Awesome Followers

6 April 2013

Alhamdulillah....

Assalamualaikum...

29/3/2013...

Tarikh di mana aku bertukar status.
Daripada bujang kepada berpasangan.
Daripada miss kepada mrs.

Dulu,
Abah yang menjadi imam.
Abah yang menjadi naungan.
Abah yang menjadi tempat bergantungan.

Dulu,
Ibu menjadi tempat mengadu.
Ibu menjadi cheff terhebat.
Ibu menjadi pakar motivasi.

Dulu,
Kakak dan adik menjadi sahabat.
Kakak dan adik menjadi teman bergurau.
Kakak dan adik menjadi teman bergosip.

Kini,
Segalanya berubah.
Naunganku berubah.
Hidupku berubah.

Kini,
Beliau tempat bermanja.
Beliau tempat bernaung.
Beliau tempat bergantung.

Kini,
Beliau sahabat.
Beliau teman.
Beliau kekasih.
Beliau pembela.
Beliau penjaga.

Setiap derap langkah aku,
Setiap detak yang berdegup,
Setiap coretan hidup yang ditempuh,
Pasti ada beliau.

Terima kasih Allah kerana hadiahkan beliau.

No comments: