Alhamdulillah...
Sabtu 19/4/2014 yang lepas aku selamat bersalin. Serius sampai hari ni aku macam tak percaya lagi. Ye lah,due aku 10/5. Tak ke awal kemain anak aku ni nak keluar. Syukur!
Kan Jumaat sehari sebelum tu aku pi check up baby songsang kat HSB. Then senin minggu kendian tu kena datang balik untuk betulkan kedudukan. Taaaapiiiii... Tak menyempat ghopenya anak si Akemar ni ha. Gamaknye dia tak nak mama rasa sakit sebab nak betulkan perut.
Sabtu pagi tu aku elek2 lagi bawak motor ke hulu ke hilir pi opis and balik rumah bagai. Tapi malam tu memang aku rasa sakit perut. Aku just cakap kat beliau,maybe nak berak kut. Ye lah,aku mana tau tanda sakit ke hape kan. Sebab tak sakit beriye sangat.
Time aku tengah buat2 kerja kat opis,tetiba seluar aku rasa basah je. Macam kencing tu. Nurse pernah cakap,kalau keluar air jernih,tu dah tanda-tanda dah tu. Perut aku mengeras kejap-kejap. Tapi aku tak sakit. Serius tak. Aku pi kedai Ayong and cakap kat mak. Mak suruh aku balik,siap-siap and kemas-kemas sementara tunggu beliau on the way balik dari tempat kerja.
Dah siap semua,kita orang terus gerak ke HSB. Check in bagai,tunggu nurse panggil untuk check up. Dalam pukul 4 macam tu,doktor panggil masuk bilik. Nak check jalan. Dah 2 cm bukak. Time tu baru aku bagitau yang kandungan aku songsang. Terus la macam rush-rush doktor comel tu panggil doktor yang advance sikit. Dia kata,nak tak nak kena emergency ceaser malam tu jugak.
Sementara tunggu pukul 11pm,aku kena puasa. Siap kena masuk tiub kencing. Aku rasa,dalam bab nak bersalin aku,hak ni je lah yang azab. Warghhhh.. Tak sanggup aku. Then dalam pukul 8pm mcm tu,datang lagi sorang doktor check jalan. Dah bukak 4cm. Dia cakap tak boleh tunggu lama sampai midnight. Takut baby lemas sebab leaking sangat dah. Aku pasrah je mana-mana.
Pukul 9.30pm nurse panggil beliau suruh ambil barang aku. Nurse-nurse yang ada tu semua dok gelakkan beliau sebab langsung tak nampak cuak. Cool gile kata dorang. Tapi hati beliau,Allah je yang tahu. Setel semua barang,dorang sorong aku ke dewan bedah.
Doktor yang sambut aku kat dewan tu lelaki. Dia terangkan bla bla bla tapi aku tak pikir menda dah. Pikir nak habis cepat plus maut. Haha. Then tetiba doktor tu cakap,
"Betul ke nak bersalin ni? Macam tak ada constraction je. Relaks je dia."
Aku senyum gelak je. Dah nak diapakan. Memang aku tak rasa sakit. Langsung tak. Alhamdulillah sangat-sangat kate ko.
Setengah jam dorang ceaser aku. Serius aku mengantuk and cuak. 10.36pm,lepas je doktor tu cakap nak tarik,terus aku dengar suara baby menangis. Ya allah,rasa nak melompat gile time tu. Haha!
Bila baby dah cuci,dorang bawak kat aku. Suruh tengok baby lelaki ke perempuan. Eh eh,ada siput kecik. Its a boy! Memang naluri beliau tepat. Alhamdulillah sekali lagi.
Sebab ceaser,aku duduk ward 3 hari. Isnin keluar. Cemuih aku duduk lelama. Mujur anak aku tak ada masalah langsung. Terima kasih Allah.
Hari ni dah seminggu si Sunan Andika. Alhamdulillah, langsung tak meragam. Cool macam papa jugak. Haha!
Semoga dia membesar dengan jayanya. Se-gah nama dia. InsyaAllah.
Kepada yang mendoakan tanpa henti,tqvm. Tak terucap satu persatu. Tq!