Awesome Followers

28 December 2017

BERTEMU AKHIR ZAMAN, BICARA DARI ALLAH

Hi korang, Assalamualaikum.

Tajuk sangat lah ala-ala ceramah Forum Perdana Hal Ehwal Islam TV1 kan. Hahaha. Tak tahu nak bagi tajuk apa untuk entry kali ni. So rasanya ni macam boleh lah kut. Asal ada tajuk post. Gittew.

Siapa yang follow and baca blog sendu aku ni, mesti pernah baca pasal mimpi-mimpi aku yang kadang-kadang tak masuk akal langsung. Korang boleh baca kat SINI and SINI juga. Mohon lah jangan kecam aku berjemaah ye sebab ni mimpi aku. Aku pun tak boleh nak kawal sebenarnya. Rasa pelik.

So, malam tadi aku dapat mimpi pelik lagi. Mimpi kali ni buat aku rasa takut sangat sampai lah aku menaip ni. Rasa macam this is it. Dah sampai masa dunia nak habis. Hahaha. Serius kawan-kawan, memang ini yang aku rasa.

Dalam mimpi aku malam tadi, aku berkumpul dengan orang ramai kat satu jalan raya ni. Suasana persekitaran macam kat Bukit Bintang, KL tu. Ada bangunan kiri kanan. Kedudukan aku kat tepi kaki lima bangunan. Depan aku, jalan raya yang ramai orang. Ada dua kelompok. Macam dalam scene cerita KL Gangster tu, bila gang Rosyam Nor nak berlawan dengan gang Syamsul Yusuf tu ha. Dua kelompok tu menghadap satu sama lain.

Cuba teka siapa kalangan dua kelompok tu?

GANG NABI ISA A.S + IMAM MAHDI AND GANG DAJJAL!

Aku nampak jelas sosok tubuh Dajjal tu. Same goes to Nabi Isa a.s and Imam Mahdi. Aku masih ingat stucture tubuh masing-masing. Just muka yang aku tak dapat nak ingat. Sama ada dalam mimpi tu aku nampak secara kabur muka mereka or memang aku nampak tapi aku lupa. 

Dajjal yang aku nampak, bertubuh besar. Berpakaian macam pahlawan zaman Inggeris lama. Ala, macam King Arthur tu. Ha, gitu lah. 

Imam Mahdi, aku nampak dia dalam jubah tapi tak ingat warna apa. Seorang yang sedikit berumur.

Nabi Isa a.s, bertubuh sederhana molek. Berpewatakan tenang sangat masa tengah hadapi Dajjal tu.

(Ni gambaran dalam mimpi aku tau. Aku ulang sekali lagi, aku tak mampu kawal mimpi.)

Dua kelompok tadi tengah berperang. And aku nampak Dajjal ni jadi debu masa berdepan dengan Nabi Isa a.s. Dia varnish dengan sangat cepat. Aku nampak Imam Mahdi bagi sokongan penuh and bersemangat di belakang Nabi Isa a.s. 
Allahu, sumpah aku takut.

Kami netizen yang bertebaran kat kaki lima ni, diarahkan untuk duduk dalam bulatan kat satu tanah lapang. Perempuan bersama perempuan. Lelaki sesama sendiri. Satu bulatan dalam 7 orang. Sedang kami ni terpinga-pinga tak tahu nak buat apa, ada satu suara kuat yang arahkan kami berzikir and mengaji tanpa henti. Tapi kami macam blur. Suddenly ada satu lelaki ni, jerit kuat-kuat sambil cakap,"IKUT APA YANG ALLAH SURUH TU. JANGAN INGKAR!" Dengar je macam tu, terus kami ni buat apa yang disuruh. Tanpa henti.

Sampai lah aku terbangun around 4am dengan berpeluh-peluh menggigil bagai. That time memang rasa dunia nak kiamat dah. Hati rasa berdebar and takut tahap nak meninggal. Takut macam kau kena denda dengan cikgu Fizik yang garang gila sebab tak siap homework. Ha, gitu lah rasa dia.

Aku ulang sekali, ni mimpi. Aku pun tak pasti kenapa aku selalu mimpi yang macam ni. Aku tak pernah minta pun. Sebab selalu aku minta mimpi nak jumpa abang aku je or mimpi jumpa BSB and Beckham. LOL.

Bye korang!

22 December 2017

SAHABAT

Malam ini, hati diusik rindu.
Teringat sahabat yang diikrar suka duka agar sentiasa ada sama.
Yang dibagi ruang di jiwa untuk dia diam di situ.
Yang didoa selamat sentiasa walau di mana adanya bertapak.

Sahabat.
Yang memujuk dikala resah melanda.
Yang ketawa disaat lucunya dunia.
Yang merayu agar tidak ditinggal walau apa pun jua.
Yang tanpa jemu mendengar cerita tiada berpenghujung.

Sahabat.
Telah disebatikan dirinya menjadi satu di dalam sini.
Yang payah untuk dibuang walau benci menghampiri.

Rindu.
Rindu pada tawa yang sentiasa ada.
Rindu pada gurau yang tak pernah basi.
Rindu pada kata yang kadang tiada makna.
Rindu pada risau dikala diri ditimpa bencana.

Sahabat.
Tiap doa tak pernah lupa.
Kau tetap ada.
Jangan pernah kau lupa.

Tuhan.
Jagakan dia seadanya.
Selayaknya dia dijaga.

13 December 2017

NAK CARI KERJA LAIN BOLEH?

Khamis lepas, aku bertekak dengan kerani tua tu. Pasalnya, dia nak password wi-fi. Okay fine, aku bagi kan. Aku siap tulis kat whiteboard. So bila-bila dia nak, dia boleh refer situ je. Ye lah, wi-fi kan sekali kau save, selamanya kau akan connect. Dah lah time tu aku tengah sibuk sikit. Boss nak account settle sampai bulan 10 then kena email kan kat dia. E'eh ahso tua tu buat perangai. Dia hulur kertas and pen, suruh aku salin pula kat situ. Perghhh. Besar cekadak betul. Menyirap dah time tu.

Then dia memekak pasal kerja-kerja lain yang aku buat. Kalau aku kerja dengan boss aku pun, dah kenapa kan? Bukan kilang ni yang bayar gaji aku pun untuk kerja-kerja tu. And paling penting, bukan dia pun yang kena bayarkan. Dia ugut-ugut nak bagitahu boss tua kekasih hatinya tu. Eh silakan. Bukan aku buat salah pun. Aku pun ugut lah nak bagitau kegiatan dia kat boss aku pula. Apa, ingat aku tak pandai main ugut-ugut juga ke? Hahahahaaha. Ada ke dia cakap kerja aku sekarang sepatutnya berkaitan dengan computer, printer and fax je. Kena tolong dia lah maksudnya tu. Amboi amboi amboi. Sedap kemain mengalahkan dia boss.

Semalam dia datang, kemain baik bak hang. Takut lettew. Alah, aku ni jenis yang bolayan sebenarnya tapi kalau dah melampau, memang kena maki lah. Tapi marah aku cepat reda. Kalau orang buat baik, baik lah aku. Kalau bagi tahik, aku bagi kau loji kumbahan pula. Gittew. 

Sebenarnya aku macam dah tak ada hati nak kerja sini. Bangun pagi tu rasa malas gila nak pi kerja. Tapi mengenangkan sumber rezeki buat masa ni, gagahkan juga hati ni. Rasa macam nak cari kerja lain tapi....entah lah. Memang lah kat mana-mana tempat kerja pun ada tekanan tapi kalau tekanan kerja aku tak jadi hal tau. Ni tekanan disebabkan orang gila, memang aku tak boleh nak bertolak ansur. Aku elok je buat kerja aku sendiri-sendiri tak kacau orang. Yang dah sibuk nak mengacau kerja aku dah kenapa kan? Sabar je lah.

Nak cari kerja lain bukan senang zaman sekarang ni. Apply position diploma, kata kelayakan tak cukup. Minta position SPM, kata position untuk lulusan SPM je. Dulu masa lepas SPM, minta kerja, dia kata tak layak sebab tak ada pengalaman. I is kenot faham. Hahahaha. Tapi aku tetap sejenis yang gigih mencari pekerjaan okay. Aku ada account LinkedIn tau and boss aku one of my follower kat situ. Dengan selamba aku dok ligan usha kerja kosong kat situ and main share semua jawatan kosong yang ada. Dah confirm lah boss aku nampak tapi aku buat tak tahu je. Sebab main reason aku buat account tu untuk survey vacancy. Aci lah kan.

Kerja yang ada ni bukan tak best. Best je sebenarnya. Ye lah, datang and balik ikut suka hati aku je. Nak cuti anytime pun senang. Nak masuk lambat and balik awal pun boleh. Sebab masa kerja flexible sangat sekarang. Tapi tu lah. Tu si tua tu yang buat perangai. Kalau dia elok je diam tak buat hal, aku boleh bertahan 10 tahun lagi lah kat kilang ni. Hahahaha. Kemain bongkak statement kau fara. Lantakkan sana.

Eh dah lah. Nak sambung ber-smule. See, tak ada kerja kan. 

So, korang buat apa je tu?