Awesome Followers

24 April 2013

Seram Sejuk Sengal

Assalamualaikum...

Dah lama tak mengarut. Busy busy busy!

So,hari ni,di pagi yang indah permai ini,di kampung kuantan kuala selangor ini,aku nak share cerita malam tadi. Wah kau,mukadimah cantik je. Makanya,mari lah berjoin dengar lipur lara ku ini.

Penting ke nak cerita? Oh tidak lah berapa penting tapi sifat suka mengeshare aku ni dah berada di tahap paling kritikal. Memang malam tadi malam paling erghhhh! Sila teruskan....

Malam tadi beliau keluar ke kedai. Dalam pukul 1 lebih gittew. Ape dibuatnye? Kaum lelaki,habis rokok bagai kehilangan nyawa lagaknya. Begitu lah yang terjadi kepada suami saya ini. Benci!

Memula memang aku tentang habis-habisan niat tak murni dia tu. Sebab musabab sangat lah ketara. Budak taska pun mampu fikir dengan bernas. Tengah malam,sorang-sorang kat rumah bila kena tinggal. Tak ke bahaya tu. Tapi beliau ni idak fikir sangat pun gamaknya. Dalam kepala tu rokok lagi utama. Sentap awak ni.

Last-last,terpaksa juga bagi dia keluar. Kalau dah buat muka bajet comel sambil tarik muncung yang tak berapa nak jadi tu,nak tak nak bagi je la. Asyik merajuk sentap,letih nak melayan. Ngade betul.

Sudahnya,tinggal la aku dengan Sitam (kucing beliau). Dah la belakang rumah mertua aku ni pokok sawit banyak. Sunyi. Sepi. Hanya ditemani unggas malam. Seriau. Sinchan tak lekang dari pelukan. Bau dia mampu merangsang otak okay. Macam-macam bunyi ada. Nak keluar kang tak tentu arah pulak. Duduk je diam-diam dengan Sitam and Sinchan.

Beliau janji 5 minit tapi hampir 2 jam baru balik. Alasan? Melepak kat depan. Awak punya bengang. Langsung malas nak cakap. Menangis je mampu (sebab pernah ada pengalaman tinggal sorang-sorang kat rumah then kena kacau. Boleh usha entry lepas.) Pujuk punya pujuk,cair jugak. Perempuan okay. Lumrah!

Klimaks dia bila pintu bilik kena tolak. Niat hati nak betulkan kipas tapi melompat balik atas katil diikuti dengan jeritan paling nyaring plus merdu sangat. Bergegar boleh kampung tu. Memang gigil habis. Ghopenya Sitam yang tolak sebab dia kejar kekatu. Memang erghhhhh! Trauma tak hilang.

Temanya,balik sana kena hantar beliau ke klinik. Kasi hembus tahao ketagihan merokok. Kasi berhenti! Huh!

No comments: