Awesome Followers

17 April 2014

3 Hari Bersama-sama Klinik!

Macam biasa setiap Selasa berselang dua minggu aku kena buat check up. Memula sebulan sekali je tapi disebabkan HB aku turun masa kandungan aku nak cecah 5 bulan,nurse suruh aku check up 2 minggu sekali. Memang aku ada skip ubat tambah darah tu. Sebab pehmahlesss lagi hebat dalam diri. Hewhewhew! Penat memang penat asyik berulang ke sana tapi ni lah pengalaman ye dak? Padahal penyakit sendiri cari. Tapi start dah 36 minggu,dah kena kunjung klinik seminggu sekali. Phewwww...

Sepatutnya aku kena pergi klinik Kuala Selangor pada hari yang sama jugak. Ok,mesti engkorang pelik dengan hujahan ini. Marilah patik terangkan :

Klinik yang ada dekat kampung ni adalah klinik desa. Maka,ada 2 orang nurse je,tanpa doktor. Check up yang biasa-biasa je dorang boleh buat. Kalau nak scan ke apa ke,kena jumpa doktor yang which mean memang ada kat klinik kesihatan Kuala Selangor. 

Gittew.

Tapi disebabkan Selasa tu dah lambat sangat setel check up sebab agak ramai orang,nurse suruh pergi hari Rabu. Lagipun,takkan aku nak cuti kan. Walaupun company ni biras aku punya,ingat boleh suka-suka hati nak cuti? Oh no no. Kalau datang lambat itu biaseeee. Hahahahahaha! Hari Rabu memang aku siap-siap bagitau abang nak half day. 

So semalam dalam pukul 2 pergi lah aku ke klinik tu. Sepatutnya untuk check semula BP sebab 2 minggu lepas tinggi kemain. Tapi alang-alang,kena check HB sekali. Dahhhh la kena cucuk dengan jarum kemain besar tu. Siap nurse tu pesan,"Lepas ni akan lebam and bengkak sikit tau. Jarum besar." Aku pun angguk je la. Sebab jenis aku,memang suka sangat kena cucuk. Masa kat sekolah,kalau boleh nak kena banyak kali cucuk BCG atau Rubella. Ala,apedehal.

Pernah aku kena masa aku tak sihat sebab gastrik time kerja kilang dulu. Agaknya MA tu ingat aku memain sebab malas kerja and bagi alasan gastrik,dia boleh kata macam ni : " Kalau makan ubat gastrik,lambat sembuh ni. Saya suntik je la nak?" Lepas tu dia buat muka kemain serius tapi terselit sinis. Mesti dalam hati dia fikir aku nak blah je sebab takut. Tapi dengan kental aku jawab boleh je. Ye lah,dah bebetul sakit kan. Ape nak heran. Terus MA tu slow-slow buat muka relax. Malu lettew.

Ok,sambung balik. Lepas dah setabung darah aku dia ambil,aku hantar makmal and dapat result,aku masuk bilik doktor. Masuk-masuk dia suruh baring sebab nak scan sambil-sambil doktor tu check result darah. Then tetiba dia cakap,"Mana hilangnya darah puan? Tak makan ubat ke?" Aku dah panik. Tetiba kena asak macam tu. Sebab result tu menunjukkan HB aku turun mendadak. Selasa tu elok je 11.1 tapi semalam,9.5 . Normal HB 11.0 dan ke atas. Aku diam je lah. Mana la aku tau dia nak pi mana. Bukan ada Edward Cullen kat kampung ni *tetiba sangat*

Scan pulak,baby songsang. Bontot kat bawah. Adeh,dugaan betul dah hujung-hujung ni. Kena lah tunggu next appointment dengan Hosp.Tanjung Karang pulak. Red-dhoooooo je lah. Tapi kata ibu,biasa lah tu dia nak cari ruang keluar. Sebab semalam masa scan memang baby bergerak-gerak tiruk dalam ni. Nanti dia normal balik. Hope soooooo... Risau jugak aku. Sebab kalau still songsang,kena operate. Tak merasa lah nanti aku nikmat bersalin. Sobs!

Disebabkan HB aku turun mendadak,doktor suruh aku datang balik keesokan hari which mean hari ni lah,Khamis. Nak kena ambil darah lagi. Kalau tak semalam jugak ambil lagi sekali tapi doktor tu macam kesian kat aku,esok lah kata dia. Pagi tadi aku pergi. Ambil lagi setabung. Jarum besar jugak,pesanan yang sama jugak. Hadap je laaaa. Tapi tak perlu jumpa doktor. Just bagi darah tu kat makmal untuk dorang selidik kenapa boleh turun mendadak,esok dapat result. Hope tak ada apa-apa yang berat lah. Doktor kata ada dua kemungkinan je ; KURANG ZAT BESI / ANEMIA ke TALESEMIA (tak ingat yang mana satu dia cakap semalam)

Kurang zat besi tu aku faham lah kenapa. Lately memang aku payah sangat nak dapat selera makan. Buah pun macam tu. Memang kurang ya amat wei. Kena paksa dengan beliau baru aku terhegeh-hegeh makan. Tak faham betul dengan keanehan yang melanda ini. Padahal dulu awak lah paling buruk lantak. Macam apa je kalau dapat makan. Hahahaha.

Tapi bab anemia / talesemia tu........................ Maybe selalu jadi kat ibu-ibu yang nak melahirkan kut. Entah!

Semalam beliau balik kerja,macam biasa tanya keadaan anak. Tak ada der nak tanya keadaan maknye. Tepis tepi je kita ni. Sobs! Aku pun cerita lah apa yang doktor tu cakap kat aku. Bla bla bla bla dan bla lagi. And terus beliau senyaaaaapppppp je. Then tetiba beliau menangis. Risau katanya. Aku bila tengok beliau menangis,aku pun join lah sekali. Apa punya pe'el la laki bini ni. Tapi ye lah,suami mana yang tak risau kan. Ayah mana yang boleh duduk diam kalau tau ada msalah macam ni. Tapi ye lah,dugaan hujung-hujung Allah nak bagi. Berdoa yang terbaik je lah.

Rasa macam lepas ni tak nak bagitau apa-apa masalah kat beliau dah kalau pasal baby. Tak nak beliau risau sangat.
Boleh??



No comments: