Awesome Followers

19 April 2014

Positif--

Semalam (Jumaat,18/4/2014) aku ada appointment dengan Hospital Sungai Buloh (HSB). Berkaitan dengan kandungan aku yang songsang. Aku ada cerita dekat SINI dua hari lepas. Sepatutnya kena pergi ke Hospital Tanjung Karang (HTK) tapi hospital sana kata penuh dengan appointment lain. Padahal kata orang,HTK tu memang selalu macam tu. Tak penuh kata penuh. Macam  malas nak buat kerja. Kakak ipar aku pernah kena masa nak lahirkan anak no.2 dia. Time tu memang baby dah nak keluar sangat. Boleh pulak HTK tu suruh hantar ke HSB. Padahal dia tak ada masalah pun. Tak faham aku.

Khamis petang tu doktor klinik Kuala Selangor (KKS) call and bagi time appointment. Jumaat datang klinik dulu ambil surat. Aku pun pesan awal-awal kat beliau supaya cuti. Kalau ikutkan aku,memang malas nak pergi pun tapi ye lah,kita tak tahu kendian macam mana keadaan kan. Bukan boleh jangka. Mak mertua and abah aku pun beriya suruh pergi. Risau jugak kata diaorang. Ok ok,iols pergi lah.

KKS ni,pukul 7.30 am dah buka. Cadang memang pukul 7.30 am tu dah standby depan pintu klinik nak ambil surat then terus pecut ke HSB sebab appointment aku dengan doktor pakar sana pukul 8.30 am. Pepaham lah jarak Kuala Selangor-Sg.Buloh macam mana. Dan insyAllah aku akan ter-stuck dalam jem maha dahsat. Kompem sangat. Taaaapiiiiiiiiii.... Beliau punya angkara,lambat jugak. Lepas subuh,beliau tidur balik. Padahal berapa minit sangat lah kan nak cecah pukul 7. Eh tak,lelap mata seminit dua kata dia. Bila nak kejut tu,bercintaaaaaa kemain. Sampai ter-hek hek la aku ni merengek. Hoi la letih!

Setel ambil surat tu,terus pecut ke Sg.Buloh. Boleh pulak beliau lupa jalan. Padahal beliau selalu ikut jalan yang sama nak pergi kuari CNY kalau ada breakdown kat sana. Dok la kitaorang ni terpusing-pusing sampai ke Bukit Rahman Putra. Tak ke jauuuuuhhhh sangat tu menyimpangnya. Dah sampai ke Selayang pun. Hahahaha. Pusing punya pusing,tanya orang bagai,baru nampak hospital. Itu lah,tak nak dengar cakap iols. Jenis aku,kalau sekali aku cakap tapi kau buat dek je,memang aku diam and perati kan je lah. Even aku tahu jalan tu salah. Biar beliau tahu yang beliau salah dari orang lain. Hahahaha!

Aku masuk sorang-sorang. Beliau tunggu dalam kereta. Lelaki,biasa lah. Aku pun tak kisah beliau tak ikut ke dalam. Kesian jugak tengok beliau bermuka bosan. Kang dengan aku aku sekali naik bosan. Menunggu kemain lama. Dekat 2 jam baru nama aku kena panggil. Itupun untuk dapatkan time baru untuk appointment yang mana aku tak faham kenapa kena macam tu. Rupanya ada salah faham.

Aku dah cakap awal-awal,semalam lagi doktor KKS arrange kan appointment aku. Tapi tak.. Makcik nurse tu sibuk la suruh aku duduk dulu sementara dia orang isi aku untuk appointment lain. Dah terang banyak kali pun dia orang buat bolayan. Aku malas la nak bertekak. Lantak kau lah kan. Tapi bila time aku nak didaftar tu oleh nurse muda,tanjat dia kenapa aku kena tunggu almost 2 hours untuk appointment. Aku cerita la. Memang muka dia muka panik tahap max lah kan time tu. Tapi aku kan jenis watlek watpeace. Malas nak kecoh-kecoh. Aku maafkan aje lah.

Sementara tunggu untuk check up,ada kelas penyusuan ibu anak yang kena dihadiri. Aku pun kena lah join. Dalam 10-15 minit macam tu. Sepatutnya suami pun kena ikut serta tapi kalau tak ada pun,tak apa. Tak terbayang aku muka beliau kalau ikut sekali semalam. Berkerut-kerut lah dahi kening bagai gamaknya. Penerangan ni aku pernah dapat masa check up kat Karak dulu. Tapi tak apa lah. Sekurang-kurangnya dua kali,terlekat balik dalam otak kan.

Masa keluar dari kelas tu,nombor dipanggil 6050. Aku punya turn 6051. Memang untung gila lah kan. tak payah aku nak tunggu kemain lama lagi. Tapi nak tunggu yang 6050 tu keluar pun agak bercinta jugak. Ada lah dalam 10 minit macam tu. Tak apa,bersabar tu manis akhirnya *positif sangat ni* .

Sampai giliran aku,masuk je bilik,doktor suruh baring untuk scan. Baby memang menyongsang! Tapi alhamdulillah dia normal and tak besar. Just kedudukan je kepala kat atas bontot kat bawah. Siap scan,doktor tu pun bagi lah explanation. Ada dua cara je yang boleh dijalankan memandangkan ni anak sulung aku and mungkin aku nak merasa bersalin normal :

1. Betulkan balik kedudukan. 1 daripada 2 orang ibu yang berkemungkinan boleh normal semula kandungan.
2. Kalau tak boleh,baru set date untuk operate bila masuk je 38 minggu.

Aku cakap,ikut mana yang doktor rasa okay. Sebab kalau aku nak bersalin normal jugak dalam keadaan baby songsang,kemungkinan risiko agak besar sebab kepala baby boleh sangkut and boleh bahayakan nyawa dia. Oh no no. Aku nak dia selamat. Tak merasa bersalin normal pun tak apa. Ini jalan Allah nak bagi. Aku terima je. Janji anak aku selamat jenguk dunia fana ni.

Isnin depan aku kena pergi dewan bersalin HSB untuk betulkan. So aku kena puasa dari pukul 2 am sampai 8 am. Sebab takut baby lemas. Kalau lemas masa betulkan tu,otomatik aku kena operate. Besar kemungkinan aku kena tahan wad. Isnin nanti kena siap-siap bawak beg baju baby and aku sekali. Senang.

Setel tu,aku cerita dekat beliau :

A : Adik still songsang. Isnin ni bla bla bla.... (seperti cerita kat atas)
B : (pegang perut aku) Kenapa adik suka duduk atas? Tak gayat ke? Ke adik nak jadi PM nanti? Ganti Najib ye.
A : *#$@*&*()


Aku tau beliau risau. Tapi bila jadi macam ni,kita orang banyak bergelak kasi hilang nebes. Walhal dalam hati,rasa nak teriak kuat-kuat. Masing-masing nak tunjuk kuat jiwa kental semangat.  Ye lah,kalau dua-dua jatuh,tak ke mana lah kan. Sedapkan hati,dia susahkan hati kita hari ni,dah besar nanti dia takkan langsung menyusahkan kita. Kita orang laki bini tanam ni dalam hati. InsyaAllah!

Dapat news yang beliau mungkin disuruh oleh abang ipar beliau aka biras aku untuk ke Sabah selama 2 minggu. Sebab jumbo tu beliau je pernah buat. Pekerja abang yang lain tak pernah buat. Ye lah,budak baru. Beliau kan dah lama ikut abang. Even beliau dah tak kerja dengan abang sekarang,abang ada jugak mintak dia buat kerja mana yang tak tercapai dek bebudak ni. Tapi macam ada bau-bau beliau akan kerja balik dengan abang je.... And aku tahu beliau super duper excited. Biar kan aje lah... 


No comments: