Awesome Followers

14 April 2014

Kursus...Risau...Penat...Eh,bunga luruh lah!

Minggu lepas biras aku offer pergi kursus koperasi. Sebab dah tak ada orang nak pergi,aku kiranya jadi bidan terjun lah. Beliau pun benarkan aku pegi,maka berpergian lah kita.


Ibu paling risau. Banyak kali tanya aku kompem ke nak pergi kursus tu. Ye lah,aku dah sarat sangat. Dah 9 bulan. Takut lah kan apa-apa jadi. Siap pesan itu ini segala bagai. Paling penting buku pink tu. Ibarat nyawa kata ibu. Apa-apa hal senang. Gittew.

Aku gerak hari Khamis pukul 12 pm ke Hotel Quality Shah Alam. Iye,iye,hotel yang nak ditutup dah bulan 5 nanti. Aku pun tak faham kenapa lah hotel yang boleh la cantik nya tu nak ditutup. Kesian staff. Ye lah,aku kan ada pengalaman company ditutup. Dapat rasa lah kepahitan tu. Ecewah.. Tapi serius,staff yang jadi penyambut tetamu tu muka agak ketat la. Tension kot. Mikir mana nak kerja lepas ni. Husnuzon!

Class start pukul 5 pm. Malas la aku cerita pasal class. Bukan engkorang paham pun. Aku pun terkial-kial duk main dengan software POS tu. Janji nanti setel program TUKAR kat koperasi kampung aku ni. Janji aku dapat sijil. Janji aku dapat makan. Eh.

Anak aku yang kat dalam ni pun tak banyak ragam dia. Time malam je dia bergolek sakan. Rindu bapak la kot. Kot la kan. Tapi hakikat....?? Setiap malam lah kau meragam kan. Tapi takpe,pengorbanan mak kau ni. Tak sabar!

Aku balik hari Jumaat pukul 12 pm jugak. Lama-lama buat apa ye tak. Aku memang dah rasa macam nak collpased habis time tu. Panas wei Shah Alam. Balik pulak tak lalu LATAR tapi lalu Meru and Kapar. Berganda panasnya. Serius terbakar. Even aircond pasang agak kuat. Tapi sampai je Kuala Selangor,terus redup. Nampak tak? Nampak tak? Hahahhahaha..

Balik tu plak memang tak duduk diam. Tengok rumah kemain rasa macam nak nangis. Pepaham lah kalau tinggal orang laki sorang-sorang kat rumah. Berparti gamaknya. Tapi mujur beliau offer diri nak masak and kemas apa yang patut lepas setel solat Jumaat. 
Bertuah iols. Hahahaha. 

Petang tu beliau ajak pegi rumah mak sedara kesayangan beliau. Kat area kampung ni jugak. Agak lama berborak sampai sakit pinggang sebab duduk. Tapi sebenarnya bukan lah sakit pinggang yang buat nak nangis sangat. Pernah tak korang rasa semput tahap bisa dalam badan sebab duduk? Sebelum pregnant memang aku tak pernah rasa. Maybe sebab kandungan makin besar. Tekanan dalam badan pun makin tinggi. Memang rasa nak nangis plus pitam bagai. Pikir nak baring je. Cecepat tarik beliau ajak balik. Dapat baring..fuhhh.. Allah je yang tahu.

Semalam pusing-pusing tengok tournament futsal kat kampung ni. Then ternampaklah bunga-bunga jatuh berguguran ala-ala para-para sakura gittew. Rasa macam nak baring golek-golek je atas bunga tu hoi. Cantik kemain!




Cantik kan? Dan beliau pun mula lah takabur and riak kerana terdapatnya bunga-bunga cantik di kampung beliau ini. Apakah keperangaian yang ada di situ? Memang sekarang beliau suka nau nyakat aku. Sabar tahap gigit baju sendiri je ni. Tunggu laaaa..


Ok bai!

No comments: