Awesome Followers

17 September 2013

Bertuah Okay!

sekarang kalau jam dah sampai pukul 9 malam,jangan harap aku dapat nak jejak kaki ke dapur goreng telur ke,masak air ke,cuci pinggan ke ape. nak panaskan lauk untuk beliau pun tidak. sebab beliau akan halau aku duduk depan baring-baring tengok tv. kena berehat. awww...

bukan lah aku nak manja lebih ke ape kan. dah memang laki aku sangat prihatin. beliau takut aku letih melampau yang boleh jejaskan kandungan aku. memang sekarang aku cepat sangat letih and mengah. okay alasan pompuan malas. hahahaha..

pernah sehari tu aku duduk baring je.
beliau lah yang cuci karpet.
jemur karpet.
mop dapur.
basuh pinggan.
serius,terharu sangat. alhamdulillah.

bila malam,pinggan ada yang tak berbasuh,beliau yang basuhkan. lepas tu susun pinggan yang ada dalam penapis pinggan ke rak pinggan. 
kelentung kelentang lah bunyi dapur tu.
ada jugak aku jenguk-jenguk.
berwibawa je tengok perlakuan beliau.
*sila jangan jeles*

even beliau letih balik kerja,still layan jugak kerja rumah yang ada.
memang beliau layan aku bak princess gojes okay.
oh laaaaa...

14 September 2013

Kesian Dan Mimpi Yang Mohon Benar

assalamualaikum..

since aku berbadan dua,selera makan agak kurang. tak ada lah nak pelahap sangat makn ke ngidam ke ape kan. rasa agak lemah jugak badan tapi still tak duduk diam. boleh je ke hulu ke hilir macam tak mengandung.

suami aku plak yang melampau alahan beliau. demam. hilang terus selera makan. asyik letih 24/7. kesian tengok beliau. setiap malam minyak cap kapak WAJIB ada dengan beliau bila nak tidur. asal pening terus tenyeh. bila malam je bau minyak seluruh rumah. gittew.

bila dah pregnant ni,beliau memang tak bagi sangat buat kerja berat-berat. contoh. rumah aku tak ada mesin basuh. baru pindah kan. itu je yg tak ada lg. hujung bulan baru nak beli. beliau siap suruh aku basuh baju kat rumah mak. lahai. baju ada seciput. gile tak senonoh nak angkut ke sana. sebab aku pernah basuh baju pakai tangan. beliau punya risau plus bebel. comel je. aummm.

sebelum dapat tahu aku pregnant,beliau ada mimpi. beliau mimpi ada dua ekor anak burung dalam sarang yang cantik gile. semangat beliau gambarkan kat aku. okay,adakah itu petanda? alhamdulillah,memang pun. beliau siap harap anak kembar. sebab abah aku lahir kembar. mungkin sebab itu beliau yang beralahan teruk. okay tak kelakar.

harap sangat alahan beliau tu cepat hilang. biar aku tanggung takpe. tak payah aku kerja teruk sangat. hahahaha. statement pompuan malas. okbai.


12 September 2013

Selamat Datang!

alhamdulillah..
selepas 5 bln lebih dilempar pertanyaan bila nak berisi,hari ni aku boleh jawab dalam sebak yang haru,

" sekarang dah bla bla bla bulan."

manusia paling gile happy sampai tidur pun senyum,opkos suami aku. gile excited!
dia yang ingatkan aku bila nak makan vitamin (even ada yg pesan jgn makan sebab baby gemuk nanti). tapi kena telan jugak sebab tak nak beliau bebel. fioneee...

start motor pun dah kena dia yang start. tak boleh nak start sendiri. sebab penyetat dia kemain payah. sampai aku kena berdiri dulu baru pijak kekuat. tak ke boleh effect kandungan aku tu. bila beliau startkan,gile rasa macam boss. haha.

tapi sangat bersyukur sebab aku tak banyak sangat alahan or mengidam apa-apa. loya plus muntah pun memang sangat jarang. loya ada tapi muntah belum ada. alhamdulillah. tekak and badan ni macam faham yang beliau tak 24jam ada dengan aku. sangat bekerjasama. terkadang letih je yang mengundang. mengantuk kemain (padahal hari-hari pun mengantuk aje).

sekarang,hari-hari rasa macam bermakna. tunggu setiap detik yang datang dengan sangat excited. tak tergambar dengan kata-kata bila kita tahu ada satu nyawa lagi dalam diri kita. alhamdulillah.

kepada yang selalu mendoakan,terima kasih. 
kepada yang selalu bagi dorongan time aku down sebab asakan kenapa lambat,terima kasih.
kepada yang bagi nasihat itu ini,terima kasih.

kita sama-sama tunggu.