Awesome Followers

13 March 2014

Rezeki Anak Kotttttt..

Lately macam banyak sangat yang bertimpa dalam hidup. Banyak sangat yang terjah kepala mintak kena balun dengan baldi segelen dua air. Tapi masih mampu nak senyum gelak tawa bagai. Ye lah,dugaan.. Siapa yang suka kan. Tapi kalau tak di duga,makin hanyut. Oh tak boleh,tak boleh.

Beliau kan kerja dengan abang ipar beliau. Kalau ikut perkiraan,almost 7 years dia ikut abang. So segala bagai machine memang makanan beliau dah. Engine semua bagai. Beliau memang MINAT SANGAT TAHAP BERSERI MUKA BILA BERCERITA PASAL MACHINE AND ENGINE ni. Ha kau,semua capslock nak bagi tau punya pasal yang beliau punya minat kemain mendalam tu. Aku pun macam tak ada lah nak halang sangat ke hape kan. Biarkan aje lah. Dah kerja beliau cenggitu. Bukan aku tak suruh beliau usha kerja lain. Beliau yang tak nak. Dah,apa nak kata. Tengok je lah diam-diam.

Tapi sekarang macam banyak sangat crisis yang beliau kena hadap. Contoh lah kan. Beliau buat macam ni,kang datang staff lain tukar buat lain. Then customer datang nak tengok engine tu,dah tak berkenan dengan hasil yang staff lain tu tukar. Nak yang macam memula. Kenaaaaa balik beliau tukar semula macam yang asal beliau buat. Tak ke kena dua tiga kali kerja tu. Kesian sangat aku tengok kekadang. Ok,bukan nak bekap laki ke hape kan. Kalau sesiapa pun yang kena,aku akan kesian. Ingat tak letih ke nak hadap compressor besar gabak tu. Letih woi!

Tiba lah minggu lepas. Abang kandung beliau yang Angah tu datang ofis jumpa aku. Dia cakap,ada projek nak bagi ke beliau. Sebab angah tengah banyak projek masuk,tak terhandle katanya. Jadi macam rugi kalau dia pass kan ke orang lain. Baik bagi adik sendiri kan. Gitu lah kekdahnya. Angah nak mintak beliau handle projek kat Penang sebab jenis angah,macam payah nak kerja keluar lelama.

Aku pun start lah pengaruh beliau. Bukan apa,nak beliau beralih angin. Buat kerja sendiri pulak. Cari pekerja 2/3 orang,then jalan. Belajar jalankan business sendiri. Rezeki Allah kan luas. Projek boleh cari lagi kemudian hari kalau yang ni dah habis. Sebab memang impian aku and beliau nak buka bengkel sendiri. Aku nak beliau berjaya macam abang ipar beliau and angah. Takkan sampai tua nak kerja bawah orang and main dengan engine machine minyak bagai kan. Gittew..

Hari ni,beliau setuju dengan projek angah. Alhamdulillah,terkesan jugak kat hati beliau dengan cerita sendu aku. Aku kan drama queen. Hahahahaha! Harap-harap beliau terus semangat lah dengan projek baru ni. Ye lah kan,rezeki anak. Kalau Allah dah kata rezeki kau dah tak ada dengan abang ipar and rezeki kau ada dekat job baru ni,siapa berani kata apa-apa. Kan?

nota kaki :

** nak juga menyelit pasal MH370. Masih misteri hilangnya dia. Kalau Allah nak buka kan hijab kita,insyaAllah akan berjumpa juga. Pray for all the passengers and crews kat dalam tu. InsyaAllah,everythings going to be fine. 



8 March 2014

Becok Sabtu-day Gittew...

Assalamualaikum....

Pergh,kemain berkurun tak update. Tak nye hado idea nak nulis. Bernasib baik lah hari ni macam rajin sikit nak berceloteh itu ini begitu begini. Layan kan aje lah ye.

Minggu lepas ibu abah datang dengan Mieya,Mika and Syira. Senin tu dah datang. Macam mengejut jugak lah. Sebab memula ibu kata nak datang 'dalam minggu ni tapi tak tahu bila' kan. Tup tup Senin minggu lepas,ibu mesej bagitau dah otw and dah ada kat Lentang. Hengko bayangkan lah perasaan aku time tu yang tengah duk tercongok kat kedai runcit koperasi tu. Kalau mampu melompat,dah aku lompat tetinggi sampai cecah syiling. Ok over!

So,ibu abah sampai je,aku suruh balik rumah aku dulu. Aku tak habis kerja lagi time tu. Mata plak asyik usha jam je. Lahai,kemain lambat masa berlalu. Lambat gile rasa pukul 5 padahal dah 4.30++ dah time tu. Tengah kupas kulit bawang pun macam rasa tengah kopek kulit popia yang keras payah nak diceraikan tu je. Haa,kemain berkait.

Balik je rumah,tak mandi tak hape,terus ajak ibu abah panjat bukit Malawati. Nak tengok lotong lah cerita dia. Mieya ni memang suka binatang. Penyayang tapi penakut. Dah acaner tu? Hahahaha. Panjat lah kami ni *dalam konteks bawak kereta ke atas bukit lah kan. Gila kau nak panjat dengan perut boyot gini?* ke atas bukit nun. Tapi tak dapat nak turun kereta lelama sebab gile ramai manusia time tu. Selalunya weekdays memang macam kurang sikit orang kan. Jadi,main acah-acah lotong tepi tingkap je lah. Jadi laaaa..

Malam tu aku and beliau bawak ibu abah makan kat Nasi Ayam Gemas Kuala Selangor ni. Tak habis-habis abah puji kemain sedap nasi dia. Serius weh,memang sedap. Aku memang suka makan kat situ. Puas. Nasi banyak,ayam banyak,sambal banyak. Tapi beliau ni kalau dengan aku je,memang liat sikit lah nak bawak aku jamu kat sana. Kena paksa mulut muncung dulu baru dapat. Aku kan drama queen *flip hair*.

Esok tu pulak,petang,bawak abah ibu pi Pantai Remis. Ekceli,aku bukan lah mahir sangat jalan ke sana. Tapi,dek kerana ibu nak sangat tengok pantai pepetang,aku tawakkal je. Ok,mujur sampai dengan jayanya. Tahu je lah abah aku tu. Kalau sesat kang,dia start bebel. Sebab abah takut sesat. Alololo,comel je abah aku. Hahahahha.

Disebabkan duit BR1M berbaki lagi *terima kasih PM*, aiceh,makanya memang malam tu bawak ibu abah makan kat luar lagi. Kena lah manfaatkan apa yang ada kan. Bukan nak membazir tapi bukan selalu mak bapak datang tidur lelama kat rumah kita. Menu utama malam tu is lempeng. Mesti engkorang kata,'alaaa,setakat lempeng,kat rumah pun boleh buat maaa..' Hei,lempeng dia sedap ok! Ada macam-macam lempeng. Masakan yang lain pun super ohsem sedapnya. Even kedai dia kat ceruk hutan sawit kampung,ramai jugak yang datang dari jauh nak makan. Haaaa.. Hebat wak brader ni.

Esoknya ibu abah balik. Mieya and Syira tinggal dengan aku buat sementara waktu. Teman aku lah cerita dia. Tapi syok oo sebab bila balik kerja,baju dah siap berbasuh and berjemur. Pinggan pun tak ada kat sinki. Tak ke best tu? Fefeeling berbibik plak kat rumah tu. Hahahaha. Balik kerja je aku bawak Mieya pi taman kat sungai tu. Kan ke bermakna aku punya weekdays.

Ahad tu ibu abah datang nak angkut Mieya and Syira. Kebetulan hari tu tak ada air,aku pun balik Karak ikut dorang. Gile kau nak duduk tempat tak ada air. Nak eyak ke hape ke,tak ke susah. Iols kan perempuan pembersih. Lelaki lain cerita la. Lek je tak ada air pun. Asal cukup basah time mandi,dah boleh blah dah. Lain la kita-kita yang ayu gojes ni. Pffttt..

Rabu baru balik kole semula. Kekdahnya hati,kalau dah dapat balik Karak,memang berat berbatu kemain nak balik kole. Iye lah,tempat bermain jatuh bagai lagi dikenang kan. Tapi ye la,awok-awok dah berlaki. Takkan nak berkepit dengan ibu abah lagi. Oh tak boleh,tak boleh. Tempat isteri di sisi suami. Gittew.

Ibu abah lepak sini sampai Jumaat. Bawak ibu abah jenjalan ke Tanjung Karang. Nak tengok sawah. Karak kan tak ada sawah. Kitorang se-family memang suka panorama kampung. Ibu pulak jenis suka rumah-rumah kampung. Jalan sikit,nampak rumah papan cantik,terus "oooo,tengok de,cantik nyaaaa". Tak ke best layan keletah ibu yang cenggini. Homei hangat-hangat tu!

Malam tu bawak Mieya main fun fair. Sekarang dia dah pandai sebut FUN FAIR dengan betul. Kalau dulu asyik AMPER je bunyi nya. Pelat kan. Minah ni berani-berani takut. Nak sangat naik kereta api tapi bila satu round bergerak,nak terjun pulak dari kereta tu. Terpaksa lah suruh brader tu turunkan dia dulu. Kang tak memasal jadi kes. Parah!

Jumaat (semalam) ibu abah balik. Syira and Mieya pun ikut balik. Sepatutnya Syira tinggal lagi dengan aku tapi nya air dah almost 2 days tak nye hado. Arghhh.. Aku nak ikut balik memang tak dapat lah kan. Terpaksa lah menahan perasaan tengok sinki berpinggan kotor and baju bertimbun kat bakul kotor tak berbasuh. Rasa nak meraung je kuat-kuat.

Warghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!


10 January 2014

Tahun Baru.. Debaran Baru.. Rupa Baru.. Oh Ibu Abah..


SELAMAT TAHUN BARU!!!

Kemain lambat iols nak hupdate. Malas plus idea total lost. Merayap aje lah kejenye si idea ni. Takpe,hari ni dia dah mai dah. Mari lah tuan puan encik kakak abang cik dengar celoteh iols. Semua aku nak sumbat dalam entry ni. Lepas ni entah bila plak nak rajin ye dak.

Kalau orang dok tanya aku apa azam,i is blurrrrr... Memang tak pernah rajin or berazam nak tanam azam setiap tahun. Tak koser! Tapi kalau ada yang gatal-gatal menanya,aku main curik azam orang lain. Haaa,kau mampu? Pfftttt.. Tapi serius. MEMANG TAK ADA AZAM! Jangan tanya lagi. *sumpah poyo*



Hari tu pi scan kat Klinik Kuala Selangor. Ni pic baby lasak dalam perut aku yang kecik ni. Kecik sangat! Hahahaha. DAH 22 MINGGU!!!! Ya Allah,berdebar kemain. Lagi 16 minggu to go. Tak sabar,seriau,terharu,bimbang..semua ada dalam hati aku yang naive ni *juling*.

Sekarang anak dah pandai main sepak terajang. Tapi time dia pukul 12 am ke atas. Maybe nak buat persediaan nak tengok world cup la kot. Bakal Messi ni. Aiceh. Time-time aku nak tidur tu lah dia beraksi bagai. Layan kan aje lah sampai stop. Paling kesian bapak nye lah. Baru sekali dapat rasa anak ni menendang. Dia sombong sikit dengan bapak. Takpe,bapak awak ni lah nanti basuh berak awak memalam. Hikhoks.

Masa makan dekat kedai lemang paling feymes Bentong,aku ajak Rini. Boleh pulak pompuan tu bercerita pasal orang bersalin. Hoi la kan. Aku bertambah seram dengar. Siap tak nak berhenti plak tu. Sabar je lah menahan.

Persiapan anak is 0! Satu apa pun tak prepare lagi. Tengok lah hujung bulan ni macam mana. Beliau memang tak ada masa sangat. Takkan aku nak menapak sesorang plak. Kang lain tajanya aku ni.


Tadaaaaaaa... New me. Ada orang kata aku berseri homei hamaigad sangat. Serius tak tipu. Ala,apa salahnye sekali sekali aku terima pujian. Kita ambil je simpan dalam bakul hati. Kembang! Tapi beliau kata aku gemok kemain. Siap ada lagu untuk aku. Ge..ge..gedempolllll.. Kongajo sangat tu. Takpe,lepas beranak nanti nak try dapat badan perut bagai ala-ala Fazura *kibas rambut* .

Aku balik bercuti ke Karak almost 2 weeks. Sangat puas lama tapi hati seakan-akan tak memuaskan lagi cuti itu. Nak tambah je rasa. Tapi kesian beliau. Tempat isteri kan di sisi suami. Tak lupa. Selalu simpan paku kemas-kemas dalam paleotak ni.

Memang abah ibu bawak aku meronda aje lah hari-hari. Berjalan non-stop. Even tak jauh mana tapi merayap aje lah keje kami. Ye lah,adik lelaki aku tu dah kerja jauh. Sunyi rumah tu. Yang ada abah ibu Mika Mieya and aku. Kakak aku memang weekend je balik. Tak ke hamun duduk terperuk je kan. Kerap benar la kami ni mengkayakan mamak Hamzah tu. Aku dah macam duta roti canai. Asyik melantak itu aje.

Kebetulan beliau outstation ke Karak jugak for a week. Tak ada lah rasa bersalah sangat tinggalkan beliau kat rumah ke hape kan. Hati manyak sinang wooo!

Bila balik kakak aku,lagi tak duduk diam aku. Dah lah mengah kemain bila berjalan sikit,dia dokkkkkk la ngajak aku ke sana ke mari. Ikutkan aje lah. Kang sentap lah pulak kan. Mementang dia dah kurus. Fioneeeee.... Tunggu lah.


HAPPY 32nd ANNIVERSARY IBU ABAH!!!

Semalam ,9 January 2014 , genap 32 tahun ibu abah mendirikan rumah tangga. Andddddd,diberi anak-anak yang ohsem ni. Hahahaha. Semoga rumah tangga ibu abah tetap utuh sampai akhirat.

Even banyak halangan,ujian,dugaan yang melanda,ibu abah tetap bersama-sama. Aku harap sangat rumah tangga aku dengan beliau pun macam ni. Aminnnn...

Tapi...............

Disebabkan patung busuk sinchan aku tu pun kalau beliau sorokkan dah boleh buat aku berdrama Kajol kat rumah,acane??

Hahahahahahhaa...





26 November 2013

Kebiasaan Ini Semua

dalam keluarga aku,keluarga PAKCIK KAMA ditekankan di sini ye. ye lah,awak dah ada 3 keluarga kan. kena lah kita ni menekankan mana yang patut. gittew.
keluarga Pakcik kama memang suka kalau nak berak ke,nak kencing ke,nak makan ke,nak tidur ke,nak mandi ke,mesti akan cakap. contoh macam ni...

" Nak kencing lah ."
" Mandi lah. "
" Nak shopping lah. " * okay,hak ni bohong. kalau shopping sendiri-sendiri diam je. haha!*

gitu la kekdah nya kami-kami ni. 
dah biasa sangat macam ni.
tapi bila kami semua ingat balik lepas tu,berdekah-dekah ketawa.
even tak pasti langsung kat celah mana kelakarnye mendalah tu. pfftttt.

so,dijadikan cerita,disebabkan dah terbiasa gini,selalu terlepas cakap dengan anak buah keluarga belah mertua ni. tadi dengan Ayu.
selamber je budak ni jawab,
" Pergi je lah. "
ok fioneeeeeeeeeeeee...
ittew nak anje-anje je kan. *juling*

lepas tu,Ayu cakap...
" Ayu selalu jugak tercakap macam Mak Uda ni kat mama dengan ayah. ayah buat selambe je tapi mama jawab..........................................


" PERGI JE LAH. BUKAN MAMA YANG BASUH BERAK KORANG."

hahahahahahahahahhahahahahaha!

25 November 2013

Macam-Macam Perasaan!

semalam aku dapat satu novel dari Nana. memang aku ada mintak la nak pinjam. sekarang memang aku rajin kemain baca novel. sehari satu novel. sampai Asya pun kagum.
ada riak di situ. mari lah buang jejauh. hahahaha!
serius,novel tu memang sedih melampau.
selama ni aku baca Sunan je boleh buat meleleh air mata.
tak sangka novel cintan-cintan gini pun buat air mata nak cepat mengalir.
tak mengalir lagi ok,sempat cover. ego sangat!

cerita dia tentang suami yang selalu abaikan isteri. dia sayang and cinta sangat isteri dia tu yang dulunya driver dia. jangan heran. memang gitu jalan cerita dia. isteri tu jadi driver si suami ni before jadi isteri.
tapi biasalah orang kaya,busy aje manjang. nak keluar jenjalan dengan bini pun kemain payah.
bila bini nak keluar berjalan sensorang,dia tak bagi. cemburu hoi.
lepas tu disebabkan adik and bekas tunang laki ni masuk dalam hidup dorang and buat fitnah macam-macam,laki ni maki bini dia then cerai.
ok,malas nak cerita pepanjang. sila cari sendiri and baca. tajuk dia CINTA KAU DAN AKU.
gambar depan ada kasut converse hitam and cap kuning. 

lepas tu kat tv semalam cerita hindustan ada cerita BIWI NO.1.
salman khan and karisma kapoor. memang favourite even abah nyampah sangat dengan salman khan yang sasa ketak-ketak tu. motip sangat!
cerita tu plak pasal suami yang curang dengan isteri dia lepas tu tak nak balik rumah.
anak-anak pun dia macam taknak jumpa.

hei la,semua cerita pasal isteri kena tinggal.
sensitip ittew ni au. ittew pun cenggitu jugak.
okay lah sebab beliau kena kerja. dah seminggu lebih tak balik. kena stay kat Langat.
takpe,hati kan dah kental. takmo nangis2 bagai kennnn.
even dalam hati rindu tak menahan rasa nak jerit satu donia je.

petang tu dalam pukul 5 lebih,tengah aku syok-syok golek baca novel yang lagi sikit nak habis tu,ada satu tangan nak bukak tingkap rumah. aku cecepat bangun even dah tahu sangat gerangan tangan siapa kah ittew.
bukak je pintu,ini muka ala manyak sinyum. tak de dah simpan-simpan.
melompat tergedik depan beliau. aww,surprise okay.
ittew dah la ghindu 18jutamillionlemon tau!
terus je beliau ajak jenjalan pepusing macam dolu-dolu tu. eceh,macam berkurun sangat tak jenjalan gitu.

tapi tapi tapi.....
pukul 10 malam camtu beliau dah kena balik ke Langat semula. nak nangis tapi tak boleh tunjuk depan beliau.
nanti beliau susah hati. terus taknak pi kerja jejauh lagi. takmo takmo.
kate tahun depan nak beli rumah sendiri. kena gigih la kerja. kennnn...
so,aku hantar lah pemergian beliau dengan senyuman paling lebar yang pesetik kat beliau. siap flying kiss berganda lagi. pergi la sayang...

malam tadi mimpi yang masyaAllah sedih sampai bnagun pun teresak-esak nangis. mencik gini.
lately memang rajin mimpi yang sendu sedan ni. pembawakan over.
aku mimpi beliau nikah satu lagi. akad nikah plak kat rumah aku.
pakai baju akad nikah kami dulu. perempuan tu pun pakai baju aku. hey la!
lepas tu beliau buat muka tak kisah ke aku. tak ke @#*&^%$^&^ tu.
hai la badan............