sepupu beliau awal bulan ni,orang duk pandang aku pelik je. Sebab design dia memang pelik. Lantak lah,asalkan aku selesa. 

Siapa yang bersalin ceasar? Ada rasa sakit kat bawah pinggang tu tak sampai nak bangun pun bertakbir macam aku? Ya Allah,kemain sakit. Memang menangis setiap kali sakit tu datang. Nak bangun kena mengengsot dulu capai kabinet tv,baru bangun perlahan-lahan. Kadang-kadang mintak tolong beliau angkatkan. Berjalan pun pegang dinding and slow bak hang. Kalau aku ke dapur,Sunan pulak menangis kat depan,memang sampai nyaring suara laksamana tu tunggu mama lembab nak mam tak sampai-sampai. Terkadang takut jugak,kalau lama-lama macam ni,kemungkinan nak lumpuh tu ada ke?? Waaaa,kesian anak aku nanti. Otak kalau tak fikir merapu tak sah.

Cerita pasal anak menangis. Ya Allah,memang aku sukaaaaaaa gilaaaaaa dengar anak aku menangis. Suka tengok muka dia time terjebik-jebik tu. Lepas tu gomol lagi laju-laju sampai dia betul-betul meraung. Hahahaha. Saiko gila aku ni. Tapi kenyataan,bila Sunan menangis beriye,nanti dia peluk kuat-kuat and kadang-kadang tangan dia usap-usap pipi aku. Tak pun dia lagakan pipi ke mulut aku. Suruh cium gamaknya. Nasib lah Sunan dapat mama senget macam ni. 

Eh,dah la. Letih pulak merakah tak bertempat.

18 June 2014

Sunan Andika : Semoga Membesar Seelok Namanya

Aku still ingat masa memula cadang nak bagi nama ni kat anak masa awal-awal pregnant. Kemain kan 
awal-awal lagi dah semangat waja bagi nama ke anak. Ye lah,ada sesetengah orang tu,anak dah 2,3 hari lahir pun masih relaks je tak fikir nama apa lagi. Aku je yang excited melebihi gunung Kinabalu. Hamboihhh..
Ok,kembali kepada cerita asal ayat pertama tadi.
Ada lah sorang dua yang buat muka pelik. Macam geli sangat ke hape dengan nama tu. Ni sah-sah tak pernah baca novel abang RAM ni. Oh,tetiba sangat. Hahahaha.

Masa dalam kandungan lagi memang rajin berborak dengan Sunan pakai nama ni. Takkan lah tetiba lahir kau bagi nama lain kan. Terkujat budak tu kang. Baby kan dah boleh dengar semua yang kita cakap masa dalam kandungan lagi. Lagi pun memang aku tertarik sangat dengan nama-nama klasik ni. Macam pendekar je rasa. Kalau dapat anak perempuan nanti pun nak kasi nama yang klasik gini. Hamboi kau,3 tahun lagi baru boleh bagi adik ke Sunan ye. Sila lah beware.

Bila Sunan dah lahir ni,dah tentu-tentu lah orang tanya nama dia kan. Bila aku jawab Sunan Andika,siap mintak aku ulang 2,3 kali lagi. Pelik sangat ke? Aku rasa macam ok je. Rasa macam 'wah curlas sangat nama kau nak'. Gitu. Tapi aku rasa lagi macam biadab kalau kau tetiba tanya maksud nama anak. Tak kisah lah anak sesiapa pun. Hengko dah kenapa kan. Macam lah mak bapak yang bagi nama anak pelik-pelik tu sengaja bagi tanpa ada makna yang elok. Tak kisah lah dalam bahasa Arab ke atau bahasa lain. Janji makna dia sedap dan elok.

Macam aku,takkan lah kerana suka sangat nama-nama ala pendekar ni terus letak nama anak tanpa tahu makna dia kan. Mesti lah aku kaji selidik bagai dulu. Makna dia elok,sedap didengar. Sunan pun serasi dengan nama ni. Sebab orang tua-tua kata,kalau nama tu macam tak serasi dengan baby,baby tu meragam. Eh,ye ke? Orang tua-tua yang kata lah. Aku muda-muda lagi.

Maksud nama Sunan Andika :

Sunan = Yang dihormati,yang disanjungi
Andika = Yang berpangkat tinggi

See,kan ke bagus maksud dia. Sila la lempang muka aku puji nama anak sendiri. Mana lah tahu kan kot-kot anak aku ni bakal perdana menteri Malaysia nanti. Oh mati la nak. Hahahaha. Mama nye pun asyik berangan tak sudah. Dah lah duk suruh anak tu jadi macam-macam besar nanti. Pengganti LCW lah,jadi pemain bolasepak kelab Inggeris lah,jadi Navy lah. Mujur Sunan tak pandai bercakap lagi. Kalau tak,mau aku disekolahkan nanti. Sabar je lah nak layan kerenah mama kau ni.

Tak kisah lah bila besar nanti dia jadi apa pun. Asalkan elok jalan dia,tak pincang teruk sampai menyusahkan. Jangan bikin papa mama pening kepala hentak-hentak ke dinding dengan perangai yang tak semenggah sudah. Janji kerja bagus,duit poket tebal,kasi seploh ribu ke mama setiap bulan. Bhahahahaha. Mata duitan sangat mama kau ni. Terserlah.

Kalau Sunan Saifuddin tu mampu jaga Nusantara dalam novel tu,Sunan mama mampu jaga keharmonian family kita pun dah buat mama bangga nanti. Haaaa,sentimental sangat mama kau nak.