Lately banyak sangat perang di media sosial.
Kau sokong tu. Aku sokong ni.
Kau bash aku. Aku bash kau.
Apa sudahnya?
Bertaki. Bergaduh. Memaki. Mengkafirkan.
Terbaru isu pergolakan di Mesir. Rakyat Mesir dibunuh secara terbuka dan berleluasa.
Baby.
Kanak-kanak.
Wanita.
Orang tua.
Orang Islam.
BERLELUASA!
MasyaAllah. Hebat ujian & dugaan mereka.
Jadi,dalam situasi sekarang ni,ramai lah yang berminat nak post kat facebook or twitter or whatsoever lagi media sosial yang ada. Melaporkan setiap kejadian. Aku tak terkecuali. Sama-sama nak share.
Bila ada yang post,ada yang comment. Oh tak apa nak comment. Memang ruangan comment tu untuk tujuan tu. Bukan tujuan memancing ye kan. Sekurang-kurangnya ramai yang turut mendoakan dan meng-amin-kan kesejahteraan rakyat sana. Sila. Sila.
Yang tak sedapp bila ada yang mempolitikkan situasi sana dengan politik di Malaysia. Aku macam...
"Hey,kau dah ngape hah?"
Bagi aku,Mesir,Mesir lah. Malaysia,Malaysia lah. Buat apa kau nak campurkan. Jarak pun jauh. Berjuta batu. Jauh okay. Saaaaaaangaaaaaattttttt jauh! Situasi kat sana memang tak ada kena mengena dengan politik Malaysia. Jadi,sila jangan usik. Letak tepi.
Kau siapa nak kata PM kita tak ambil tahu hal sana?
Kau siapa nak kata siapa yang ikut PM tu sama dengan je naik jadi zionis?
Kau siapa nak menidakkan akidah orang lain?
Kau siapa nak mengkafirkan orang lain?
DAH MAKSUM SANGAT??
Kau tahu ke PM tak ambil tahu hal orang Islam sejagat? Kau berkepit dengan beliau ke 24/7? Kalau ye,baru aku tabik kau. Mana kau tahu kalau-kalau beliau sendiri turun dahi cecah sejadah mohon keamanan bagi Mesir. Tak siapa antara kita yang tahu.
Makanya,kalau nak comment or post or segala bagai pasal isu keamanan sejagat Islam,jauhkan dari politik. Tak manis adik abang akak pakcik makcik. Tak seronok lah. Islam jangan dipolitikkan.
Dan jangan mengkafirkan atau mengyahudikan orang lain. Kamu pun tak jauh dah tu dari sifat yang dikhabarkan. INGAT,KITA BUKAN TUHAN.
** jom bersama-sama doakan keamanan bagi Mesir dan keselamatan rakyat mereka. Bagi yang terkorban,innalillah hiwainnalillah hirojiun. Amin."
No comments:
Post a Comment