Assalamualaikum....
Pergh,kemain berkurun tak update. Tak nye hado idea nak nulis. Bernasib baik lah hari ni macam rajin sikit nak berceloteh itu ini begitu begini. Layan kan aje lah ye.
Minggu lepas ibu abah datang dengan Mieya,Mika and Syira. Senin tu dah datang. Macam mengejut jugak lah. Sebab memula ibu kata nak datang 'dalam minggu ni tapi tak tahu bila' kan. Tup tup Senin minggu lepas,ibu mesej bagitau dah otw and dah ada kat Lentang. Hengko bayangkan lah perasaan aku time tu yang tengah duk tercongok kat kedai runcit koperasi tu. Kalau mampu melompat,dah aku lompat tetinggi sampai cecah syiling. Ok over!
So,ibu abah sampai je,aku suruh balik rumah aku dulu. Aku tak habis kerja lagi time tu. Mata plak asyik usha jam je. Lahai,kemain lambat masa berlalu. Lambat gile rasa pukul 5 padahal dah 4.30++ dah time tu. Tengah kupas kulit bawang pun macam rasa tengah kopek kulit popia yang keras payah nak diceraikan tu je. Haa,kemain berkait.
Balik je rumah,tak mandi tak hape,terus ajak ibu abah panjat bukit Malawati. Nak tengok lotong lah cerita dia. Mieya ni memang suka binatang. Penyayang tapi penakut. Dah acaner tu? Hahahaha. Panjat lah kami ni *dalam konteks bawak kereta ke atas bukit lah kan. Gila kau nak panjat dengan perut boyot gini?* ke atas bukit nun. Tapi tak dapat nak turun kereta lelama sebab gile ramai manusia time tu. Selalunya weekdays memang macam kurang sikit orang kan. Jadi,main acah-acah lotong tepi tingkap je lah. Jadi laaaa..
Malam tu aku and beliau bawak ibu abah makan kat Nasi Ayam Gemas Kuala Selangor ni. Tak habis-habis abah puji kemain sedap nasi dia. Serius weh,memang sedap. Aku memang suka makan kat situ. Puas. Nasi banyak,ayam banyak,sambal banyak. Tapi beliau ni kalau dengan aku je,memang liat sikit lah nak bawak aku jamu kat sana. Kena paksa mulut muncung dulu baru dapat. Aku kan drama queen *flip hair*.
Esok tu pulak,petang,bawak abah ibu pi Pantai Remis. Ekceli,aku bukan lah mahir sangat jalan ke sana. Tapi,dek kerana ibu nak sangat tengok pantai pepetang,aku tawakkal je. Ok,mujur sampai dengan jayanya. Tahu je lah abah aku tu. Kalau sesat kang,dia start bebel. Sebab abah takut sesat. Alololo,comel je abah aku. Hahahahha.
Disebabkan duit BR1M berbaki lagi *terima kasih PM*, aiceh,makanya memang malam tu bawak ibu abah makan kat luar lagi. Kena lah manfaatkan apa yang ada kan. Bukan nak membazir tapi bukan selalu mak bapak datang tidur lelama kat rumah kita. Menu utama malam tu is lempeng. Mesti engkorang kata,'alaaa,setakat lempeng,kat rumah pun boleh buat maaa..' Hei,lempeng dia sedap ok! Ada macam-macam lempeng. Masakan yang lain pun super ohsem sedapnya. Even kedai dia kat ceruk hutan sawit kampung,ramai jugak yang datang dari jauh nak makan. Haaaa.. Hebat wak brader ni.
Esoknya ibu abah balik. Mieya and Syira tinggal dengan aku buat sementara waktu. Teman aku lah cerita dia. Tapi syok oo sebab bila balik kerja,baju dah siap berbasuh and berjemur. Pinggan pun tak ada kat sinki. Tak ke best tu? Fefeeling berbibik plak kat rumah tu. Hahahaha. Balik kerja je aku bawak Mieya pi taman kat sungai tu. Kan ke bermakna aku punya weekdays.
Ahad tu ibu abah datang nak angkut Mieya and Syira. Kebetulan hari tu tak ada air,aku pun balik Karak ikut dorang. Gile kau nak duduk tempat tak ada air. Nak eyak ke hape ke,tak ke susah. Iols kan perempuan pembersih. Lelaki lain cerita la. Lek je tak ada air pun. Asal cukup basah time mandi,dah boleh blah dah. Lain la kita-kita yang ayu gojes ni. Pffttt..
Rabu baru balik kole semula. Kekdahnya hati,kalau dah dapat balik Karak,memang berat berbatu kemain nak balik kole. Iye lah,tempat bermain jatuh bagai lagi dikenang kan. Tapi ye la,awok-awok dah berlaki. Takkan nak berkepit dengan ibu abah lagi. Oh tak boleh,tak boleh. Tempat isteri di sisi suami. Gittew.
Ibu abah lepak sini sampai Jumaat. Bawak ibu abah jenjalan ke Tanjung Karang. Nak tengok sawah. Karak kan tak ada sawah. Kitorang se-family memang suka panorama kampung. Ibu pulak jenis suka rumah-rumah kampung. Jalan sikit,nampak rumah papan cantik,terus "oooo,tengok de,cantik nyaaaa". Tak ke best layan keletah ibu yang cenggini. Homei hangat-hangat tu!
Malam tu bawak Mieya main fun fair. Sekarang dia dah pandai sebut FUN FAIR dengan betul. Kalau dulu asyik AMPER je bunyi nya. Pelat kan. Minah ni berani-berani takut. Nak sangat naik kereta api tapi bila satu round bergerak,nak terjun pulak dari kereta tu. Terpaksa lah suruh brader tu turunkan dia dulu. Kang tak memasal jadi kes. Parah!
Jumaat (semalam) ibu abah balik. Syira and Mieya pun ikut balik. Sepatutnya Syira tinggal lagi dengan aku tapi nya air dah almost 2 days tak nye hado. Arghhh.. Aku nak ikut balik memang tak dapat lah kan. Terpaksa lah menahan perasaan tengok sinki berpinggan kotor and baju bertimbun kat bakul kotor tak berbasuh. Rasa nak meraung je kuat-kuat.
Warghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!
No comments:
Post a Comment