Awesome Followers

19 March 2013

Dikejar!

Assalamualaikum..

Pergh,dah lama gile rasenye aku tak membelog kan diri. Malas. Takde masa. Busy gila. Antara alasan yang munasabah sangat buat masa ni.

Teringat nak share moment kena kejar dek anjing 2,3 minggu lepas. Hahahaha. Sampai terangkat kaki aku.

Begini ceritanya....

Aku and adik sedara aku berjemaah ke kedai naik motor. Motor tu plak maha lembab tetapi bunyinye maha kuat tak hengat. Selesai beli,meround la kat dalam taman area kedai tu.

Kebetulan kami lalu depan rumah cina ni. Depan tu ada la dalam 5,6 orang cina yang bertempek depan rumah. Then ada sekor anjing yang nampak comel je dari jauh. Anjing tu pun macam tak ada la nak tunjuk ekspresi bengis ke hape.

Sebaik sahaja kami melalui beliau,dengan tak semena-mena dia menyalak. Memula ingat beliau cuma menyalak. Kami masih coooooool je lagi. Tiba-tiba......

Anjing yang ala-ala comel tu dah ada sebelah kami. Siap menyalak kuat. Adik sedara aku press trotle bapak kuat. Habis laju dah rasa. Nasib tak langgar pasu bunga rumah kap lam ya nga.

Kaki aku tak payah cakap la. Tinggi terangkat. Kalau boleh berdiri atas motor tu,dah buat dah rasenye. Jeritan kami mengalahkan petir time tu. Even beliau dah tak kejar,jerit tetap jerit. Haha . Gila!

Begitu lah flashback saya....

No comments: