Awesome Followers

25 August 2013

Kena Tinggal Yang Memeluatkan. Apekah??

Assalamualaikum...

Maghrib yang Ahad. Alone. Sunyi kemain.
Serius 'mati'.

Suami outstation lagi since dua hari lepas. Ke Karak je pun tapi still dalam kategori outstation sbb jauh dati HQ Mourex. Dan-dan weekend nak kena pasang enjin bagai. Macam tak boleh tunggu weekdays kan. Enjin jalan pun bukan loji air langat fasa 2 tu siap onthespot. Oh kongajo sangat statement.

Since kahwin,memang giiiiileeeeeeeee banyak hari kena tinggal. Oh okay,awak jiwa kental. Apedehal kan. Gitu la kekdahnya aku melayan hati yang hakikatnya menjerit minta dibawak sekali ke hulu ke hilir. Pffftttt.

Tapi kali ni punya kena tinggal,terasa macam meluat kemain. Entah. Rasa macam menyampah sangat dengan jumbo besar gabak kat tunnel tu. Menyampah dengan Atlas Copco yang suruh beliau pergi. Gile mencik!

So,whole day ni,memadangkan hari Ahad yang cuti ni,aku perap diri dalam bilik. Keluar time nak makan and mandi and basuh jemur baju kemas rumah sikit-sikit je. Kau boleh nampak tak ketaksenonohan aku kat sini. Mujur mak mertua aku tak cakap banyak.

Cepat lah esok. Cepat lah Isnin. Cepatlah beliau balik.

No comments: